Friday, July 03, 2009

KAEDAH KENA BETUL



Senario yang berlaku dalam politik mutakhir ini sebenarnya merupakan isu 'KAEDAH". Isu kerajaan perpaduan sehinggalah kepada DAP Kedah keluar dari PR. Masaalah timbul sebab kaedahnya salah.



Ringkasnya nak kata, TGNA menyatakan kaedah yang betul. Beliau mempertahankan bahawa sesuatu itu mestilah mempunyai kaedah yang betul. Beliau tidak menolah kerajaan perpaduan tetapi bila kaedahnya salah maka lain semua salahlah.




Sama jugak dengan DAP keluar PR. Adakah negeri boleh membuat keputusan yang melibatkan perkara dasar seperti itu? pelik bukan. Kaedahnya, masalah negeri bawak ke pusat dan pusat akan bermesyuarat atau apa saja dan akhirnya membuat keputusan. Ini kaedah yang betul.




Baik masyarakat Cina, Melayu atau India..kenalah bersikap lebih matang dan bijak dalam membuat sesuatu tindakan, apa lagi tindakan politik. Dalam politik kepartian, emosi kena ketepikan..penting niat dan kaedah kena betul.

Tuesday, June 30, 2009

Lagi dasar liberalisasi diumum...

Petikan dariAgendadaily 30 June 2009

Kerajaan terus memperluaskan dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan dengan menaikkan had pegangan ekuiti asing dalam syarikat broker saham dariapda 49 peratus kepada 70 peratus manakala pemilikan dalam segmen pemborongan industri pengurusan dana diliberalisasikan sepenuhnya dengan pegangan 100 peratus.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, kebenaran pegangan 100 peratus itu diberikan kepada syarikat pengurusan dana yang layak


Katanya, usaha tersebut sebagai langkah untuk mewujudkan iklim pelaburan kondusif dan mesra pelabur di negara ini.

Selain itu, Najib turut mengumumkan penubuhan sebuah institusi pelaburan dikenali sebagai Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) dengan modal awal RM500 juta.


EKUINAS akan menumpukan pelaburannya dalam sektor ekonomi yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi sejajar Model Ekonomi Baru, katanya semasa berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, hari Selasa. – 30/6/2009


-------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak tau samaada nak puji atau apa dengan pembaharuan polisi ini. Yang pasti kerisauan berada pada tahap tinggi. Membuka kepada pemilikan asing dalam soal saham dan pengurusan dana seperti keluar dari kereta kebal untuk bertempur secara berdepan dengan pistol atau senapang. Kiri, kanan, belakang, hadapan kebarangkalian untuk dibunuh terbuka luas.


Walaupun pemilikan bumiputra kecil sepertimana yang dianalisis, sekurangnya dengan polisi yang lama, dapat juga dibendung dari orang luar mengaut habis segala khazanah di Malaysia ini. Isunya seperti kata Dato' Salleh Majid, mesti dilihat juga risiko kehadiran pakar yang sememangnya pakar dalam pengurusan dana ke Malaysia untuk mengaut keuntungan, bagaimana nanti aliran tunai keluar dan juga risiko2 lain. Kalau dahulu kita salahkan Soros kini kita sahkan pula kaedahnya...kalau ada yang seperti Soros, bukan saja kita tak boleh nak hukum kerana polisi kita membenarkan malah nak mengutukpun tak boleh sebab ianya sah di sisi undang-undang.


Walau polisi ini menyelamatkan ekonomi sementara, tetapi jangkapanjangnya mungkin lebih teruk dan rakyat bukan saja kehilangan kerja malah kehilangan rumah dan tanah sekali.

Teruskan Debat



Apa masalahnya dengan cadangan debat oleh TGNA? Kalau debat tak boleh..laporan polis lagi la tak boleh..ini isu politik. Apabila orang politik bercakap dan tidak dipersetujui, maka platformnya adalah debat lah. Ini politik kepartian. Masing-masing nak pertahankan idealogi masing-masing. Tak kan nak berbincang, kalau nak berbincang sesama partilah...masing-masing bincanglah dengan ahli parti masing-masing. TGNA bercakap bukan atas kapasiti sebagai MB tetapi sebagai Muryidul Am PAS, sebagai penasihat parti. Kalau sebagai MB mungkin dia ajak PM berbincang.


