Wednesday, December 27, 2006

Ombak kedewasaan...............



kita dilamun ombak kedewasaan

yang saban hari disaji dengan pelbagai dugaan

kita keliru dan adakalanya sukar hendak digambarkan

kita sesat dek kedangkalan memahami erti sebenar kehidupan

dulu...
tika dipelukan bonda
kita selesa..tiada kekeliruan yang bisa bertapa
di benak akal kita..
kita bebas dan sejahtera...
kita selamat ..gembira semaunya

dunia dan cerita kehidupan manusia
tidak bezanya dengan haiwan melata
kekeliruan kerap bertandang di benak kita
ada antara kita yang tumpas dan terus derita

ombak kedewasaan ini hadir dengan berbagai rupa
kita lah pelaut di dalamnya
dengan sampan yang kita cipta
dan pecah....kita lemas di dalamnya

ombak kedewasaan ini mengajar tentang segalanya
kekuatan kita adalah Yang Maha Esa
keimanan kita adalah bahtera yang nyata
meredah pelbagai ujian dariNya

dunia terus berputar ibarat roda
dunia juga berubah isi dan pengisiannya
kita manusia berada di dadanya
sama merasai perubahan dalam ketentuan takdirNya

hulurkan tanganmu wahai saudara
kita satukan hati-hati kita
kita anyam menjadi realiti yang nyata
kita tentukan corak kita
bakal menghadapi dugaan yang bakal tiba
yang pastinya lebih mendebarkan sukma

Saturday, December 23, 2006

Bila Mindaku membebel................



Nak hentikan atau tak? kalau hendak bertindak..

Nak anggap serius ke tak? kalau ambik serius bertindak.

Ini antara sikap manusia yang bertamadun. Malah boleh dianggap yang terpenting kerana sikap ini yang bakal menentukan corak dan arah sesuatu situasi, perkara atau apa saja. Kita sudah tak mampu nak menjadi individu atau bangsa yang hanya menunggu sesuatu itu terjadi, wahal sebelumnya kita ada peluang hendak membetulkannya. Cukuplah kita mengeluh dan merintih dan menjadi suatu bangsa yang menerima saja dan menganggap ianya adalah takdir ( alasan yang diterima pakai oleh mereka yang tidak pernah ada sikap serius dan ada usaha untuk mengubah sesuatu).

Kenapa aku bercakap macam ni?

Entahlah.. naluri aku melihat banyak kejadian akhir-akhir ini sebagai pelik dan wajar kalau kita menilai kembali cara dan kaedah kita pakai selama ini dalam menentukan corak dan halatuju sesuatu yang disekeliling kita, samaada ianya besar atau kecil kalau ianya berkait dengan bangsa dan masa depan kita.

Nak teruskan ke tak apa aku kata ni?

Jawapannya: TAK NAK

Kenapa?
Sebab aku dah mula nak melalut dan nanti aku akan hiris hati banyak orang, so lebih baik aku behenti...sekian terima kasih.


Petikan Akhbar - Kes Pembunuhan Altanyuya Shaariibuu



Dua UTK dituduh bunuh Altantuya pengawal Najib?



Abu Bakar Rahman
Fri | Dec 22, 06 | 07:19:13 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Hrkh) - Selepas Melbourne Age melaporkan bahawa kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mencetuskan soalan-soalan berapi-api kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isu itu semakin berapi-api apabila ucapan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memanaskan lagi persoalan umum adakah kedua-dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang dituduh membunuh Altantuya adalah pengawal peribadi Najib.

Anwar juga mendakwa bahan letupan C4 yang digunakan untuk meletup dan menghancurkan mayat Altantuya tidak boleh diperolehi tanpa kebenaran Menteri Pertahanan.

Najib juga adalah Menteri Pertahanan.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi hanya menyatakan fakta. Kita tidak boleh menuduh tetapi kita boleh bertanya, tidak ada salahnya bertanya," kata bekas Timbalan PerdanaJustify Full Menteri ketika berceramah di padang Flat Seri Melaka di Cheras baru-baru ini.

Melbourne Age 14 Disember lalu melaporkan, kes pembunuhan Altantuya mengakibatkan soalan-soalan berapi-api kepada Najib.

Menurut akhbar itu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang kini didakwa berikutan pembunuhan Altantuya, ialah orang kepercayaan Najib.

Walaupun Najib tidak dikaitkan secara rasmi dengan kes itu, kata The Age, tetapi persoalan berbangkit mengenai dakwaan penglibatan UTK dan adakah apa yang disebut sebagai penggunaan bahan letupan C4 boleh dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa Kementerian Pertahanan.

Kes yang melibatkan Abdul Razak, 46, disifatkan amat menarik perhatian apabila isterinya, Mazlinda Makhzan, menekankan di luar mahkamah sebelum perbicaraan 16 November lalu bahawa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri.

"Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," Mazlinda, seorang bekas majistret, menegaskan.

Ketika Abdul Razak memeluknya, beliau berkata: "Begitu teruk. Kekejaman".

Pertanyaan timbul mengapa Mazlinda menyatakan: "Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua".

Laporan lain pula menyatakan Mazlina berkata: "Dia tidak berminat dengan politik. Dia tidak mahu menjadi perdana menteri yang akan datang. Dia orang baik. Dia suami yang baik. Dia sepatutnya melindungi saya. Polis yang melakukannya. Merekalah orangnya. Mereka sepatutnya mempertahankan negara ini.

“Sampai hati you all buat dia macam ni. Jangan buat begini kepada dia. Itu kehidupan dia. Mengapa letakkannya ke atas suami saya? Ini kejam, kejam, kejam".

Peguam kepada Abdul Razak, Datuk Shafee Abdullah, pernah dilaporkan sebagai berkata, "Saya yakin sepenuhnya beliau tidak bersalah ... beliau tidak terlibat sama sekali".

Bagaimanapun dalam perbicaraan 14 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shafee digantikan oleh peguam Wong Kian Kheong.

Dalam perbicaraan itu juga, Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada pihak lain yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu selain daripada Abdul Razak dan dua anggota UTK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Salehuddin berkata perkara itu perlu diperjelaskan berikutan wujud terlalu banyak tohmahan dan sindiran bahawa ada pihak lain yang terlibat sedangkan mengikut siasatan polis hanya tiga tertuduh itu yang terlibat.

Salehudin berkata perbicaraan kes itu juga perlu disegerakan bagi memberi peluang pendakwaan menepis segala spekulasi yang timbul.

