Wednesday, August 30, 2006

Merdeka

aku tak tau kenapa..menjelang hari kemerdekaan aku pasti akan terasa sesuatu..hati aku pasti akan terusik..aku tidak faham erti merdeka. Bagaimana aku nak faham kalau pengisiannya sekadar hiburan dan konsert. Itu yang ditonjolkan sehingga nak keluar biji mata remaja melihatnya. Itulah yang biasa berlaku pada malam hari kemerdekaan. Mereka bertempik kegembiraan sambil dibuai lagu-lagu merdu dari penyanyi-penyanyi seksi dan kacak.

Inikah sebenarnya erti kemerdekaan? atau inikah sebenarnya pengisian bagi sambutan hari merdeka? Malam menanti pukul 12 malam..mereka hanyut dalam dunia yang direkacipta ..dalam dunia mereka sendiri. Aku tertanya inikah saja yang mampu difikirkan oleh manusia yang bertamaddun ini? Sekadar konsert pada malamnya..yang dihadiri para remaja dan pada siangnya kita boleh lihat pula berbagai benda yang boleh dilihat....dengan seluar dalamnya...ntah apa apa lagi...setelah 9 bulan akan lahir "anak-anak merdeka". Selepas itu kita berfikir pula kononya mahu melihat remaja ini berakhlak mulia..mahu melihat remaja ini berwawasan...peliknya turutan peristiwa manusia bertamadun ini.

Aku tak melihat lagi suatu pengisian yang benar-benar menghargai jasa-jasa orang lama dalam memperjuangkan kemerdekaan. Aku tak melihat lagi pengisian yang mana ada perkara-perkara..ada pemikiran yang boleh dibanggakan diperlihatkan kepada rakyat jelata. Aku tertanya-tanya apakah di Malaysia ini hanya boleh sekadar berhibur dan menari bersama-sama panyanyi dan konsert-konsert yang dinamakan dengan berbagai rupa saja? Kalaulah yang lama itu..pejuang-pejuang kemerdekaan itu boleh bangkit dari kuburnya..pasti mereka akan bertempik memarahi semua yang ada pada hari ini..mungkin mereka berkata " inikah jenisnya manusia yang menghargai kemerdekaan yang aku perjuangkan suatu masa dulu" .. " Aku tak faham..tamaddun kita ni ke belakangkah atau ke hadapan?


Tuesday, August 29, 2006

Kaduk



Nama Tempatan:
Kaduk
Nama Saintifik: piper sarmentosum roxb
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: piperaceae
Lokasi dijumpai: Dikawasan yang agak lembab
Asal:

keterangan:

kaduk ilaah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedak dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakal bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

kegunaan:

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

Kacip Fatimah



Nama Tempatan:
Kacip Fatimah
Nama Saintifik: Labisia Pumila
Nama Lain: Mata Pelanduk hutan
Famili: Myrsinaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand, indochina
Asal:

keterangan:

kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut.


Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

kegunaan:

Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.


Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin.


Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air(seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan.


Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

Ulam Raja



Nama Tempatan:
Ulam raja
Nama Saintifik: Cosmos caudatus
Nama Lain: King salad, intan berayun
Famili:
Lokasi dijumpai: Seluruh negara asean
Asal:

keterangan:

ulam raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

kegunaan:

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Tomato


Nama Tempatan: Tomato
Nama Saintifik: Solanum lycopersicum
Nama Lain: Tomat, terung masam, ractamaci, tamatar,love apple
Famili: Solanaceae
Lokasi dijumpai: Sayuran
Asal: Amerika selatan



keterangan:

Sayuran yang berasal dari Amerika selatan ini kini boleh didapati ditanam sebagai sayuran pada semua iklim. Merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai bau yang kuat dengan daunnya yang berwarna hijau kelabu. sesetengah orang menganggap tomato merupakan sayuran sementar yang lain pula meletaknya dalam kategori sayuran.Terdapat pelbagai variasi tomato yang ditanam di malaysia kini yang berbeza dari segi warna saiz dan rasanya.Tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan dikot ini mudah membiak melalui biji benih. Biji benih selalunya akan bercambah selepas dua atu tiga hari disemai.Ia mula mengeluarkan bunga selepas lebih kurang 6 minggu

kegunaan:

Tomato mengandungi asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E. Asik utama yang terdapat pada tomato dan menyebabkan ia mempunyai rasa masam ialah asid sitrik.karetenod, B-karotin dan licopin pula menentukan warna pada tomato.Alkohol yang diektstrak dari tomato mempunyai ciri-ciri penahan sakit dan mengurangkan tekanan. Tomato banyak digunakan sebagai agen untuk anti penuaan dan mengembalikan keserian kulit terutamanya pada muka.Tomato banyak digunakan dalam masakan dan dijadikan sos.

Bicara Merdeka - Bicara Kami Berdua Buat Ayah Tercinta



Bicara I


Kala terlihat kibaran bendera
Kekosongan dan kesepian melanda jiwa
Kala itu juga bayangan wajahnya
Melintas di minda


Tanpa sedar
Menitis airmata kerinduan...
Saban tahun tanpa jemu
Akan dikibarkan jalur gemilang di muka pintu
Bukan satu tetapi dua


Sering juga kami tersenyum
Dengan kesungguhannya
Hilang satu dibelinya satu
Hilang dua berganti yang baru
Ahh...menitis airmata ini dengan kerinduan yang semakin sarat...


Merdeka kali ini
Tiada lagi kibaran bendera
Tiada lagi terlihat semangatnya
Tiada lagi wajah cerianya


Pergi dengan segala rahsia hatinya
Terpahat kukuh dalam jiwanya
Aduhai airmata...mengapa makin deras kau mengalir


Kini...Hanya kenangan yang ada
Hanya kerinduan yang tak jemu bertandang
Baruku mengerti
Erti sebuah kehilangan yang abadi....