Rasanya PM DSN boleh menggunakan peluang ini untuk memperlihatkan kebijaksanaan dalam mengutarakan hujah. PM boleh menjadikan siri debat ini sebagai wadah bagi meningkatkan saham beliau di mata rakyat.


Ketakutan atau mengelak dari debat biasanya akan dilihat sebagai mempunyai masalah KUALITI. Kalau di barat, debat dah jadi sesuatu yang biasa. Masyarakat melihat dan menilai. Debat juga suatu proses bagi rakyat menilai kualiti pemimpin. Nak jadi pemimpin kena bijak, termasuk bijak berbahas dan berdebat.


Kalau dah bijak berdebat, maksudnya pemimpin itu mempunyai kawalan diri, kawalan minda yang tinggi. Ini antara kualiti yang diperlukan. So tak salah nak berdebat. Debatlah asal jangan bertumbuk atau berparang dah hihi


Thursday, June 25, 2009

Celaka Seorang Presiden

Perhatikan seorang Presiden negara yang membunuh orang awam tidak berdosa bercakap soal keganasan, keadilan dan kemanusiaan... Ini lawak bangang ke lawak haram jadah. Konon tegas dengan Iran wahal dalam masa yang sama dia bunuh orang awam yang tidak berdosa!!
--------------------------------------------------------------------
__WASHINGTON: Presiden Barack Obama membuat kenyataan paling tegas terhadap Iran, semalam.Obama turut membayangkan usul berunding dengan Republik Islam itu kini bergantung kepada bagaimana krisis politik di Iran diselesaikan.“Masyarakat antarabangsa marah dengan ancaman, kekerasan dan penahanan yang dilakukan Iran sejak beberapa hari lalu. “Saya mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan saya bersama rakyat AS berkabung terhadap kehilangan nyawa yang berlaku.


“AS kini menunggu bagaimana krisis ini akan diakhiri Iran.
“Insiden ini memberi bayangan negatif terhadap Iran akibat daripada tindakbalas yang ia laksanakan,”
_______________________________________________
60 orang awam maut dibedil AS
PESHAWAR (Pakistan): Kira-kira 60 orang awam di Waziristan, wilayah dikuasai pemimpin Taliban, Baitullah Mehsud dilapor terbunuh akibat dibedil pesawat dron tentera Amerika Syarikat (AS),semalam.Laporan mendakwa serangan pertama membunuh enam anggota Taliban tapi serangan susulan yang dilancar pada upacara pengebumian mangsa itu membunuh ramai orang awam.Timbalan Baitullah, Wali Ur Rehman pula mendakwa, 65 orang, majoriti orang awam maut dalam serangan itu.“Seorang daripada komander kami, Billal turut terbunuh. Kami mengebumikan mayat di tiga kubur berlainan kerana ada mayat yang hancur.

“Bagaimanapun, kepimpinan kami selamat,” katanya.
Mohammad Saeed Khan, 35, yang putus kaki kanan dalam serangan itu mendakwa, serangan ditujukan kepada orang awam.“Perkuburan dibedil ketika orang awam merintih kesakitan,” katanya. - AFP

Friday, June 12, 2009

Kematangan Seorang Presiden



Sebenarnya isu perpaduan merupakan suatu idea, setakat ini semua yang terlibat dalam kepimpinan PAS bertindak dalam keadaan yang wajar dan terbuka. Kalaupun dilihat agak tegang ianya kerana liputan media yang mencorakkannya.


Secara jujur, aku nampak kematangan Presiden PAS, TGHH dalam menghadapi isu ini, tidak terpengaruh dan tidak mampu dipermainkan oleh media.

Thursday, June 11, 2009

KERAJAAN PERPADUAN.

