Wednesday, November 14, 2007

Masa

masa
masa itu emas
itu kata orang lama
itu peribahasa melayu kita

masa
lingkaran kehidupan di kawal masa
tiada diluar lingkaran masa
kalau ada itu dusta

masa
dalam banyak perkara
menyelamatkan kita
bukan dengan tenaga
bukan juga dengan idea
tapi dengan masa

masa
menjawab sejuta persoalan manusia
yang tak terjawab dengan kebijaksanaan mereka
kerana sesungguhnya masa
lebih cerdik dari segalanya

masa adalah makhluk ciptaaNya
yang ghaib namun nyata
itu adalah gambaran kecil cuma
dari begitu hebat kekuasaanNya



Saturday, November 10, 2007

PHD - Ehsan dari Berita Harian - 10 NOV 2007

PHD (Doctor of Philosophy) atau Doktor Falsafah? Jika PhD sebagaimana yang dimaksudkan dengan Doktor Falsafah memang sedap betul didengar. Gelaran tertinggi dalam hiraiki tahap pendidikan itu ternyata membawa imej yang cukup gah buat pemiliknya.

Namun, bukan itu yang menjadi kebanggaan sesetengah pihak, sebaliknya mereka lebih berbangga kerana memiliki sifat PHD - Perasaan Hasad Dengki! Pantang sekali melihat insan sekelilingnya maju ke depan, mulalah ada saja yang tidak kena di matanya.

Bila sudah ada sifat PHD terbenam dalam perasaan, pelbagai strategi digunakan bagi memastikan 'pesaing' yang dirasakan memberikan ancaman itu akan segera mengangkat bendera putih, tidak pun mengalah dan akhirnya tewas dengan 'permainan' yang dicetuskan pembawa PHD.


Tidak cukup dengan hasutan, tohmahan, fitnah hinggalah kepada unsur lebih ekstrim sanggup dilakukan mereka yang memiliki ciri sedemikian semata-mata kerana ingin memuaskan hati sendiri, sedangkan insan yang menjadi mangsa PHD itu sendiri merana.

Sudahlah menjadi mangsa tohmahan dan fitnah, tidak mustahil mangsa PHD kehilangan teman sekeliling, selain disisihkan pihak pengurusan yang mungkin percaya dengan bahana si pembawa mulut itu.

Lebih parah lagi jika senario PHD itu melanda persekitaran seperti di tempat anda bekerja. Bayangkan, betapa hebatnya anasir dan gosip yang tersebar luas sedangkan belum tentu apa yang dikatakan oleh `pemangsa� itu benar-benar dilakukan 'si mangsa'.

Tidak mustahil juga mangsa ini cenderung memilih jalan keluar dengan meletakkan jawatan sebagai penyelesaian terbaik untuk mengakhiri segala kekusutan walaupun tindakan itu sebenarnya memberi 'kemenangan' percuma kepada si PHD.

Inilah yang dilalui Imran Abdullah, 27, (bukan nama sebenar). Dia tiada pilihan selain mengambil keputusan berhenti kerja gara-gara tindakan tidak wajar rakan sekerja yang lain.

Dia difitnah, dipersalahkan atas kesalahan orang lain. Lebih mendukacitakan apabila majikan juga tidak membuat siasatan rapi dengan insiden yang berlaku sebaliknya mempercayai sepenuhnya tohmahan orang terhadapnya dan berpegang pada prinsip pelanggan sentiasa benar.

Bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di syarikat penghantaran terkemuka, peristiwa malang itu bermula apabila Imran menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran barangan syarikatnya.

"Kerja saya hanya mengambil segala maklumat mengenai aduan pelanggan dan menjuruskan masalah itu kepada jabatan yang berkaitan. Itulah yang saya lakukan apabila menerima panggilan pelanggan ini. Dia berang kerana barangan yang sepatutnya diterima tidak sampai. Saya panjangkan aduannya kepada jabatan yang menguruskan proses penghantaran tetapi mereka tidak memberi kerjasama.

"Pelanggan itu menyalahkan saya kerana kononnya tidak membantu menyelesaikan masalah. Perkara ini sampai ke pengetahuan pengurusan. Malang buat saya, pengurusan juga menyalahkan saya walaupun bukti menunjukkan saya di pihak yang benar hanya kerana ego berpegang kepada prinsip pelanggan sentiasa benar," katanya.

