Friday, October 06, 2006

Ombak dan Pantai



nyamannya menghadap laut luas terbentang
alunan suara ombaknya sungguh mengasyikkan
bebuih airnya diantara gelombang
camar putih bebas berterbangan
indahnya panorama alam

aku disini....diantara khayalan dan kenyataan
diantara harapan dan kekecewaan
cuma menghubungkan lautan dan daratan
aku banyak melihat kedukaan dari kegembiraan

aku cuba menafsirkan alunan kehidupan ini
cuma mencari jawapan dalam begitu banyak pertanyaan
apakah ombak sebenarnya penyeri alam
atau desiran angin yang membawa pengertian
mungkin juga pepohon nyior membuahkan harapan

ombak dan pantai
manusia dan alam
kasih dan sayang
cinta dan harapan
begitu banyak yang terluka dari gembira

apakah daya ku sebatang kara
aku bukan setia seperti ombak dan pantai
kalau aku sehebat langit di atas sana
mungkin aku akan hamparkan pelindung kedukaan utk semua
tapi tidak mungkin...kerna aku manusia biasa

wahai ombak dan pantai
maafkan aku dengan bicara ini
tapi kau harus mendengarnya juga
kerana aku dan kau adalah sebahagian dari kehidupan ini
mereka terluka kita merasa sama

semalam ombak dan pantai berbisik lagi
jalinan yang saling mengerti dan serasi
tika ombak mengganas..pantai susah dihati

mereka tahu bahawa di daratan manusia semakin berani
semakin berahi dengan kemusnahan duniawi
kedamaian yang semakin sukar dicari
keinsanan yang terlalu jauh untuk difahami

4 comments:

  1. uwahhh bestnya puisi ni...

    bila aku baca puisi ni srmacam aku sedang berbicara dengan diri ku sendiri...

    Bila kaki ini cuba menjejak pepasiran di pantai, seribu ilham datang padaku...

    deruan ombak yg berbunyi seolah-olah ingin berbicara dengan ku...tanpa mengira siang atau malam.

    Tapi maafkan aku ombak,
    aku tak dapat menemani mu selalu,
    sebab aku ada tanggungjawab yang perlu aku penuhi..

    Tapi aku pasti pulang padamu..
    kembali untuk menemani lagi..
    sebab aku anak laut. :))

    ReplyDelete
  2. pantai dan lautan adalah sejuta satu ilham, namun tak semua insan dapat memahaminya...

    ye kita anak laut yang mampu memahami bahasa ombak... kita mengerti erti bayu yang bertiup..lengok tari pepohon nyior melambai..

    kita dan laut seolah sebati dalam satu ikatan yang sukar dihuraikan.. dimanapun kita..pasti bisikan laut mengusik qalbu kita..dan kita menjadi semakin rindu untuk kembali ke dakapannya.

    dan.. aku juga pasti kembali..kerana aku juga anak laut :))

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:35 AM

    sgt suka g pantai..
    terutamanya waktu mlm..
    dpt lihat pemandangan ...
    pastu dok di gigi air..menantikan ombak kecil dtg.
    ehehe..jgn sampai tsunami udah la yer

    ReplyDelete
  4. heheh chii..waktu malam di pantai memang indah..

    takala malam memagari pandangan..bunyi ombak menghempas kecil..cahaya bulan pula memancar sinarnya..bayu mengelus lembut..

    semua itu sukar untuk diungkapkan..apa lagi kalau insan yang dilamun cinta macam chii ni kihkihkih :)

    ReplyDelete