Monday, February 11, 2008

Keghairahan

Ghairah... apa ko orang pk kalau sebut perkataan ni? mesti ko orang pk lain kan... perkataan yang kalau di baca dan didengar akan buat otak ko orang secara automatik memberi tafsiran yang agak sama.. ada macam macam tanggapan..akhirnya akan klasifikasikannya sebagai negatif..mungkin....

Ghairah lebih merujuk kepada nafsu... betullah tu... ghairah lahir dari nafsu..perasaan... tapi yang sinonimnya khusus kepada soal-soal seksual.

Namun..istilah ghairah ini aku nak fokus atau kaitkan dengan pekerjaan atau apa yang kita semua tengah lakukan untuk memperbaiki kualiti hidup. Kalau seorang pekerja, pekerjalah..sama juga kalau student ke, seniman ke, apa ke..tak kisah. Isunya bagaimana ghairah akan membawa kita kepada penemuan kejayaan demi kejayaan.

Dalam dunia aku sekarang, aku rasa aku ghairah untuk melakukan yang terbaik dalam pekerjaan aku. Aku cerita apa aku alami sendiri, ni kisah benar..tak cedok mana mana pun. Bila aku dapat je kerja baru ni, aku pk tentang beberapa perkara dan antaranya...

Pertamanya aku pk bagaimana nak memahami dunia baru aku ni. Dunia yang di dalamnya ada kumpulan manusia yang bertungkus lumus untuk memajukan syarikat dan mencipta keuntungan. Tentunya keuntungan diri sendiri juga

Keduanya aku pk tentang kedudukan aku..kerja yang akan aku buat.. bagaimana nak selaraskan dengan mereka yang dah lama dan pakar itu. Aku pk sekurang-kurangnya aku mampu untuk menyumbang dengan baik dan berkesan.

Itu apa yang aku pk..yang terjadinya tak sama dengan apa aku pk.. tapi aku tak mau nak perincikan kat sini. Ada masalah yang timbul bilamana apa ku pk dengan apa yang terjadi tak sama. Tekanan hadir dan buat aku makin berfikir.. aku menjadi ghairah berfikir..mencari dan menelusuri segala sudut, menilai dan cuba memahami.. betul..aku semakin ghairah..

di tempat kerja aku berfikir..balik ke rumah aku berfikir..masa tengah tidur..pastu terjaga ..aku berfikir...nak keja balik esoknya tu aku berfikir... jumlah masanya lebih kurang adalah selama 5 bulan... tak lah selalu macam tu..tapi banyak masanya aku memang berfikir..hingga aku ditegur oleh isteri.. sampai satu ketika..dia minta aku stop kejap bercakap dan berfikir soal kerja..dia dah pening sebab dia pun banyak jugak perkara nak kena fikir. Boleh lah berhenti sekejap selama sehari dalam waktu kami keluar bersantai.. tapi tak sempat balik ke rumah..aku mula balik bercakap dan berfikir tentang kerja. Ini keghairahan yang aku maksudkan.

Hasilnya.....

Aku berjaya memahami beberapa perkara:-

1. Berjaya memahami manusia yang aku temui di sana walau tak sepenuhnya pun, sekurangnya aku boleh bertenang kerana aku dah faham lebih dari sedikit.
2. Aku memahami struktur organisasi dan sturktur kerja kat sana.
3. Aku berjaya memberi input-input yang berkaitan dengan kerja yang aku disuruh lakukan dengan baik. (bukan sekadar penialian aku, aku ada menerima email dan kata-kata pujian dari mereke yang bergelar ketua yang aku rasa mereka ikhlas dan jujur)
4. Aku berjaya memberi jalan keluar kepada beberapa masalah. Aku juga berjaya merangka struktur baru yang berkaitan bagi menjelaskan idea untuk penambahbaikkan.
5. Pendek cerita, aku mungkin ditukarkan ke bahagian aku paling suka bekerja kerana bidang tugas baru ini sememangnya yang aku paling minat. Analisis dan bangunkan idea sekaligus membangunkan manusia walau aku sendiri penuh dengan kelemahan dan kekurangan.

Ini pastinya akan membangkitkan keghairahan aku. Aku yakin keghairahan ini pastinya akan menjadi-jadi dan pastinya juga ianya mampu membantu aku dari berfikir tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Sememangnya ianya suatu cabaran.. cabaran membentuk keyakinan dan usaha yang berlibat ganda. Kesedaran minda tentang kegagalan dan kesusahan atau kesukaran juga sebenarnya membangkitkan keghairahan.

Keghairahan perlu dipupuk. Cara berfikir juga perlu dipupuk... Kalau keghairahan ini boleh disuntik dalam setiap apa juga kita lakukan untuk menempa kejayaan, alangkah baiknya. Keghairahan dalam belajar, keghairahan dalam berkerjaya, keghairahan dalam berfikir dan keghairahan dalam setiap apa pun.. yang baik lah kan .....



3 comments:

  1. betul...
    keghairan tonggaknya adalah bersemangat..

    ReplyDelete
  2. saya pun ghairah baca entri ni sampai habis, tak de lompat2 sama ada lompat bergalah atau lompat kijang..:p

    ReplyDelete
  3. elhakim: betul..tonggaknya adalah semangat dan betul jugak kata jie..tak de la sampai lompat kijang atau lompat galah..

    Jie: Kalau sampai lompat galah atau kijang...tu bukan ghairah dah..tu parah huhuhuhu

    Ghairah: sesuatu yang terkawal tapi penuh semangat bak kata elhakim dan biasanya disudahi dengan tercapainya matlamat atau visi.

    ReplyDelete