Sunday, July 30, 2006

Terminal Terakhir......


Belasungkawa Hani Mohsin - Semuanya demi Karmila

“Aku hidup untuk Karmila. Aku tak ada siapa-siapa. Nasib baik ada Karmila.’’ Itu antara yang diluahkan semasa saya dan Hani Mohsin menginap di bilik 214 Hotel Seri Malaysia Kuantan 30 Jun dan 1 Julai lalu. Hani Karmila adalah anak tunggal Mohsin dengan bekas isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Rasa terleka tatkala dia melukiskan kemanjaan dan keletahnya Karmila yang berusia sembilan tahun itu. Ternyata Karmila sangat membahagiakan dan Karmila tidak pernah lekang dari ingatan. Demikian kasih sayang yang tidak terucapkan daripada seorang ayah kepada anak tunggalnya.
Mohsin adalah anak tunggal yang kematian kedua-dua orang tuanya. Sekalipun Mohsin seorang selebriti popular tetapi di sisi lain hidupnya penuh sepi. Kesepian itu cuma terusir apabila tiba giliran Karmila bermalam di rumahnya di Bukit Antarabangsa.
Saya mendengar dengan tekun tentang Karmila, tentang ibu, tentang ayah yang telah tiada dan tentang hidupnya yang kosong. Mohsin lelaki bersemangat kuat meneruskan hidup sekalipun orang-orang yang rapat dengannya telah tiada.
Pemergian ibu secara tiba-tiba menyentak sebahagian daripada jiwanya. Berbulan lamanya dia tidak berupaya melihat sofa yang sering diduduki ibunya kerana seakan-akan ibu masih di situ.
Karmila adalah satu-satunya zuriat yang menjadi permata hati. Saya cuba berada di tempatnya. Dan tidak bertanya apa-apa, cuma menjadi pendengar yang setia. Ada kata-kata yang tersekat di kerongkong apabila bercakap tentang ibu dan ayahnya. Pantas pula saya mengalih bicara.

Selasa lalu Mohsin juga telah tiada. Allahyarham pergi dihantar sendiri oleh permata hatinya di terminal terakhir sebuah kehidupan. Simboliknya keberangkatan untuk kembali ke kampung halaman di Perlis, tempat Allahyarham dilahirkan. Kita tentu dapat membayangkan kegembiraan Allahyarham apabila berpeluang untuk bercuti bersama Karmila di rumah ibu saudara sebelah ibunya di Perlis. Kemudian mereka merencana meneruskan perjalanan ke Langkawi. Tetapi semuanya tidak kesampaian apabila saat keberangkatan telah tiba.
Allahyarham Mohsin jatuh dan meninggal dunia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di KLIA pada usia 41 tahun. – KU SEMAN

Saturday, July 29, 2006

Mereka memang nak bunuh kita......


Aku tak suka ngan apa yang terjadi di Lubnan dan Plastein..tapi sapa peduli tentang apa yang aku rasa.. apa yang aku rasa sebenarnya tak sama dengan apa yang orang Islam kat sana tanggung..mereka tengok sendiri tubuh badan saudara mereka dirobek peluru dan senjata...mereka rasai sendiri semua itu..so apalah sangat dengan apa yang aku rasa ni...
Aku hanya nak bagitau jenis rasa aku ni adalah berkaitan dengan apa yang bakal terjadi nanti...serangan dan pembunuhan ini pasti tak akan berakhir..aku rasa si yahudi ni memang jenis yang sama jahat dengan syaitan dan iblis...tak de bezanya ...jenis yang akan sanggup belah dada orang Islam dan makan hati kita...
Masalahnya si jahanam yahudi dan sekutu2 dia US, UK etc tu dah rancang lama perkara ini ..tapi kita orang Islam jenis tak peduli dan tak kisah pun nak rancang macam mereka...mereka si jahanam ni rancang dengan teliti..satu perkara kecil pun dia orang plan dan ambik kira kalau perkara itu berkaitan dengan orang Islam. Mereka rancang nak bunuh kita tapi kita hanyut dibuai keselesaan yang mereka wujudkan...pemimpin2 org. Islam pun sama..dibuai dengan berbagai janji dan bantuan...kemudahan ..sampai masa ..sampai saat..jadi macam Lubnan dan Plastein...sampai anak kecil dan wanita pun dibunuh...tak de belas kasihan langsung...
Aku rasa tak de jalan lain kecuali kena jihad dengan nyawa dan darah gak..tak de jalan lain akhirnya...walau berjuta kita dibunuh..perjuangan menentang mereka dengan darah dan nyawa tetap diteruskan..aku tak nampak jalan diplomasi/rundingan bleh selesaikan masalah...
Itulah yang aku rasa....kita di ambang perang dunia ke tiga dah ni.....asia barat paling kuat..selesai kat sana...sebelah kita di asia plak jadi mangsa..sekutu mereka Australia sedang tunggu peluang untuk jadi macam yahudi....makin dekat dengan batang leher kita..tunggu masa je nak disembelih...
Itulah apa aku rasa..so tak tau apa ko orang rasa lak............

Friday, July 28, 2006

DARAH DARI DUKA SEMALAM



hatiku terusik takala kaki melangkah ke tasik ini
percikkan air kelihatan..ikan menari riang
kemilau air beralun tenang
bayu bertiup, pepohoh buluh berdendang sayang


damainya hati ini
ketenangan berkampung di minda sendiri
senyuman terukir melewati derita ditinggal pergi
kehidupan persis seorang bayi


tenangnya qalbu ku
melihat awan putih mentari berseri
kicauan beburung silih berganti
indahnya alamku ini


ku baringkan minda ini
fikirku pejam... menghilang kerut di kehidupan ini
ahhh kenapa masih terbangun wahai mindaku
bukankah sudah ada kedamaian ini


mengapa masih terbuka wahai fikirku
tidakkah ketenangan ini melenakan diri
usah dikenang yang telah pergi
usah dihirau derita sendiri
biarlah......biarkan cerita dulu
untuk apa diingat lagi


sekali pun ada darah pada duka semalam
sekalipun luka itu masih merah
sekalipun duka itu masih parah


lenalah wahai mindaku
tidurlah wahai fikirku


wahai kedamaian bersihkanlah lukaku
wahai ketenangan ubatilah luka itu
wahai alam terimalah aku dalam pelukanmu

Thursday, July 27, 2006

Tunggulah saat kebinasaan manusia.......

















apalah dosamu wahai si anak kecil
hingga begitu sekali tubuh badanmu dirobek
tiada lagi senyuman, riang dan ketawa
yang ada hanya tangisan duka dan lara

dikau yang tak mengerti tentang kejahatan dunia
dikau yang tak memahami tentang nafsu rakus manusia
sepatutnya diketika ini dikau bermain dan ketawa
dalam dakapan ibunda tercinta

inikah hasil dari pemikiran tamadun yang berkembang
inikah hasilnya dari kebijaksanaan terbilang
mencipta hanya untuk merobekkan tubuh tak berdosa?
gah dengan kuasa hingga hilang kemanusiaannya

inikah yang kita tunggu wahai manusia
melihat satu persatu jasad kecil berkecai badannya
melihat cebisan daging dan darah merata-rata
membunuh hanya kerana untuk memenuhi nafsu semata

tunggulah saat dan ketika
takala manusia sudah tidak menghirau sesiapa
tak peduli apa yang menimpa
tak kisah dengan jasad kecil yang berkecai badannya

tunggulah...saat kebinasaan menjelma
tunggulah ...saat janji Allah tiba
pembalasan hadir dengan rupa yang tak diduga
siksa Allah pada manusia durjana

tunggulah..............................

