Saturday, February 03, 2007

ku pandu kereta kehidupan ini......

aku terus memandu
terus memandu dalam kehidupan ini
walau terlalu banyak simpang siurnya
aku teruskan hidup ini dengan nyata

kekadang kehidupan ini terlalu banyak rintangannya
lalu aku perlahankan kelajuan angan dan impian

dari cermin belakang ku perhatikan
begitu masa aku terbuang dan terabai
cermin sisi yang memaparkan mata mata sayu memandang
mata mata pilu dengan air mata berlinang
dengan berbagai cerita dan ragam

kehidupan aku dan mereka tiada banyak bezanya
dunia yang sudah terlalu tua
tak mampu lagi menanggung angkara manusia
satu persatu kemusnahan dipulangkan kepada penghuninya

aku terus memandu kehidupan ini
melewati batas masa dan benua

aku tau, sampai masa pemanduan ini akan terhenti jua
takala jasad sudah tidak bernyawa
takala ruh pergi menemuiNya
mohonku pada mu Ya Illahi
moga pemanduanku di dunia ini engkau redhai

7 comments:

  1. YA. aku setuju dgn kau.

    bangsa Melayu memang hendakkan sesuatu dengan senang. Melayu mana ada ketahanan hidup bersusah payah untuk maju.

    ok lah to be fair. Aku juga x suka bersusah-payah. aku ngaku sbb aku melayu. jalan pintas dan shortcut tu selalu aku lalu.

    dahulu, sdikit saja melayu yang mengembara ke serata dunia. sbb mengembara itu suatu yg bersusah-payah. ilmu pelayaran kena cukup beb...!!!

    oleh itu baik 'lepak'. tang tu...lebih selamat.

    hidup di takuk lama....relax..relax...

    jadi tuan tanah kedaung...

    skg tanah pun dah kena ambik...

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:00 AM

    hems puisi yang menarik ... kreatif ...:D

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:51 AM

    simbolik dan menyentuh hati...

    putrie mmg x pernah tak teruja bila pena berduri mula berpuisi...

    :)

    ReplyDelete
  4. oo kreatif ek keshi? hehhehe 10q :P

    ReplyDelete
  5. perghhh putri ni.. memuji melangit tu.. apapun trima kasih.. hanya menafsir dan terjemah kehidupan dalam sebuah puisi atau sajak :)

    ReplyDelete
  6. emm elhakim.. aku sentiasa bersama kau dalam kesinisan kau terhadap melayu.. melayu memang wajar dilayan begitu walau ada yang bagus..keseluruhan melayu memang wajar dilayan sinis...

    bagi aku, aku percaya melayu tidak mempunyai kekuatan pemikiran yang tepat dan jitu. ye..aku tak nafikan ada namun sedikit..dan aku sendiri tak kata aku bagus namun walau aku tak bagus aku masih peka dan perihatin pada nasib orang lain..pada nasib mereka disekitar aku, pada nasib mereka yang patut dibela..aku pentingkan keadilan.

    bagi aku, untuk mempunyai pemikiran yang tepat dan jitu mesti ada kejayaan dan kegagalan. mesti mampu menterjemahkan kerahsiaan dalam kegagalan dan kejayaan. Pemikiran yang bersifat kritis, kreatif dan berinovasi. ini tuntutan...ini kemestian..

    cuba ko bandingkan daya pemikiran melayu dan cina dalam kebanyakkan analisis pandangan di TV ..contohnya di TV3..kalau tanya melayu..banyaknya bersifat ampu, retorik dan penipu..
    kalau tanya cina realistik..bersifat benar dan berterus terang...
    kenapa? sebab cina berhukumkan akal dan daya pemikiran mereka bertunjangkan perjuangan untuk hidup dan untuk kaya.

    pemikiran yang tepat mengakui semua fakta kehidupan, sama ada baik atau buruk, bertanggungjawab, realistik, bersifat perjuangan, kepercayaan,pendirian dan pemikiran ini sebenarnya "tuan" kepada segala apa yang ada pada manusia termasuk tenaganya, nafsunya, emosinya dan segala-galanya.

    pemikiran lah satu-satunya yang diberi hak kepada manusia untuk dikawal sepenuhnya oleh manusia itu sendiri.

    cuba lihat di kalangan orang melayu, siapa yang mempunyai pemikiran yang baik? banyaknya yang ada bersaing dan mahu menjadi orang lain..tidak mahu menjadi diri sendiri. nak kenal pasti manusia berfikiran tepat ialah manusia itu biasanya menarik diri daripada pemikiran ramai, berani memikirkan pemikirannya sendiri lalu dia juga berani menjadi dirinya sendiri. jenis inilah dipanggil seorang pemikir.

    apakah melayu ramai jenis macam ni?

    akta tanah dipinda..kita senyap, tol dinaikkan kita senyap, penyelewengan berlaku kita senyap, segala macam benda yang menjahanamkan kita berlaku dan dilakukan pun kita senyap..kenapa? sebab kita takut..sebab melayu takut..penakut!

    kalau nak bertindak kita tak mau tindakan kita memberi kesan kepada kesenangan dan kemewahan yang sedang kita hadapi..kita akan berada dalam lingkungan zon yang selesa...dan tidak bersedia dan tidak mampu untuk berada diluar zon selesa tersebut...sebab tu kita menjadi pengampu, penakut dan pembohong. ini lah melayu.

    kita tidak membenci kerajaan, malah kita menyokongnya namun kita tidak pula akan membenarkan kezaliman berterusan, sesuatu yang tak kena pada tempatnya itu zalim..ini memerlukan perubahan..dan perubahan memerlukan perjuangan dan perjuangan memerlukan pengorbanan..mampu ke melayu? berani ke melayu?

    melayu akan biarkan segala ketidakadilan berlaku dan akhirnya sehingga kezaliman itu mengetuk pintu rumah masing masing barulah mula nak berfikir menentang kezaliman..itupun masih lagi tidak berani menentang dalam ertikata sebenar melainkan masih menentang dalam zon selesa..dengan maksud lain..apa aku dah ada jangan hilang..kalau ada habuan aku telan..perjuangan boleh ditamatkan bila-bila masa..ini melayu!

    k lah elhakim..nak cakap berjela pun tak abis..melayu tetap melayu sehinga melayu mengubah cara berfikir dan mempunyai kejituan dan ketepatan dalam berfikir.

    ReplyDelete
  7. ya elaku...

    MEMANG AKU SOKONG kau itu.

    aku sindir melayu bodoh.

    tapi aku tak gembira berbuat demikian.

    sindir kita bukan saja-saja.

    itupun ramai tak mengerti...

    ...


    BERKATALAH BENAR WALAUPUN IA PAHIT.

    di blog aku hanya buat POST-MORTEM...

    dan pantang aku syok sendiri dan mengatakan bahawa

    "MELAYU ADALAH BANGSA yang gemilang."

    Melayu bangsa yang dikagumi..

    Melayu bangsa yang digeruni..

    MELAYU KITA.....THE BEST. BANGSA BERDAULAT.

    MELAYU BANGSA YANG PENUH DENGAN LEMAH LEMBUT. BUDI BAHASA.

    MElayu BANGSA AGUNG.

    retorik yang menyakitkan jiwa.

    ReplyDelete