TGNA tidak bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Kecoh satu Malaysia dengan isu "Kerajaan Perpaduan". Ini isu besar. Isu besar secara teknikalnya tidak sesuai untuk war-warkan terlebih dahulu sebelum dibincang dan dibahaskan secara detail oleh mereka di peringkat kepimpinan tertinggi. Dalam konteks Pakatan Rakyat, isu ini adalah isu yang melibatkan banyak parti dan jalinan persahabatan antara parti-parti pembangkang di Malaysia.
Akan terkejutlah kalau tiba-tiba wujud cadangan yang seperti itu. Siapapun akan rasa tersentak dan ragu-ragu kerana tidak terlibat secara langsung atau tidak dibahaskan secara detail bersama mereka.
Dalam isu ini, rakyat pun tertanya-tanya peranan Dato' Mustafa Ali yang nampak dominan sebelum beliau dilantik memegang jawatan baru mengantikan Dato' kamarudin Jaafar. Rakyat juga tertanya-tanya kenapa UMNO nampaknya terlalu "berlapang dada" dengan cadangan ini malah seolah-olah menyokong dan sanggup berbincang dan bersama dalam isu kerajaan perpaduan ini.
kalau selama ini UMNO akan menentang apa juga idea atau isu-isu yang dibawa oleh pembangkang.
Perbincangan tak salah namun teknikalnya salah, orangnya salah, kaedahnya salah dalam menyatakan idea besar ini. Mungkin idea ini baik tapi lebih baik kalau dihilangkan rasa khuatir pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan rakyat keseluruhannya.
Mungkin pemimpin nampak apa rakyat tak nampak, namun ada yang rakyat nampak tapi pemimpin tak nampak.

Mungkin UMNO kena buktikan keikhlasan terlebih dahulu atau akan wujud tokoh dalam UMNO yang dilihat ikhlas dan jujur.

Pengumuman Besar Dari Najib

Petikan akhbar...

"Mengenai Bajet 2010, Najib berkata ia akan menekankan mengenai cara-cara untuk merangsangkan lagi ekonomi negara dengan merubahnya menjadi sebuah ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dengan sektor perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam model baru ekonomi yang sedang dirancang.

Najib turut berjanji bahawa kesemua dasar kerajaan akan konsisten dengan "tidak mengubah dasar sewenang-wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita."

Dasar (kerajaan), katanya akan direka bentuk untuk merangsang pertumbuhan dan memupuk keyakinan yang lebih tinggi di kalangan para pelabur bagi memastikan aliran masuk lebih besar Pelaburan Langsung Asing (FDI). "

______________________________________

Aku tidak rasa nak ulas terlalu banyak kerana siapalah aku nak cakap pasal ekonomi Malaysia. Namun sebagai rakyat aku khuatir dengan petikan di atas, cuma apa yang aku nak kata, kalaupun berasaskan ekonomi, pertamanya aku nak mintak sangat jangan BEBANKAN rakyat dengan kenaikkan cukai yang tinggi, dengan caj itu ini, dengan dasar yang akan membuatkan rakyat kena bayar lebih tinggi untuk kos sarahidup. Aku risau kalau pendapatan tinggi melalui sektor perkhidmatan ini akan kena bayarlah rakyat bila nak dapatkan perkhidmatan hospital dan lain lainnya.

Keduanya walaupun nak tarik pelabur, harap sangat agar kita jangan jadi macam kes air dengan Singapura. Rakyat bayar lebih tinggi dari air yang kita jual pada Singapura. Jangan longgarkan syarat-syarat sampai tahap tak munasabah. FDI penting tapi menjaga kepunyaan kita juga jauh lebih penting, agar yang dikejar tak dapat dan yang dikendong tak berciciran...jangan jadi macam Lebai Malang.

Tuesday, June 09, 2009

Martabatkan Bahasa Melayu



KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. - Bernama


_________________________________________________________


Dalam bahang kemarahan rakyat dalam isu pengajaran math dan sains dalam bahasa Inggerish, sepatutnya kerajaan lebih melihat kepada perkara-perkara utama dalam sistem pendidikan itu terlebih dahulu.


Apalah sangat hendak difokus dan diagungkan soal bahasa Inggeris itu yang hanya merupakan suatu alat sahaja dalam membentuk jati diri, ilmu rakyat di Malaysia ini. Isu utama yang mesti MENTERI beri perhatian ialah soal hala tuju dan intipati yang ada dalam sistem pendidikan bagi diberi kepada rakyat. Agar rakyat dapat menggunakan untuk berbagai tujuan dalam pembangunan diri sendiri, masyarakat dan negara. Masalah utama bilakah sistem ini mahu dikaitkan dengan Allah, bilakah sistem ini mahu dibebaskan dari pengaruh sekular. Ini persoalannya.


Sejauh mana kerajaan mampu membangunkan minda masyarakat dengan sistem pendidikan yang ada..masih banyak isu isu pokok dan dasar yang mesti difikirkan dan dibahaskan dan bukannya isu bahasa Inggeris.