Abdul Razak yang lebih dikenali sebagai Razak Baginda didakwa bersubahat membunuh wanita warga Mongolia Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, di pejabat Abdul Razak di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No 148, Jalan Ampang antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober lalu.

Azilah dan Sirul Azhar yang sebelum ini bertugas di UTK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pula didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1.00 pagi 20 Oktober lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin telah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes itu dan turut membenarkan jaminan terhadap Abdul Razak dilanjutkan tetapi mengenakan syarat tambahan dengan mendepositkan wang tunai RM1 juta atau sekuriti yang setara dengannya selain melaporkan diri di balai polis seminggu sekali dan menyerahkan pas perjalanan ke mahkamah.

Sunday, December 17, 2006

Aku seorang nelayan..................


Aku nak cerita satu kisah ringkas je.. kisah silam aku..masa tu aku tunggu S.P.M. Aku sebenarnya tidak dibesarkan di Terengganu walaupun aku lahir kat sana. Aku ikut keluarga aku berpindah ke Selangor. Kampung/pekan yang aku di besarkan ialah di Tg. Karang, Selangor. Selepas ayahku meletak jawatan sebagai anggota polis, kerja yang dilakukannya selepas itu ialah berniaga. Mungkin darinya lah aku juga mempunyai minat dan terlibat dalam perniagaan kot. Mak aku juga seorang peniaga yang bagi aku sangat berjaya sehingga mampu menanggung keluarga selepas ayahku pergi buat selama-lamanya kerana sakit jantung.

Kalau nak cerita kisah aku di negeri orang, banyaklah tapi biarlah dulu, lain kali lah aku cerita .. aku nak cerita suatu kisah semasa aku dah kembali ke Terengganu. Kisah yang ada nilai bagi aku.. sentimental value kata orang putih.. kisah aku ni tak la apa apa sangat..tapi aku suka dengan pengalaman ini.

Pengalaman aku pertama kali menjadi seorang nelayan ( semasa tu aku tak kerja kerana baru abis belajar, baru abis exam.. S.P.M). Aku dipelawa oleh seorang kawan untuk sama-sama pergi ke laut menangkap ikan. Aku dengan bangga dan terujanya bersetuju dan tidak sabar untuk merasai pengalaman tersebut. Maklumlah aku tidak pernah ada pengalaman macam tu selama ni. Inilah kesempatan terbaik aku, kerana sememangnya aku sangat suka melihat ikan, aku akan leka kalau bermain ngan ikan. Di kampung aku di Terengganu, aku sering melihat orang menaikkan (memunggah) ikan dengan kuantiti yang banyak... ikan tu masih baru dan segar lagi.

Untuk pengetahuan ko orang, cara menangkap ikan ni macam macam cara, ada nelayan yang menggunakan kail, "bubu", pukat dan sebagainya. Kalau bot-bot besar tu ada yang dinamakan bot pukat jerut, bot pukat tangkul dan macam-macam lagilah. Antara kaedah yang paling efektif ialah dengan menggunakan pukat jerut. Cara ini memerlukan bot-bot yang besar dan jumlah awak-awak (pekerja) yang ramai sehingga mencecah kepada 30 atau 40 orang satu bot. Ada juga yang kurang dari itu..bergantung kepada besar pukat dan besar bot.

Pada pukul 3 pagi, aku dikejutkan oleh kawan aku tu, terkebil-kebil ..selepas basuh muka..menyalin pakaian aku pun turun ke pantai. Disana telah ada ramai awak-awak yang menunggu untuk naik ke atas bot. Sebelum bertolak, aku sama-sama membantu yang lain memasukkan ais ke dalam ruang depan bot bagi digunakan untuk menjeruk ikan nanti. Setelah semua sudah sedia, minyak telah di isi, air telah di isi maka bertolak lah bot tu meredah lautan Cina Selatan. Selama Kira-kira dalam 5 jam sampailah kami ke tengah lautan, tiada kelihatan daratan pun...yang ada disekeliling adalah lautan yang sejauh mata memandang.

Perjalanan selama 5 jam itu memberikan aku pengalaman yang tak pernah aku bayangkan..aku nak kongsi dengan ko orang pasal perasaaan aku..apa aku rasa takala bot besar tu meredah ombak di lautan luas ..bunyi air lautan yang diredah bot itu seolah-olah suatu melodi yang sungguh mengasyikkan... dan tatkala solat subuh..aku merasakan ketenangannya..walau dibuai bot yang beralun-alun dihempas ombak....

Macam mana aku nak gambarkan suasana tika mentari mula tersenyum...memancarkan sinar kemesraanya.. masa tu aku ke hadapan bot..melihat haluan bot membelah ombak..putih berbuih..percikkannya mengenai wajahku.... dengan bayu bertiup lembut ... tiba-tiba je aku dibuai perasaan sedih dan sayu....entah kenapa..aku terasa pilu ...namun aku sembunyikan perasaanku... mungkin suasana lautan yang asing bagiku membuatkan perasaan aku tidak stabil... aku tak taulah ko orang boleh merasai atau tak apa aku rasa ni...


"Juragan" ( ketua bot) mengarahkan supaya sauh dilabuh di kawasan yang ada "unjang" suatu tukun (kediaman ikan) yang dibuat dari pelepah kelapa (nyiur) di ikat menjadi gulungan dan dibuang ke dalam laut..pelepah kelapa tu diikat dengan beg-beg pasir supaya ianya tenggelam.. antara pelepah nyiur tu dengan beg-beg pasir ada tali pengikat keduanya...supaya apabila beg-beg pasir tu tenggelam..pelepah tu akan timbul di ditengah-tengah lautan ..dan dipermukaan di letakkkan pelampung ...pelampung tu diikat kepada pelepah kelapa tu... hmm faham ke ko orang ek? hhehhe ikut suka ko oranglah faham ke tak.. penti
ng untuk ko orang tau..kat situlah ikan-ikan yang banyak akan bermain..dan kat situ jugaklah rezeki kami ..nelayan mencari rezeki..

