Thursday, April 26, 2007

MAS terpinggir?



Aku sedikit rasa hairan dengan apa yang dipaparkan di dada media sehari dua ni. Isu berkaitan dengan penyerahan semula laluan domestik (pendalaman) ke Sabah dan Serawak oleh FAX kepada MAS. Antara faktanya ialah:-

1. Penyerahan semula laluan domestik ke pendalaman oleh syarikat tambah murah FAX kepada MAS.
2. Kementerian Pengangkutan terlibat secara lansung dalam soal ini dan Menterinya sendiri sudah menyatakan persetujuan kepada penyerahan semula ini.
3. Kerajaan akan memberi subsidi kepada MAS antara RM 50 juta sehingga RM60 juta setahun.
4. Cadangan dikemukakan oleh FAX pada 17 April lalu kepada Menteri Pengangkutan.
5. 26 April Menteri sudah membuat Kenyataan.
5. Menteri mengatakan bahawa sudah menemui pengurusan MAS dan MAS hanya akan mendpaatkan persetujuan pemegang saham.

Itu antara faktanya...

Namun aku mempunyai berbagai persoalan yang aku fikir buat masa ini, antaranya ialah:-

1. Kenapa terlalu singkat perkara ini di bincangkan ..cadangan 6 April dan 26 April seolah olah sudah dipersetujui oleh Menteri.
2. Kenapa dalam berita yang disiarkan oleh TV3, MAS mengatakan BELUM mendapat kertas cadangan tersebut untuk diteliti?
3. Subsidi RM 50 atau RM 60 juta adalah jumlah yang besar, ini duit rakyat, kenapa ianya digunakan semata-mata untuk memenuhi cadangan atau permintaan FAX?
4. Tidak adakah perjanjian sebelum ini dengan FAX sekiranya mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab maka mereka dikehendaki membayar atau apa sahaja kerana mereka sudah diberi kepercayaan untuk menjalankan perniagaan oleh kerajaan atas kepentingan rakyat, aku percaya sebelum mereka mendapat laluan tersebut mereka sudah mengemukakan kertas cadangan yang membuktikan mereka mampu melaksanakannya.
5. Aku risau sekiranya MAS dibebankan dengan laluan yang merugikan ini, syarikat penerbangan negara ini akan kembali menjadi teruk dan sukar dipulihkan.
6. Aku rasa bagilah Idris Jala melaksanakan apa dia rancang dalam usaha memulihkan MAS tanpa ada campurtangan pihak Menteri kecuali kalau ianya dilihat betul-betul akan merugikan MAS. Kalaupun Menteri ada cadangan ianya hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada MAS dan akhirnya biarlah kabinet yang memberi kelulusan terakhir dan bukannya seorang Menteri sahaja.
7. Aku nampak ada beberapa perkara lagi yang tidak kena dalam penyerahan semula ini dan aku mintak Menteri memberikan masa,ruang dan sedikit kuasa pemutus untuk MAS menilai dan membincangkan soal ini. Bukan kuasa pemutus yang mutlak kerana akhirnya kabinet yang akan menentukan setelah meneliti apa kata MAS nanti.

Aku mungkin tak kisah kalau ianya tak berkait dengan duit pembayar cukai seperti aku, kalau ianya tak berkait dengan kepentingan rakyat dan negara yang aku cintai ini. Bagi aku apa berlaku pada duit negara adalah duit rakyat apa berlaku kepada kepentingan negara adalah kepentingan rakyat..so sama sama lah kita fikirkan..jangan lepas pandang dalam soal ini.

Wednesday, April 11, 2007

Perang Dunia?

