Sunday, April 08, 2007

Egonya manusia....

07 April 2007, sabtu.. aku dan isteri ke Melaka. Isteriku mengajar sambilan di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Melaka Malaysia. Aku menemani dan menjadi pemandu tetap setiap kali kami ke sana. Setibanya di Perhentian Air Keroh, kami singgah sekejap untuk berehat. Aku memandu kereta perlahan apabila memasukki kawasan parking, sambil meninjau ruang letak kereta yang kosong.

Di belakang aku mengekori dekat sebuah kereta Volvo yang dipandu oleh lelaki melayu dan di sebelahnya ada seorang wanita yang aku kira mungkin isteri atau kekasihnya. Aku tidak memerhati sangat sehingga dia membunyikan hon sekali. Aku tidak menghiraukannya kerana di hadapanku ada seorang wanita yang aku kira lewat 40an sedan melintas. Dek hon yang dibunyikan oleh kereta di belakangku itu, wanita itu menjeling kepadaku. Jelingannya tidak membuatkan aku terasa apa apa walaupun aku tau dia sedang marah atau terkejut. Aku memerhatikan kereta di belakang yang tidak sabar, sewaktu aku membelok untuk park kereta, dia sekali lagi membunyikan hon. Terdetik rasa nak marah tetapi aku nampak dia mengangkat tangan kepadaku. Aku dan isteri pun tidak ambik kisah dengan apa yang berlaku. Situasi biasalah sebenarnya tu bagi mereka yang memandu kereta.

Isteriku keluar untuk ke bilik air semantara aku menunggu di dalam kereta. Sementara aku menunggu, aku mendengar lagu dan celoteh dari Radio Era... tiba-tiba cermin kereta aku di ketuk perlahan, bila aku membukanya ada seorang lelaki lewat 50an berdiri di luar. Aku cuba memahami apa yang dia ingin sampaikan, mungkin dia mahu meminta pertolongan atau sesuatu yang lain.

" Encik.. tadi encik ada hon isteri saya ke? tanya lelaki tersebut.

Aku mengambil masa untuk berfikir dan mengingati balik namun aku blur kerana tiada sesuatu yang luar biasa berlaku sebentar tadi.

" Isteri saya beritau, encik yang hon dia semasa dia sedang melintas tadi" jelasnya lagi.

Aku teringat peristiwa tadi tetapi tiada suatu yang luarbiasa pun kecuali isteri dia adalah menjeling tanpa melihat dengan tepat ke arahku. Aku menganalisis situasi yang aku sedang alami ni. Cepat saja aku memahami apa niat dia yang sebenarnya setelah melihat ada gerakan bibir yang tak terkawal ketika dia bercakap dengan ku.... ada getaran berlaku antara dua bibirnya tu..lalu aku membuat beberapa tanggapan tentang orang ini:-

1. dia sedang marah
2. dia panas baran
3. dia jenis yang dipimpin/dikuasi isteri tanpa berfikir, apa isteri dia suruh dia akan buat, apa isteri dia kata dia akan percaya
4. dia jenis yang merasakan dia berkuasa tanpa berfikir orang lain pun ada perkara yang sama
5. dia jenis yang bermasaalah dan suka cari masaalah
6. aku fikir hidupnya tidak aman

" bukan saya yang bunyikan hon tapi kereta di belakang saya" balasku pendek
" tapi isteri saya kata encik yang bunyikan hon" tegasnya lagi
" isteri encik sudah silap faham" jelasku lag
" isteri saya ada sakit jantung" dia mula serba salah apabila menyedari dia sudah tersilap
" o ye ke, tapi memang bukan saya yang bunyikan hon dan isteri encik sudah silap faham" aku mengulangi lagi apa yang telah aku katakan tadi

sambil bercakap tu aku menjeling melalui cermin, aku lihat isteriku ada di belakang dan memerhati apa yang berlaku... " bukan kami yang membunyikan hon tu" sampuknya tegas

aku risau kalau isteriku campurtangan kerana pastinya lelaki ini akan semakin tak keruan dan malu dengan tindakannya yang membuta tuli ini semata-mata mendengar kata-kata isteri dia yang sebenarnya tidak sakit . aku cukup memahami jelingan wanita tersebut yang aku sifatkan bukan jelingan orang yang sakit tetapi jelingan penuh dengan sifat angkuh dan sombong.

Telahan aku terbukti tepat apabila isteri ku memberitahu bahawa semasa dia mengangkat tangan menegur isteri lelaki itu, dia sekali lagi menjeling dan menunjukkan muka yang masam dan sombong.

lelaki itu pun berlalu dengan meminta maaf dan kami pun meneruskan perjalanan . Kami hairan kes macam ni pun ada ke dalam dunia cerdik pandai sekarang ni. ye lah kadangkala orang cerdik pandai ni kalah dengan emosi walaupun mampu melahirkan idea yang bernas. kalau tak, takkan lah ada kalangan professional hisap dadah, bunuh orang dan sebagainya.

oh ye lupa nak bagitau, dia pakai kereta proton perdana dan nampak macam orang cerdik lah jugak walaupun perangai mengalahkan kaki pukul di pub atau kasino huhuhu

6 comments:

  1. Anonymous2:00 PM

    mmm...memang ego & sombong.

    ReplyDelete
  2. rasanya tu lah perkataan paling tepat buat dia orang tu puteri :)

    ReplyDelete
  3. setiap manusia ada keegoannya sendiri.. tp mengapa kadangkala kita taknak mengaku? Ego ditambahkan lagik ngan ego dr luaran.. hurrm.. parah

    ReplyDelete
  4. ego bagus dalam beberapa keadaan yang terkawal.. nak tentukan terkawal atau tak..tengok apa syariat kata... masalahnya manusia ni kan ien dia tak boleh nak mengawal ego..selalunya luar kawalan.. banyak sebab..

    apapun kita pandai pandailah hadapi orang macam tu..kalau pena..mudah jek..jauhi dari orang macam tu..kalau tak leh jauhi..jangan pk pasal tu..cubalah..tapi memang sakit hati kalau jumpa orang macam tu..pendek kata jangan layan :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:03 AM

    lelaki tu nak tunjuk lagak kat isteri dia kot...tapi tak kena gaya...hehe akhirnya malu sendiri..

    ReplyDelete
  6. heheh tu lah pasal azuna...kalupun dia nak tunjuk hebat kat isteri dia..guna la pendekatan lain yang lebih bagus kan..heheh

    ni lagak kaki samseng..huhu

    Malaysia ni tak yah samseng lah.. paling hebat pun tali gantung..atau penjara heheh

    ReplyDelete