Keadaan itu membuatkan Imran tawar hati untuk terus bekerja di syarikat berkenaan. Kecewa kesungguhan dan pengorbanannya tidak dihargai. Puas berfikir panjang, Imran akhirnya nekad meletakkan jawatan selepas hampir setahun berkhidmat di syarikat itu. Kini, di tempat baru di sebuah syarikat permotoran terkemuka, Imran bahagia tanpa perasaan iri hati teman sepejabat, apatah lagi sikap ego pihak pengurusan.

Bagi Shamsul Azhar Ali, 37, seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta, hasad dengki, tohmahan dan fitnah rakan sekerja berlaku di mana-mana organisasi. Itu lumrah manusia, katanya.

Seperti Imran, Shamsul Azhar juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa golongan PHD ini. Namun, tidak seperti Imran yang mengambil keputusan meletakkan jawatan, Shamsul Azhar meneruskan kerjanya seperti biasa kerana percaya kebenaran pasti akan terserlah juga akhirnya.

"Memang sakit hati apabila ada rakan yang tidak habis-habis berdengki. Tetapi, saya tidak membiarkan perkara ini menjejaskan saya. Kita tahu kita di pihak yang benar dan terpulanglah pada orang lain untuk menyatakan yang sebaliknya. Everybody is master of their opinion and judgement. Setiap orang mempunyai pandangan mereka tersendiri dan sukar untuk kita menghalang apa juga anggapan mereka.

"Apabila berhadapan situasi begini, jalan terbaik bagi saya ialah berdiam diri, tidak ambil peduli. Saya percaya kerja begini tidak ke mana dan majikan sebagai orang yang matang pasti akan menjalankan siasatan terperinci serta adil. Mereka akan tahu siapa yang betul dan siapa tidak," katanya.

>>Negara boleh runtuh akibat fitnah

AL-QURAN ada menyebut, angkara fitnah adalah lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. Hadis pula ada menyatakan, fitnah itu 40 kali lebih buruk daripada berzina.

Amalan memfitnah adalah amalan keji dan berdosa besar. Malah, dengan fitnah juga boleh mengakibatkan sesuatu masyarakat itu rosak, sementelah jika amalan fitnah itu berleluasa di sesebuah organisasi lambat laun boleh menghancurkan suasana bekerja itu sendiri.

Fitnah adalah satu amalan negatif. Ia sangat mudah untuk disalahgunakan dan ia tidak memilih mangsa. Tidak peduli orang besar. Tidak peduli orang kecil. Lazimnya, seseorang individu yang lurus, ikhlas dan jujur jadi mangsa fitnah kerana kebenaran yang dijunjung dan ditegakkan olehnya boleh menjejaskan kelompok yang mungkar, tamak dan haloba. Seseorang individu yang lurus, ikhlas dan jujur juga jadi mangsa fitnah akibat hasad dengki, dendam, cemburu, iri hati juga khianat.

Inilah bahana fitnah. Akibat fitnah, seseorang individu yang tulus, ikhlas, dan jujur boleh ditukarkan menjadi seorang manusia yang berimej kotor, buruk dan tercemar. Seseorang yang sangat berjasa dan masih terus berjuang untuk menjunjung dan menegakkan kebenaran boleh dituduh dengan pelbagai celaan, hinaan dan kata nista yang panjang berjela.

Fitnah wujud di mana-mana, tidak kira bangsa juga agama. Bagi bangsa Melayu/Islam banyak kisah menceritakan keruntuhan individu, kepemimpinan juga negara kerana fitnah. Dalam Hikayat Hang Tuah ada kisah fitnah. Dalam Tuhfat Al-Nafis karya Raja Ali Haji juga ada kisah fitnah. Ketika era kegemilangan empayar Melayu Melaka, Laksamana Hang Tuah pernah difitnah. Hang Jebat mengamuk dan bertindak derhaka pun kerana hendak membela Hang Tuah yang disingkirkan oleh Sultan akibat fitnah.

Akibat fitnah ke atas Hang Tuah buat kali kedua, bumi Melaka bermandi darah. Dua sahabat yang rapat ibarat adik-beradik seibu sebapa terpaksa berbunuhan.

Begitulah hakikatnya fitnah. Fitnah adalah senjata tajam yang boleh menghakis maruah, merendahkan martabat dan membinasakan kehidupan sejagat.