Bicara II


ye merdeka kali ini dengan ketiadaannya sangat dirasai
semangatnya..taatnya pada negara sangat ketara
aku dapat merasainya walau hanya hadir seketika

mungkin ia kelihatan berbeza
tak sama seperti yang lainnya
diam tanpa banyak bicara
namun matanya mengungkap segala
jiwanya melakar semangat waja
perjuangannya jelas tertera
pada agama dan negara tercinta


diusia tuanya..dia merdeka dengan caranya
diusia tuanya..dengan sedikit tenaga..bakti dicurah jua
dia..menjadi pendiam..hanya mindanya yang sering berbicara
bibirnya sentiasa menyebut kalimah mulia
diusia terakhirnya..masjid tempat dia mencurah setia

diusia terakhirnya masih menjadi setiausaha pada rumah PenciptaNya
diusia tuanya dihabiskan dengan bermuhasabah segalanya
diusia tua..anak-anaknya sudah berjaya
mereka sedang meneruskan agenda perjuangannya dengan cara yang berbeza

dan dia pastinya bangga dan tersenyum di akhirat sana


merdeka kali ini terasa ketiadaannya
kerana bendera itu sudah tiada ditempatnya
kerana sudah tiada insan mulia mengibarkannya
kerana dia..telah pergi selama-lamanya
menyambut panggilan Pencipta Yang Maha Berkuasa yang dirinduinya.



Al-Fatihah buat Almarhum Ayahandaku...Haji Ramli bin Osman yang tak pernahlupa mengibarkan bendera kala tibanya detik ulangtahun merdeka....

Monday, August 28, 2006

Tak abis-abis......



apa sudah jadi ..semakin hari semakin teruk..semakin menjadi-jadi...apa nak jadi? Hiburan demi hiburan..gossip demi gossip..apa nak jadi ni? Media dah buta hati rasanya ni..media cetak sama..tv pun sama....dah tak boleh nak berfikir waras..maksud aku orang yang berpengaruh kat dalam tu..yang menentukan halatuju media masing-masing tu.


Kehidupan bukan sekadar hiburan..di Malaysia ni yang nampak tertarik dengan semua hiburan dan semua gossip ntah apa apa ni orang MELAYU.. bukan cina..bukan india..mereka tak peduli pun siapa mawi..siapa siti..mereka hanya peduli pasal duit dan kuasa je...kita melayu semakin peduli tentang artis..tentang cerita mengarut ni...MELAYU mundur ke belakang bangsa lain semakin ke hadapan...nak tunggu apa lagi bala menimba baru nak sedar? Media ni...janganlah keterlaluan sangat..betul soal keuntungan..betul...tapi pk lah sikit..untungnya berapa je..nasib bangsa yang diperjudikan..untungnya hanya berjuta..tapi kerosakan pemikiran
diporakperandakan...bukan orang lain..bangsa kita bangsa
MELAYU...sudahlah tu.. artis nak kawin ke..artis nak putus tunang ke..lantak dia oranglah..tak payahlah nak ajak rakyat semua dibuai rasa..yang kawin dia orang..yang tak kawin pun dia orang...ni sampai letak muka depan..apa nak jadi ni?


sudahlah kebodohan macam ni...bila nak berhenti ni?

Tak tau la aku nak kata apa lagi..tunggu masa je lah..bila rakyat bodoh..lalai..pemimpin bodoh..lalai...ahaa masa tu tau lah..saat kemusnahan ..saat kejatuhan..saat kuasa terpaksa diberi kepada orang lain..saat kita mengemis di negara sendiri..tau la ..padan ngan muke termasuk muka aku ni huh..... best sangat kot kita mengemis di bumi sendiri..nanti jangan duk buat muka terkejut..napa?? apasal?? bagaimana mereka boleh buat macam tu kat kita?? kan ke Malaysia ni milik MELAYU?? huhuhu masa tu kalau ada depan aku...nak je aku tenyeh muke dia..benjol dahi dia... buat terkejut konon..sudahlah..melilih air liur aku duk dengar terkejut ko orang ni...


bodoh yang tak sedar diri bodoh...pastu membodohkan orang lain pulak..huhuhu marahnya aku ni kan..biarlah..nanti tak la aku menyesal sangat kalau jadik pengemis di bumi sendiri pun..sekurangnya aku dah cakap dan membebel..dah suarakan rasa marah dan meloya aku ni ..ko orang pk lah apa aku kata ni...


kedamaian bebas terbang



aku ingin kedamaian di sini

ingin aku berlegar bebas di sekitar kedamaian ini
biarlah kedamaian ini tidak terbatas lagi
biarlah kedamaian bebas lepas begini

kedamaian hadirlah setiap hari
aku ingin melihat senyumanmu wahai kedamaian
aku ingin mendakap erat kedamaian ini
aku ingin semadi dalam kedamaian ini

terang benderang warna kedamaian ini
pelangi bersinar gemilang
nyaman dan tenteram kedamaian ini
sesejuk salju di pergunungan
sesuci hujan dicurah awan

berenang di dalam kedamaian ini
menyelam di dasar kedamaian ini
angin bayu kedamaian menghembus tenang
aku damai dengan mata terpejam
menikmati kedamaian ini

terbanglah kedamaian..terbanglah
selimuti alam ini dengan pelukan
damaikan hati-hati insan
pulihkanlah kedamaian alam dan kemanusiaan

terbanglah....terbanglah wahai kedamaian

nyam nyum bestnyerrrrrrr

emmmm cedapnyerrrrrrr..nak cikit hihihihi


Saturday, August 26, 2006

Merdeka!Merdeka!Merdeka!


