Saturday, October 07, 2006

Menuju Puncak



Di sudut ini aku memandang tinggi
Dari aras bawah sekali
Melihat puncak diselaputi awam putih
Indah dan nyaman

Di sudut ini aku memandang tinggi
Betapa puncak itu mampu dicapai
Mengapa tidak kalau ada niat
Mengapa tidak kalau ada hasrat
Mengapa tidak kalau ada kudrat
Mengapa tidak kalau ada gerak

Di sudut ini aku memandang tinggi
Puncak kejayaan yang putih bersih
Bakal menjanjikan seribu satu nikmat
dalam kehidupan yang singkat

Menuju Puncak
Ku kayuh minda ini secepatnya
Ku larikan usaha ini sedapatnya
Ku pintal semangat yang ada
Ku kaitkan hubungan yang mesra
Sesama kita, di kalangan kita

Menuju puncak
Menuntut kesedaran
Mengheret yang lemah
Memapah yang kurang

Menuju puncak
Ku doakan takdir ini agar berubah
Dengan usaha dan ukhwah
Ku ubah kemudi kehidupan
Menjadi haluan kejayaan

Menuju puncak
langkah pertama tidak berjaya
langkah kedua juga gagal
kita rintis langkah ketiga
kalau masih gagal juga
kita bina langkah seterusnya

Menuju puncak
Seorang mengubah ramai
Ramai mengubah kehidupan
Rahmat dari anugerah
Berkat dari kurniaNya
Mengapa tidak kerana jalan telah ada
Mengapa sukar kalau bukan kita yang mencipta
Kita hanya menurut apa yang sedia ada
Melengkap sudut mengukir jaya

3 comments:

  1. Anonymous2:20 PM

    Salam :)

    siapa yg tak teruja melihat pemandangan sedamai itu kan pena...
    tapi kebelakangan ini pemandangan mata disakiti oleh jerebu yg melukakan hati. terluka kerana ada pihak yg seakan sengaja mengundang bencana ini tatkala monsun barat daya bertiup ke arah malaysia, brunei dan singapura....

    ReplyDelete
  2. salam :)

    betul insyirah..semua teruja dengan pemandangan sedamai itu..

    angkara manusia ..memang manusia ni kekadang susah nak faham kan.. kalau yang buat tu kena tak pe..ni semua kena tanggung huh.. marah skit ni huhuhu :P

    ReplyDelete
  3. kembara ku juga ingin menuju puncak seperti mu jua...yes menuju puncak...yes yes yes ganbatte...

    ReplyDelete