aku cuba melihat diri sendiri
jauh ke dalam dan cuba memahami
apa yang aku cari dalam hidup ini
banyak perkara aku temui
masih banyak lagi yang aku belum capainya lagi
puaskah aku dengan semua yang aku telah lalui
kepuasan?
gembirakah aku dengan semua yang aku lalui
kegembiraan?
itukah yang aku cari?
rasanya tidak..kerana semakin aku puas
semakin aku mencari
takala aku gembira..aku akan terus mencari juga
kehidupan ini tak pernah berhenti
tak pernah kedekut untuk memberikan aku kepuasan dan kegembiaraan
namun hari ke hari aku masih tetap sama
masih serupa..mencari dan terus mencari...
sampai bila?
kehidupan akan terus ada..selagi dikehendakiNya
manusia akan terus silih berganti menjadi penghuninya
aku?
aku tak akan lama..sampai masa pasti akan pergi jua
lalu ke mana?
sejak azalinya telah dinyatakan
kerana aku percayakan Tuhan
kerana aku percayakan Islam
ye..aku beriman..itu kepastian
dan..
apakah yang aku cari dalam kehidupan ini
kepuasan dan kegembiraan ?
yang tak pernah memberikan aku kesudahan
aku mencari dalam diri
tak aku temui..kerana terlalu tebal keduniaannya
aku mencari di sekeliling kehidupan ini
rupanya..takala aku sedih, gembira, benci, senggsara, bahagia
itu semua adalah panduannya
dalam pencarian hakiki
untuk menjadi hamba yang mampu mengabdikan diri
kepada Pencipa kehidupan ini.
hmm...meh kita cari sama2...hihihihi.....
ReplyDeleteazuna juga sedang mencari dan terus mencari...:)
ReplyDeletemanusia mmg xkan pernah puas dgn sesuatu perkara..mrk akan senantiasa mencari dan terus mencari sehingga la tiba satu tahap mrk penat dan akan berhenti sendiri...
ReplyDeletehehe epel.. mehhhhh hihihihi :p sajak tuk kita berdua tu :D
ReplyDeleteye azuna ..pencarian kita manusia ni tak akan pernah ada titik nohtahnya.. cumanya kekadang terfikir..apakah pencarian yang sebenarnya?banyak yang ada hanyalah pencarian yang bersifat semasa kan :)
ReplyDeletebetul tu chii.. akhirnya kita akan penat dan menjadi terlalu penat sehinga tak mampu lagi untuk meneruskan pencarian..yang ada hanya angan angan saja...
ReplyDeletepencarian sebenar bagi manusia ni adalah kebahagiaan..namun erti kebahagiaan pada setiap orang adalah berlainan..
kalaulah kebahagian tu terletak pada sesuatu yang indah dan mahal..atau pada kehebatan dan pada sesuatu yang lain selain Allah nescaya manusia akan berbunuhan sesama sendiri ...tapi bagi kita orang Islam...kebahagiaan adalah bilamana kita dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan sepenuhnya.... kita cuba dan terus mencuba walau seringkali tersilap simpang dalam laluan menuju keredhaanNya.....
cari dalam cari :)
ReplyDelete