Bot dilabuhkan..sauh diturunkan....bot berehat seketika..ntah napa aku tak tau..biasanya mereka kata tak berehat pun kecuali kalau kita bermalam ... tak apalah ..ikut kata juraganlah.. engine bot dimatikan....masa tu aku tengok ada beberapa awak-awak mengeluarkan sesuatu yang aku tak biasa lihat.. bila aku tanya pada mereka..mereka kata nilah "apollo" ... emmm aku sendiri tak tau apa sebenarnya ..so aku tengok je lah... benda tu sebenarnya mata kail yang diikat berantai-rantai..ada banyak matakail yang diikat pada "tangsi" (sejenis tali buat memancing) ...lalu dijatuhkan ke laut...lalu mereka henjut pelan pelan..pastu kuat-kuat...pastu tarik naik atas... ahaaaaa!!! terbeliak aku tengok...begitu banyak ikan-ikan terlekat kat matakail tu....huhuhu menakjubkan sungguh...sekali hentak je semua ikan-ikan tu berteraburan di lantai...tak payah nak buang sekor sekor.. seronok sungguh aku tengoknya...heheh

aku lihat pula sampan kecil yang dibawa bersama diturunkan ke laut..ada dua orang atas sampan tu..sorang pengemudi dan sorang lagi yang dipanggil "juruselam" ..mereka ke arah "unjang" yang ada disekeliling bot yang kami naiki... Juragan naik atas "dek" bot...bhg. paling atas pada sebuah bot... meninjau.. wahh bergaya sungguh..nampak kehebatan dia sebagai boss dalam bot tu.. pendiam dan sekali-sekali je bercakap.... tiba-tiba dia berteriak... " oiii !! naikkan sauh tu.....sedia!!! ".........

aku bertanya kepada kawan aku..apasal tetiba je dia beri arahan.. kawan aku tunjukkan pada aku yang juruselam dah bagi isyarat ikan dah banyak...ada dan sesuai untuk ditangkap.. emm barulah aku faham.... engine bot dihidupkan... meluru dengan laju mengelilingggi ujang dalam jarak yang agak jauh jugaklah.. semakin laju bot dipecut.. dan akhirnya apabila juragan mengangkat tangan maka pukat dibahagian belakang dijatuhkan ke laut.. terjadi satu lingkaran bulatan dimana sampan dan unjang berada di dalam lingkaran pukat yang dijatuhkan itu....

Setelah beberapa detik...lingkaran menjadi bulatan dan engine bot dimatikan ..... maka bermulalah tugas aku di bahagian hadapan bot ...iaitu menarik pukat ... dengan percikan air yang halus kedengaran.. dengan bau minyak diesel yang menusuk hidung dan kerongkong ku...aku mulai rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan diriku ini... aku terasa hanyut dan gelora perut ku sama kuat dengan gelora ombak mungkin.... mualnya.......... lantas aku ke bahagian tepi bot..sambil hampir meniarap...menghulurkan kepala ke laut... uwekkkkkkkkkkkkkkkk!!!! uwekkkkkkkkk!!!! uwekkkkkkkkkkkkkkk!!

" ha!ha!ha! ada orang dah "kerkah birai" oiiii " jerit salah seorang kawanku dari bahagian belakang bot... antara dengar dan tidak je....mata ku berair laju.. tekak terasa kering....perut terasa dijerut... muntah hijau yang keluar...tiada lagi makanan yang mampu aku muntahkan... hanya air berwarna hijau.... lembik.... longlai.. rasa nak nangis jek... uwaaaa kalaulah aku tau macam ni rasanya..tak nak aku ikut menangkap ikan.....

Hampir sejam jugaklah aku terlentang di bahagian tepi bot tu... kejap terlena ..kejap terjaga... barulah aku rasa ok sikit...sedikit segar...lalu aku bangun dan aku dapati pukat hampir habis di tarik..tinggal lingkaran keroncong yang dipernuhi ribuan ikan-ikan... aku rasa semangat melihatnya... berbagai jenis ikan.. ada ikan tenggiri..ikan sardin..kembung ..lelain aku tak kenal... spesis yang aku tak pernah lihat pun ada...banyaknya ikan sardin lah.. melompat-lompat ...wahh banyaknya ikan .. tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu....

aku ke bahagian belakang bot... tukang masak sedang bersiap untuk memasak.. dia tergelak kecil tengok aku masih lemah dek mabuk laut tadi... ' ahaa ..mari sini..ambik ikan kembung yang melompat tu..bawak ke sini" .. aku pun menangkap ikan yang masih melekat di jaring tepi pukat tu..dan ada sebahagian yang dah mati yang dilonggok ..masih hijau ..dan ada yang masih hidup....
ku serahkan pada tukang masak tu..

Di ambilnya yang masih hidup..dicampaknya ke dalam kuali yang mendidih.. " ini ubat untuk orang mabuk laut" katanya padaku.. hehehheh tercenggang aku.. hidup-hidup ikan tu digorengnya.. sekejap saja dah masak.. apalagi akupun bedal lah.. emmmm manisnya ..paling sedap walau tak de rempah atau perencah... abis dua tiga ekor aku makan..hahhahahhaa tak rasa dah mabuk laut tu.. hehheeh

Habis je melantak ikan goreng segar tu..aku ke bahagian haluan bot.. melihat ikan dipunggah masuk ke dalam petak atau ruang yang ada ais ...beribu-ribu kilo kot...entah berapa tan agaknya ikan yang ditangkap tu...emmm aku kepuasaan... aku bangga menjadi anak laut..aku bangga menjadi nelayan.... aku bangga....

sekejap je kegembiraan aku tu.. aku kembali ke tepi bot... "kerkah birai " lagi sekali uwekkkkkkkk!! uwekkkkkkkkkkkkk!!!! hukhukhuk......

Aku tak sedar dah selepas tu..aku terlena kembali..tak de tenaga dah yang tinggal... apa yang aku dapat dengar mereka sempat memukat beberapa kali..ntah berapa kali aku tak tau..aku lena dan terus lena..muntah dan terus muntah..... itulah nasib aku pada hari pertama aku menjadi nelayan...

Sampai di daratan..aku diberikan begitu banyak ikan..dan sedikit duit..kalau tak salah aku RM 20.00 untuk hari tu... walaupun aku lebih banyak terlena dari bekerja..aku diberi hak yang sama...bangganya aku.. pasti ibuku bangga dengan aku jugak ...hehhhhehee bawak balik duit..bawak balik ikan....hasil aku tangkap sendiri.. tangkap sendiri? hihihihi entahlah...

itulah kisah aku kali ini..apapun yang berlaku..aku bangga menjadi seorang nelayan walau itu kali pertama dan itu juga kali terakhir... sekian.



Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong


Oleh Ziauddin Sharuddin

Sumber dari Berita Harian

YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Eksekutif

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1. Melantik seorang Perdana Menteri.

2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.

3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Perundangan

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:

1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Kehakiman

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.

Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.

Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut:

1. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.

2. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

3. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

4. Sumber penghormatan dan kebesaran.

5. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.

6. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Friday, December 15, 2006

TOL naik!!


aku tak suka TOL naik!!

dan aku tak suka situasi ni jugak..situasi??? errr aku tak suka tu..tuuuuuuuuu huh!!

Thursday, December 14, 2006

Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-13


Sultan Mizan yang aku kenali seorang hamba Allah yang taat dan tawaduk, baginda begitu berminat dan banyak menghabiskan masa meneliti dan mendalami agama ISLAM. Seorang Raja yang terlalu sayangkan rakyatnya. Baginda berjiwa serdahana dan mudah untuk didekati kiranya bertujuan baik dan ikhlas.



Aku pernah menyaksikan sendiri salah satu dari sifat penyayangnya suatu ketika dahulu, ketika itu baginda mungkin berusia dalam lingkungan awal dua puluhan. Suatu ketika baginda bersiar-siar sendirian dengan memandu kereta di kawasan perumahan rakyat di Pantai Batu Burok, tiba-tiba ada seorang anak kecil melintas jalan, boleh dikatakan anak kecil ini baru boleh berjalan, tanpa disedari ibunya yang ketika itu sedang sibuk menjual kueh di bahu jalan.. lalu baginda turun dari kereta dan memeluk dan mendukung anak kecil itu, di ciumnya dan diserahkan kembali kepada ibunya sambil tersenyum penuh kemesraan. Inilah sikap Raja Terengganu sekarang yang sudah ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia.



Baginda juga mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan bermurah hati, aku pernah mengenali dan mengadap bonda baginda YTM Tengku Nong. Beliau seorang yang sangat perhatin dan dekat dengan rakyat sepertimana anakanda baginda. Semoga Allah memberkati dan meredhai pemerintahan baginda dan seluruh kaum kerabat baginda .. ameen.

Wednesday, December 13, 2006

Anugerah Tuhan....


renyai hujan menitis di luar jendela
di kejauhan ..di pergunungan itu
berkabus putih bersih dan suci
alam dibaluti kesejukan..nyaman terasa

flora dan faunanya mewarnai alam
dengan bau dan nyanyian
semerbak..berkumandang
hati tersentuh..sayu, pilu dan hiba

inilah kurniaan Tuhan
pada hambaNya..yang setia dan derhaka

inilah anugerah Tuhan
pada kita... seluruh makhlukNya

dari jendela ini....
ku saksikan aliran air meluruti bebatu tinggi
menerjah ke bawah ..dalam takungan kehijauan
anak anak ikan berbagai warna
riang ..berenang tanpa gangguan

renyai hujan masih kedengaran
sejuknya hingga ke tulang
penghuni hutan kembali pulang
setelah kenyang mungkin..atau kesejukkan

aku bernafas di dada alam
rahim belantara ini menjanjikan sejuta keasyikan
dan ku pejamkan mata
lena dalam pelukan hutan
di temani penghuninya..

di sini..aku lebih mengerti tentang kehidupan
lebih memahami maksud keikhlasan
tiada yang mengejar kekayaan
yang ada ..semuanya menikmati anugerah Tuhan

Apa lagi yang tak berlaku di Malaysia ini??


Apalagi yang tak berlaku di Malaysia ini? Aku tak boleh nak mengukur perasaan manakah yang sedang bergolak dalam hati aku apabila membaca berita ini, aku tak tau mana satu perasaan yang paling kuat.. antara marah, takut, sedih, risau, gementar, berbagai perasaan lagi aku rasa sekarang.

apabila ini berlaku.. semua bersalah! Kerajaan Malaysia bersalah, MUFTI bersalah, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam bersalah..termasuk aku bersalah..cumanya masing masing bersalah atas kapasiti masing masing... mana mana ada kuasa siasat dan bertindaklah...

kalau dah Al Quran kitab suci kita sudah berada di longkang-longkang siapa lagi yang boleh berkata ianya bukan salah kita? aku tak tau apa lagi selepas ini.. mudah-mudahan Allah tidak menurunkan balanya kepada kita semua.. sama samalah bertindak walau dengan membenci dalam hati sekalipun kepada perbuatan jahat dan hina ini.

sama-samalah kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menyelamatkan kita dari kehancuran...dan kebinasaan... ameen
______________________________________________________
Al-Quran dalam longkang

Oleh Muhd Izawan Baharin


SEREMBAN: “Hati saya sebak melihat kitab suci al-Quran terendam dalam air longkang, malah ada yang terkena najis anjing,” kata Mohd Anuar Bukhari, 43, yang menemui berpuluh-puluh naskhah al-Quran yang dibuang di sebuah syarikat kitar semula kertas di sini, Ahad lalu. Menurutnya, dia tergerak untuk membersihkan kawasan longkang di syarikat terbabit sebelum menemui al-Quran yang ‘dilayan’ seperti sampah itu.


“Setiap hujung minggu, saya bekerja sambilan membaiki paip rosak atau membersihkan kawasan bangunan dan tergerak hati membersihkan longkang. “Saya mulanya menyangka ada buku tebal terendam dalam longkang, tapi sebaik mengangkatnya saya dapati ia al-Quran. Selepas itu, saya menemui senaskah demi senaskah kitab suci itu dalam keadaan menyedihkan,” katanya yang bekerja sambilan membersih longkang.


Mohd Anuar berkata, dia melaporkan penemuan itu kepada Pejabat Mufti tengah hari semalam untuk tindakan lanjut. “Saya tidak salahkan syarikat itu kerana mereka hanya membeli kertas dan buku lama tapi saya kesal dengan sikap pihak yang tidak menghormati al-Quran dengan menjualnya umpama buku buruk,” katanya yang ditemui di Masjid Sikamat di sini, semalam. Sementara itu, tinjauan pihak berkuasa agama juga menemui puluhan al-Quran dalam keadaan hancur akibat terendam lama di dalam longkang, terkena najis anjing, ditindih kertas serta papan buruk, terkoyak dan disaluti lumpur.


Jabatan agama terpaksa menyediakan 10 guni untuk mengisi al-Quran yang ditemui sebelum dibawa ke Masjid Sikamat untuk dikeringkan sebelum dilupuskan dengan cara yang betul. Pemeriksaan turut menemui buku teks Pendidikan Agama Islam untuk pelajar sekolah menengah yang mengandungi keratan ayat suci al-Quran di bawah tindihan kertas buruk.


Berdasarkan cop di buku teks itu mendapati ia dihantar dari sebuah sekolah di Jasin, Melaka. Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti negeri, Mohd Khir Johari Abas, berkata selepas menimbang al-Quran itu, pihaknya mendapati keseluruhannya seberat kira-kira 220 kilogram. “Kita tidak pasti bilangan naskhahnya kerana ada antaranya sudah rosak teruk dan hancur,” katanya.