Merdeka!merdeka!merdeka!!!
Laungan keramat di kala 49 tahun dahulu

Laungan yang memisahkan kita dengan penjajah

Laungan yang dirasai penuh semangat oleh rakyat jelata

Laungan yang memanis dan menyerikan wajah pemimpin

Laungan yang menghimpunkan manusia

Laungan yang menegakkan bulu roma


Merdeka!merdeka!merdeka!!!

Laungan kini oleh pemimpin negara

Laungan yang disambut oleh rakyat jelata

Laungan yang ntah apa tujuannya

Laungan yang tidak mengerti apa tejadi sekian lama

Laungan diselang seli dengan nyayiannya

Laungan yang rakyatnya senyum gembira menyebutnya


Merdeka!merdeka!merdeka!!!

Sepatutnya merdeka rohaninya

Sepatutnya merdeka cara berfikirnya

Sepatutnya merdeka keperihatinannya

Sepatutnya merdeka keupayaannya

Sepatutnya merdeka kesedarannya

Sepatutnya merdeka kemiskinannya

Sepatutnya merdeka sopan santunnya


Kemerdekaan apakah kiranya

Dalam denyut nadi kita masih ada penjajahannya

Kita masih merangkak dalam ekonominya

Penuh kecelaruan dalam tindakannya

Politik dengan silat sumbangnya

Tidak mampu lagi bersatu bersama

Disetiap apa kita lakukan masih ada gerak silapnya


Kemerdekaan apakah namanya

Diri kita masih teraba-raba mencari identiti sendiri

Anak-anak kita yang masih liar di sana sini

Persekitaran masih menakutkan kita

Bukan dek peluru tapi dek dadah dan kebejatan sosialnya

Melayu makin hilang sifatnya

Agama ke mana, moralnya bernilai kaca


Wahai umat Malaysia

Kita telah lepasi tuntutan merdeka 49 tahun dahulu

Kita di zaman kini

Menuntut pemikiran dipacu laju

Melewati susur galur budaya baru


Kita di zaman kini

Yang menuntut manusia berinovasi

Namun masih mengekalkan nilai-nilai murni

Yang kita warisi sejak berzaman

Memacu kemerdekaan dengan akal fikiran

Memacu kemerdekaan dengan kawalan resapan

Memacu kemerdekaan dengan kesedaran silam

Memacu kemerdekaan dengan langkah kehadapan

Memacu kemerdekaan dengan keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang.


Merdeka!!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Kisah seorang gadis......

Berkali ku mainkan pena ini

Berkali juga kemampuan aku tercabar

Mampukah aku kisahkan cerita gadis ini

Mampukah ku ukirkan kehidupannya


Kelahiran tanpa jasad yang sempurna

Kedua tangan..dan itu jugalah kakinya

Ada garis duka di wajahnya

Disebalik senyuman dibibirnya

Sukarnya ia…derita jiwanya


Sembilan belas tahun yang lalu...

Dikau dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan

Tangisan menghiasi kelahiran

Disambut pula kematian ibu tersayang


Celik matamu..pejam mata siibu

Insan bergelar bapa ...dialah ibu dialah tempatmu bermanja

Di dalam duka dia menjaga

dipangkuannya dikau terlena

Disusu dan dijaga...si ayah menangis pilu


Diusia kecilmu......Yang tak mengerti apa apa

Hanya menangis kalau keperluan dialpa

Takdir illahi siapa dapat meneka

Kehilangan kali kedua

Bergetar jasadnya..mengiggil jiwanya

Pautan kasih pergi selama-lamanya


Pergi si ayah dengan mata terbuka

Bukan kerana dosa....

Kerana tanggungjawab dan kasihnya

Pada anak tercinta


Betapa merahimnya rindu itu

Walau sepanjang hidupnya berlagu sendu

Sekalipun deritanya berawan kelabu


Kini.....

Bangkitnya semangat diri

Mencari ilmu duniawi ukhrawi

Mahu dibuktikan pada ibu pertiwi

Tingkat tertinggi ilmu dicari


Gedung ilmu itu merendahkan diri

Pada Alia nama diberi

Tekun menyelak rahsianya

Walau sukar diteruskan jua


Bersama teman di gedung ilmu ini

Universiti Malaya hidup dijalani

Mewarisi bakat si ayah sendiri

Teknologi bistari kepakaran diperolehi


Ilmu dan rahsianya

Itulah makna kehidupan kini

Darah dan airmata

jalani kehidupan dalam erti hakiki


Takala diri dikenangi

Menangis hatinya

Melihat teman sempurna sifatnya

Naluri manusianya tersentak jua


Namun semangat mengatasi segala

Dikuatkan diri mengatasi malu

Digagahi rohani melewati pilu

Memang ramai simpati

Namun siapa dapat memahami


Bergenang matanya

Kedengaran sendunya

Takala berbuah usaha


Sekeping kertas itulah tanda

Untukmu ibu

Untukmu wahai ayahku

Untukmu wahai Tuhanku

Itulah kata hatinya dihari terakhir di mahligai ilmu


Ya Allah Ya Tuhanku

Ampuni dosa gadis itu kiranya ada

Rahmati kaum keluarganya

Sejahterakan hidupnya


wahai gadis bistari janganlah bersedih hati

Didunia dikau dihormati..Diakhirat bertemu Ilahi

JanjiNya syurga Al Firdausi.

Apa kata ko orang?




Hubungi UiTM

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


KUALA LUMPUR: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah diminta berhubung terus dengan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai dakwaan anaknya, Raja Shahirah Aishah, 22, digoda pensyarah. Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Raja Bahrin bahawa seorang pensyarah di universiti itu cuba menggoda anaknya sejak awal tahun lalu.


Shahirah adalah pelajar di Fakulti Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap pensyarah itu jika didapati bersalah, Dr Ibrahim berkata Raja Bahrin perlu berhubung terlebih dulu dengan pihak universiti. “Masalahnya pihak kami tidak pernah mendapat aduan atau mendengar dakwaan itu sehinggalah hari ini.