Tuesday, July 25, 2006

Doa Buat Hani Karmila


Apalah yang difahami dengan takdir kematian oleh seorang anak kecil selain dari tangisan yang berpanjang serta merasakan suatu kehilangan dan kekeliruan dek kehilangan seorang ayah yang amat disayangi............




menangislah wahai Hani Karmila
menangislah semaunya............
kerana takdir telah menentukannya

apalah yang dikau faham dengan takdir ini
takala tangan masih panas dalam genggaman
takala masih terdengar suara yang tersayang
lalu terurai melurut kaku dan kelu

air mata berlinangan..........
terpisah selamanya kasih dan sayang
tak mungkin akan kembali semua kenangan
bersemadinya jasad di kuburan

p/s ku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan ini sayang..semoga takdir ini akan memberikan sinar cahaya buat mu ..............








Monday, July 24, 2006

Impian menjadi mimpi




kita kekadang sesat dalam pencarian
mengejar harapan dan impian
berbekalkan anugerah dari fitrah
kita pasrah dan berserah

setiap perhentian akan ada ceritanya
kekadang kita leka dan teruja
namun perjalanan tetap diteruskan jua
dan kita singgah lagi di perhentian seterusnya

kita mencari kesudahan kepada perjalanan ini
sebuah destinasi hakiki
bagi mencari bahagia sendiri
mungkin kita temui
atau impian yang hanya tinggal mimpi

Sunday, July 23, 2006

Siti Dan Datuk K


Aku rasa nak luahkan apa aku rasa sikit pasal isu CT dan Datuk K ni.....
Aku minat CT..tapi aku redha dan rasa selesa dengan pilihan ct... dia dah pilih Datuk K...aku rasa oklah...tak der yang perlu dikatakan lagi selain doakan je lah dia orang tu gembira...
pasal dia orang tu buat sidang akhbar ke..pasal isu ni jadi minat ramai ke...walaupun hari hari ada liputan meluas tentang perkahwinan Ct dan Datuk K ni..aku rasa bukan salah mereka...salahnya pihak yang bercakaplah kan..samaada peminat atau akhbar....
Sapa pun bleh ulas dan beri pandangan tapi jangan lah sampai pertikaikan soal jodoh dan perkara yang terlalu peribadi.. Kalaupun dia orang nak buat majlis besar sekalipun..tu hak dia lah..dah memang diaberkemampuan dan berhak..lagipun dua dua tu orang hebat pastilah ramai kenalannya kan....
ada plak kaitkan pasal bekas isteri dia ..aku tak nak komen..bagi aku kalau ada perkara yang menjadi hak dia..maka hak dia lah nak tuntut..biarlah dia bawak kes ke mahkamah...dia nak jaga anak2..dia jagalah..aku tak rasa semua ini membuktikan Datuk K tu teruk..banyak aku dengar orang duk kutuk Datuk K..bagi aku..Datuk K baik ..kita tak penah berkawan dengan dia..tak tau kehidupan peribadi dia..lagipun apa dia buat..apa dia lakukan..tu hak dia lah ...kalau dia ganggu hak orang lain..tu barulah nak marah pun...
aku harap jangan lah duk buat diri sendiri jadi tak tentu hala semata2 kerana tak suka dengan pilihan ct atau tak suka ngan Datuk K...
hmm aku kata cam ni sebab aku peminat CT ....tapi aku jugak rasa dia berhak tentukan hidup dia sendiri dan bukan orang lain...ok..tu je lah...semoga berbahagia Ct dan Datuk K.

KUBURAN CINTA



daerah rasa ini menghijau bibit-bibit sayang
menguntum bunga-bunga rindu bertebaran
rasa kasih yang terpendam semakin mendalam
menggunung rasa cinta seorang insan


dipergunungan cinta ini aku sendiri
tiada insan sudi menemani
ku dongak ke langit ..
kelihatan bintang-bintang di dada malam...
ada bulan bersinar terang


bayu rindupun bertiup lembut
melewati celahan kasih yang terbina
memandangmu hati ku rawan
seolah nanti semua kenangan akan ditinggalkan


wahai bayu..sampaikan rinduku
ku tahu akan sampai ketikanya
salam rindu akan dikembali


wahai malam...telanlah derita hatiku
agar tak kan kelihatan pedihnya nanti
biarkan aku di pergunungan cinta ini
sendiri meratapi kasih yang tak kesampaian


cinta akan ku kuburkan di sini
ku nisankan rindu ini
dan aku....setia menjadi penghuni
sebuah cinta yang tak mampu memanjat usia
berkubur ketika baru bermula


wahai kasih..
aku masih lagi mampu berbicara
dikuburan cinta ini..
yang masih merah warnanya
ku doakan dikau bahagia.....

Saturday, July 22, 2006

Tolonglah Sedar...........

Malam ni ada perkhabaran yang aku terima..aku rasa pedih dan sakit hati...mengapa masih mahu dikembangkan segala kemungkaran itu. Aku semakin tidak memahami pemikiran manusia yang diberi kuasa dan anugerah kedudukan yang tinggi ini. Apa semakin menipiskan kefahaman tentang ajaran agama? atau sememangnya bangga apabila berjaya melaksanakan sesuatu kemungkaran yang jelas lagi nyata........
bukan aku baik sangat sehingga bercakap begini..tapi kalaupun aku jahat sekalipun..kejahatan itu adalah melibatkan aku ..tidak orang lain...tapi kalau mereka yang berkedudukan dan berkuasa melakukan kejahatan dan melaksanakan kemungkaran..seluruh rakyat....aku ulangi seluruh rakyat dan generasi akan menanggungnya......
tak berfikirkah? tak pekakah? apa mahu melihat bala datang di depan mata? tak cukupkah apa yang berlaku disekeliling kita...yang banyak mengajar kita...tak cukup kah? tolonglah faham wahai Tan Sri..Dato Seri..tolonglah..janganlah libatkan rakyat dalam kemungkaran yang hendak dilaksanakan...
mungkin ada yang bertanya..apa dia perkaranya sampai marah-marah macam ni..aku tak nak sebutkan di sini tapi fikirlah..bukalah pemikiran ...nilailah...perhatilah...lepas satu satu perkara yang aku istilahkan sebagai "haram jadah" dilaksanakan di negara kita ini....
aku sokong kerajaan..sokong sangat sangat..tapi janganlah buat rakyat semakin teruk ....plssss

