Tuesday, January 01, 2008

Azam Tahun Baru

Hari ini, 01 Jan 2008, semasa di meja makan, aku dan isteri membincangkan tentang banyak perkara mengenai kehidupan kami. Aku lebih banyak memberi fokus kepada perbincangan mengenai bagaimana mahu mematangkan diri. Aku kena akui bahawa cara berfikir isteri aku banyak membantu aku untuk melihat jauh ke dalam diri sendiri. Menyelongkar ruang dan sudut kelemahan dan membina kekuatan dan keyakinan serta kematangan. Aku bersyukur.....

Aku juga beryukur kerana organisasi tempat aku bekerja memberi peluang kepada aku, menghargai peranan aku sebagai pekerja. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada boss unit aku Pn. S, dan dua lagi boss unit lain...Pn. A dan Pn. Ct kerana mengambil aku berkerja. Seterusnya aku panjangkan rasa syukur dan terima kasih kepada organisasi, En. MG, En J, En Z, En. R dan semua yang merupakan rakan kerja di sana.

Azam aku tahun ini ialah untuk kurangkan bercakap tetapi memberi lebih tumpuan kepada kerja dan menaikkan nama syarikat di samping tugas hakiki aku sebagai anak, menantu, suami serta ahli masyarakat yang baik. Inilah azam aku yang terbaik rasanya sepanjang aku hidup. Aku mengambil kesempatan di sini memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku selama ini kepada semua yang mengenali aku.

No comments:

Post a Comment