Thursday, October 19, 2006
Menongkah Arus
aku perhatikan ikan-ikan di air terjun ini
mengapa menongkah arus
mengapa mencari susah
aku terfikir...bukankah lebih baik mengikut arus
kan lebih senang macam tu
tenaga pun tak terbuang
aku berfikir lagi...
apakah itu takdirnya
mungkin ketetapan azali
dari Pencipta Yang Maha Esa
memang benar ianya dicipta seperti itu
tapi pasti ada hikmahnya tersendiri
sebab Dia Maha Pencipta
pasti lah tidak sia-sia walau sebesar zarahpun
kalau ikan-ikan itu mengikut arus
pasti hidupnya tak lama
kerana dari tenaga yang dibuang itulah dia boleh hidup
kerana menongkah aruslah dia peroleh makanannya
kerana menongkah aruslah lahir kekuatannya
aku cuba membadingkan dengan manusia
kalau tak menongkah arus mana mungkin ada perubahan
kalau tak menongkah arus mana mungkin ada inovasinya
sebab menongkah aruslah manusia berubah
manusia mencipta tamadun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang benar bila di pk pk kalau kita menongkah arus banyak untungnya, kalau kita menongkah arus, banyak hikmah nya, dan kalau kita menongkah arus banyak ranjau dan duri perlu kita rasai...berbanding dgn org yang mengikut arus, ikut saja apa y org lain buat, ikut saja apa yg org lain tetapkan...memang tak mencabar..pk jangan tak pk ya..hehe
ReplyDeletesaya suka puisi ini..tentang kehidupan. tapi tak sempat nak komen lebih lebih . nak raya dulu pasni boleh komen ke kondem ker ek ek
ReplyDeletehehe azuna.. azuna menongkah arus ke tak ke sama je.. sebab dah bijak mengawalnya..yang susah kalau macam musafir ni.. dua dua susah nak kawal.. nongkah arus tak kuat tenaga..ikut tak reti nak control..asyik babas jek kekek :)
ReplyDeletehaha sila sila fireslies.. bantai jek kalau sudi heheh :P
ReplyDelete