Oleh itu, saya nasihatkan beliau (Raja Bahrin) segera berhubung dengan kami untuk mengadukan hal ini. “Caranya yang memaklumkan kepada media adalah salah. Beliau perlu bercakap terus dengan kami supaya tindakan dapat diambil,” katanya ketika dihubungi, semalam. Dalam laporan semalam, Raja Bahrin mendakwa Shahirah ke Australia kerana ingin menenangkan fikiran berikutan menghadapi gangguan daripada seorang pensyarah di universiti tempat dia belajar yang didakwa cuba menggodanya sejak awal tahun lalu.

Thursday, August 24, 2006

Teman tapi mesra


Teman tapi Mesra

Ahli Parlimen VS Kastam

aku hairan dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. BOLEH la pulak ahli2 parlimen "bergaduh" ngan kastam..huhuhu sungguh tak masuk akal..benda ni tak patut terjadi kalau ahli-ahli parlimen tu jenis berfikir sikit..kalaupun kastam tu tak ikut peraturan..tak payah nak gunakan parlimen..pegi je terus kepada pihak-pihak yang berkenaan yang boleh heret kakitangan kastam tu untuk didakwa dan sebagainya. Begitu banyak undang-undang yang ada tak kan tak boleh nak guna bagi benteras benda tak sihat kalau ada berlaku dalam kastam.
Bila duk buat lagu macam depa buat di Parlimen tu..abis la..rakyat duk nampak ahli perlimen lawan kastam..tak ke haru biru tu..mana boleh macam tu...yang mungkin bersalah individu dalam kastam...bukan kastam tu yang bersalah..ni pun susah nak paham ke? sengkek betulah..
aku duk nampak ahli parlimen ni pulak yang lebih lebih ..sendiri tak tengok kesalahan sendiri..lagi mau huru harakan pentadbiran awam..susah hati betulah ..bila nak ada yang baguih sikit berfikir dalam parlimen tu...
Yang ahli parlimen sentuh tu bukan dasar awam..tu soal teknikal ..perlaksanaan penguatkuasaan etc..ni biarlah kastam buat kerja tu..kalau ada pandangan salurkan ikut cara yang betul..kita jugak yang lantik Ketua Pengarahnya..so berilah dia ruang dan kebebasan sikit..kalau dia tak kena ..ahaa Dato' KSU ada kan..apa susah..melambak cara boleh betulkan selain dari "bergaduh" terang-terangan macam tu...
Pada umumnya antara tugas ahli parlimen ni gubal dasar.,.ini kerja mereka..dan mereka perlukan pentadbir dari kalangan kakitangan kerajaan untuk melaksanakannya. Ini lah sinonimnya dan harmoninya kaitan ikatan antara ahli parlimen dan kakitangan kerajaan. Jangan la huru harakan hubungan ni..
kalau bergaduh..dari segi politik depa pun tak untung..bab ni pk sendirilah...semua boleh pk..bila gaduh...rakyat tengok..bila rakyat tengok..rakyat nilai...bila rakyat nilai..rakyat undi...bila undi...rakyat kalau dia suka dia undi..kalau tak suka..sapa rugi??? kwang kwang kwang
aku cadangkan kalau ahli2 parlimen ni nampak tak kena sangat ngan golongan pentadbir awam ni...bagitau je kat Dato' KETUA SETIAUSAHA NEGARA tu...biar dia selesaikan..dia taulah apa nak buat ngan kakitangan dia...dalam parlimen bincanglah pasal lebih berfaedah...jangan nak mengarut huhuhuhu
aku teringat balik kes kes lepas..mengimbau sejarah..mengenang nostalgia...jasad terpenjara..jiwa bebas merdeka dan bukannya jiwa terpenjara walaupun jasad bebas merdeka.. Merdeka!Merdeka!Merdeka?????????????

Wednesday, August 23, 2006

Aku suka gambar ni..........




Ini Jiwa aku......
jangan tanya kenapa..puas aku merayau dalam dunia maya ni.masuk sana keluar sini..akhirnya aku jumpa jiwa aku ni..pantai jiwa aku gak...nanti aku merayau lagi..kalau perlu kidnap..aku kidnap..asal benda tu adalah jiwa aku...

Monday, August 21, 2006

Sah Sebagai Suami Isteri- Datuk K dan Siti Nurhaliza

sama cantik sama padan

bagai pinang dibelah dua

sama menarik sama jutawan

moga berkekalan sepanjang usia

aku tak nak komen apa apa pasal pic ni..cumanya aku nak doakan kebahagiaan buat CT dan Datuk K..alahaiiii CT alahaii Datuk K..hik hik hik.........................

Sunday, August 20, 2006

Menjelang hari pernikahan CT


esok hari pernikahan siti..cerita yang diungkap setiap hari sebelum ini dengan berbagai ungkapan..ada yang manis, ada yang pahit. semua orang sedang memperkatakan tentang hari tersebut. hari besar bagi siti..bagi aku juga walaupun aku tak kawin ngan siti kihkihkih

Namun dalam aku gembira dan bahagia dengan pernikahan siti ini..sebahagian dari jiwa aku memberontak dan meronta. Bukan aku jeles siti bernikah ngan Datuk K..tapi sebahagian jiwa aku ni asyik terfikir pasal beribu kematian di Lubnan dan Plastein. layakkah aku bergembira dengan siti esok?mampukah aku tersenyum dan ketawa esok sedangkan pada masa yang sama ada anak kehilangan ibu..suami kehilangan isteri..kehilangan sanak saudara.....

dalam masa yang sama juga saudara kita di Lubnan dan Plastein telah beku jiwanya menyaksikan berbagai kemusnahan dan penderitaan..lalu mampukah aku bergembira dihari pernikahan siti nanti................