Beliau yang terkilan dengan perkara itu berkata, sepatutnya pihak yang mahu melupuskan kitab suci merujuk kepada jabatan agama di tempat masing-masing. “Tindakan ini dilihat seperti tidak menghormati al-Quran sebagai kitab suci,” katanya.

Friday, December 08, 2006

Anda Fikir Apa Yang Aku Fikir??

Majlis Perkahwinan Dr Fazlee dan Azrene.. Kenapa Mereka Menangis?

ko orang terfikir tak apa yang aku fikir? suatu perkara penting yang aku tak nampak ada dalam majlis gemilang macam ni...pelik ek.. kalau perkara penting yang patut ada tak ada..macam mana nak ada perkara penting yang lain dalam negara ini? kepimpinan melalui teladan? hihihi lawak betul.... ko oran g fikir sendirilah ek....







Kenyataan :-

Senator Datuk Yaakob Mohamad menyampaikan ucapan yang antara kata-katanya menyentuh sekali hati anaknya Dr Fazley dan isteri,Azrene Soraya Abdul Aziz pada majlis persandingan mereka di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam.

Lebih 1,000 termasuk menteri terdiri dari Datuk Seri Syed Hamid Albar,Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad,Datuk Bernard Dompok ,sebilangan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara, pimpinan politik,pegawai kerajan dan orang korprat hadir di majlis itu.

Dr Fazley dan Azrene yang telah bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar di Bukit Damansara 7 November lalu kelihatan menitiskan air mata mendengar ucapan itu pada penghujung majlis.

Azrene ialah anak kepada isteri Timbalan Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya.



Yaakob dalam ucapan itu antara lain berkata , “Dan percayalah kata bapa hari ini, Allah maha berkuasa, walaupun kita sebagai manusia hanya kita boleh merancang segala strategi namun Allah juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri untuk menentukan segala
ketentuan.



"Percayalah anakku berdua, biar terpaksa mengharungi rebut, taufan, petir, ombak dan badai, walaupun punyai penuh dengan kemungkaran manusia yang bertuankan iblis dan syaitan.



"Namun hadapilah pancaroba tersebut dengan berlandaskan Al-Quran,Insyaallah, bapa dan ibu yakin dengan memiliki ilmu Al-Quran di dada segala dugaan dunia dan akhirat dapat dihadapi bersama.

"Pada puteri Azrene Soraya, bapa, ibu dan seluruh keluarga sungguh-sungguh terharu di atas sifat kemuliaan, sifat keikhlasan, sifat yang mempunyai cirri-ciri seorang puteri yang solehah yang ada pada diri Azrene, Insyaallah, yakinlah, percayalah, kehadirian Azrene
dalam keluarga ibu, bapa sekeluarga akan memberi seribu cahaya dan seribu makna dan yakinlah bahawa Allah yang maha berkuasa yang menentukan seglanya.

"Terima kasih kerana sudi datang dan merestui majlis ini…" kata Yaakob yang juga Setiausaha Kerja Barisan Nasional kepada Agendadaily ketika ditemui di pintu masuk Dewan Merdeka setelah hampir sejam berdiri melayani hadirin yang berangkat pulang selepas selesai majlis persandingan itu .


Ditanya tentang perasaan dan kehadiran di majlis tersebut, beliau berkata,” semuanya selamat, semua OK dan kehadiran ramai".

Dr Fazley,selain seorang artis merupakan seorang Naib Presiden serta Pengarah Eksekutif Putrade Management dan Putraworld Trade Centre Property (PWTC) Kuala Lumpur dan Azrene pula seorang peguam.

Mereka bertemu di London pada 1 April 2005 telah membawa bibit cinta dan hingga melangkah kejinjang pelamin.

Mas kahwin bernilai RM80 manakala hantaran berjumlah RM37,393.13 . -7/12/2006



Thursday, December 07, 2006

Kitalah Pelakonnya..........



bayu dingin menyelimuti hati
terpejam minda seketika
terasa nyamannya rasa
takala ketenangan berkunjung tiba


senyuman jiwa terpamir manja
tiada garis duka di hati hamba
segalanya terukir sempurna
persis bidadari penghuni syurga


namun inilah dunia kita
tika tenang membaluti jiwa
terungkai juga akhirnya
dek rentak dunia yang berbagai warna


kitaran nasib diputar takdir
adakalanya kita rebah tak bermaya
adakalanya kita megah mengubah wajah
kerana kita manusia.......


dunia dengan penghuninya
dunia dengan cerita manusianya
ada suka, ada derita, ada bahagia dan ada sengsara
dan kita adalah pelakon utamanya

Fakta Menarik Kes Razak Baginda





Di petik dari harakahdaily.net

Razak Baginda didakwa terima komisyen pembelian kapal selam


Abdul Aziz Mustafa
Wed | Dec 06, 06 | 03:58:02 PM

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mendakwa, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh penganalisa politik, Abdul Razak Baginda telah menerima komisyen yang besar dalam urusniaga ratusan juta ringgit yang membabitkan pembelian kapal selam.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Lim (DAP-Ipoh Timor) juga mendakwa, Abdul Razak yang juga mengetuai sebuah badan pemikir khusus dalam isu strategik dan pertahanan terbabit dalam urusniaga bernilai RM4.1 bilion antara pihak kerajaan dengan syarikat usaha Perancis-Sepanyol, Armaris, lapor Malaysiakini.

Di bawah urusniaga tersebut, kerajaan akan, antara lain, membeli dua kapal selam Scorpene dan kapal selam Agosta dari Armaris.

Lim mahu tahu status urusniaga tersebut ekoran penangkapan Abdul Razak berkaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Penganalisa politik itu minta dibicarakan atas tuduhan bersubahat.

Wartawan Harakahdaily, Wan Nordin Wan Yaacob sebelum ini melaporkan, Lim mahu kerajaan menjelaskan status pembelian kapal selam dari hasil kerjasama dan gabungan antara negara Perancis dan Sepanyol yang bernilai RM4.1 billion.

Beliau memberitahu dewan bahawa penyerahan kapal selam tersebut pada asasnya dijadualkan pada awal tahun 2007, bagaimanapun setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melawat ke negara tersebut, tarikh penerimaan diubah kepada tahun 2009.

Lim juga mahu Kementerian Pertahanan menjelaskan soal komisyen sejumlah AS$100 juta dalam urusniaga pembelian kapal selam tersebut yang difahamkan membabitkan urusan dengan Abdul Razak.

