Aku tertarik ngan satu soalan yang datangnya dari seorang suami yang tentunya lelaki..dan aku juga tertarik dengan begitu banyak jawapan yang datang dari kaum hawa (wanita)..aku hanya ingin memaparkannya di blog aku.. kalau rasa nak bagi pandangan pada apa yang berlaku..silakanlah..kalau nak menjawab soalan lelaki ini pun silakanlah.. ini soalan asalnya:-
___________________________________________________
assalamualaikum,
saya ada satu kemusykilan terhadap sikap kaum wanita, mungkin
dapat sedikit penjelasan dari semua kaum wanita.
soalan saya,
kenapa wanita cinta pada suami.
setiap wanita yang bersuami akan sentiasa mengasihi suami mereka,
tak kira buruk macam mana perangai mereka atau rupa mereka, isteri
tetap sayang.
apa yang isteri nampak pada suami mereka tu?
saya pernah melihat seorang isteri yang cantik dan sopistikated tetapi
mempunyai suami yang sederhana dan tak moden, tapi namak mereka very loving.
apa yang isteri melihat pada tiap-tiap suami mereka.
tak ada ke satu masa isteri ni berhalusinasi untuk memiliki, suami yang perfect.
saya tak faham.
terima kasih.
suami yg tak faham
________________________________________________
jawapan di bawah ini semuanya dari wanita...ini aku cedok dari mailinglist yang aku jadi ahlinya :-
jawapan:-
-------------------------------------------------------
waalaikumsalam.
en suami yang tak faham..
anda..pastinya anda mengharapkan isteri anda sentiasa mengasihi
anda..begitu juga dgn isteri-isteri yang lain..salah satu tujuan
perkahwinan untuk berkasih sayang..apabila seorang wanita telah
menerima lamaran lelaki..kasih sayangnya dicurahkan sepenuhnya pada
suaminya dan seterusnya pada zuriat-zuriatnya. .itu pada pendapat saya
la...kecuali yang kena kawin paksa ke...ape ke...ni kes lain
plk...syurga isteri di bawah suami...ajaran agama,isteri wajib setia
dan kasih pada suaminya dan menurut perintahnya selagi tidak
melanggar hukum syarak. sayangilah isteri anda juga,,,..
-isteri yang sayang sangat pada suaminya--
Assalammualaikum wbt,
betul2.. sayepun sayang sangat2 kat suami sy.. :) rasernyer sebab kebanyakkan wanita apabila da decide utk mengahwini seorang lelaki, die mmg da prepare utk mengabdikan dirinyer pada lelaki bergelar suami itu utk seumur hidup.. tuh yg sanggup berkorban apa sahaja.. kalau sebelum nih belanja utk diri sendiri, bile da kawin tau budget2.. tau kasihan suami carik duit..tolong suami sama-sama settlekan belanja hidup.. walaupun berkerja, tp balik umah sama penat sanggup ke dapur berperang ngn kuali pulak.. kemas umah. ..semuanyer demi kasih sayang.. sampai penat tuh takteraser dahh..
as long as the husband did not betray her trust, sy rase mmg ramai isteri akan terus setia dan menyayangi suami nye seadanya.. :) regardless physical apprearance suami die berubah/x selepas berkahwin, sbb perempuan biasernyer lebey memandang kepada kebaikan layanan&kasih sayang suami berbanding paras rupa&physical.. so even lepas mengandung.. bersalin .. berpantang.. sanggup pulak bersusah payah diet utk mengembalikan kecantikan asal utk siapa?? utk suami die jugakk.. :)
apepun, sy doakan suami tak faham nih, semoga turut berbahagia mendapat isteri yg menyayangi anda seadannya dan if that's the case hargaila isteri anda the way she deserves it..
----------------------------------------------
ntahla nak ulas mende ni...kuasa tuhan..tapi mmg bile seorg perempuan dh bergelar isteri die akan terus jadi taat dan sentiasa sygkan suaminya...insticnt ...perasaan syg yg mendalam ditambah plak bila dh ada cahaya mata bersama lagila perasaan tu erat....hingga terpaksa terima semua keburukan suami...isteri mmg senang memaafkan demi sebuah rumahtangga. ..harapkan rumahtangga kekal bahagia bersama...fikirkan anak yg penting...nak die membesar ngan ibu & ayahnya...
bab nk menghalusi memilih suami ni susah nak ckpla sebab JODOH tu...kdg2 yg ade degree kawin ngan laki yg xde kelulusan apa2 bahagia jugak dan ada gak yg x bahagia...so pasrah dan tawakkal ja la...setiap ketentuan Tuhan tu ade hikmahnya...