Petapa Derita Di Lembah Sengsara


petapa derita di lembah sengsara
penuh dengan cerita duka menyakitkan
titisan kesakitan merah warnanya
dengan hirisan luka yang amat dalam
longlai kehidupan...berkecai impian

penghuni lembah sengsara.....
tidak selemah yang disangkakan
mereka bangkit kembali.....
dengan baju yang masih berdarah luka
mereka membina kembali kekuatan semangatnya

penghuni lembah sengsara
mengutip mimpi menyusun bahagia
ketabahan mengajar penghuninya
merealitikan sebuah cinta

derita cinta diabadikan selamanya
pasti nanti tidak mudah untuk sesiapa
meratah jujurnya hati
memusnah impian bakal dibina

Saturday, August 19, 2006

Meh kita fikir sikit meh........


aku tengok pic ni..aku rasa nak pk sikit..ni aku ...ko owang kalau rasa nak pk..mehh la join sama.... aku senaraikan apa aku pk ek ..ok..ni dia.....
1. aku pk ni mesti kat kelantan ni
2. aku pk semua pempuan yang menjual ni.. mana pegi laki/suami dia orang ni
3. aku pk pempuan ni daya saing dan daya juang dia lebih tinggi dari lelaki
4. aku pk mungkin laki/suami dia buat keje lain
5. aku pk semua tu dia orang tanam sendiri..mmm hebat kaum pempuan ni
6. aku pk ni lah slogan.. kita tanam kita jual..duit laki ambik kihkihkih
7. aku pk kalau mak mak dia orang macam ni..mesti anak-anaknya baguih
8. aku pk mereka ni dah jadi kaya raya sekarang
9. aku pk ni lah yang Muhyiddin nak tengok
10.aku pk ko owang pk tak bila tengok gambar ni
11.aku pk ko owang tak minat nak pk pasal ni
12.aku pk ko owang mesti kata tak de keje duk pk pasal gambar ni
13.aku pk ko owang ni jenis tak mo pk..kalau jenis pk mesti join aku pk pasal gambar ni
14.aku pk aku stop kat sinilah..sebab aku sendiri pening duk pk pasal ni
ok..turn ko owang lah senaraikan apa ko owang pk...berani ke sahut cabaran ni...kalau tak berani ko owang tak yah lah pk..sebab kesian kat ko owang kan....hanya yang berani cam aku je nak pk pasal semua ni... errr malas la nak pk lagi dah..aku chow dulu lah... bye bubai mubai....adiossss

Tuesday, August 15, 2006

ANTARA SIKAP BIADAP ARTIS DAN KEKESALAN MENTERI

Dua kenyataan oleh artis ini jelas memperlihatkan halatuju pemikiran manusia yang kononnya berjiwa seni ini. Memperlekehkan bahasa perkara kedua namun lebih penting dari itu ialah kenyataannya “If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often ( Jika filem ini (Gubra) mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).’’ Kenyataan yang bersifat menghasut dan mencemarkan dan bertentangan sama sekali dengan nilai agama, nilai moral dan budaya orang kita. Kenyatan yang sebenarnya mencabar masyarakat Malaysia secara langsung, kenyataan yang begitu menyinggung perasaan kita sebagai orang Islam kerana ianya dituturkan oleh orang yang beragama Islam.

Amat dikesalkan oleh kita bilamana seorang Menteri yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas artis ini hanya berkata beliau kesal sahaja. Kuasa yang kita berikan kepadanya melalui pilihanraya dan melalui kuasa seorang Menteri nampaknya begitu lemah dan tak mampu membuat sebarang tindakan..tak mampu untuk mengambil tindakan selain dari kesal. Kalau setakat kesal semua orang boleh bercakap.

Sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat apalagi sebagai sebuah negara Islam yang melaungkan slogan Islam Hadhari saya mendesak Menteri ini mengambil tindakan keras ke atas artis tersebut. Bukan hanya Menteri ini sahaja malah saya juga mendesak Jabatan Peguam Negara mengheret artis ini ke Mahkamah atas kenyataannya yang bersifat menghasut dan mencemarkan agama serta nilai masyarakat Malaysia.

Lengkaplah sudah sebuah filem yang hancur dan tak bermaruah disertai sama oleh artis yang sama tidak bermaruah dan bermoral.

KENYATAAN BIADAP ARTIS


RUH GUBRA

Kenapa saya berucap bahasa Inggeris
Sharifah Amani.
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), Sharifah Amani mengejutkan hadirin apabila memperlekehkan bahasa Melayu semasa berucap selepas menerima anugerah itu, malam tadi.

Katanya, dia rasa seperti orang bodoh jika bercakap dalam bahasa Melayu kerana kurang fasih, sebaliknya mahu menggunakan bahasa Inggeris.
‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu),’’ katanya ketika diberi peluang membuat ucapan sebaik sahaja menerima anugerah itu kerana lakonannya dalam filem Gubra.
Ucapannya itu menimbulkan rasa tidak senang sebilangan besar penonton khususnya orang Melayu termasuk tetamu kehormat majlis itu iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Lebih memeranjatkan khalayak pada malam itu ialah apabila Sharifah Amani mengakhiri ucapannya dengan berkata:
“If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often ( Jika filem ini (Gubra) mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).’’
Sharifah Amani, 20, yang ditemui selepas festival itu menjelaskan, dia tidak berniat memperlekehkan bahasa Melayu.

Menurutnya, dia meminta kebenaran berucap dalam bahasa Inggeris kerana bimbang ucapannya dalam bahasa Melayu akan kedengaran buruk ekoran dia tidak fasih bahasa ibunda itu.
‘‘Apa yang saya maksudkan ialah saya ingin bertutur dalam bahasa Inggeris kerana tidak fasih berbahasa Melayu, nanti buruk bunyinya.

