alunan suara ombaknya sungguh mengasyikkan
bebuih airnya diantara gelombang
camar putih bebas berterbangan
indahnya panorama alam
aku disini....diantara khayalan dan kenyataan
diantara harapan dan kekecewaan
cuba menghubungkan lautan dan daratan
aku banyak melihat kedukaan dari kegembiraan
aku cuba mentafsirkan alunan kehidupan ini
cuba mencari jawapan dalam begitu banyak pertanyaan
apakah ombak sebenarnya penyeri alam
atau desiran angin yang membawa pengertian
mungkin juga pepohon nyior membuahkan harapan
nelayan dan ombak angin dan pantai
manusia dan alam
kasih dan sayang
cinta dan harapan
begitu banyak yang terluka dari gembira
apakah daya ku sebatang kara
aku bukan setia seperti ombak dan pantai
kalau aku sehebat langit di atas sana
mungkin aku akan hamparkan pelindung kedukaan utk semua
tapi tidak mungkin...kerna aku manusia biasa
wahai ombak dan pantai
maafkan aku dengan bicara ini
tapi kau harus mendengarnya juga
kerana aku dan kau adalah sebahagian dari kehidupan ini
mereka terluka kita merasa sama
semalam ombak dan pantai berbisik lagi
ombak dan pantai saling mengerti
tika ombak mengganas..pantai susah dihati
mereka tahu bahawa di daratan manusia semakin berani
semakin berahi dengan kemusnahan duniawi
kedamaian yang semakin sukar dicari
keinsanan yang terlalu jauh untuk difahami
patutnya jangan minta maaf pada ombak dan pantai sebab dengar sajak awak ni..awak kene minta maaf pada orang-orang yang masuk blog ni terpaksa baca sajak-sajak awak tu..
ReplyDeletehahaha tu awak punya pasal ler kan...
tau takper....:P
aik..mintak maaf ngan pantai dan ombak la keshi...depa lebih setia dan tetap pendirian..
ReplyDeletepengunjung datang dan pergi..setia?faham? huhuhu jauh sekali...
selagi namanya manusia dan kita pun nama manusia..tak akan ada yang mampu menjadi seperti ombak dan pantai :P
nanti saya cuba me'pantai'kan dan meng'ombak'kan diri saya supaya jadi paham..
ReplyDeletekeh keh..bukan taknak paham..saja buat buat tak paham....
suker hati ler kan....
ombak dan pantai,
ReplyDeleteitulah teman karib ku,
bila ku berasa resah,
kau lah tempat ku mengadu..
Tapi kini sudah lama ku tidak mendatangi kau,
bukan aku sudah melupakanmu,
tapi aku tidak berkesempatan,
kerana aku dibatasi masa dan jarak..
Oleh itu maafkan aku...tetapi percayalah kau sentiasa dlm ingatanku...dan aku pasti pulang.Pasti pulang.