Apa susah sangat ke nak martabatkan bahasa Melayu? apa kalau guna bahasa Melayu akan mundurkah rakyat? tak ada standard ke? wahal akan bertambahlah ilmu dan peluang pekerjaan kepada rakyat dalam konteks pernterjemahan dan sebagainya.


Monday, June 08, 2009

Timbalan Presiden PAS



Menarik untuk melihat perkembangan yang berlaku dalam muktamar PAS. Fokusnya kepada pemilihan Timbalan Presiden. Ustz. Nasha memenangi jawatan tersebut dengan agak besar kalau dibandingkan dengan Dato' Husam atau Mat Sabu. Namun kalau dikira keseluruhannya, jumlah yang tidak menyokong Nasha lebih banyak dari yang menyokongnya ( campur sokongan Husam dan Mat Sabu).




Aliran pemikiran kebanyakkan ahli-ahli PAS nampaknya tidak mempunyai perubahan yang ketara. Masih lagi dalam ruang lingkup yang lama. Secara jujurnya, saya lebih memihak kepada aliran pemikiran Husam Musa. Keperluan ulamak sebagai umarak harus dilengkapi dengan kemampuan dan kebijaksanaan dalam kaedah dan pendekatan politiknya.




Ustz. Nasha telah diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya namun tidak banyak yang dilakukan bagi mendokong Presiden sehingga kadangkala Presiden seolah-olah keseorangan dalam banyak isu semasa yang timbul. Sekarang ini, dengan berbagai cabaran, PAS memerlukan Timbalan seperti Husam Musa. Husam bukan seorang pemimpin yang akan bertentangan secara keras dengan Presiden sekalipun beliau punya pandangan sendiri.




Semoga muktamar akan datang ahli-ahli PAs harus lebih terbuka dan bijak dalam membuat pemilihan. Sokongan golongan muda sangat sangat diperlukan ketika ini dan bagi saya, Husam berkemampuan menarik golongan ini.


Wallahualam.

Sunday, June 07, 2009

Permata Diri



Pastinya inilah permata di kehidupan ini
yang saban hari aku cari
Terlalu berharga apa yang aku miliki
dan...
inilah sebenarnya aku ingini...

Syukur....
atas pemberian ini
tak terhingga nikmatMu ini

Dalam hari yang silih berganti
Dalam naluri yang tiada dibatasi...

Aku masih miliki permata ini.

Saturday, June 06, 2009

Jangan Cari Salah Siapa??

Isu runtuhnya stadium di Terengganu, ada cakap cakap duk kata kita jangan cari salah siapa tapi kena selesaikan cara baik. Aku bukan saja sakit hati dengan kata kata macam ni tapi aku rasa nak lepuk dan sekeh kepala orang yang kata macam tu. Tak de otak..tak de akal..

Kes macam tu kenalah carik salah sapa!! Apa pulak tak leh carik salah sapa..sapa bersalah kena dakwa lah...kena hukum... sebab ni duit rakyat. RM200 juta ... duit rakyat!

Duit rakyat adalah duit kita..duit mak ayah kita..duit titik peluh kita yang kita sumbang melalui cukai itu dan ini. Tiba tiba kita serah dia kuasa buat itu ini..dia tak buat dengan betul, dia pakai duit kita pergi buat benda yang tak patut dia buat.

Ni bukan sekadar duit tapi nyawa. Kalau stadium macam tu..biar je sapa buat salah..nanti tengah tengah kita nak naik kapalterbang..bukan kapalterbang jatuh..tapi bumbung tempat kita tunggu kapalterbang jatuh...bukan mati sebab kemalangan yang tak dapat dielak tapi mati sebab penyakit buat kerja tak betul. Ajal maut di tangan Allah ..tapi kalau dah nyata sebabnya adalah kerana bodoh, jahat dan rasuah... tak boleh ke kita marah?

Pasal kolam renang pun satu hal..projek mega konon..pirahhh... bandaraya konon huh!!!

Wednesday, June 03, 2009

Runtuhnya Stadium Di Terengganu

Runtuhnya keyakinan aku kepada mereka yang berkuasa untuk kembali berada pada landasan yang betul dalam menghadapi kemelesetan ekonomi, mengurus sistem sosial negara dan lain lain seperti runtuhnya stadium di Terengganu Darul Iman.
Betapa aku terkejut dan hampa dengan apa yang berlaku di Terengganu begitu juga aku rasa dengan kemampuan mereka yang berkuasa sekarang. Apalah nak jadi dengan negara kita ni, salah rakyat sendiri barangkali kerana terlalu membiarkan mereka yang berkuasa melakukan apa saja.
Harapnya tidak akan berlaku lagi runtuhan demi runtuhan sehingga khazanah negara akan menjadi licin di sapu..sehingga...rakyat merempat di bumi sendiri. Malunya menjadi rakyat Terengganu..... si berkuasa berbalah..rakyat semakin parah.