“Saya tidak mahu nampak bodoh kerana bagi saya, bahasa melambangkan budaya bangsa. Saya memang bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah dengan seluruh anggota keluarga saya termasuk datuk, nenek dan moyang,’’ katanya.
Sharifah Amani menjelaskan, ucapannya itu adalah secara spontan dan dia sama sekali tidak maksud untuk menimbulkan sebarang kontroversi.
‘‘Saya tidak bermaksud mencetuskan kontroversi dan saya tetap berbangga menjadi gadis Melayu Islam,’’ ujarnya.

Menurut Sharifah Amani lagi, faktor yang menyebabkan dia kurang fasih berbahasa Melayu ialah kerana darah campuran yang dimilikinya iaitu Cina, India dan Arab.
“Salahkah saya berbahasa Inggeris sedangkan ketika ini ada usaha untuk memperkasakan bahasa itu di sekolah-sekolah?
“Lagipun orang perlu tahu saya masih muda dan baru berumur 20 tahun,’’ jelasnya.
Ketika diminta mengulas mengapa dia mahu filem seperti Gubra diperbanyakkan, Sharifah Amani berkata, ia adalah luahan hatinya yang terguris apabila filem Gubra dan Sepet menerima kecaman hebat daripada media massa dan pengkritik filem.
Tambahnya, masyarakat tidak tahu bagaimana sukarnya untuk menghasilkan sebuah filem yang baik.

“Saya bercakap begitu kerana saya terlalu mencintai dunia lakonan dan filem. Gubra ialah filem cinta, bukan filem wang,’’ ujarnya.

Saturday, August 12, 2006

Perpisahan abadi





Wahai ibu yang ku cintai
Jangan tinggalkan daku.....
Bawalah aku bersamamu..bawalah aku pergi bersamamu wahai ibuku
Sakitnya dikau wahai ibu..apakah dayaku
Ambillah nyawaku sekali wahai Tuhanku
Pisahkahlah ruh ini dari jasadku
Aku rela ...aku redha wahai Tuhanku

Derita ini tak tertanggung wahai Tuhanku
Menyaksikan darah suci ibuku mengalir laju
Menyaksikan tangisan kesakitannya wahai Tuhanku
Ya Allah bantulah aku ... selamatkanlah ibuku ini
Ya Allah kekejaman apakah yang berlaku ini
Aku menyaksi pemergiaan abadi ibu yang aku amat aku cintai

Wahai Tuhanku..hilanglah sudah tangan yang memanjakanku
Hilanglah sudah satu-satunya ibu yang aku miliki
Di dunia ini...dikau pergi dengan aku menyaksikannya
Dikau pergi dengan aku merasai kesakitannya
Dikau pergi dengan usapan terakhir

Wahai ibu ..darah sucimu ini
Akan kekal sehingga

panggilan terakhir menjemputku nanti

.................................................................................................

Wahai anakku...ingatlah pada Tuhanmu
Sampai masanya aku menemuinya
Sampailah sudah saat perpisahan kita
Benarlah janjinya wahai anakku
Tidakku rasa kesakitan ini....tidak ku resah dengan panggilannya

Wahai anakku...........ingatlah pada Tuhanmu
Aku pergi menyahut panggilan Ilahi
Tinggalah wahai anakku...tinggalah wahai permata hatiku
Jangan menangis wahai anakku
Tempat ibu di sana nanti..tempat yang dijanji
Pemergiaan ibu sedang dinanti wahai anakku

Wahai anakku.....ingatlah pada Tuhanmu
Tinggallah wahai anak..jagalah agamamu
Tinggallah wahai anak...jagalah Islammu
Tinggallah wahai anak..berjuanglah untuk agamamu
Tinggallah wahai anak..peliharalah imanmu

Wahai anakku...ingatlah pada Tuhanmu
Saat perpisahan telahpun tiba
Izinkan ibu menemuinya dengan hati yang rela
Relakan pemergian ibu...relakan takdir ini
Jangan menangis wahai anakku
Akan ibu doakan dari akhirat nanti
Inilah janjinya wahai anakku
Perpisahan ini sementara..abadi di akhirat nanti
Akan ibu doakan moga kita dapat bersama disana nanti

LAILAHAILALLAH MUHAMADARASULLULAH

Friday, August 11, 2006

Kedamaian semakin hilang......

nyamannya menghadap laut luas terbentang
alunan suara ombaknya sungguh mengasyikkan
bebuih airnya diantara gelombang
camar putih bebas berterbangan
indahnya panorama alam


aku disini....diantara khayalan dan kenyataan
diantara harapan dan kekecewaan
cuba menghubungkan lautan dan daratan


aku banyak melihat kedukaan dari kegembiraan
aku cuba mentafsirkan alunan kehidupan ini
cuba mencari jawapan dalam begitu banyak pertanyaan


apakah ombak sebenarnya penyeri alam
atau desiran angin yang membawa pengertian
mungkin juga pepohon nyior membuahkan harapan


nelayan dan ombak angin dan pantai
manusia dan alam
kasih dan sayang

cinta dan harapan


begitu banyak yang terluka dari gembira
apakah daya ku sebatang kara
aku bukan setia seperti ombak dan pantai


kalau aku sehebat langit di atas sana
mungkin aku akan hamparkan pelindung kedukaan utk semua
tapi tidak mungkin...kerna aku manusia biasa


wahai ombak dan pantai
maafkan aku dengan bicara ini
tapi kau harus mendengarnya juga
kerana aku dan kau adalah sebahagian dari kehidupan ini

mereka terluka kita merasa sama


semalam ombak dan pantai berbisik lagi
ombak dan pantai saling mengerti

tika ombak mengganas..pantai susah dihati


mereka tahu bahawa di daratan manusia semakin berani
semakin berahi dengan kemusnahan duniawi
kedamaian yang semakin sukar dicari
keinsanan yang terlalu jauh untuk difahami