Aku risau dengan perkembangan yang berlaku di Iran. Aku makin geram dan benci dengan keangkuhan dan takburnya kuasa-kuasa besar seperti US dan Britain ini. Berbeza sekali layanan dan dasar mereka terhadap Korea Utara yang lebih jelas dalam isu nuklear ini. Paling jelas US dan sekutunya itu bukan melakukan sesuatu atas asas keamanan atau asas yang betul melainkan gusar dan risau kalau-kalau negara Islam ada kemampuan untuk mengatasi mereka dalam kecapaian dalam bidang nuklear ini.
Iran dilihat salah satu kuasa Islam yang besar yang mungkin akan membahayakan kedudukan mereka. Iran sememangnya digeruni oleh barat dan eropah. Banyak sebab sebenarnya dan bukan semata mata sebab isu nuklear sahaja. Iran digeruni kerana JIHAD dan RUH Islam penganutnya yang tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana mana bangsa sekalipun. Mereka adalah rakyat dan negara yang mampu berjihad sehingga ke titisan darah yang terakhir. Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyatnya mempunyai semangat jihad seperti ini.
Kalau dilihat kerajaannya serius dalam mengekang segala gejala tidak sihat yang ingin memasuki negaranya malah di dalam negarapun mereka mengawal dengan baik. Ini kekuatan sehingga rakyatnya mampu untuk berada pada landasan yang betul tanpa dilalaikan oleh apa pun jua. Fokus mereka adalah keimanan kepada Allah. Ini sumber dan asas kekuatan mereka. Iran berbeza dengan Iraq. Iran berpegang kuat pada Islam walaupun terdapat perbezaan mazhab.
Iran responsive kepada segala perkembangan yang berlaku di dunia ini samaada apa juga bidang. Kekuatan inilah selain dari kekuatan yang lain yang ada pada Iran ditakuti oleh barat dan eropah. Inilah yang mereka ingin hancurkan disamping berkepentingan kepada sumber-sumber alam yang lain termasuk minyak dan sebagainya.
Us dan sekutunya mempunyai matlamat jangkapanjang dan permusuhan sejak sekian lama dengan dunia Islam. Umat Islam leka dan tidak mempunyai daya fikir yang kritis dalam menilai situasi ini dan kalaupun ada mereka tidak ada keupayaan menterjemahkan dalam bentuk tindakan. Sikap ini ada pada pemerintah dan umat Islam ..kebanyakkan negara dan penduduknya terlalu lemah malah mendewa-dewakan barat walau bibir mereka mengutuk dan mengeji barat.
Kalau peperangan berlaku dengan Iran, aku rasa ada kemungkinan akan berlaku perang dunia sekali lagi. Tidak mudah untuk menundukkan Iran malah Iran mampu merubah dunia kepada suatu oder baru dan mungkin tak mustahil Us dan sekutunya akan turut berubah dengan tidak menjadi dominan lagi selepas itu. Semuanya kuasa Allah. Pertolongan Allah sampai kepada mereka yang dekat kepadanya dan Iran adalah salah satu negara yang bersifat Islam.

Sunday, April 08, 2007

Egonya manusia....

07 April 2007, sabtu.. aku dan isteri ke Melaka. Isteriku mengajar sambilan di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Melaka Malaysia. Aku menemani dan menjadi pemandu tetap setiap kali kami ke sana. Setibanya di Perhentian Air Keroh, kami singgah sekejap untuk berehat. Aku memandu kereta perlahan apabila memasukki kawasan parking, sambil meninjau ruang letak kereta yang kosong.

Di belakang aku mengekori dekat sebuah kereta Volvo yang dipandu oleh lelaki melayu dan di sebelahnya ada seorang wanita yang aku kira mungkin isteri atau kekasihnya. Aku tidak memerhati sangat sehingga dia membunyikan hon sekali. Aku tidak menghiraukannya kerana di hadapanku ada seorang wanita yang aku kira lewat 40an sedan melintas. Dek hon yang dibunyikan oleh kereta di belakangku itu, wanita itu menjeling kepadaku. Jelingannya tidak membuatkan aku terasa apa apa walaupun aku tau dia sedang marah atau terkejut. Aku memerhatikan kereta di belakang yang tidak sabar, sewaktu aku membelok untuk park kereta, dia sekali lagi membunyikan hon. Terdetik rasa nak marah tetapi aku nampak dia mengangkat tangan kepadaku. Aku dan isteri pun tidak ambik kisah dengan apa yang berlaku. Situasi biasalah sebenarnya tu bagi mereka yang memandu kereta.

