Wednesday, April 11, 2007

Perang Dunia?

Aku risau dengan perkembangan yang berlaku di Iran. Aku makin geram dan benci dengan keangkuhan dan takburnya kuasa-kuasa besar seperti US dan Britain ini. Berbeza sekali layanan dan dasar mereka terhadap Korea Utara yang lebih jelas dalam isu nuklear ini. Paling jelas US dan sekutunya itu bukan melakukan sesuatu atas asas keamanan atau asas yang betul melainkan gusar dan risau kalau-kalau negara Islam ada kemampuan untuk mengatasi mereka dalam kecapaian dalam bidang nuklear ini.
Iran dilihat salah satu kuasa Islam yang besar yang mungkin akan membahayakan kedudukan mereka. Iran sememangnya digeruni oleh barat dan eropah. Banyak sebab sebenarnya dan bukan semata mata sebab isu nuklear sahaja. Iran digeruni kerana JIHAD dan RUH Islam penganutnya yang tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana mana bangsa sekalipun. Mereka adalah rakyat dan negara yang mampu berjihad sehingga ke titisan darah yang terakhir. Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyatnya mempunyai semangat jihad seperti ini.
Kalau dilihat kerajaannya serius dalam mengekang segala gejala tidak sihat yang ingin memasuki negaranya malah di dalam negarapun mereka mengawal dengan baik. Ini kekuatan sehingga rakyatnya mampu untuk berada pada landasan yang betul tanpa dilalaikan oleh apa pun jua. Fokus mereka adalah keimanan kepada Allah. Ini sumber dan asas kekuatan mereka. Iran berbeza dengan Iraq. Iran berpegang kuat pada Islam walaupun terdapat perbezaan mazhab.
Iran responsive kepada segala perkembangan yang berlaku di dunia ini samaada apa juga bidang. Kekuatan inilah selain dari kekuatan yang lain yang ada pada Iran ditakuti oleh barat dan eropah. Inilah yang mereka ingin hancurkan disamping berkepentingan kepada sumber-sumber alam yang lain termasuk minyak dan sebagainya.
Us dan sekutunya mempunyai matlamat jangkapanjang dan permusuhan sejak sekian lama dengan dunia Islam. Umat Islam leka dan tidak mempunyai daya fikir yang kritis dalam menilai situasi ini dan kalaupun ada mereka tidak ada keupayaan menterjemahkan dalam bentuk tindakan. Sikap ini ada pada pemerintah dan umat Islam ..kebanyakkan negara dan penduduknya terlalu lemah malah mendewa-dewakan barat walau bibir mereka mengutuk dan mengeji barat.
Kalau peperangan berlaku dengan Iran, aku rasa ada kemungkinan akan berlaku perang dunia sekali lagi. Tidak mudah untuk menundukkan Iran malah Iran mampu merubah dunia kepada suatu oder baru dan mungkin tak mustahil Us dan sekutunya akan turut berubah dengan tidak menjadi dominan lagi selepas itu. Semuanya kuasa Allah. Pertolongan Allah sampai kepada mereka yang dekat kepadanya dan Iran adalah salah satu negara yang bersifat Islam.

4 comments:

  1. Anonymous5:44 PM

    erm...td da type komen..tp ilang plak..

    takper la..dugaan sungguh..apa yg bleh chii simpulkan..selagi dlm diri manusia penuh ngan perasaan ingin tunjuk hebat,berkuasa dan segala yg sama taraf..selagi tu la perang akan berlaku..yg lemah akan ditindas..yg lain hanya memandang...dan ia akan berterusan sehinggalah dunia sampai ke hujungnya..

    semoga malaysia dijauhkan dr perkara2 spt ini..amin

    ReplyDelete
  2. betul tu chii.. permusuhan antara kafir dan Islam ni sejak dahulu lagi... segala sebab keduniaan yang lain hanyalah sebagai aksesori saja bagi mencetuskan perang..

    US dan sekutunya dikuasai yahudi yang jelas mahu membunuh umat Islam dan memusnahkan negara yang dikuasai oleh orang Islam, disamping tu mereka mempunyai sebab lain termasuklah soal keuntungan yang boleh dihasilkan dengan penjualan senjata dan sebagainya..

    semua ni akan mengkayakan individu2 dan pertubuhan2 tertentu yang akhirnya akan menyumbang kembali kepada usaha -usaha untuk memusnahkan Islam dan umatnya.

    moga Allah memelihara kita dan seluruh umat Islam dan memberi kemenangan kepada Islam.. ameen

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:25 AM

    mm...kesimpulannya kiamat sudah dekat kan pena...

    ReplyDelete
  4. emm tu lah puteri..dunia dah semakin tua..

    ReplyDelete