"Siapa yang dapat komisyen itu, ini perlu dijawab, dan mengapa komisyen itu diberi. Siasatan terbuka perlu dilakukan di atas pemberian komisyen itu kerana kita bimbang dengan tragedi terbaru yang berlaku membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantunya Shaaribu yang difahamkan menggunakan senjata bom yang canggih," katanya.

Malaysiakini seterusnya melaporkan, Kementerian Pertahanan menafikan telah membayar AS$100 juta (RM370 juta) kepada sebuah syarikat Malaysia sebagai bayaran komisyen.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin mengakui kerajaan telah menandatangani satu kontrak bernilai Euro 114 juta (kira-kira RM490 juta) dengan sebuah syarikat bagi tujuan perkhidmatan sokongan dan penyelarasan.

Bagaimanapun, katanya, tiada wang dibayar kepada syarikat berkenaan seperti yang didakwa oleh Lim.

Zainal Abidin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Lim itu sewaktu membahaskan Bajet 2007.

Beliau berkata, kapal selam pertama dijangka diserahkan pada bulan Julai 2009 dan diikuti oleh kapal selam kedua tujuh bulan kemudiannya.

Lim mencelah dan bertanya sama ada satu siasatan bebas akan dijalankan dan juga siapakah “yang sebenarnya mendapat faedah” daripada urusniaga tersebut.

Katanya, komisyen tersebut mungkin dibayar oleh Armaris, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam harga muktamad yang perlu dibayar oleh kerajaan.

Zainal Abidin mengulangi bahawa kerajaan tidak membayar sebarang komisyen kepada syarikat tersebut, sambil menegaskan bahawa kerajaan bersih dan perbelanjaannya diaudit.

Tambahnya, Lim boleh membuat aduan kepada pejabat Ketua Audit Negara atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika beliau mempunyai bukti mengenainya.

Enggan ulas C14

Zainal Abidin juga enggan mengulas sama ada bahan letupan plastik C4 yang didakwa digunakan untuk meletupkan badan wanita Mongolia itu diperolehi daripada simpanan senjata kerajaan.

“Kita serahkannya kepada siasatan pihak polis,” katanya, walaupun berkali-kali dipaksa oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya menjawab soalan tersebut.

Lim berkata, Kementerian Pertahanan seharusnya dipertanggungjawabkan kerana bahan letupan C4 hanya boleh diperolehi oleh anggota tentera dan anggota polis tertentu sahaja.

Isu tersebut sebelumnya dibangkitkan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan awam, memandangkan bahan letupan seumpama itu, yang didakwa digunakan dalam kes pembunuhan itu, mudah diperolehi.

Beliau juga mahu tahu sama ada bahan yang dilaporkan diguna untuk menyembur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu Julai lalu, diperolehi daripada simpanan senjata kerajaan kerana beberapa anggota tentera telah disoalsiasat oleh pihak polis.

Jarang berlaku

27 November lalu, Salahuddin mengemukakan usul untuk membincangkan ikat jamin yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kepada Abdul Razak.

Ketua Pemuda PAS itu meminta Dewan Rakyat membincangkan isu ikat jamin itu kerana ia amat jarang berlaku memandangkan Abdul Razak menghadapi tuduhan dalam kes bunuh yang jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Beliau juga membangkitkan bahawa kes pembunuhan Altantuya telah menarik perhatian bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.

"Saya merasakan bahawa kita sebagai ahli Dewan yang mulia ini dan juga sebagai penggubal undang-undang ini perlu diberi penjelasan yang sewajarnya. Adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk kita semua memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap isu ini dan keadilan dapat ditegakkan dalam negara kita," katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul Salahuddin itu berkata keputusan mahkamah dalam memberi ikat jamin itu adalah mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata tugas mahkamah apabila mengeluarkan ikat jamin ialah bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah pada hari yang ditetapkan.

"Oleh itu keputusan mahkamah adalah mengikut lunas undang-undang dan pada pendapat saya tidak ada keperluan lagi membangkitkan perkara ini," katanya.

Tidak mahu jadi Perdana Menteri

Kes yang melibatkan Abdul Razak, 46, disifatkan amat menarik perhatian apabila isterinya, Mazlinda Makhzan, menekankan bahawa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri.

"Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," Mazlinda, seorang bekas majistret, menegaskan.

Ketika Abdul Razak memeluknya, beliau berkata: "Begitu teruk. Kekejaman".

Pertanyaan timbul mengapa Mazlinda menyatakan: "Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua".

Laporan lain pula menyatakan Mazlina berkata: "Dia tidak berminat dengan politik. Dia tidak mahu menjadi perdana menteri yang akan datang. Dia orang baik. Dia suami yang baik. Dia sepatutnya melindungi saya. Polis yang melakukannya. Merekalah orangnya. Mereka sepatutnya mempertahankan negara ini.

“Sampai hati you all buat dia macam ni. Jangan buat begini kepada dia. Itu kehidupan dia. Mengapa letakkannya ke atas suami saya? Ini kejam, kejam, kejam".

Peguam Abdul Razak, Datuk Shafee Abdullah, pernah dilaporkan sebagai berkata, "Saya yakin sepenuhnya beliau tidak bersalah ... beliau tidak terlibat sama sekali".

Kes tersebut semakin menarik tumpuan umum apabila Agendadaily melaporkan, peguam terkenal, Karpal Singh telah menawarkan diri menjadi peguam bagi pihak keluarga Altantuya dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ahli perniagaan dari Mongolia itu secara percuma.

Konsul Kehormat Mongolia Di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi memberitahu laman web berita itu bahawa Karpal telah menemui Shaaribu Setev iaitu bapa Altantuya baru-baru ini.

Katanya walaupun Karpal kini berkerusi roda beliau akan tampil bersama dua orang anaknya yang juga peguam untuk membantunya.

“Shaaribu terima tawaran Karpal itu dan amat berterima kasih kepadanya kerana sanggup menjadi peguam mereka secara percuma,” kata Syed Abdul Rahman.

Broker senjata

Altantuya, yang mempunyai pejabat perniagaannya di Hong Kong, fasih di dalam bahasa Russia dan Inggeris serta boleh bercakap bahasa Peranchis di samping bahasa ibundanya sendiri.

Beliau dikatakan seorang broker dalam urusniaga senjata.