Wednesday, August 09, 2006

Monday, August 07, 2006

Menggamit Bala Yang Maha Esa





Sudah hilangkah pertimbangan insan
Terhakiskah sudah kemanusiaan
Urat nadi berwajah haiwan
Darah mengalir dirasuki syaitan

Tiada lagikah kewarasan
Hilangkah pertimbangan
Berkuburkah segala kebaikan

Tubuh kecil diratah mentah
Berkecai jasad pekat berdarah
Seluruh kasih terpisahlah sudah

Tiada lagi wajah comel manja
Hilang sudah gelak ketawa
Dunia suram berwajah duka
Angkara manusia iblis durjana

Dunia kini di ambang senja
Seolah kehidupan seorang tua
Itulah janji itulah petanda
Bila agama sering dipersenda

Gementar alam meratap hiba
Memohon doa pada yang Esa
Dunia kekejaman sudah pun tiba
Seolah menggamit bala dari Yang Maha Berkuasa

Saturday, August 05, 2006

cutenyerrrrrrrrrrrrrrrr


Wajah wajah fitrah yang tak mengenal bahagia atau derita
Wajah yang diselaputi rahmat dariNya
Wajah manis dan manja ibunda tercinta
Wajah yang lahir dari kasih sayang keduanya
Wajah yang mendamaikan hati-hati kita
Inilah wajah fitrah yang silih bertukar ganti
Menjadi dewasa menjalani kehidupan ini

ari ni serata dunia aku pegi...pusing sana ..pusing sini..last last aku jumpa pic si cute ni..heheh aku kidnap laa..curik gambar dia je....hati aku tenang nampak si comel ni ..jangan marah ek umi abi dia..aku kidnap pic dia je nak letak dalam blog aku huhuhuhuhu......

apa nama dia ek? hmmmm..ok..aku namakan dia Nabila Hanis..tak pe lah kalau bukan nama dia pun..aku rasa nama tu sesuai ngan si cute ni hihihi


Friday, August 04, 2006

Sumpah Khairy Jamaluddin...........


ni spekulasi

ni realiti
Pandangan akulah...bila Khairy dah bersumpah DEMI ALLAH.. maka aku percaya sepenuhnya..so tak de lagi keraguan di hati aku ni...so aku harap sebagi orang Islam...maka ko orang kena dan mesti terima penjelasan Khairy ni...kes tutup.

Isteri saya hanya Nori, kata KhairyAugust 4, 2006 : 06.22 PM--->

"Demi Allah, isteri saya hanya satu iaitu Nori binti Abdullah," kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bagi menafikan dakwaan kononya beliau telah berkahwin dengan pelakon Maya Karin. Sambil berkata sudah sampai masanya beliau menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya termasuk berkahwin dengan pelakon popular itu, Khairy menjelaskan : "Saya memegang prinsip TTP iaitu Tak Teringin Pun".

Bernama melaporkan beliau berkata serangan yang dilemparkan terhadapnya begitu peribadi, dan sebagai seorang yang bermaruah, fitnah itu perlu diperjelaskan segera terutama kepada anggota parti. "Saya akan menggunakan peluang merasmikan lebih 30 mesyuarat bahagian Pemuda di seluruh negara untuk menjelaskan segala tohmahan itu, dan kini masanya yang paling sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa di Kota Bharu Jumaat.

Khairy, yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata bahawa selama ini beliau berdiam diri bukan kerana takut sebaliknya merasakan bukan masa yang sesuai untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu. "Mereka menyerang peribadi saya selepas gagal mencari kelemahan Pak Lah, dan apa yang mereka buat kini menyerang menantunya, seolah-olah saya ini tidak patriotik lagi terhadap negara," katanya.

Bakawali........







Gambar Bunga Bakawali hanya kembang tepat 12:00malam selama 3 jam

Thursday, August 03, 2006

Wednesday, August 02, 2006

Tuesday, August 01, 2006

Bestnya memancing.............


Aku lama dah tak memancing...kalau dulu aku kerap memancing...tapi aku tak la memancing kat sungai ...or kat kenyir...aku memancing tempat lagi luas.. Laut Cina Selatan...huhuhuhu

Untuk lepas gian aku ..aku letak la pic orang lain memancing kat sini....kiraok lah gak kan hihihihi



Ini aku kata...........