-----------------------------------------------
INI TAMBAHAN DARI LELAKI/SUAMI TERSEBUT:-
terima kasih pada yang membantu memberi pendapat,
kenapa saya tanya soalan ini?
sebenarnya sebagai seorang suami, saya rasa cukup rendah diri dengan isteri
saya, walaupun saya lebih tinggi dari dia.
compare gaji, saya kurang rm3,000 dari isteri. (gaji dia RM6,000/mth)
compare educated, saya kurang 3 sijil dari dia (dia grad USA)
compare mesra alam, saya sangat pendiam (dia, letak mana pun boleh cari kawan)
saya cuma setakat boleh ajar dia sembahyang je. kalau pergi makan kat
restoran mat salleh, dia le yang order.
bagaimana kami berkahwin... ...JODOH kut.
kami dah berkahwin 3 tahun, anak sorang, so far tak ada masalah, layanan sebagai
isteri tetap maintain.
tapi.......ini yang nak tahu..adakah cinta seorang isteri boleh berubah....
salam,
suami yang dah mula mengerti.
----------------------------------------------------------------------------------------------
SAMBUNG BALIK JAWAPAN DARI KAUM WANITA:-
salam en.suami...
seorang isteri yang taat takkan menilai suami dr segi kemampuannya berbelanja atau apa.Once bila dia dah menerima anda dalam hidupnya, Insya Allah hatinya akan tetap setia dan patuh..tp setakat gaduh sikit2 tu biasalah kan..adat berumah tangga..so takyah la nak sensitif atau ada prasangka buruk pd isteri...
------------------------------------------------
alam...
------------------------------------------------
-----------------------------------------------
Salam,
buat sang suami yang tak faham,
jay dgn suami mcm langit dgn bumi.
jay lulusan uitm, dia kolej islam
jay amik cos tourism, dia ussuluddin
jay kerja gomen, dia kerja sendiri (ala2 kerja kampung)
jay org pahang, dia orang thailand
jay guna kalendar barat, dia guna kalendar islam
klu nak senarai mmg byk yg berbeza,
tapi rasa cinta, kasih dan hormat kami sama
mungkin itu jawapan yang dicari kot...
-----------------------------------------------------
ye la awak...nape awak berperasaan risau mcm tu...ade ke tindak tanduk nyer yg membuat awak rasa x dihargai...kalau seperti yg awak explain tu saya tgk Alhamdulillah. ..awak patut bersyukur... .Insyaallah die tak berubah hati...Actually saya salah seorg isteri yg lebih gak dr suami...education & income & suami saya lebih muda 2 thn dr saya, sebab tu pada saya xde masalah asalkan suami menjaga tanggungjawabnya dan rumahtangga sebaik suami....tp kalau die wat salah saya tegur...saya hormat dia sebagai suami....
jgn risaula erk....awak dh jalankan tanggungjwb paling besar pun dgn bimbing dia kearah agama.
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
bagi saya asalkan awak berperanan sebagai pemimpin dalam keluarga, bersifat pelindung, awak akan dihormati oleh isteri, tak kira betapa tinggi pangkat isteri dalam bidang tugasnya.
rasanya perbezaan bukan jadi penghalang, yang jadi penghalang mungkin adalah suami+isteri yang tidak memahami peranan/batas masing2 dalam rumahtanga.
banyak2 baca ayat pengasih ini, "Qul in kuntum tuhibbuunallaha fat tabi'unii... ..., sebut namanya sebelum menyebut kalimah- yuhbib kumullah..." pas tu hembuskan pada umbunnya.... masa isteri tidur.
semoga kebahagian berkekalan.
