Sunday, April 12, 2009

Khairy Jamaludin

Aku harap sangat Khairy ni naik jadi menteri, tapi jangan bagi menteri ganas ganas, macam menteri dalam negeri tu, tapi bagi menteri yang memerlukan perubahan. Khairy yang aku nampak boleh mengubah, punya banyak idea dan dia boleh buat keje. Aku tak peduli apa orang kata pasal dia, bagi aku kalau semua orang fokus duk kata kat seseorang, walau betul walau tak betul, akhirnya akan nampak betul. Ini yang berlaku kat khairy.

Satu lagi yang aku risau ialah Hishamuddin ni, diberi jawatan menteri dalam negeri, hehhe cam lawak pun ada..dia tak sesuailah, dia tak sematang usianya, maaf aku kata macam ni, hishamuddin sesuai jadi menteri belia dan sukan ke... kalau nak tengok sket dia nyer strenghts, bagi jawatan menteri yang urus pertanian ke ..tengok apa idea dia..aku selama ni tak nampak lagi dia nyer idea yang bagus bagus.

Najib nampaknya mengundang kontroversi dengan tidak melantik Khairy, sepatutnya lantik je, jangan ada banyak masalah dari perkara ni, sebab banyak lagi yang najib nak kena handle..pasal tak puas hati parti komponen, pasal isu-isu besar yang peribadi, pasal nak pulihkan ekonomi.

Cara najib, mau tak mau orang akan pk yang mahathir masih berkuasa walau kebenarannya belum pasti. Malas nak ulas pasal lain..aku nak kata tu je lah pasal khairy. Khairy ada potensi.

Tuesday, April 07, 2009

Bukit Gantang dan Bukit Selambau

Kemenangan kepada calon PAS dan Calon PKR dari Pakatan Rakyat merupakan isyarat kepada suatu bentuk pemikiran baru yang perlu disedari oleh BN dalam usaha untuk meneruskan survival politik parti pemerintah.

Rakyat telah melihat sesuatu perkara dengan teliti...soal ugutan, ketakutan, atau pembangunan itu sendiri sudah tidak dipedulikan oleh sebilangan besar rakyat apalagi golongan muda sekarang. Pemikiran dan cara berfikir mereka lebih dipengaruhi oleh isu-isu nasional dan universal kerana mereka sedar bahawa isu-isu tempatan tidak boleh diselesaikan sekiranya isu-isu nasional dan universal tidak diselesaikan. Untuk lebih mudah memahami, sebagai contoh, kewibawaan dan kemampuan kepimpinan diperingkat pusat dilihat secara sedar bahawa ianya akan mempengaruhi keputusan atau penyelesaian di peringkat tempatan.

Hubungkait struktur yang ada diperingkat pusat akan mempengaruhi struktur di peringkat tempatan. Rakyat juga sedar bahawa soal kualiti merupakan isu yang mesti diberi perhatian disamping soal-soal keadilan dan sebagainya. Beberapa tindakan dan cara penyelesaian kepada isu-isu besar memberikan kesan mendalam kepada pemikiran rakyat. Rakyat melihat situasi ini, ketakutan baru bukan lahir akibat tekanan dan ugutan mana-mana pihak tetapi lebih kepada kematangan mereka dalam menilai dan juga harapan yang mereka pertaruhkan.

BN harus berubah namun mampukan mereka melakukan perubahan? atau mungkinkah mereka terpaksa akur bahawa akan wujud suatu kuasa baru disebelah Pakatan Rakyat?

Apapun rakyat semakin bijak menilai dan semakin matang dalam menguruskan kehidupan mereka sendiri.