Friday, July 03, 2009

KAEDAH KENA BETUL



Senario yang berlaku dalam politik mutakhir ini sebenarnya merupakan isu 'KAEDAH". Isu kerajaan perpaduan sehinggalah kepada DAP Kedah keluar dari PR. Masaalah timbul sebab kaedahnya salah.



Ringkasnya nak kata, TGNA menyatakan kaedah yang betul. Beliau mempertahankan bahawa sesuatu itu mestilah mempunyai kaedah yang betul. Beliau tidak menolah kerajaan perpaduan tetapi bila kaedahnya salah maka lain semua salahlah.




Sama jugak dengan DAP keluar PR. Adakah negeri boleh membuat keputusan yang melibatkan perkara dasar seperti itu? pelik bukan. Kaedahnya, masalah negeri bawak ke pusat dan pusat akan bermesyuarat atau apa saja dan akhirnya membuat keputusan. Ini kaedah yang betul.




Baik masyarakat Cina, Melayu atau India..kenalah bersikap lebih matang dan bijak dalam membuat sesuatu tindakan, apa lagi tindakan politik. Dalam politik kepartian, emosi kena ketepikan..penting niat dan kaedah kena betul.

Tuesday, June 30, 2009

Lagi dasar liberalisasi diumum...

Petikan dariAgendadaily 30 June 2009

Kerajaan terus memperluaskan dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan dengan menaikkan had pegangan ekuiti asing dalam syarikat broker saham dariapda 49 peratus kepada 70 peratus manakala pemilikan dalam segmen pemborongan industri pengurusan dana diliberalisasikan sepenuhnya dengan pegangan 100 peratus.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, kebenaran pegangan 100 peratus itu diberikan kepada syarikat pengurusan dana yang layak


Katanya, usaha tersebut sebagai langkah untuk mewujudkan iklim pelaburan kondusif dan mesra pelabur di negara ini.

Selain itu, Najib turut mengumumkan penubuhan sebuah institusi pelaburan dikenali sebagai Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) dengan modal awal RM500 juta.


EKUINAS akan menumpukan pelaburannya dalam sektor ekonomi yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi sejajar Model Ekonomi Baru, katanya semasa berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, hari Selasa. – 30/6/2009


-------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak tau samaada nak puji atau apa dengan pembaharuan polisi ini. Yang pasti kerisauan berada pada tahap tinggi. Membuka kepada pemilikan asing dalam soal saham dan pengurusan dana seperti keluar dari kereta kebal untuk bertempur secara berdepan dengan pistol atau senapang. Kiri, kanan, belakang, hadapan kebarangkalian untuk dibunuh terbuka luas.


Walaupun pemilikan bumiputra kecil sepertimana yang dianalisis, sekurangnya dengan polisi yang lama, dapat juga dibendung dari orang luar mengaut habis segala khazanah di Malaysia ini. Isunya seperti kata Dato' Salleh Majid, mesti dilihat juga risiko kehadiran pakar yang sememangnya pakar dalam pengurusan dana ke Malaysia untuk mengaut keuntungan, bagaimana nanti aliran tunai keluar dan juga risiko2 lain. Kalau dahulu kita salahkan Soros kini kita sahkan pula kaedahnya...kalau ada yang seperti Soros, bukan saja kita tak boleh nak hukum kerana polisi kita membenarkan malah nak mengutukpun tak boleh sebab ianya sah di sisi undang-undang.


Walau polisi ini menyelamatkan ekonomi sementara, tetapi jangkapanjangnya mungkin lebih teruk dan rakyat bukan saja kehilangan kerja malah kehilangan rumah dan tanah sekali.

Teruskan Debat



Apa masalahnya dengan cadangan debat oleh TGNA? Kalau debat tak boleh..laporan polis lagi la tak boleh..ini isu politik. Apabila orang politik bercakap dan tidak dipersetujui, maka platformnya adalah debat lah. Ini politik kepartian. Masing-masing nak pertahankan idealogi masing-masing. Tak kan nak berbincang, kalau nak berbincang sesama partilah...masing-masing bincanglah dengan ahli parti masing-masing. TGNA bercakap bukan atas kapasiti sebagai MB tetapi sebagai Muryidul Am PAS, sebagai penasihat parti. Kalau sebagai MB mungkin dia ajak PM berbincang.


Rasanya PM DSN boleh menggunakan peluang ini untuk memperlihatkan kebijaksanaan dalam mengutarakan hujah. PM boleh menjadikan siri debat ini sebagai wadah bagi meningkatkan saham beliau di mata rakyat.


Ketakutan atau mengelak dari debat biasanya akan dilihat sebagai mempunyai masalah KUALITI. Kalau di barat, debat dah jadi sesuatu yang biasa. Masyarakat melihat dan menilai. Debat juga suatu proses bagi rakyat menilai kualiti pemimpin. Nak jadi pemimpin kena bijak, termasuk bijak berbahas dan berdebat.