------------------------------------------------------
apa kata, utk mengurangkan rasa rendah diri, u cuba utk upgrade diri u. like carik keje lain yg lagi masyuukk ke..or ade side business ke. or u melabur main saham ke. tapi i yakin that your wife loves you very much. kalau dia org yg pandang material je.. for sure awal2 lagi dia dah reject u kan??!! still u're her husband, imam dlm solat dia. setakat order mknn kat restoren omputih tu i pun mmg kena buat everytime. bila nak kena speaking sket mmg hubby i tolak i kedepan punye.. tu mende kecik la...jgn le pikir sgt. kalau u pikir sgt kesian kat dia tau... mana la tau dia nak shopping sakan ke...tapi dia kesian kat u nanti rasa rendah diri...so..dia pun tak beli brg2 dia yg dia mampu & deserve to buy... pls put yourself in her shoes jugak.
anyway... my situation quite similar dgn u. tapi no doubt i love & respect my husband very much. pilihan hati sendiri kan..takde sapa paksa pun. but my hubby works hard to improve his income and tak lupa kasik i sikit bila dia ade lebih and tak pernah miss kasik nafkah bulan2 walaupun i tau dia slalu tak cukup duit. pikir2 la....
--------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
Salam,
Wanita diciptakan Allah penuh dengan emosi atau perasaan. Sukar untuk difahami oleh lelaki akan kepelbagaian perasaan yang ada pada wanita. Selalunya, wanita akan tertarik kepada lelaki yang memenuhi kehendak emosi mereka. Betul tak ibu-ibu? Walau sekaya mana atau sekacak mana pun seorang lelaki, jika dia tidak boleh memahami perasaan wanita, ianya tak akan berjaya. Cuba buat survey – mesti ramai wanita akan meletakkan “Understanding” as one of their top requirement compared to “Looks”.
Ini adalah anugerah Allah kepada makhluknya. Berlainan dengan lelaki yang lebih kepada “akal”/logik drp perasaan. Itu yang buat En “suami” bertanya sebab baginya ianya tidak “logik” tetapi bagi si isteri, ianya semua soal hati :-).
Sebab emosi ini jugalah para ibu sanggup melalui keperitan melahirkan anak mereka kerana perasaan tatkala menatap wajah bayi buat pertama kali menjadi penawar bagi segala kesakitan yang dilalui. Cuba tanya lelaki, mesti serik :-).
Sebab itu juga wanita lebih gemar buku-buku atau movie yang menyentuh perasaan – kisah kekeluargaan, romance, dan seumpamanya tetapi lelaki lebih gemar kisah misteri, suspense, sports dan lain-lain sebab ianya mempunyai unsur “logik”.
Semua ini adalah anugerah Allah. Wanita & lelaki berbeza tetapi melengkapi satu antara lain. Keharmonian boleh dicapai jika masing-masing faham akan perbezaan ini, insya Allah.
Wassalam,
Lily
--------------------------------------------------------
bagi saya buat apa nak difikirkan sangat soal tu. Allah pun dah berfirman kalau nak jadi sesuatu tu, maka jadilah ia. kalau jodoh awak berpanjangan, alhamdulillah. kalau takde pun, alhamdullillah juga. mungkin ada hikmah diatas sesuatu kejadian tu. buat apa nak fikirkan perkara negatif. jika sentiasa diulang-ulang, difikir-fikir umpama kita mendoakan perkara yang tak baik terjadi. kita jadi kurang keyakinan diri yang akhirnya boleh menimbulkan syak wasangka, curiga, cemburu pada pasangan. syaitan pun mainkanlah peranan menghasut. perkara yang sepatutnya boleh dielakkan pun boleh terjadi.
apa-apa pun yang paling penting persefahaman dan tolak ansur. yang pasti material bukan tempat teratas di dalam sesuatu hubungan suami isteri. mungkin tempat ke2,10,1500. terpulang kepada individu. kalau tak takkan awak berkahwin dengan isteri awakkan.
Norafiza Binti Md. Yusoff
Logistic Department
-----------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------
hmm....soalan yg menarik dn maklumbalas yg bernas...
ReplyDeleteputeri buat conclusion aje la....hehe
kalau dah cinta...tiada yg mustahil kan...
semuanya indah belaka slagi rmthga disandarkn pada Allah semata-mata... :)
betul tu puteri...