Ciri Mangsa Fitnah

  • Dikurniakan bakat yang lebih menonjol
  • Personaliti menarik
  • Produktif dalam kerjayanya
  • Menjalinkan hubungan baik dengan semua orang termasuk pihak pengurusan atasan
  • Popular di kalangan kakitangan
  • Mempunyai paras rupa yang kacak/jelita
  • Gaya yang memikat dan tersendiri
  • Personaliti serba-boleh
Cara Hindari Fitnah
  • Berfikiran positif. Jangan mengalah dan pencilkan diri tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian
  • Tidak ambil peduli tohmahan orang jika ia tidak mengaibkan mahupun menjejaskan maruah
  • Kuatkan semangat
  • Utamakan kerjaya tanpa memikirkan hal remeh
  • Kukuhkan hubungan dengan semua orang
  • Cuba bersikap biasa dan melayan baik pembawa fitnah
  • Luahkan perasaan jika berasa tertekan bagi menghindari fitnah berlarutan
  • Berhenti kerja. Cari tempat kerja yang baru. Mengalah bukan bererti kalah kerana dengan berhenti kerja, hubungan baik dengan majikan dan rakan lain akan terus berjalan dengan baik.

Saturday, November 03, 2007

Dunia baruku........

Mentang-mentanglah aku keje kat opis sekarang ni, asyik nak citer pasal opis je kan hehehe...
Biarlah kan..apapun aku bleh gak luahkan apa aku pk kat sini..sekurangnya bila aku jenguk balik blog ni ianya cam dairi bagi aku.

Dah 4 bulan aku keje dalam opis ni, aku belajar tentang banyak perkara... bawah ni aku senaraikan antaranya..malas aku nak ulas panjang...kan ada lak yang tengok blog aku terasa kan ..hehehe

Antaranya:-

Kena banya SABAR... memang aku maksudkannya..sabar banyak jenis..semua jenis kena amal..apapun sabar.
Aku perhati berjaya atau tak sesuatu pentadbiran tu bergantung kepada :-

1. Ketua yang adil..sebab dia ada kuasa..so dia kena adil..baru berjaya..orang bawah hepi..senang hati..keja bagus..efisen..Allah suka ..masuk syurga.

2. Ketua ada kuasa tak adil = dia zalim..hancur pentadbiran sampai orang bawahnya pun hancur dan menyusahkan syarikat dan pasti masuk neraka.

3. Kalau ketua nak hukum pekerja dia mesti ada tuduhan rasmi..beri pekerja peluang bela diri..jangan main dengar khabar angin je..pastu "beku ais" kan pekerja tu..kesian dia..syarikat tak untung..syaitan gembira.

4. Nak syarikat berjaya jangan la orang lama buat perangai..yang peringkat bawah macam boss..sampai yang jawatan tinggi pun akur ngan dia...sebab dia orang lama atau alasan meraka sebab tak mau keruh suasana... atau dia baik ngan boss paling besar.

Ini lah "kerenah birokrasi" yang ntah apa apa..menyusahkan pekerja lain nak buat kerja..syarikat gak yang hancur.

pasal nak agihkan kerja pun suatu hal jugak..kena la agihkan kerja..jangan la nampak kita sibuk sangat wahal ada yang tak de keje pun nak dibuat.... pepatahnya.. " lebih baik agihkan keje yang melambak kat kita pada orang tak de keje dari kita buat semua nya dan nampak sibuk wahal pada masa yang sama kawan sekerja kita tak de keje nak dibuat" ... kalau belajar tiori produktiviti may be lebih mudah faham.

Penyakit ni berlaku banyak sebabnya:-

a. kita nak dilihat penting.
b. kita rasa terancam kalau orang lain bantu kita takut boss suka kat dia
c. kita jenis yang memang tak reti nak berorganisasi/berkerjasama
d. kita mungkin pandang rendah pada dia wahal mungkin dia lebih bagus dari kita kalau buat keje.
e. kita tak penah peduli soal visi dan misi syarikat
f. kita jenis pegi kursus bukan sebab nak cari ilmu tapi saja nak enjoy...sebab bleh duk hotel makan sedap
g. ATAU... ornag yang tak de keje tu memang tak pandai buat keje haahahaa so dari menyusahkan baik tak yah bagi terus :P


errrr dah la tu..saja update..dari blog ni penuh ngan sarang laba-laba..sesekali kena bersihkan gak lah kan hihihi

p/s aku tak maksudkan pada sesiapa..hanya bercakap secara falsafahnya..jangan lak nanti bila baca duk kaitkan ngan diri sendiri..jangan la terasa sebelum aku betul betul kata secara spesifik.. aku nampak cool tapi pada suatu tahap aku boleh je tuding jari kat dahi dan kata secara terus terang...ni tak la lagi..sebab tak de apa aku pk setakat ni yang boleh buat sampai aku bertindak macam tu..so ambik sebagai motivasi ek..jangan ambik letak dalam hati huhuhuhuhu