Monday, July 17, 2006

Bicara Resah



resahku tiba lagi
terlalu banyak yang terjadi
semuanya berkisar dalam ruang yang sama
kedangkalan dan kejahilan terlumat sebati
kebenaran dan keilmuan tak berada di tempatnya
terlalu jauh pergi membawa diri

compang camping pakaiannya
terlalu daif......merajukkah dia.....mengapa??
kejayaan yang berwajah duka
kerana terlindung dan tersembunyi
sedang hakikatnya ia milik kita

dimana silapnya??
berapa lamakah lagi kesuraman menyelubungi bangsa ini
berapa lamakah lagi pulangnya kebenaran dan keilmuan di sisi
benar fikirnya..benar lakunya..benar adilnya....benar yang di redhaiNya
berapa lamakah lagi kejayaan akan menjadi milik kita

ingin sekali melihat semua ini
kembali berada ditempatnya...
menyinar bangsa

silapkah kita menafsir segala?
silapkan kita menilai mereka?
silapkah .....silapkah kita..........

ye silap kita...
silap takala kita diam bila mereka merencanaya
silap kita...
silap takala kita diam melihat kejahilan memimpin manusia
ye silap kita....
silap takala keilmuan diperlekehkan....
pelakon hadalan dijulang mulia

wahai bangsaku.....
kembalikanlah kebenaran...
kembalikanlah kejayaan
kembalikanlah keadilan...
kembalikanlah keilmuan

wahai bangsaku.......
kuburkan kejahilan..
kuburkan ketakutan...
kuburkan pelakon kepimpinan
kembalikanlah kecemerlangan, kembalikanlah kegemilangan...
jadilah yang terbilang

Sunday, July 16, 2006

Kes Murtad- Fakta Dari Email

KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:
IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA


Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;

1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan dengan rapi.
2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.
3. Kehadiran untuk kedua program diharapkan sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.



LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang terlibat.
2. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.
3. 3 faktor yang telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;
§ Bercakap Melayu
§ Beramal dengan budaya Melayu
§
4. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
5. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.
2. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
3. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
4. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.


FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.
2. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak).
3. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.
6. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy.
7. Pada awalnya ketiga Hakim yang mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.
8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10. Isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
§ Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
§ Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
§ Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevent.
a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b. Semua badan-badan Islam tidak relebvent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
§ Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
§ Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
§ Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.
2. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
3. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.
4. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar yang mana ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.
5. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
6. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
7.
www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotao oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
8. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
§ Majlis Peguam (Bar Council)
§ Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.
§ Malaysian Women Power Organization
§ National Council of Women Organization
§ All Women Action Society
§ Sister in Islam
§ Women Health Organization
§ Women Council of Change
§ Women Developmen for Change
§ Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)
§
9. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to constitution…”


TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
§ Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
§ Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
§ Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
§ Antara ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;
§ Haji Mat Buruk
§ Dato Dr Zaiton Osman
§ Dato Abu Zahar
§ Dato Ainuddin
§ Zulkifli Nordin
§ Tuan Haji Mohd Buruk
§ Pak Wan Chik Marican, Peguambela bagi Pihak Negara
§ Baharuddin
§ Subki Yusuf
§ Radhi, Setiausaha NGO Melayu
§ Zainddin Ismail
§ Kamar Aniah
§ Zainur Ridaun
§ Shamsuriya
§ Azril Abim
§ Raja Mustafa
§
2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini.
www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
3. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.
§ Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya.
§ Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku.
§ Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
5. Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.
8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

Saturday, July 15, 2006

Mengayuh Jiwa Memudik Rasa


aku memudik rasa
menaiki sampan bicara
menelusuri sepanjang pantai kehidupan ini
mencari dan mengerti hakikat kejadian insani
mencari dan memahami diriku sendiri


kekadang aku dibuai mesra dek ombak cerita manusia
kekadang badai melanda menerpa mengungkap sengketa
namun aku masih di sampan bicara ini
berpegang pada prinsip dan jati diri sendiri


berpanas disirami mentari kemarahan
berhujan bermandikan air tangisan
dibuai lena dek buaian kelembutan
semuanya aku harungi di sepanjang perjalanan ini


adakalanya aku melihat kebathilan diselaputi kelembutan
adakalanya aku melihat kejahilan diselaputi kepura-puraan
namun tetap ada kebenaran walau menuntut pengorbanan
tetap wujud keikhlasan dan kejujuran di sepanjang perjalanan ini


aku semakin mengerti tentang ombak kehidupan
aku semakin mengenali hati budi makhluk ciptaan Tuhan
anugerah akal penentu haluan
anugerah qalbu mencuit perasaan


jauh aku ke tengah lautan kehidupan
semakin dalam dan menakutkan
aku tidak pasti apakah dihujung perjalanan nanti
akan ada daratan yang menanti
atau aku berkubur tanpa ada nesan penanda diri


apapun aku akan terus disampan bicara ini
menelusuri kehidupan sendiri
mencari erti ..mencari damai di hati

Sunday, July 09, 2006

Harga Yang Perlu DiBayar MAWI

Dia bukan Ina saya kenali
“SUDAH terlambat, tidak mungkin saya meneruskan pertunangan ini,” itulah yang diungkap berulang kali Bintang Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani (Mawi) apabila ditanya mengenai kesudahan hubungannya dengan Noordiana Mohd Naim (Ina) dalam temubual eksklusif bersama wartawan Metro Ahad (MA), SHAKILAWATI ABD RAHMAN dan jurugambar, ZAIN AHMED, di sebuah hotel di Senai, Johor, Rabu lalu.


Mawi yang masih sedih dengan kehilangan ayahanda tercinta, Allahyarham Ani Ahmad tenang melontarkan kata-kata dan sesekali sebak, terutama apabila berbicara mengenai kontroversi ikatan pertunangannya.Ikuti luahan hati Mawi mengenai keputusan, punca kekeruhan hubungan, restu keluarga, kekesalan, pengajaran dan harapan.MA: Status sebenar pertunangan Mawi?MAWI: Selepas apa yang berlaku, jawapan saya putus. Saya sudah berbincang dengan keluarga dan kami sebulat suara dengan keputusan ini. Tiada gunanya lagi kami teruskan hubungan ini, keluarga saya pun malu, kami kena cukup-cukup. Keluarga masih bersedih dengan kehilangan abah, keluar pula cerita ini.

