

Sudah hilangkah pertimbangan insan
Terhakiskah sudah kemanusiaan
Urat nadi berwajah haiwan
Darah mengalir dirasuki syaitan
Tiada lagikah kewarasan
Hilangkah pertimbangan
Berkuburkah segala kebaikan
Tubuh kecil diratah mentah
Berkecai jasad pekat berdarah
Seluruh kasih terpisahlah sudah
Tiada lagi wajah comel manja
Hilang sudah gelak ketawa
Dunia suram berwajah duka
Angkara manusia iblis durjana
Dunia kini di ambang senja
Seolah kehidupan seorang tua
Itulah janji itulah petanda
Bila agama sering dipersenda
Gementar alam meratap hiba
Memohon doa pada yang Esa
Dunia kekejaman sudah pun tiba
Seolah menggamit bala dari Yang Maha Berkuasa
anak-anak malang ini tidak pernah termimpi hendak bermain perang-perang.bagi mereka,ini semua adalah mimpi dan realiti paling ngeri.
ReplyDeletesebaliknya,anak-anak kita dibelikan mainan perang-perang.diajar,diasuh dan mungkin dianggap sebagai permainan atau hanya hiburan.
di manakah nilai kewajaran akal fikiran kita?
nilai kewajaran akal fikiran kita dibentuk persekitaran..kita terlalu lama berada dalam zon keselesaan...pemikiran disusui kemewahan..
ReplyDeleteso kewajaran akal apa yang ada untuk dinilai sebagai matang dan berkembang?
entahlah encik aku,saya pun kurang pasti jawapan pada soalan encik tu.
ReplyDeletemungkin kita perlu banyakkan bersabar,latih diri agar lebih mensyukuri nikmat pinjaman daripada tuhan.kurangkan merungut dan sentiasa muhasabah diri.sebab kita bukan malaikat.
aku setuju ..namun aku lebih suka kalau kita berani melakukan perubahan...melihat kepada kenyataan yang berlaku setiap hari..melihat kepada bedilan yang memusnahkan manusia di bumi plastein, lubnan, iraq dan diserata dunia..
ReplyDeletekenapa kita terlalu sukar untuk belajar dan berfikir dengan semua itu?
mungkin benar kita ini bangsa yang penakut..penakut untuk berubah dan mengubah..kita bangsa yang menerima sahaja apa yang tersedia....