Pertahan Al-Aqsa
Oleh Hadzlihady Hassan
KUALA LUMPUR: Dua pelajar wanita institusi pengajian tinggi (IPT) pengsan selepas bersesak dan berdiri di bawah terik matahari ketika menyertai demonstrasi membantah pencerobohan rejim Zionis, Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, di sini, semalam.
Perhimpunan secara aman yang dianjurkan Gabungan Mahasiswa dan Mahasiswi Islam Malaysia (Gamis) itu disertai kira-kira 1,000 mahasiswa mewakili semua IPT di depan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, di sini.
Mereka mengadakan bantahan selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang dengan berarak sambil membawa sepanduk bermula dari hadapan bangunan Tabung Haji hingga Kedutaan Amerika Syarikat dan berakhir kira-kira satu jam.
Wakil Gamis yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka mengadakan bantahan itu kerana tidak puas hati dengan pencerobohan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa.
“Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan pihak Israel yang jelas mencabuli hak rakyat Palestin.
“Demonstrasi ini dilakukan bagi menentang pencerobohan rejim Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan tindakan kejam tentera Zionis ke atas umat Islam di sana.
“Selain itu, Gamis ingin mengajak orang ramai memboikot barangan Amerika Syarikat yang jelas bersekongkol dengan Israel,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan itu.
Kira-kira 40 anggota dan pegawai Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta polis ditempatkan di kawasan berkenaan untuk mengawal keadaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun, demonstrasi itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang kekacauan dan kekecohan.
Satu memorandum turut diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa.

No comments:
Post a Comment