Abdul Razak pula pernah menarik perhatian umum pada tahun 2002 apabila dituduh mempunyai dengan pembelian kapal-kapal selam yang penuh kontroversi yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Beliau didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian itu dan persoalan timbul apabila wujud dakwaan tentang komisyen yang diterima berjumlah 10 peratus dari kos terakhir kapal-kapal selam itu.

Abdul Razak banyak melakukan lawatan ke Eropah dan negara-negara Asia yang didakwa sebagai sebahagian dari perniagaannya, menjadi broker dalam urusniaga industri pertahanan.

Bukan kaki perempuan

Mereka yang mengenalinya tidak pernah memperkatakan perkara-perkara yang buruk tentang dirinya.

Mereka menyifatkannya sebagai seorang yang urbane (berbudaya tinggi) dan lemah lembut.

Para wartawan pula menyifatkannya sebagai seorang yang mudah didekati dan tidak lokek memberikan pandangan.

Beliau juga tidak dikenali sebagai kaki perempuan.

Setiap Ahad, beliau sering dilihat menikmati sarapan roti canai di restoran dengan anaknya, Rowena, yang sangat dimanjakannya.

Malah, beliau sering dilihat menghabiskan hujung minggunya dengan isterinya di Bangsar Shopping Centre yang tidak jauh dari rumahnya di Damansara Heights.

Menurut rakannya, beliau ialah seorang berkerja keras dan sangat memanjakan isteri dan anaknya.

Malah, beliau dan isterinya dianggap sahabat baik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Dec 07, 06 | 09:40:47 AM

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - Kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaaribu meskipun kini sedang dalam perbicaraan mahkamah, namun tidak bermakna ia terhenti begitu sahaja dari diperdebatkan.

Dari hari ke hari, ada sahaja spekulasi dan teori yang dikemuka pihak tertentu menjelaskan 'tragedi ngeri' pembunuhan tidak berperikemanusiaan yang disyaki membabitkan pihak berkuasa, dan orang kenamaan.

Meskipun penganalisis politik, Abdul Razak Baginda telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin bon RM1 juta, namun siapa boleh menjangka kes pembunuhan berprofil tinggi ini turut disyaki membabitkan 'pemimpin'.

Karpal mahu siasatan dibuat

Kebimbangan ini terdahulu disuarakan oleh Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali dalam satu kenyataannya baru-baru ini, dan hari ini Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor) pula mengutarakannya di Dewan Rakyat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2007) di peringkat jawatankuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

"Polis harus jalankan siasatan terhadap pembunuhan kejam Altantunya, mengapa sampai perlu diletupkan dengan menggunakan bom hingga berkecai.Adakah pemimpin juga terlibat dalam kes ini, ini perlu disiasat, saya rayu kepada kerajaan, KKDN dan polis untuk siasat,"katanya kepada ahli Dewan Rakyat.

Beliau yang juga peguam pemerhati bagi perbicaraan kes Altantunya menggesa, satu siasatan terperinci perlu dilakukan pihak berkuasa polis kerana kes ini juga dilaporkan membabitkan soal penggunaan bom canggih, katanya.

Kecoh Badruddin minta Karpal diam

"Dari mana bom ini diperolehi.Ini perlu dibincangkan," katanya.

Sementara itu Dato' Badruddin Amiruddin yang mencelah dalam ucapan Karpal berkata, beliau mahu Karpal menghentikan perbahasan menyentuh soal Altantunya kerana baginya kes itu kini sedang dibicarakan di mahkamah.

"Kes ini sedang dibicarakan di mahkamah, kita tidak boleh menyentuhnya mengikut aturan urusan mesyuarat.Yang diPertua saya mahu ahli Parlimen Bukit Gelugor hentikan perbahasannya itu," katanya lagi.

Berikutan itu berlakulah tuduh menuduh antara Karpal dan Badruddin dimana Karpal menyifatkan Badruddin 'pengecut' kerana tidak mahu mendengar perbahasan kes Altantunya yang baginya kes yang memalukan kerajaan.

Akhirnya Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Yusof Yaacob mengarahkan Karpal menghentikan perbahasan yang menyentuh soal kes pembunuhan Altantunya kerana dianggap mencampuri urusan mahkamah.

Siapa terlibat?

Terdahulu sebelum ini Syed Husin dalam satu kenyataannya mendakwa mutakhir ini timbul tanda tanya tentang peranan ataupun keterlibatan pucuk pimpinan negara dalam kes pembunuhan model sambilan wanita Mongolia itu hinggakan tanda tanya tersebut sudah menjadi buah mulut, berkisar sekitar tiga perkara.

Syed Husin mempersoal bagaimana seorang penganalisis politik seolah-olah dengan begitu mudah boleh mendapat khidmat dari dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), sedangkan UTK boleh dikatakan sebuah unit elit dalam pasukan polis,katanya.

"UTK juga berkhidmat khusus kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan adakan kemungkinan kerana ada apa-apa hubungan istimewa?," katanya kepada Harakah dalam satu kenyataan.

Bom C4 disimpan rapi

Kedua kata Syed Husin, dipercayai bahawa bahan letupan yang digunakan ke atas mangsa ialah jenis C4, dan KeADILan diberitahu bahan ini agak baru dan disimpan dengan jagaan keselamatan yang rapi.

"Bagaimanakah bahan ini dapat diperolehi mereka yang dituduh meletupkan mangsa sehingga hancur berkecai?Sekali lagi, adakah kerana apa-apa hubungan yang istimewa?,"katanya.

Ketiga katanya, pihak tertuduh utama dalam kes pembunuhan ini dibebaskan oleh mahkamah dengan bon tanpa jaminan.

Kerajaan perlu perjelas

"Setahu kami, ini hanya kali kedua kes pembunuhan dibenarkan bebas. Tetapi ia merupakan kali pertama seorang tertuduh dibebaskan tanpa membayar ikatan jamin. Yang anehnya pihak pendakwa tidak membantah sama sekali. Apakah ada 'udang besar di sebalik batu'?," katanya lagi.

Sehubungan itu Syed Husin menggesa supaya pucuk pimpinan kerajaan segera memberikan penjelasan yang kukuh tentang ketiga-tiga perkara di atas, sama ada benar atau tidak.

"Jika didiamkan, berita angin akan semakin meluas, dan inilah yang akhirnya dipercayai umum," katanya.

Wednesday, December 06, 2006

Tiada Pilihkasih Terhadap OKU?




Asalamualaikum wrt dan salam sejahtera


Mari kita sama sama clearkan isu yang ada ni secara logik dan
rasional. Pertamanya isu ini bukan berkait dengan soal diskriminasi
sahaja. Soal diskriminasi adalah isu sampingan. Peruntukan dah ada
yang disediakan oleh UPEN Terengganu, maksudnya kerajaan negeri dah
luluskan peruntukan tersebut melalui mesyuarat EXCOnya.