Lagipun, ini yang Ina mahu. Dia tidak boleh bersabar dan terlalu mendesak. Tidak mengapalah, sudah terlambat untuk berpatah balik. Keluarga saya akan berjumpa keluarga Ina, nanti dikatakan pula tidak beradab dan biadab. Bila masanya, belum pasti lagi kerana kami masih berkabung. Tunggulah, kami tetap akan datang dalam waktu terdekat ini.MA: Apa membuatkan Mawi nekad dengan keputusan ini?MAWI: Saya sudah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Susah menjalin hubungan antara keluarga apabila dicemuh dengan kata-kata mengguris hati. Tidak sepatutnya Ina bercerita perbualan peribadi kami kepada media. Akibatnya, ia menjadi besar dan digembar-gemburkan. Kalau tidak bercerita, mungkin perkara ini boleh dibawa berbincang lagi.

Sudah puas saya kena maki hamun dengan peminat. Mereka membuat penilaian berdasarkan kenyataan sebelah pihak, walhal mereka tidak berhak menjatuhkan hukuman jika tidak tahu apa sebenarnya berlaku.MA: Sejak bila Mawi berfikir untuk menerus atau menamatkan hubungan dengan Ina?MAWI: Sudah lama, kira-kira lima bulan. Terus terang ketika itu saya sayang dia dan mahu meneruskan hubungan kami. Jika dia boleh bersabar dan tidak terlalu mendesak, perkara ini mungkin boleh diselamatkan lagi.MA: Apa yang berlaku sebenarnya sehingga timbul cerita keluarga tidak merestui, bahkan saya difahamkan sebelum ini Mawi dalam dilema kerana arwah Pak Atan dan keluarga kurang senang dengan Ina?MAWI: Sukar untuk saya jelaskan kerana ia terlalu peribadi. Yang boleh saya katakan, ada masalah antara Ina dan keluarga saya.

Ada insiden di mana dia mengguris hati keluarga saya. Di mana silapnya, biar ia terus menjadi rahsia saya, Ina dan keluarga. Saya tidak mahu melukakan hati, menjatuhkan maruah atau air muka orang. Biarlah dia yang rancak bercerita dengan media, tetapi tidak sesekali saya. Bagi saya, apa yang berlalu biarlah berlalu. Niat saya dulu mahu berbincang dengan abah sekali lagi dan dapatkan lampu hijau untuk meneruskan hubungan selepas dia sembuh, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Apapun, bagi saya dalam bab soal kahwin, restu keluarga sangat penting.MA: Bagaimana perasaan Mawi terhadap Ina sekarang?MAWI: Tawar hati. Dia bukan lagi Ina yang saya kenali dulu.

Pertama kali bertemu pada 2004, Ina manis dan pendiam. Apa yang berlaku ini seperti dirancang. Selepas berbual dalam telefon Jumaat minggu lalu, dia terus bercerita dengan media. Apa niat dia sebenarnya? Sebelum inipun dia jelaskan di akhbar yang dia tawar hati dengan saya, jadi untuk apa lagi kami teruskan.MA: Yang paling Mawi kesali mengenai Ina?MAWI: Dia bercerita hal peribadi kami kepada media. Dari dulu saya berpesan kepada Ina mengenai perkara ini. Saya faham keadaan dia, tertunggu-tunggu dan risau, tetapi dia perlu bersabar. Hanya kesabaran tinggi dapat redakan kerisauan di hati. Paling saya tidak tahan, dia terlalu mendesak.

Dia tidak menghormati keadaan abah yang terlantar sakit di hospital.MA: Maksud Mawi?MAWI: Sebulan lalu saya, Ina dan keluarganya berjumpa di Kuala Lumpur. Saya jelaskan keadaan abah dan minta mereka bersabar sehingga abah sembuh. Kemudian, baru boleh berbincang dan dipersetujui Ina dan keluarganya. Selepas sebulan dia bertanya lagi dan mendesak saya supaya memberikan jawapan. Fikiran saya benar-benar berserabut, saya risaukan keadaan abah yang kritikal dan tunang pula tidak henti-henti mendesak. Saya memintanya bersabar, tetapi dia terus mendesak. Sepanjang abah di hospital, Ina menghubungi saya beberapa kali untuk mengetahui tarikh perkahwinan. Dia turut memberi kata putus, tentukan tarikh atau dia akan tamatkan hubungan. Apa anda akan lakukan bila di kedudukan saya?

Saya rungsing dan susah hati, sepatutnya dia hormati keadaan abah. Kemuncak malam Jumaat minggu lalu, kami bergaduh di telefon dan esoknya cerita kami keluar di akhbar. Lebih menyedihkan, ia digembar-gemburkan seolah-olah saya putuskan pertunangan, padahal maksud saya ketika itu, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk berbincang. Kesedihan berganda apabila kisah ini dibesar-besarkan ketika abah saya pergi buat selama-lamanya.MA: Apa tujuan Ina datang berjumpa Mawi di Kuala Lumpur minggu lalu?MAWI: Setahu saya, dia ada sesi fotografi. Kami tidak berjanji untuk berjumpa. Lagipun ketika itu saya sibuk, mustahil boleh jumpa. Dari jam 3 petang saya sibuk di RTM, kemudian ada persembahan di Hotel J W Marriot pada sebelah malamnya. Antara waktu itu, saya ada rehearsal dan sound check. Ketika membalas panggilannya, dia mendesak saya supaya memberikan keputusan, biarpun berkali-kali saya jelaskan tunggu sehingga abah sembuh. Tindakan Ina tidak kena pada waktunya, malah menambah tekanan yang ada. Saya betul-betul sedih dan terkilan. Selama ini saya berharap kehadirannya (sebagai tunang) dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada saya, tetapi sebaliknya yang berlaku.

MA: Benarkah Ina sukar menghubungi Mawi dan perlu melalui pembantu peribadi (PA) atau kakitangan Maestro sebelum bercakap dengan Mawi. Dia juga tidak ada nombor telefon Mawi?MAWI: Dia ada nombor saya. Nombor yang dipegang PA saya adalah nombor saya. Masalahnya saya kerja, jadi tentu telefon saya dipegang pembantu peribadi atau kakitangan Maestro lain. Boleh dikatakan pada kebanyakan masa mereka menjawab panggilan saya. Selepas keluar AF pada Ogos tahun lalu sehingga Januari lalu, kami kerap berhubung. Kadangkala dalam satu hari, lima hingga tujuh kali dia hubungi saya. Jadual saya padat dan adakalanya dia hubungi saya pada waktu tidak sepatutnya, antaranya di atas pentas, ketika latihan atau menguji sistem bunyi.