Hari ni aku nak komen..aku nak kata apa aku pk....terpulang pada orang lah nak pk macam mana..blog ni blog aku...aku ada kuasa la jugak sikit kan... hihi
Memula aku nak kata...aku heran dengan perancangan dan penyusunan pembangunan di Terengganu.. MB besar dari kawasan Kemaman naik..Kemaman jadi fokus.. Kalau MB dari Kuala Berang naik..Kuala Beranglah jadi fokus...ni MB dari Besut..maka Besutlah jadi fokus...
Aku rasa negeri Terengganu ni macam tikus baiki labu.. Terengganu ni tak maju lagi..bandar Kuala Terengganu tu sendiri kalau budak kecik masuk bandar sah tak sesat..kecik sangat..berterabur...berselerak...
Napa nak letak UDM tu kat Besut? wahal K.Berang lagi sesuai..persekitaranya....pergerakan pembangunan dan modal insannya...kat Kuala Terengganu sendiri pun masih perlukan Universiti dalam bandar...atau pinggir bandar....Kalau letak pinggir bandar..pasti banyak yang bleh dibangunkan...pastu strukturkan balik pembangunan bandarnya tu...bandar ke tu? iskkk cam pekan jek aku tengok...mana ada pasaraya besar2 pun..mana ada kemudahan sangat pun...uwaa nak nangis je ingat bandar Kuala Terengganu ni......
Terengganu negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik ..uwaaa nagis lagi laaa aku ni.. negeri cantik..persisir pantai..pembangunan pesisir pantai tak pun buat..dalam bandar tu masih dipenuhi rumah cina-cina macam nak runtuh..aku nak gak tengok kalau dari jambatan Sultan Mahmud tu nampak cam bandar Hong Kong..bukan tak de duit pun..royalti beratus juta huhuhuhu
Kalau di Chendering tu ..kawasan pelabuhan perikanan..bleh dijadikan Bandar Perikanan terbesar di negara ni..bangunkan sumber perikanannya..dirikan kilang..keluarkan produk...Yayasan Pembangunan Usahawan dan UPEN negeri Terengganu bleh la pk pk pasal ni..ni berpuluh tahun cam tu gak..bila nak berubah?
Pantai cantik..apa yang ada selain yang kita nampak..kalau di Pantai B. Buruk tu berpuluh kali berubah..projek itu ini..rombak bina rombak bina...alahaiiiiiiii duit abis..macam tu gak lah...
Terengganu ni bukan besar sangat tapi sumbernya kaya ..hutannya..air terjunnya..pantainya...pulaunya...orangnya.. macam belatuk catuk pokok kelapa je pembangunannya..lembab...lemau....
UDM ni..aku rasa bukanlah hanya setakat tunai janji..tapi biarlah kewujudannya tu memberi menafaat pada rakyat dan negeri. Biarlah macam air yang mengalir..pastu disekitarnya tumbuh tumbuhan hijau...macam tu gak lah ngan UDM..biarlah nanti hasil penyelidikannya..apa juga yang dibuat bleh rakyat nikmati..jangan annti tu tak jadi...masalah sosial plak yang tumbuh macam cendawan pas hujan.
kalau nak cakap ni banyak lagi..tapi aku nak kata kalau nak buat pembangunan buat betul2...rancang betul2..jiwa kena besar..akal pun kena besar...jangan bangunkan kawasan atas sebab nak pikat pengundi je....jadi MB ..jadi wakil rakyat berjiwa rakyat..bijaksana dan cemerlang gemilang dan terbilang... PM mesti setuju ngan aku ni .....ahaksssssssss
ok dah lah..malas dah nak cakap banyak....aku nak tengok keimanan..keikhlasan dan kebijaksanaan ada pada pemimpin kalau nak bangunkan negeri Terengganu Darul Iman ni.



"

Ini kerajaan kata............


UDM bukti BN penuhi janji kepada Terengganu – Abdullah
Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob

ABDULLAH Ahmad Badawi melihat lakaran model Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) selepas merasmikan majlis pecah tanah UDM di tapak kampus universiti itu di Dendong, Besut, Terengganu, semalam.
BESUT 31 Julai – Pembinaan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang disifatkan sebagai titik permulaan kepada pembinaan tamadun baru bagi Terengganu dilancarkan di Tembila hari ini dengan majlis pecah tanah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

UDM merupakan universiti awam (IPTA) ke-18 dan pertama di negara ini menggunakan konsep kampus Universiti Cambridge di Britain yang akan mempunyai kolej universiti di setiap daerah di Terengganu.
Ia merupakan sebahagian daripada janji manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu dan yang dibayangkan oleh Perdana Menteri sebagai ‘‘yang belum pernah dilihat sebelum ini.”

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan memastikan setiap janji ditunaikan sebagaimana impian besar rakyat Terengganu untuk melihat wujudnya UDM yang kini menjadi realiti.
Berucap pada majlis itu, Abdullah berkata, UDM merupakan hadiah dan milik rakyat Terengganu yang ingin melihat perubahan dalam negeri ini dengan memberi kepercayaan kepada kerajaan BN.

Katanya, ia dapat memberi sumbangan besar ke arah membangunkan modal insan yang dapat menjana ke arah kemajuan negeri dan juga negara amnya.
Menurut beliau, UDM menjadi pelengkap kepada lonjakan pencapaian pendidikan di negeri ini yang telah bermula sejak lima tahun lalu apabila Terengganu mencapai kedudukan tertinggi dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dan Naib Canselor UDM, Datuk Prof. Dr. Alias Daud.
Universiti itu yang kini menempatkan 5,080 pelajar disasarkan mempunyai 10,000 pelajar menjelang 2010 melalui tiga kampusnya iaitu di Tembila, Kuala Terengganu dan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.
Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Abdullah memberitahu, UDM merupakan salah satu daripada 12 projek yang dalam proses pelaksanaan di negeri ini bagi memenuhi janji pilihan raya.
‘‘Ia tentunya mengambil masa bagi pelaksanaan kesemuanya kerana memerlukan perancangan lebih teliti bagi memastikan ia benar-benar berkesan dan menyeluruh dengan mengambil kira keperluan di peringkat negeri dan daerah.

‘‘Semua ini mesti dipastikan perancangannya dengan baik, jika tidak ia akan jadi kelam kabut, impaknya kepada rakyat akan kurang dan boleh bawa reaksi yang tidak diingini.
‘‘Bila selesai orang merungut, ada yang tak betul apabila pelaksanaan tidak dibuat dengan baik, jadi kita belajar dari pengalaman, agar memastikan keberkesanan sebagaimana yang diharapkan,” katanya.

Sementara itu, Idris ketika berucap pada majlis tersebut menyifatkan UDM merupakan pelengkap kepada prasarana pendidikan di Terengganu dan ia memberi impak besar kepada kemajuan negeri.
‘‘Penubuhan UDM turut membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi amat prihatin di atas perkembangan pendidikan di Terengganu.

‘‘Ini satu lagi sejarah dipahat kerana BN berjaya mengotakan apa yang dijanji. Saya percaya dengan tertubuhnya UDM, harapan kita untuk membina tamadun yang gemilang berasaskan umatnya yang berpengetahuan dan berakhlak mulia akan menjadi realiti suatu hari nanti,’’ katanya.