Monday, May 25, 2009

Mat Rempit vs Mat Dadah

Bukti 1
Penagih dadah didakwa bunuh ibu, anak
02/06/2009 11:46am
IPOH 2 Jun – Seorang penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh tiga orang termasuk ibu dan anak yang berusia lima tahun di Taman Pinji dekat sini pada 20 Mei lalu. - Utusan

Bukti 2
Peragut dihukum penjara 30 bulan
02/06/2009 11:51am
SHAH ALAM 2 Jun - Disebabkan meragut seorang wanita yang secara kebetulan jiran sekampung, seorang pekerja pencuci kereta hari ini dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Mohamad Zeren Hamjah, 27, dari Batu 7 Jalan Kebun di sini, mengambil kesempatan meragut seorang suri rumah Nor Wahi Dah Ismail ketika mangsa berdiri di tepi jalan untuk menelefon suami kerana keretanya mengalami kerosakan enjin.

Tertuduh mengaku telah melarikan sebuah telefon bimbit, beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai RM1,500 milik mangsa ketika meragutnya pada pukul 12.55 tengah hari, 23 Mac lalu di jalan kampung, Jalan Kebun di Seksyen 36 di sini.
Mohamad Zeren didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lelaki itu sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kesalahan mencuri kenderaan, menagih dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan. - Utusan



Masalah negara yang aku rasa disalah erti dan disalah konsepkan. "Mat Rempit"..suatu istilah yang dikaitkan dengan jenayah ragut, bunuh dan sebagainya. Isu Mat Rempit tidak boleh dikaitkan macamtu, mat rempit adalah budak-budak yang lumba motor. Budak-budak ni biasanya hanya nak seronok, suka berlagak..tak matang. Itu saja.




Yang guna motor ragut, bunuh dan sebagainya bukan mat rempit..tapi mat dadah! kalaupun dia anak muda yang menggunakan motor..dia bukan mat rempit..dia mat dadah.. mat dadahlah yang menjadi masalah kepada negara dan rakyat sekarang ni.




Masaalah dadahlah yang seharusnya menjadi keutamaan dan bukannya mat rempit. Guna istilah lain bagi mat rempit bukannya menyelesaikan masalah dadah..bukannya menyelesaikan masalah ragut atau bunuh.




Aku harap sangatlah kerajaan berfikir dengan betul dalam isu ini. Barulah penyelesaiannya pun betul. Mat Rempit hanyalah nak berlagak dan seronok..tak susah nak adjust kumpulan ni..yang susahnya nak selesaikan masalah dadah tu.




Aku bagi contoh.. kalau yang pakai serban yang hisap dadah ragut orang..nak selesai masalah pakai serban ke nak selesai masalah dadah? Mestilah masalah dadah dan bukannnya isu pakaian dia kan.. sama la gak mat rempit..isunya bukan mat rempit..tapi mat dadah..ni masalah utamanya.....

Thursday, May 14, 2009

Perak ooo Perak

Aku demam minggu ni..badan terasa sangat lesu, aku rasa teruk tapi apa yang berlaku di Perak lagi lesu dan teruk. Aku hanya demam, bleh baik..lagipun aku sorang je..mungkin isteri aku susah sikit..( terima kasih wahai isteriku hehhe) ...

Tapi Perak sakit teruk..penyakit dah dikenal pasti namun aku hairan napa masih tak mau nak ambik ubat yang betul untuk rawat penyakit tu.. ubat semua tau..seluruh rakyat Perak tau.. tapi masih keras kepala tak mau ambik ubat tu.

Sebabnya mudah je.. ikut kepala otak masing masing...sebab ada kepentingan. Takut hilang kuasa wahal dah berpuluh tahun diberi kuasa..buat la baik baik untuk kepentingan rakyat...ni bila rakyat Perak ajar sikit je dan mula mengelabah..konon semua buat kepentingan rakyat..wahal rakyat Perak tau berfikir sendiri. Di Perak tu ada pak tua yang hidup berpuluh tahun, yang mampu menyara anak isteri walau bekerja menanam padi, walau bekerja menangkap ikan.akal mereka lebih bijak dari yang keluar Universiti.... di Perak ada anak anak muda yang bukan je mampu berfikir malah mampu buat segala-galanya, ada lawyer..ada cikgu..ada doctor ada semua jenis ..