Dia mahu berbual seperti biasa, tetapi tidak boleh kerana waktu terlalu suntuk. Biasanya jam 2 atau 3 pagi baru selesai semua kerja. Tidak dinafikan tiga atau empat bulan ini memang susah untuk berhubung, tetapi bukan tidak ada langsung.MA: Sebelum ini anda mengaku tidak suka Ina menjadi model dan muncul di majalah atau akhbar. Kenapa?MAWI: Memang betul saya tak suka. Bagi saya, tidak perlu kerana ketika itu dia tunang saya dan bukan artis. Bukan senang apabila menjadi perhatian ramai kerana banyak cabaran dan onak durinya. Berkali-kali kami berbincang mengenai perkara ini, tetapi apa boleh buat dia minat dan saya tidak boleh halang rezeki orang. Kalau ikutkan, dia boleh tolak tawaran yang datang, tetapi dia nak juga. Mungkin sudah tertulis itulah rezekinya.

MA: Jika perkara ini tidak berlaku, apa yang Mawi mahukan dalam hubungan ini?MAWI: Dia mendengar kata, bersabar, hubungan baik dan pandai ambil hati keluarga serta tidak perlu mendedahkan diri dengan media.MA: Teman hidup yang bagaimana Mawi harapkan?MAWI: Paling penting bukan sebab populariti saya, faham kerja saya, tidak terlalu mengikut perasaan, tenang, matang, tidak cepat melatah dan menerima saya seadanya.MA: Jika tidak menjadi keberatan, boleh Mawi kongsi pengajaran yang diperoleh melalui peristiwa ini?

MAWI: Tuhan sentiasa menguji orang yang sabar. Sesuatu yang diberi tidak semestinya kekal. Ada yang diberi dan ada yang ditarik. Contoh terdekat, saya dilimpahkan dengan duit dan diberikan kereta yang mana satu ketika dulu tidak pernah terlintas di fikiran. Pun begitu, dalam sekelip mata saya hilang abah dan Ina. Dari situ saya sedar kita kena sentiasa bersedia menghadapi apa juga kemungkinan dalam hidup.

MA: Harapan anda terhadap peminat?

MAWI: Saya harap peminat hormati keputusan saya dan keluarga. Beri saya peluang untuk menentukan hidup saya serta teruslah menyokong karier saya

MURTAD??!!!

aku tengok tv tadi..kenyataan Dato' Mufti Perak yang menyatakan beliau mempunyai fakta yang diperolehi dari suatu kajian oleh badan profesional bahawa terdapat kurang lebih 100 ribu manusia melayu MURTAD.

Mendebarkan..memalukan..memeranjatkan....membimbangkan..apa lagi perkataan yang ada yang sewaktu dengannya..gunakanlah..hamburkanlah..kerana ianya memang sesuai untuk dinyatakan berdasarkan kes terbaru ini.

Aku hairan dan pelik bila melihat kenyataan balas dari Menteri..Abdulah Mat Zin yang seolah-olah marah dan mempertikaikan fakta yang diberi oleh Dato' Mufti tersebut. Aku rasa jawapan dari penasihat PM lebih baik dan memperlihatkan kematangan..beliau memandang serius perkara ini..alhamdulilah..

Apa yang perlu..hentikan perdebatan soal kereta..soal-soal remeh temeh di Parlimen..fokuslah soal besar seperti ini..lihatlah kepada masalah ummah..bukan diri sendiri. MURTAD perkara serius..jangan lihat ianya hanya berpunca dari satu isu sahaja..tapi sebenarnya melibatkan semua kementerian, ibubapa dan semua pihak...

Aku sarankan pandang dan bertindaklah kepada isu MURTAD ini..jangan sampai melayu sudah tidak lagi dilihat sebagai bangsa yang beragama Islam..nauzubilah....

Aku harap isu ini mendapat respon PM dan kabinetnya....tu lah harapan aku..bertindaklah.

Monday, July 03, 2006

Bila Hati Berbicara..........



bila hati berbicara.....
hati akan terluka
hati akan merana
hati akan sengsara
hati akan kecewa
hati akan meratap hiba
hati akan gundah gelana
hati akan menjadi hiba
hati akan rindu kepadanya
hati akan mati..dari segala ceria dan bahagia


lalu akal pun tiba..
memimpin dan membelai hati..
menukar kegelapan kepada terang...
akal menjadi penawar segala kekecewaan..
melengkap segala kekurangan...
dan pegangan agama menjadi panduan...
memulih dan mengarah hati kepada kebenaran..
kepada keimanan...........
hakikatnya..kita manusia biasa....
ada kala kita merasai segala penderitaan ...
kita meratapi nasib cinta kita sesama manusia..


CINTA...........


adalah rasa
adalah bahagia
adalah sengsara
adalah derita
adalah jiwa
adalah segala-galanya


untuk itu.....kita manusia biasa yang bercinta..memilih kelemahan dan kekurangan menjadi asas kepada cinta kita..kita tak bercinta semata untuk menikmati kelebihan dan bahagia sahaja..kita bercinta untuk merasai segala-galanya..


Cinta adalah anugerah...
sekalipun watak manusia berubah dan bersilih ganti..sekalipun yang kita cintai meninggalkan kita..mendustai kita...Cinta tetap kekal dipersadanya tersendiri..Cinta tetap menjadi anugerah buat kita manusia...Bercintalah walaupun gagal pertama kalinya..


walau kita terpaksa memilih yang lain sebagai ganti...ingatlah Cinta tak akan bersama dengan insan yang tak tau menghargainya..Cinta yang pergi dan melukai hati kita bukanlah salahnya Cinta ...cinta itu bukanlah cinta sejati.......bercintalah lagi...pasti akan ada orang yang menghargai Cinta kita..

Wednesday, June 28, 2006

SaLiMa ooooo Salima


Aku kesian tengok Salima ni kat Astro..AF4 tu..nampak sangat macam di diskriminasikan..Astro tak pun h/lightkan dia yang baik baik..asyik ada je yang tak kena..si Aznil tu pun sama..rasa pelik jek..ada konspirasi kot nak keluarkan dia..aku kata je lah kan..tapi tu la aku nampak..nampak sangat lah... Rakyat Malaysia ni cam lalang...susah nak cari yang ada pendirian dan berfikir sendiri..adalah..tapi susah...
Budak2 AF4 tu plak pun sama..nampak cam ada perang saiko jek dengan Salima...si farhan tu nampak sangat...huhuhu tak berkenan aku ngan dia tu..kalau jadi juara pun..tak laku album.. depan kamera bleh lah control ayu..kat luar nanti berbakul2 lah sikap sebenarnya keluar..ahaahaah mengutuk aku ari ni..biarlah..dah dia pilih bidang tu..tak pe la aku kutuk..hak ramai kan? kihkihkih
Aku rasa Salima ni kalau tak masuk AF4 ni lagi bagus...buat kerja elok-elok..idup cam biasa..tapi dah pilih bidang tu ..tak tau la nak kata apa..terpaksa lah hadapi apa juga yang mendatang..cam mawi...
Mawi atau Salima masing-masing terpaksa membayar harga yang tinggi bagi kejayaan yang mereka perolehi.. tercalar dan mencalar.....tak tau nak kata apo..............................
p/s Salima ooo Salima... Mawi ooo Mawi

Monday, June 26, 2006

PM VS TUN MAHATHIR

Aku rasa soal perbalahan dan pertembungan pandangan, kepentingan, pemikiran atau apa pun istilahnya antara bekas PM dengan PM tu patut dihentikan sahaja. Sebagai rakyat Malaysia aku rasa PM tak perlu dibebankan dengan pertembungan seumpama itu apalagi ianya datang dari kelompok yang sama.