Kalau dah bijak berdebat, maksudnya pemimpin itu mempunyai kawalan diri, kawalan minda yang tinggi. Ini antara kualiti yang diperlukan. So tak salah nak berdebat. Debatlah asal jangan bertumbuk atau berparang dah hihi


Thursday, June 25, 2009

Celaka Seorang Presiden

Perhatikan seorang Presiden negara yang membunuh orang awam tidak berdosa bercakap soal keganasan, keadilan dan kemanusiaan... Ini lawak bangang ke lawak haram jadah. Konon tegas dengan Iran wahal dalam masa yang sama dia bunuh orang awam yang tidak berdosa!!
--------------------------------------------------------------------
__WASHINGTON: Presiden Barack Obama membuat kenyataan paling tegas terhadap Iran, semalam.Obama turut membayangkan usul berunding dengan Republik Islam itu kini bergantung kepada bagaimana krisis politik di Iran diselesaikan.“Masyarakat antarabangsa marah dengan ancaman, kekerasan dan penahanan yang dilakukan Iran sejak beberapa hari lalu. “Saya mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan saya bersama rakyat AS berkabung terhadap kehilangan nyawa yang berlaku.


“AS kini menunggu bagaimana krisis ini akan diakhiri Iran.
“Insiden ini memberi bayangan negatif terhadap Iran akibat daripada tindakbalas yang ia laksanakan,”
_______________________________________________
60 orang awam maut dibedil AS
PESHAWAR (Pakistan): Kira-kira 60 orang awam di Waziristan, wilayah dikuasai pemimpin Taliban, Baitullah Mehsud dilapor terbunuh akibat dibedil pesawat dron tentera Amerika Syarikat (AS),semalam.Laporan mendakwa serangan pertama membunuh enam anggota Taliban tapi serangan susulan yang dilancar pada upacara pengebumian mangsa itu membunuh ramai orang awam.Timbalan Baitullah, Wali Ur Rehman pula mendakwa, 65 orang, majoriti orang awam maut dalam serangan itu.“Seorang daripada komander kami, Billal turut terbunuh. Kami mengebumikan mayat di tiga kubur berlainan kerana ada mayat yang hancur.

“Bagaimanapun, kepimpinan kami selamat,” katanya.
Mohammad Saeed Khan, 35, yang putus kaki kanan dalam serangan itu mendakwa, serangan ditujukan kepada orang awam.“Perkuburan dibedil ketika orang awam merintih kesakitan,” katanya. - AFP

Friday, June 12, 2009

Kematangan Seorang Presiden



Sebenarnya isu perpaduan merupakan suatu idea, setakat ini semua yang terlibat dalam kepimpinan PAS bertindak dalam keadaan yang wajar dan terbuka. Kalaupun dilihat agak tegang ianya kerana liputan media yang mencorakkannya.


Secara jujur, aku nampak kematangan Presiden PAS, TGHH dalam menghadapi isu ini, tidak terpengaruh dan tidak mampu dipermainkan oleh media.

Thursday, June 11, 2009

KERAJAAN PERPADUAN.

TGNA tidak bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Kecoh satu Malaysia dengan isu "Kerajaan Perpaduan". Ini isu besar. Isu besar secara teknikalnya tidak sesuai untuk war-warkan terlebih dahulu sebelum dibincang dan dibahaskan secara detail oleh mereka di peringkat kepimpinan tertinggi. Dalam konteks Pakatan Rakyat, isu ini adalah isu yang melibatkan banyak parti dan jalinan persahabatan antara parti-parti pembangkang di Malaysia.
Akan terkejutlah kalau tiba-tiba wujud cadangan yang seperti itu. Siapapun akan rasa tersentak dan ragu-ragu kerana tidak terlibat secara langsung atau tidak dibahaskan secara detail bersama mereka.
Dalam isu ini, rakyat pun tertanya-tanya peranan Dato' Mustafa Ali yang nampak dominan sebelum beliau dilantik memegang jawatan baru mengantikan Dato' kamarudin Jaafar. Rakyat juga tertanya-tanya kenapa UMNO nampaknya terlalu "berlapang dada" dengan cadangan ini malah seolah-olah menyokong dan sanggup berbincang dan bersama dalam isu kerajaan perpaduan ini.
kalau selama ini UMNO akan menentang apa juga idea atau isu-isu yang dibawa oleh pembangkang.
Perbincangan tak salah namun teknikalnya salah, orangnya salah, kaedahnya salah dalam menyatakan idea besar ini. Mungkin idea ini baik tapi lebih baik kalau dihilangkan rasa khuatir pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan rakyat keseluruhannya.
Mungkin pemimpin nampak apa rakyat tak nampak, namun ada yang rakyat nampak tapi pemimpin tak nampak.

Mungkin UMNO kena buktikan keikhlasan terlebih dahulu atau akan wujud tokoh dalam UMNO yang dilihat ikhlas dan jujur.

Pengumuman Besar Dari Najib

Petikan akhbar...