Isteriku keluar untuk ke bilik air semantara aku menunggu di dalam kereta. Sementara aku menunggu, aku mendengar lagu dan celoteh dari Radio Era... tiba-tiba cermin kereta aku di ketuk perlahan, bila aku membukanya ada seorang lelaki lewat 50an berdiri di luar. Aku cuba memahami apa yang dia ingin sampaikan, mungkin dia mahu meminta pertolongan atau sesuatu yang lain.

" Encik.. tadi encik ada hon isteri saya ke? tanya lelaki tersebut.

Aku mengambil masa untuk berfikir dan mengingati balik namun aku blur kerana tiada sesuatu yang luar biasa berlaku sebentar tadi.

" Isteri saya beritau, encik yang hon dia semasa dia sedang melintas tadi" jelasnya lagi.

Aku teringat peristiwa tadi tetapi tiada suatu yang luarbiasa pun kecuali isteri dia adalah menjeling tanpa melihat dengan tepat ke arahku. Aku menganalisis situasi yang aku sedang alami ni. Cepat saja aku memahami apa niat dia yang sebenarnya setelah melihat ada gerakan bibir yang tak terkawal ketika dia bercakap dengan ku.... ada getaran berlaku antara dua bibirnya tu..lalu aku membuat beberapa tanggapan tentang orang ini:-

1. dia sedang marah
2. dia panas baran
3. dia jenis yang dipimpin/dikuasi isteri tanpa berfikir, apa isteri dia suruh dia akan buat, apa isteri dia kata dia akan percaya
4. dia jenis yang merasakan dia berkuasa tanpa berfikir orang lain pun ada perkara yang sama
5. dia jenis yang bermasaalah dan suka cari masaalah
6. aku fikir hidupnya tidak aman

" bukan saya yang bunyikan hon tapi kereta di belakang saya" balasku pendek
" tapi isteri saya kata encik yang bunyikan hon" tegasnya lagi
" isteri encik sudah silap faham" jelasku lag
" isteri saya ada sakit jantung" dia mula serba salah apabila menyedari dia sudah tersilap
" o ye ke, tapi memang bukan saya yang bunyikan hon dan isteri encik sudah silap faham" aku mengulangi lagi apa yang telah aku katakan tadi

sambil bercakap tu aku menjeling melalui cermin, aku lihat isteriku ada di belakang dan memerhati apa yang berlaku... " bukan kami yang membunyikan hon tu" sampuknya tegas

aku risau kalau isteriku campurtangan kerana pastinya lelaki ini akan semakin tak keruan dan malu dengan tindakannya yang membuta tuli ini semata-mata mendengar kata-kata isteri dia yang sebenarnya tidak sakit . aku cukup memahami jelingan wanita tersebut yang aku sifatkan bukan jelingan orang yang sakit tetapi jelingan penuh dengan sifat angkuh dan sombong.

Telahan aku terbukti tepat apabila isteri ku memberitahu bahawa semasa dia mengangkat tangan menegur isteri lelaki itu, dia sekali lagi menjeling dan menunjukkan muka yang masam dan sombong.

lelaki itu pun berlalu dengan meminta maaf dan kami pun meneruskan perjalanan . Kami hairan kes macam ni pun ada ke dalam dunia cerdik pandai sekarang ni. ye lah kadangkala orang cerdik pandai ni kalah dengan emosi walaupun mampu melahirkan idea yang bernas. kalau tak, takkan lah ada kalangan professional hisap dadah, bunuh orang dan sebagainya.

oh ye lupa nak bagitau, dia pakai kereta proton perdana dan nampak macam orang cerdik lah jugak walaupun perangai mengalahkan kaki pukul di pub atau kasino huhuhu