Friday, June 15, 2007

Kawin akhirnya Pak Lah...............




Aku gembira takala Pak Lah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi. Bagi aku lama sebelum Pak Lah mengumunkannya aku sudah banyak kali berkata pada kawan kawan yang rapat bahawa Pak Lah MESTI kawin cepat.


Pak Lah mesti beristeri kerana:-


1. Sunnah

2. Dia adalah Perdana Menteri

3. Dia adalah insan/manusia



Kalau sunnah dia buat dia dapat pahala, tinggal tak berdosa. Dia adalah manusia hukumnya sunat dia kawin....



Tapi....


Yang no 2 tu... Pak Lah adalah Perdana Menteri. Bagi aku implikasinya besar. Terlalu berbeza antara dia kawin dah tak kawin. Bagi seorang Perdana Menteri dia berkewajipan untuk melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin kepada rakyat dan negara. Dalam urusan negara mengikut situasi hari ini maka di sebelah Pak Lah mestilah isterinya. Ini adalah keseimbangan... kerana sekiranya seorang Perdana Menteri tidak ada isteri maka pincanglah kepimpinannnya..sama seperti kata Tan Sri P.Ramlee.. irama dah lagu tidak boleh dipisahkan..tu lah sinonimnya antara seorang Perdana Menteri dengan isterinya.



Situasi politik di Malaysia memaksa Pak Lah beristeri kerana peranan seorang isteri Perdana Menteri terlalu besar. Soal perseimbangan..soal kepandaian dan kebijaksanaan...soal ketenangan dalam memimpin negara dan berbagai persoalan lagi akan menjadi lebih terkawal dengan adanya peranan seorang isteri.



Pincanglah kalau Perdana Menteri tidak beristeri..kalau tidak beranak pinak tak apa lagi..kerana kepimpinan negara tidak mementingkan soal penglibatan anak tetapi mementingkan penglibatan seorang isteri.



Dulu aku mungkin marah dengan tindakan Pak Lah yang terlalu lama tidak beristeri namun kini aku lega kerana ianya sudah dilaksanakan dan dipenuhi. Sekarang aku masih melihat peranan isteri Pak Lah.. apakah corak yang dibawanya..apakah rentak yang bakal dimainkannya.......


Tahniah Pak Lah..semoga berbahagia :)

8 comments:

  1. hurm...
    ada 2 pertanyaan di sini.

    1. Musafir minda ke mana perginya?
    2. Utk kali ke-2nya kau bila lagi?

    salam.

    ReplyDelete
  2. hahaah ...

    pertanyaan pertama.. aku ada..biasalah kalau tenggelam timbul ni. urusan dunia menanarkan aku..so ada ketika aku tenggelam..ada ketika aku timbul.

    soalan kedua.. diri aku sendiri aku tak paham..apatah lagi diri isteri aku.. nak tambah satu lagi? emm aku tak mampu lah elhakim.. kalau ko ok kot.. 4 sekaligus heheh

    ahaa ko sorang pun belum kan? yang sah lah hehhehehe

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:43 AM

    hehe...semua orang perlu kawin bila dah sampai masa :)

    ReplyDelete
  4. hehe betul tu pu3.. pu3 lak bila lagi? ahakssss :p

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:19 PM

    kalau ada jodoh kawin la...
    insyaallah :)

    ReplyDelete
  6. hehe jawapan selamat tu :P

    ReplyDelete
  7. Masih ingatkah kamu di thread sayee?? Tahan Sebak


    muehehehe.. pekabor? sihat ke???

    ReplyDelete
  8. masih ingat lagi.. hehe ien..apa khabar? :)

    ReplyDelete