Jangan la duk fikir kita je bijak..ada setengah tu bukan bijak.. tapi bodoh dengan kuasa..buat apapun duk fikir rakyat tak tau apa apa..berhentilah..jadilah bijak dengan kuasa..bijak yang disertai dengan niat yang baik..perihatin pada kehendak rakyat..perihatin pada keperluan rakyat...

pendek cite... serah balik pada rakyat untuk menentukan apa mereka mahu..siapa mereka mahu.

Sunday, April 12, 2009

Khairy Jamaludin

Aku harap sangat Khairy ni naik jadi menteri, tapi jangan bagi menteri ganas ganas, macam menteri dalam negeri tu, tapi bagi menteri yang memerlukan perubahan. Khairy yang aku nampak boleh mengubah, punya banyak idea dan dia boleh buat keje. Aku tak peduli apa orang kata pasal dia, bagi aku kalau semua orang fokus duk kata kat seseorang, walau betul walau tak betul, akhirnya akan nampak betul. Ini yang berlaku kat khairy.

Satu lagi yang aku risau ialah Hishamuddin ni, diberi jawatan menteri dalam negeri, hehhe cam lawak pun ada..dia tak sesuailah, dia tak sematang usianya, maaf aku kata macam ni, hishamuddin sesuai jadi menteri belia dan sukan ke... kalau nak tengok sket dia nyer strenghts, bagi jawatan menteri yang urus pertanian ke ..tengok apa idea dia..aku selama ni tak nampak lagi dia nyer idea yang bagus bagus.

Najib nampaknya mengundang kontroversi dengan tidak melantik Khairy, sepatutnya lantik je, jangan ada banyak masalah dari perkara ni, sebab banyak lagi yang najib nak kena handle..pasal tak puas hati parti komponen, pasal isu-isu besar yang peribadi, pasal nak pulihkan ekonomi.

Cara najib, mau tak mau orang akan pk yang mahathir masih berkuasa walau kebenarannya belum pasti. Malas nak ulas pasal lain..aku nak kata tu je lah pasal khairy. Khairy ada potensi.

Tuesday, April 07, 2009

Bukit Gantang dan Bukit Selambau

Kemenangan kepada calon PAS dan Calon PKR dari Pakatan Rakyat merupakan isyarat kepada suatu bentuk pemikiran baru yang perlu disedari oleh BN dalam usaha untuk meneruskan survival politik parti pemerintah.

Rakyat telah melihat sesuatu perkara dengan teliti...soal ugutan, ketakutan, atau pembangunan itu sendiri sudah tidak dipedulikan oleh sebilangan besar rakyat apalagi golongan muda sekarang. Pemikiran dan cara berfikir mereka lebih dipengaruhi oleh isu-isu nasional dan universal kerana mereka sedar bahawa isu-isu tempatan tidak boleh diselesaikan sekiranya isu-isu nasional dan universal tidak diselesaikan. Untuk lebih mudah memahami, sebagai contoh, kewibawaan dan kemampuan kepimpinan diperingkat pusat dilihat secara sedar bahawa ianya akan mempengaruhi keputusan atau penyelesaian di peringkat tempatan.

Hubungkait struktur yang ada diperingkat pusat akan mempengaruhi struktur di peringkat tempatan. Rakyat juga sedar bahawa soal kualiti merupakan isu yang mesti diberi perhatian disamping soal-soal keadilan dan sebagainya. Beberapa tindakan dan cara penyelesaian kepada isu-isu besar memberikan kesan mendalam kepada pemikiran rakyat. Rakyat melihat situasi ini, ketakutan baru bukan lahir akibat tekanan dan ugutan mana-mana pihak tetapi lebih kepada kematangan mereka dalam menilai dan juga harapan yang mereka pertaruhkan.

BN harus berubah namun mampukan mereka melakukan perubahan? atau mungkinkah mereka terpaksa akur bahawa akan wujud suatu kuasa baru disebelah Pakatan Rakyat?

Apapun rakyat semakin bijak menilai dan semakin matang dalam menguruskan kehidupan mereka sendiri.