Kalaupun berbeza pemikiran dan kepentingan, rakyat tak mahu PM diganggu dengan perbalahan yang bersifat terbuka tersebut. Apapun biarlah ianya dibuat secara tertutup. Secara dasarnya aku sokong sikap PM apabila berhadapan dengan isu ini walauapun isunya. Buat bekas PM Tun, aku pun hormati gak dan aku harap kalau ada apapapun biarlah dilakukan secara "sembunyi".

Aku nak tengok PM buat dan bawak kemajuan untuk rakyat, banyaklah yang menganggur, tak de keje, tak de rumah, banjir, etc..ni perlu difokuskan..so biarlah PM tenang dan jangan "serabutkan" dia. wokeyy tu je lah aku nak kata..bye.

Wednesday, June 14, 2006

Bahagia Derita Kasih Sengsara



ku meniti kehidupan ini
melihat taman-taman hati
Ada rindu yang membunga
Dalam kelopak cintanya
Berseri dan bahagia


Aku meniti kehidupan ini
menyelami derita sengsara
berlinang airmatanya
jauh di dasar jiwa
menangis tersiksa


antara keduanya
antara bahagia dan deritaa
ku mencari jawapannya
adakah penyambung antara bahagia dan derita


bahagia derita kasih sengsara
hanya manusia yang melupainya
melihatnya berbeza
menafikan ada ikatan keduanya


persis ombak dan pantainya
saling berkunjung setia
gelombang ditengahnya..
di pantai menghempas ceria


kita manusia diduga
namun terbatasnya akal kita
disangka derita tak akan bahagia
disangka bahagia tak akan derita
tanpa sedar ada hikmah antara keduanya


bercintalah walau ada derita melanda
berkasihlah walau ada susah senangnya
sayangilah kalau itu keperluannya
kerana selepas bahagia ada derita
dan selepas derita akhirnya bahagia


itulah kehidupan kita manusia

Kerisauan Kita Sama



kita merindui kenangan di desa tercinta
rindu yang terlalu dalam
qalbu kita tercuit pilu


kita merasainya
jauh di sudut hati kita..
ada sesuatu yang tak mampu diungkap kata
kenangan terbayang seketika


lintasan yang meruntun jiwa
inikah bisikan desa tercinta
suatu ikatan ke akhir usia
kita punya cerita di desa ini


antara desa dan kita..
ada hubungan cintanya
tidak sekadar cerita cinta manusia
semuanya adalah aliran dari cinta kepadaNya


cinta hakiki...
cinta kepada Yang Maha Pencipta
kerisauan kita adalah sama
rindu kita juga sekata


risaunya hamba...
pada cinta manusia....
risaunya hamba pada desa tercinta......

Thursday, June 08, 2006

Kamar Cinta Kita



ku selak langsir kasih ini
dari kamar cinta yang mewangi
terasa kehangatan menjalar di jiwa
keghairahan membangkitkan rasa


aku tenang menghuni kamar cinta ini
yang terbina dari kasih yang suci
menyelubungi perasaan seharum kasturi
sehangat mentari di pagi hari


terhias rapi kamar cinta kita
warna bak pelangi di mana mana
kita selesa di kamar cinta kita
atas kurniaan yang Maha Esa


hamparan sayangmu menyelimut rasa
di jendela cinta kita ada kasih tertera
kita hiaskan cinta kita dengan sejujurnya
kita terima segala kekurangan yang ada


takala malam berkunjung tiba
cinta kita umpama bulan mengambang
menerangi segala kegelapan
ditemani bintang-bintang bersinar terang


kamar cinta kita adalah kamar setia
kita terlena dibuai rasa

Kurniaan Alam Buat Insan


alir airnya mengalir tenang
menyusur alur tebing di kiri kanan
di sepanjang laluannya pepohon buluh berdesiran
diulit kicauan beburung berterbangan

semilir bayu bertiup nyaman
anak anak ikan bercunggapan
timbul silih berganti mencuri pandangan
kilauan mentari bercaya terang di permukaan

indahnya pandangan kurniaan Tuhan
buat hambaNya diberi kehidupan
anugerah yang Maha Terbilang
fitrah kejadian dalam kehidupan

anugerah Tuhan kepada insan
alam dan insan saling berhubungan
penuh dengan cinta...penuh kemesraan
aliran bahagia membuah kerinduan

bukit bukau menghijau kelihatan
sunyi alam bertukar kemerduan
dek siulan penghuninya yang keriangan
rerama berterbangan memukau pandangan

teruskan hubungan ini wahai teman
jangan dikhianati anuegrah ini

Wednesday, June 07, 2006

BIARLAH RAHSIA


Ntah napa aku minat giler kat lagu ni dan penyanyinya gak...Siti Nurhaliza.. tak tau napa..tapi memang aku minat...maaflah ek ..apa nak buat dah memang minat..kena terus terang..harap tak de yang marah lah hihihi
Biarlah Rahsia
(1)
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu


(2)
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu KebalTiada Pertimbangan


Chorus
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku PendamKu Putuskan Biarlah Rahsia


Bridge
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Ulang chorus>
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Senilagu: Melly Goeslaw (PT Aquarius Pustaka Musik)
Senikata: Siti Nurhaliza (SN Music Publishing)

