Wednesday, January 23, 2008

Berfikir Mencapai Kecemerlangan



Berfikir mencapai kecemerlangan tidak mudah dan tidak juga sukar.

1. Ada manusia suka fikir nak jadi cemerlang seorang diri dan hanya melibatkan dia sahaja.
2. Ada pula fikir nak jadi cemerlang dengan berkongsi idea dengan ramai orang tapi masih lagi memberi fokus kepada dirinya sahaja.

Kedua-dua kaedah di atas sama saja sebenarnya, iaitu untuk kepentingan diri dia sahaja. Kaedah ini jelas tidak akan memberi kecemerlangan yang hakiki.

Tak ramai yang mahu berfikir untuk ramai. Berfikir untuk ummah. Ini gaya berfikir yang akan membawa kecemerlangan kepada diri dia dan juga ummah atau kumpulan atau mereka yang dia mewakilinya.

Aku cakap macam ni bukan apa, ramai aku jumpa yang jenis pentingkan diri dia saja, sampai dia berada di luar lingkungan adab sopan pun dia tak sedar dah, berlagak dan penuh dengan rasa bangga pada diri sendiri. Masalahnya orang macam ni senang pulak naik ke jawatan penting.

Lebih teruk, mereka akan benamkan terus kalau ada yang berkualiti semata -mata tidak pandai ampu dan bodek. Macam-macam cara dilakukan termasuk fitnah dan lain lain yang tak mampu kita nak fikir.

Kalau dah ramai jenis macam ni, ianya membentuk suatu senario/situasi dimana kualiti tak akan ada, yang ada hanya kuasa penentu banyak perkaa dan bukannya idea yang berkualiti. Kalau negara, negara akan hancur satu hari nanti, kalau organisasi, organisasi akan hancur, sama lah walau kat mana dan apa pun... kebinasaan pasti akan berlaku. Ada hadis ke apa ..lupa... antara maksudnya " sekiranya sesuatu urusan tidak dipegang oleh mereka yang arif/ahlinya maka tunggulah saat-saat kebinasaanya" ...tak silap hadis sohih...tolong betulkan kalau aku salah.

Itu lah apa aku nak katakan. Moga kita boleh berfikir untuk ummah disamping kepentingan diri sendiri.

Saturday, January 19, 2008

Adakah Kerana Media?

KUALA LUMPUR: Ketelanjuran Faizal Tahir yang menanggalkan pakaian ketika membuat persembahan sempena ulang tahun keempat saluran 8TV, Ahad lalu turut memberi kesan kepada stesen televisyen itu apabila kelulusan siaran langsung dan tertunda bagi rancangan konsert dan program berbentuk hiburan ditarik serta-merta.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Mulltimedia Malaysia (SKMM), berkata tindakan itu diambil berikutan pihaknya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan bagi kelulusan siaran langsung dan tertunda. Petikan Harian Metro
_________________________________

Komen aku...

Aku bukan menyokong apa yang dilakukan oleh Faizal Tahir, tetapi aku juga tidak menyokong dikenakan tindakan macam tu pada TV8. Alasan mudah aku ialah:-

1. Tindakan pertama yang SKMM perlu buat ialah minta surat tunjuk sebab dari TV8/minta penjelasan terperinci dari mereka.

2. TV8 perlu diberi hak untuk membela diri.

3. TV8 dah pun mengenakan tindakan pada Faizal Tahir.

4. TV8 boleh diberi amaran keras dan sebarang tindakan menghentikan hak penyiaran mestilah mengambil kira banyak perkara dan faktor.

5. Bagaimana dengan pakaian yang dipakai oleh artis wanita yang lain yang menjolok mata? Faizal ye lah bukak baju..artis wanita koyakkan kain..singkatkan, dedahkan, macam macam lagi.. so nak stop jugak ke hak penyiaran? Bagaimana dengan drama? apakah kalau drama atau filem boleh?

Aku kata saja lah, sekadar pandangan. Apapun TV8 dan artis perlulah lebih peka dan berhati-hati. Pihak berkuasa pun mestilah menyelaraskan dengan baik segala peraturan dan tindakan. Jangan terpengaruh dengan pendedahan media, bila digambarkan berlebihan maka tindakanpun serta merta dan berlebihan, bila media senyap, maka senyaplah tindakan dan hukuman.

Wednesday, January 16, 2008

Kuasa Rakyat

KESEDARAN
KEGILAAN

Kes Faizal Tahir. Terpampang di dada akhbar hari ini dan diperkatakan dengan meluas, dikritik, diulas dan sebagainya, termasuk radio Era dan oleh banyak pihak lagi. Sah perlakuan tersebut di luar nilai dan budaya setempat dan masyarakat Malaysia.