ReplyDeleteLelaki dalam konteks suami adalah pemimpin...dan dalam konteks pemimpin mesti dilihat kepada tujuan kepimpinan tu sendiri..
apa sebenarnya yang dituntut kepada seorang pemimpin? tak kiralah ianya suami atau apa.. tak lain dan tak bukan mesti kepada dua perkara yang telah digariskan dengan jelas oleh Islam..iaitu:-
1. Tujuannya adalah meluruskan agama
2. Menguruskan siasah dunia
itu perkara dasar dalam kepimpinan..so selagi suami menepati dengan konsep dan tuntutan kepimpinan tu maka tak perlu rasa rendah diri atau seumpamanya kerana seorang suami bukan dinilai dari segi material..material adalah alat..atau perkara kedua kalau dibandingkan dengan tujuan asal kepimpinan.
seorang suami mesti melakukan sesuatu atas dua pekara tersebut kepada isteri atau keluarganya. paling penting NIAT mesti kerana Allah.. sekiranya ini dpaat para suami lakukan ..Insyaalah tarafnya tetap tinggi walaupun pendapatannya kurang dia isteri atau kedudukannya lebih rendah dari isteri.
ukuran/idicator kecapaian jawatan atau tangga gaji tidak boleh dipakai untuk menentukan kemuliaan seorang suami. Kehidupan ini menuntut lebih dari sekadar berkedudukan dan bergaji besar. Banyak perkara lain yang akan memartabatkan taraf seorang suami..
Kebahagiaan bukan ditentukan oleh harta benda atau kedudukan walaupun ianya penting namun semua itu tetap sebagai alat/sampingan sahaja dan bukannya perkara dasar dalam menentukan kemuliaan seorang suami samaada tinggi atau rendah.
Apa tu bahagia? bahagia mengikut takrif Islam ialah sejauh mana seseorang itu dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan mengikut suruhan dan meninggalkan larangannya..sejauh mana dia bertaqwa kepada Allah... kalau dengan Allah dia bagus..Insyaalah dia akan bahagia kerana itu sebenarnya paksi segala kebahagiaan dan bukan kepada perkara sampingan yang hanya menepati dengan selera nafsu kita saja.
Mungkin perkara lain akan buat kita bahagia tapi sementara dan bukannya bersifat hakiki dan kekal selain dari mengabdikan diri kepada Allah.. abdikan diri kepada Allah itulah kebahagaiaan hakiki.
so untuk para suami, jangan risau kerana suami boleh berperanan jauh lebih besar dan jangan sempitkan hanya semata mata kerana kita bergaji rendah atau berjawatan rendah. Kehidupan ini menuntut lebih dari sekadar harta yang banyak..kedudukan yang tinggi dalam jawatan dan sebagainya.
penting untuk para suami mempunyai daya fikir yang matang dan tinggi sesuai dengan kedudukan lelaki sebagai pemimpin yang pastinya akan melaksanakan dua tugas utama iaitu.. luruskan agama dan uruskan siasah dunia.
sebenarnya bagi isteri yang boleh menerima suami yang lebih rendah atau apa juga kekurangan suami adaah kerana Allah.. maksudnya niatnya adalah kerana Allah dan pastinya kefahamannya pada Islam dan tuntutan dalam Islam sangat baik.
ReplyDeleteyang banyak jadi masalah ialah kefahaman Islam dalam diri dan pemikiran isteri yang tak bagus/kurang sempurna,kurang baik itulah yang banyak menimbulkan masalah kepada dirinya, suaminya, keluarganya maupun masyarakatnya.
sebab tu untuk bakal suami cari lah isteri yang beragama ..Insyaalah sejuk aman rumahtangga :)
huh...panjang benor ulasan dier...
ReplyDeletepadat dan tepat...hehe
benar katamu teman...segalanya dimulai dgn NIAT..jika baik niat itu maka baiklah jadinya...dan begitulah sebaliknya
sama ada isteri atau suami...masing2 ada kesedaran bhw isteri/suami adlh amanah....dan masing2 sedar akan tgjwb menjaga amanah t'sebut...
jika sedar akn tgjwb tdk timbul siapa yg kurang siapa yg lbh kerana walauapapun keadannya...masing2 ada tugas tersendiri yg perlu dilaksanakn demi keharmonian rmhtga...
apa2pun.....cintailah pasangan seadanya bersandarkan agama.... :)
bukankah agama itu pohon manakala kasih sesama manusia adlh dahan :)
Panjang sangat lah soal jawab ni... tak berapa paham??? kenapa pulak si suami tu susah ati ek?? kira ok lah kalau dapat isteri setia nak apa lagi?? his, masih tak paham...
ReplyDeleteni sah tak baca azuna ni..tu sebab tak paham hihihi :D
ReplyDelete