Perjalanan Ini



Di perjalanan pulang..
hutan hijau selendang jiwa
angin berbahasa mesra
melewati denai yang biru airnya
bangau putih berterbangan di sana
sawah bendang indah di mata
meliuk lembut pepohon nyiornya


ahh tenangnya hati hamba
senyuman membunga dibibir ceria
kehidupan penuh makna
bak pelangi berbagai warna
selepas hujan,sejuk dan nyaman terasa


wahai Tuhanbersyukurkah hamba mu ini
tak kala kesusahan menghimpit diri
keluh resah tanpa arahnya


wahai Tuhan bersyukurkah hamba mu ini
tak kala kemewahan berada di sisi
penuh fantasi..dunia bagai mimpi


lambatnya tiba.....ke laman bonda
mahu ku kucup dahi bonda
mahu ku cium pipi bonda

ahhh rindunya aku
pada kampung tercinta

Kuburan Cinta


daerah rasa ini
menghijau bibit-bibit sayang
menguntum bunga-bunga rindu bertebaran
rasa kasih yang terpendam semakin mendalam


menggunung rasa cinta seorang insan
di pergunungan cinta ini aku sendiri


tiada insan sudi menemani ku dongak ke langit ..
kelihatan bintang-bintang di dada malam...
ada bulan bersinar terang
bayu rindupun bertiup lembut
melewati celahan kasih yang terbina


memandangmu hati ku rawan
seolah nanti semua kenangan akan ditinggalkan


wahai bayu..sampaikan rinduku
ku tahu akan sampai ketikanya
salam rindu akan dikembali
wahai malam...telanlah derita hatiku
agar tak kan kelihatan pedihnya nanti


biarkan aku di pergunungan cinta ini
sendiri meratapi kasih yang tak kesampaian
cinta akan ku kuburkan di sini
ku nisankan rindu ini


dan aku....setia menjadi penghuni
sebuah cinta yang tak mampu memanjat usia
berkubur ketika baru bermula
wahai kasih..aku masih lagi mampu berbicara


dikuburan cinta ini..
yang masih merah warnanya
ku doakan dikau bahagia.....

Cerita di Pinggiran


berada di lapangan luas tak sama dengan di pinggiran
terlalu jauh bezanya
aku melihat begitu ramai yang berada di pinggiran
kenapa? untuk apa berada di pinggiran


kerana telah tau akan runtuhnya
tahu betapa jejak tak kuat cengkamannya
aku cuba mencari jawapan
terlalu ramai yang tak mampu lari dari pinggiran

tak kuatkah mereka untuk mencapai daratan luas terbentang
tak layakkah mereka
atau sememangnya mereka dilahirkan sekadar untuk berada di pinggiran?
ahh rasanya tidak...

mereka bukan dilahirkan begitu
tak mungkin mereka selemah itu
namun di mana letaknya kekuatan dan kelemahan
pada wajah yang dipujakah
atau pada lemahnya jiwa menahan gelodak rasa?

berada di pinggiran mengundang debar di dada
pinggiran yang rapuh dan mengundang bala
kalaupun kekal di pinggiran...
untuk apa?kalau jatuh?

tak apa lah kalau cetek airnya...
kalau tajam membenam dada menunggu di bawah sana bagaimana?
berada di pinggiran bukan salah sesiapa
salah kita sebenarnya
jiwa kita terlalu lemah untuk melangkah

sedarlah wahai jiwa ...
berada di pinggiran sekejab masa tak apa lah
tapi bukan untuk selamanya...
tak perlu membuang usia
tak perlu menangis hiba
dunia luas terbentang..

pinggiran hanya detik pertemuan sekejab saja...
jangan di tangisi
pinggiran penting hanya untuk berbual bicara
mengenal dan bermesra
pinggiran ada waktunya
walau indah hanya sementara
walau pedih pun sama..tak lama

penting untuk kembali ke daratan luas terbentang
penting mendirikan bahagia pada kenyataan
pesan hamba...kalau lama di pinggiran
berfikirlah kembali..
bukan untuk kekal di sana
tapi kembali ke alam nyata

berada di pinggiran banyaknya derita
dari bahagia......banyaknya sengsara dari ceriap


/s di pinggiran cinta..pinggiran cita-cita di pinggiran apa pun tak boleh kekal lama..risikonya terlalu besar

Belukar Kehidupan



aku di belukar kehidupan
sesat dalam pencarian
sesat dalam perjalanan yang panjang
aku mencari kalau masih ada lagi sinar mentari


di belukar kehidupan ini aku temui
terlalu ramai penghuninya
sukar untuk dikenali
tiada panduan..semuanya kelam


terlalu sukar untuk mencari cahaya di belukar ini
belukar kehidupan yang sering janjikan kebahagian
namun dimana????


aku di belukar ini
memasukkinya dengan rasa gah dan bangga
konon ilmu penuh di dada
semuanya dusta...pastinya aku terkantoi sesat
tiada arah..termanggu keliru..gelap gelita


penghuninya berbicara
namun terlalu asing untuk aku mengerti
di bibir berkata di hati dusta
senyuman membunga namun ada sinis di hujungnya


belukar ini aku amati
mencari jalan keluar
kerana aku tahu..belukar yang ku masukki ini
bukan belukar kehidupan sebenarnya
ianya adalah perangkap mengelirukan
ini ku sangka kebahagiaan
bukan........ kehidupan sebenar bukan di sini
aku ingin segera keluar
keluar....keluar!!!!!!!!!!!!!



p/s sajak ini aku titipkan buat mereka yang masih dalam kekeliruan bagi mencari erti kehidupan yang sebenar...bagi mencari kebahagiaan sebenar...keluarlah dari ruang sempit dimana kita semua teperangkap ...tak kiralah apa pun sebab dan perkaranya..baik perangkap rumahtangga, perangkap dosa, perangkap prasangka, perangkap apa pun juga..berusahalah untuk keluar..jangan terlalu lama di dalamnya..mungkin nanti sudah tiada lagi jalan keluar...atau ianya semakin sukar..yang ada hanyalah sesalan tak mampu terpadam buat selamanya.

Tuesday, June 06, 2006

Nelayan dan Mulhid Berjuta


dua sahabat...........

seorang yang saban harinya
membanting tulang mengerah tenaga mencari sesuap nasi
berjerih perih mendapatkan pulangan
peluh memercik..kadangkala darah mengalir
bagi membayar kurniaan rezeki Yang Esa


di malam harinya menangis ...
bukan mengenangkan nasib diri
tapi cintanya pada Ilahi


seorang lagi segak bergaya
bekereta mampu terbeliak mata memandangnya
punya rumah besar ..punya segala-gala
yang kerjanya banyak di kerusi empuk
dengan penghawa dingin peneman setia


didampingi setiausaha cantik lagi bergaya
baginya..usahanya itu membuah bahagia
tidak percaya pada sesiapa
apa lagi pada Yang Maha Esa


Pertemuan 1
si segak bergaya mempelawa sahabatnya
meninjau kota metropolitan
diperlihat kemewahan dunia


menganguk si nelayan mendengar celotehnya
berkerut dahinya.... memercik peluhnya....
bukan kerana kagum pada sahabatnya
tapi.. kesal di hatinya...
kerana menafi besar dan agungnya Yang Maha Esa