Faizal Tahir juga tiada alasan yang kukuh untuk mempertahankan perbuatannya dan akhirnya mengakui bahawa itu adalah kesilapan yang dilakukan semata-mata untuk berseronok. TV8 pun sudah menyatakan bentuk hukuman dalam penyataan media hari ini.




Ini kuasa masyarakat, ini kuasa rakyat namun seringkali hanya digunakan pada individu tertentu dan situasi tertentu saja. Alangkah bagusnya kalau rakyat sedar betapa kuasa rakyat boleh menentukan bentuk situasi banyak perkara. Ini kuasa rakyat... kalaulah digunakan untuk kesejahteraan hidup manusia dan dunia ini..alangkah bagusnya kan.... sama sama lah kita fikirkan.




Apapun semua orang berhak mendapat peluang kedua, ketiga dan seterusnya.. Allah Maha Pegampun.



Saturday, January 12, 2008

IDEA

Bila bercakap soal IDEA.. aku pk tentang banyak perkara, antaranya :-

1. Diri aku sendiri
2. Masyarakat melayu dan orang melayu
3. Bangsa lain

Kaitannya:-

1. Kaedah berfikir
/Metodologinya
2. Ruang lingkupnya
3. Hasilnya

Itu benda yang aku pk, tapi tak de lah aku nak ulas detail. Cukuplah ianya berkisar dalam pemikiran aku, sebab kalau aku luahkan pun, aku gak penat menaip nanti..dah la skopnya luas..pulak tu banyak benda nak aku kaitkan nanti..malas aku...

Apa aku nak kata, masyarakat melayu mestilah "berani dan ikhlas" apabila melibatkan soal idea ni. Samaada idea tu datang dari kita atau orang lain. Kebanyakkanya tidak bersedia untuk menerima idea orang lain atas sebab-sebab yang susah otak kita nak menerimanya...antaranya :-

1. Dia malas berfikir
2. Takut kalau dia terima idea tu..dia pulak nampak bodoh
3. atau atas sebab lain

Idea adalah sesuatu yang sememangnya tidak boleh dipertahankan dengan kemahuan nafsu semata-mata ( dengan anggapan bahawa idea aku mesti diterima). Ini cara berfikir yang salah. Idea boleh dibentangkan..dan kita kena sedia untuk menerima hujah dan pandangan orang lain. Sesuatu idea biasanya berkait dengan kreativiti dan inovasi( sesuatu yang baru dilahirkan atau dicipta atau difikirkan). Idea seperti ini perlu dibahaskan..kalaus sekiranya idea kita bagus, maka ianya akan diterima dan ditambahbaikkan dengan proses perbahasan atau perbincangan.

Kalau idea kita tidak bagus, maka ianya sudah pasti akan ditolak, sebab itu dalam membentangkan idea, soal siapa dan tempatnya perlu betul. Idea yang bagus kalau dibentangkan pada orang yang salah dan tempat yang salah maka ianya tidak berguna sama sekali. Seperti melakukan kerja yang sia-sia.

Dalam menentukan soal siapa suatu perkara, kalau dah dapat orangnya maka soal kesesuaian masa dan mood dia juga juga penting. Manusia ni walau sehebat manapun, dia tetap akan dipengaruhi oleh sentimen perasaan dan alam.

emm dah la dulu, isteri aku ni duk membebel dah ajak makan..aku teman dia kat lab sebenarnya.. lain tu pk sendiri lah ye..

Tuesday, January 01, 2008

Azam Tahun Baru

Hari ini, 01 Jan 2008, semasa di meja makan, aku dan isteri membincangkan tentang banyak perkara mengenai kehidupan kami. Aku lebih banyak memberi fokus kepada perbincangan mengenai bagaimana mahu mematangkan diri. Aku kena akui bahawa cara berfikir isteri aku banyak membantu aku untuk melihat jauh ke dalam diri sendiri. Menyelongkar ruang dan sudut kelemahan dan membina kekuatan dan keyakinan serta kematangan. Aku bersyukur.....

Aku juga beryukur kerana organisasi tempat aku bekerja memberi peluang kepada aku, menghargai peranan aku sebagai pekerja. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada boss unit aku Pn. S, dan dua lagi boss unit lain...Pn. A dan Pn. Ct kerana mengambil aku berkerja. Seterusnya aku panjangkan rasa syukur dan terima kasih kepada organisasi, En. MG, En J, En Z, En. R dan semua yang merupakan rakan kerja di sana.

Azam aku tahun ini ialah untuk kurangkan bercakap tetapi memberi lebih tumpuan kepada kerja dan menaikkan nama syarikat di samping tugas hakiki aku sebagai anak, menantu, suami serta ahli masyarakat yang baik. Inilah azam aku yang terbaik rasanya sepanjang aku hidup. Aku mengambil kesempatan di sini memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku selama ini kepada semua yang mengenali aku.