UPEN serahkan tanggungjawab tu kepada Pegawai Daerah Marang bagi
membentuk mekanisma perlaksanaannya. Maksudnya dari segi syarat,
kelulusan dan pemilihan kontraktor semuanya akan ditentukan oleh
Pejabat Daerah Marang iaitu oleh Pegawai Daerah MArang.

Masalahnya yang dibangkitkan oleh penduduk Taman Rahmat ialah :-

1. Jumlah peruntukan yang tak sama
2. Soal Kualiti kerja KONTRAKTOR

kalau soal jumlah peruntukan, ianya bukan masalah besar. Pegawai
Daerah Marang boleh mengadakan pertemuan dengan penduduk Taman Rahmat
bagi menerangkan kedudukan yang sebenarnya. Bukan ramai sangat
penempatan OKu di sana tu yang kebanyakkannya adalah penempatan OKU
Penglihatan dan Anggota. Mekanisma dan syarat itu harus dijelaskan.
Ini mesti dilakukan walaupun kedudukan pendidikan mereka rendah ke apa
ke. Perlu diingat di sana adalah penempatan keluarga, begitu ramai
anak anak mereka yang bijak dan cerdik. Boleh menilai dan melihat
kebenaran yang disampaikan. Jangan kerana mereka miskin maka sesi
penerangan tidak perlu, mereka mesti patuh dan terima apa saja yang
diberi walaupun begitu banyak persoalan yang timbul.

Perkara kedua tu mesti dipastikan betul-betul oleh Pegawai Daerah
Marang. Soal kualiti kerja, jangan biarkan kontrator itu lakukan kerja
sesuka hati tanpa pengawalan. Walaupun mereka miskin tetapi mereka
adalah anak Terengganu, mereka punya keluarga dan kehidupan, mereka
mesti diberi layanan yang baik. Segala kerja-kerja itu mesti
dilakukan dengan betul. Ini hakikat yang perlu difahami oleh Pegawai
Daerah Marang.

Perlu dipastikan agar tiada sebarang kaitan politik dalam isu ini agar
semuanya dilakukan dengan betul dan atas dasar tanggungjawab KERAJAAN
NEGERI TERENGGANU KEPADA RAKYATNYA.

so kalau nak ulas isu ini mestilah menitikberatkan soal kualiti dan
ketelusan. Mesti ada juga campurtangan EXCO yang berkaita bagi
memastikan semua pihak mematuhi peraturan. Kalau penduduk masih lagi
rasa ada yang tidak kena, mereka boleh membuat aduan rasmi kepada
kerajaan negeri dan BPR.

______________________________________________________________
HARIAN METRO: 06 .12. 2006

Tiada pilih kasih terhadap OKU

Oleh Tuan Maheran Tuan Shaffee



KUALA TERENGGANU: Tiada unsur pilih kasih terhadap 60 keluarga Orang

Kurang Upaya (OKU) di Taman Rahmat, Marang, walaupun terdapat

perbezaan hasil kerja pembaikan kediaman mereka.



Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang, Jaihani Ismail, berkata terdapat

salah faham di kalangan penduduk OKU apabila mereka menganggap setiap

rumah mendapat peruntukan RM5,000 bagi kos pembaikan.



Beliau berkata, pihaknya diarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri

(Upen) membaiki kediaman dengan kos maksimum RM5,190 seunit melalui 20

kontraktor yang dilantik Pejabat Daerah.



"Namun, bukan semua rumah berhak mendapat pebiayaan maksimum kerana

peruntukan diberi bertujuan menggantikan kerosakan sahaja," katanya.



Jaihani berkata, sebelum menjalankan kerja pembaikan pihaknya sudah

menghantar wakil bagi membuat penilaian tahap kerosakkan setiap kediaman.



"Ketika itu, penduduk berpeluang mengadu dan berbincang mengenai

kerosakan dialami sebelum kerja pembaikan dijalankan.



"Oleh itu, kerja pembaikan berdasarkan penilaian wakil kami dan juga

kehendak penduduk.



"Namun, harus difahami bukan semua kehendak penduduk dapat dipenuhi

kerana peruntukan terhad," katanya.



Harian Metro semalam, melaporkan hampir 60 keluarga terdiri daripada

OKU mendakwa berada dalam dilema apabila kerja pembaikan kediaman oleh

kontraktor dilantik seperti melepaskan batuk di tangga.



Penduduk mendakwa kerja pembaikan membabitkan dapur dan tandas tidak

sempurna selain menimbulkan tanda tanya berikutan terdapat perbezaan

terhadap hasil kerja setiap kediaman.



Sementara itu, ketika mengulas kebimbangan penduduk yang terpaksa

menggunakan pendawaian elektrik usang, Jaihani berkata, pihaknya belum

mendapat peruntukan.

Monday, December 04, 2006

Rentak















dunia ini ada rentak
ikut rentak, jangan lari dari rentak
kehidupan ini ada rentak
tarilah dunia dan kehidupan ini ikut rentak

alam ada rentak
manusia ada rentak
haiwan ada rentak
semua mesti ikut rentak

rentak cinta
rentak rasa
rentak sosial
rentak politiknya
rentak ekonominya
rentak dicipta dek pencipta

hiduplah dengan rentak
rentak dari Allah
fitrah mengandung rentak
rentak manusia rentak fitrah

rentak fitrah..rentak Allah
tegak dunia
tegak manusia
tegak haiwannya
tegak segala-galanya

Friday, December 01, 2006

Siasatlah sama........



aku memang tak faham

susah aku nak mengerti
tentang kejadian baru-baru ini
heboh satu Malaysia...yang perihatin berkumpul di situ

semua terkejut..dikata sms punya angkara
memang kita risau..semuanya risau
ni bukan perkara kecik
ni perkara besar..

aku tak faham..yang dikaitkan cuma isu hasutan
kononnya menimbulkan kekacauan
nak jaga hati ..nak jaga harmoni
wahal isu sebenarnya tenggelam tak timbul-timbul lagi

isu besar dilupus segera
seolah tak kena mengena
tangkaplah yang dikatakan tu juga
jangan hanya siasat yang dikatakan punca angkara

betul ke dia Islam?
apa bukti yang ada?
kenapa tak direman?

Di lamanweb Gereja Anglican Sydney,Australia yang ditulis oleh Katrin Arnholz....
jelas dan nyata