dulu..bumi Iraq...bumi Plastein..bumi Afghanistan.. dipenuhi kemeriahan
di sana sini penuh dengan gelak ketawa
anak anak kecil di kejar si ibu ..penuh keceriaan
anak muda remaja yang aktif dalam pelbagai lapangan
yang tuanya tekun berusaha untuk menikmati kemewahan
bumi yang ditadbir dengan aman damai
walau ada sengketanya..walau ada silapnya...masih utuh ..rakyat masih gembira
Agama masih diamalkan..tanpa ada sekatan dan halangan
makmur dengan kurniaan dari Tuhan
semua itu hanya tinggal kenangan
bertukar menjadi mimpi ngeri penuh ketakutan
tubuh badan si ayah disiat di hadapan anak sendiri
tubuh anak diratah dinodai ..tubuh ibunya juga..disiksa dan dibunuh ngeri
yang ada kini hanya kemusnahan..penghapusan satu demi satu anakperibuminya
kota di bom setiap hari
tembakan di sana sini
teriakan silih berganti
rintihan sudah tidak memberi erti
tiada bezanya kini..
manusia dan haiwan bergelimpangan di sana sini
mengapa semua ini terjadi
apa bezanya mereka berbanding kita
tidak bijakkah mereka mentadbir negeri sendiri
hanya mereka kah yang ditakdir menerima nasib Ilahi?
siapa kita yang megah dengan semua kekayaan sendiri
tidak singgahkah takdir itu nanti
di bumi yang kita cintai ini.....
apakah takdir itu akan bertandang ke juga ke sini suatu hari nanti?
itukah takdirnya yang menanti?
kedamaian yang kian hilang
ReplyDeletekata ahli sufi sebagai metafora:
ReplyDelete"Tuhan sering mengingatkan manusia dengan 'melontar' batu-batu kecil tetapi jika peringatan itu diabaikan, Tuhan mula melontar dengan batu-batu besar. Dan..jangan tunggu dihempap gunung untuk kita berubah....."
kita tak mampu menjangkau takdir yg sedang menanti kita...sptmana kita tak mampu menjangkau takdir yg telah menimpa mereka...
alangkah baik jika ada lg tentera ababil yg menghujani dengan batu dari api untuk menewaskan kezaliman....
ttp kita akur...semua ini harus dihadapi dgn kesabaran...
yer kedamaian yang kian hilang....
ReplyDeleteemm puitis dan menariknya pandangan puteri...benar... akhirnya sabar dan doa..
ReplyDeletepertolongan Allah akan hadir takala Islam diamalkan sepenuhnya... aqidah, akhlak dan syariat.
chain reaction ini tidak akan berakhir..
ReplyDeletehingga kiamat, hanya kita yang belum diuji..
dan persiapan kita yang sangat sedikit, sangat menakutkan..
benar zf zamir... emmm
ReplyDelete