Pertemuan 2
giliran si nelayan mempelawa pula
di bawanya sahabatnya ke laut sana
menaiki sampan kecil jauh ke ketengah...
hamparan daratan hilang dari pandangan


di dada laut membiru..seluas pandangan
diolek gelora lautan dalam
ditepuknya bahu sahabat..
digosoknya belakang sahabat


berkata si nelayan " wahai sahabat...masihkah menafikan adanya Tuhanmu"
berderai ketawa si pemilik berjuta
" dimana Tuhanmu wahai sahabat..
dikau ku lihat membanting tenaga..
kalau benar Tuhanmu ada.. mengapa dibiar dikau menderita?
sedangkan dikau menyembah setia"


si nelayan termenung duka
memohon Allah menunjuk jalanNya
memberi hidayahNya


di bocorkan nelayan perahu mereka
tenggelam di dasar lautan bergelora


ketika itu....
terkejut si pemilik berjuta
terasa gugur jantungnya
merasai takut seluruh anggotanya
kerana kematian jelas dan nyata
dunia dan isinya tak mampu membantunya


merintihlah pemilik berjuta
" WAHAI TUHANKU..AMPUNKAN AKU..
AKU PERCAYA KEWUJUDAN MU"


Allahu Ahbar! Allahu Akhbar!
si nelayan berteriak memuji Tuhannya
di lautan bergelora ..nelayan sujud pada Yang Maha Esa.


p/s untuk tidak meletakkan nelayan silap kaedahnya...untuk pengetahuan semua..adegan itu memang telah direncana oleh nelayan tersebut..bagi mengajar sahabatnya yang tidak percayakan akan kewujudan Allah( mulhid/tidak beragama) supaya kembali mempercayai akan kewujudan Ilahi... sebenarnya ketika di lautan luas..apalagi keseorangan..berlaku musibah..takala tiada sebarang pertolongan..pasti manusia yang tidak beragama akan menyerah nasib dan memohon kepada Allah bagi menyelamatkannya...

Tetamu Malam


jiwaku dijemput malam bersamanya seketika
takala embun menitiskan airmatanya
tika kesunyian membalut rasa


malam memimpin jiwaku mengenal cinta
cinta manusia dengan wajah-wajah tertera
malam menunjukkan cinta terluka


membisik ke jiwaku...
malam berkata.... wahai jiwa
lihat betapa cintanya terseksa
kesian padanya.. hancur luluh hidupnya


jiwaku dan malam menangis sama
betapa sedihnya kami melihat duka di hatinya


malam memeluk jiwaku erat
damailah dikau wahai jiwa
cinta manusia tak semua terluka
lihat cinta itu....bahagianya mereka


aku ajarkan kepadamu wahai jiwaku
cerita tentang manusia
ku ajar juga tentang sunyi dan sepi ini
dikehidupan ini berbagai cerita wahai jiwa
malam meneruskan bicaranya


aku menangis di dada malam
jiwaku diusap lembut
terasa dingin sekali dalam pelukan
malam ini aku damai terasa
kedamaian bersama malam


jiwaku dikucup lembut...
malam berkata...wahai jiwa..
saat perpisahan telah tiba
janganlah dikau bersedih wahai jiwa
tabahkan hatimu...malam berpesan manja


jiwaku diulit sendu...dilagu rindu
aku dicipta untuk ketenangan wahai jiwa
namun bukan selamanya kita dapat bersama
ada ketikanya ..perpisahan direlakan jua


selamat tinggal jiwa
damailah dikau wahai jiwa.......

Monday, June 05, 2006

Aku Musafir Di Minda Sendiri




adakah riak-riak bahagia di hati ini
kiluan gembira memancar seri
mencari damainya hati
ku musafir di minda sendiri


gelombang rindu yang tak bertepi
mengolah kasih berbuih putih
menghempas syahdu di hati ini
mengalun rindu di antara sedihku musafir di minda sendiri

mencari ertinya cinta
segar berbunga di sudut jiwa
mengharum dek kasih sayangnya
adakalanya kerisuaan menjenguk rasa
dengan lintasan berbalam mendebar sukma

tabahkan aku dengan sengketa melanda
kuatkah aku dengan ujian menimpa
indahnya rasa berolak jua
kuatnya jiwa bergoyang juga
lintasan apakah namanya
mengugat cinta yang telah dibina

ku musafir di minda sendiri
mencari realiti antara mimpi
berdenyut dengan nadi cintanya
hidup antara derita dan bahagia

di musafirku ini
aku melihat adanya cahaya
rupanya derita hadir mengundang bahagia
esoknya ..pasti mentari bersinar ceria
cinta mekar di tasik jiwa

kekadang aku juga sesat di minda sendiri
takala fikiran dan hati saling diam tak bertegur sapa

aku mencari letaknya tanda di permusafiran ini
dek cahaya iman yang ada pasang surutnya sukarnya...

takala fikiran dan hati bersengketa
walau di laluan yang sama ..berbeza simpangnya

kekadang jasadku lemah tak bermaya

Sunday, June 04, 2006

Mengimbas Kenangan -Pantai Telok


pantai teluk seindah namamu....
aku hadir kembali mengimbas kenangan

masih ku ingat lagi....
di kiri kanan menuju ke pantaimu
dipenuhi pondok-pondok berseni
buat penghuni menumpang teduh
pepohon buah meranum hijau dan merah


pasiran putih halus mulus terbentang
seumpama gadis sunti berwajah gemilang
tiupan bayu cina selatan
umpama jejaka dari kejauhan
mengurat mesra gadis sunti terbilang


tiada dua...tiada tiganya pantai teluk di dada dunia
airnya jernih berdesir halus
ombaknya berbuih dek hempasan ceria
kelihatan anak-anak ikan berkejaran bergurau senda


disekelilingnya bukit hijau melingkar gagah
pinggirannya menjulur ke pantai terserlah
di situlah berkumpulnya penghuni desa mencari kepah
begitulah kurniaan Allah pada pantai teluk yang melimpah


permandangan indah jelas kelihatan
takala sampan-sampan berlayar putih menuju ke daratan
pahlawan lautan kembali dengan tangkapan
menunggu di pantai peraih mencari keuntungan
anak-anak melambai ayahnya penuh kerinduan


aku bangga dilahirkan di pantai ini
aku bangga menjadi anak watan di pantai ini
aku bangga berpanaskan mentari bermandikan hujan di pantai ini
aku bangga dengan kehidupan di pantai ini


kini..... semuanya hilang sekelip mata
atas nama pembangunan......
yang ada hanyalah pelabuhan
pantai teluk yang indah ini..
hanya tinggal kenangan
segalanya telah lenyap dari pandangan


kalau dulu..anak anak mudanya gagah perkasa
kini lemah tak bermaya
semuanya kerana harga yang mesti dibayar..........
untuk sebuah pembangunan