"Mengenai Bajet 2010, Najib berkata ia akan menekankan mengenai cara-cara untuk merangsangkan lagi ekonomi negara dengan merubahnya menjadi sebuah ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dengan sektor perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam model baru ekonomi yang sedang dirancang.

Najib turut berjanji bahawa kesemua dasar kerajaan akan konsisten dengan "tidak mengubah dasar sewenang-wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita."

Dasar (kerajaan), katanya akan direka bentuk untuk merangsang pertumbuhan dan memupuk keyakinan yang lebih tinggi di kalangan para pelabur bagi memastikan aliran masuk lebih besar Pelaburan Langsung Asing (FDI). "

______________________________________

Aku tidak rasa nak ulas terlalu banyak kerana siapalah aku nak cakap pasal ekonomi Malaysia. Namun sebagai rakyat aku khuatir dengan petikan di atas, cuma apa yang aku nak kata, kalaupun berasaskan ekonomi, pertamanya aku nak mintak sangat jangan BEBANKAN rakyat dengan kenaikkan cukai yang tinggi, dengan caj itu ini, dengan dasar yang akan membuatkan rakyat kena bayar lebih tinggi untuk kos sarahidup. Aku risau kalau pendapatan tinggi melalui sektor perkhidmatan ini akan kena bayarlah rakyat bila nak dapatkan perkhidmatan hospital dan lain lainnya.

Keduanya walaupun nak tarik pelabur, harap sangat agar kita jangan jadi macam kes air dengan Singapura. Rakyat bayar lebih tinggi dari air yang kita jual pada Singapura. Jangan longgarkan syarat-syarat sampai tahap tak munasabah. FDI penting tapi menjaga kepunyaan kita juga jauh lebih penting, agar yang dikejar tak dapat dan yang dikendong tak berciciran...jangan jadi macam Lebai Malang.

Tuesday, June 09, 2009

Martabatkan Bahasa Melayu



KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. - Bernama


_________________________________________________________


Dalam bahang kemarahan rakyat dalam isu pengajaran math dan sains dalam bahasa Inggerish, sepatutnya kerajaan lebih melihat kepada perkara-perkara utama dalam sistem pendidikan itu terlebih dahulu.


Apalah sangat hendak difokus dan diagungkan soal bahasa Inggeris itu yang hanya merupakan suatu alat sahaja dalam membentuk jati diri, ilmu rakyat di Malaysia ini. Isu utama yang mesti MENTERI beri perhatian ialah soal hala tuju dan intipati yang ada dalam sistem pendidikan bagi diberi kepada rakyat. Agar rakyat dapat menggunakan untuk berbagai tujuan dalam pembangunan diri sendiri, masyarakat dan negara. Masalah utama bilakah sistem ini mahu dikaitkan dengan Allah, bilakah sistem ini mahu dibebaskan dari pengaruh sekular. Ini persoalannya.


Sejauh mana kerajaan mampu membangunkan minda masyarakat dengan sistem pendidikan yang ada..masih banyak isu isu pokok dan dasar yang mesti difikirkan dan dibahaskan dan bukannya isu bahasa Inggeris.


Apa susah sangat ke nak martabatkan bahasa Melayu? apa kalau guna bahasa Melayu akan mundurkah rakyat? tak ada standard ke? wahal akan bertambahlah ilmu dan peluang pekerjaan kepada rakyat dalam konteks pernterjemahan dan sebagainya.


Monday, June 08, 2009

Timbalan Presiden PAS



Menarik untuk melihat perkembangan yang berlaku dalam muktamar PAS. Fokusnya kepada pemilihan Timbalan Presiden. Ustz. Nasha memenangi jawatan tersebut dengan agak besar kalau dibandingkan dengan Dato' Husam atau Mat Sabu. Namun kalau dikira keseluruhannya, jumlah yang tidak menyokong Nasha lebih banyak dari yang menyokongnya ( campur sokongan Husam dan Mat Sabu).




Aliran pemikiran kebanyakkan ahli-ahli PAS nampaknya tidak mempunyai perubahan yang ketara. Masih lagi dalam ruang lingkup yang lama. Secara jujurnya, saya lebih memihak kepada aliran pemikiran Husam Musa. Keperluan ulamak sebagai umarak harus dilengkapi dengan kemampuan dan kebijaksanaan dalam kaedah dan pendekatan politiknya.




Ustz. Nasha telah diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya namun tidak banyak yang dilakukan bagi mendokong Presiden sehingga kadangkala Presiden seolah-olah keseorangan dalam banyak isu semasa yang timbul. Sekarang ini, dengan berbagai cabaran, PAS memerlukan Timbalan seperti Husam Musa. Husam bukan seorang pemimpin yang akan bertentangan secara keras dengan Presiden sekalipun beliau punya pandangan sendiri.




Semoga muktamar akan datang ahli-ahli PAs harus lebih terbuka dan bijak dalam membuat pemilihan. Sokongan golongan muda sangat sangat diperlukan ketika ini dan bagi saya, Husam berkemampuan menarik golongan ini.


Wallahualam.