ko orang terfikir tak apa yang aku fikir? suatu perkara penting yang aku tak nampak ada dalam majlis gemilang macam ni...pelik ek.. kalau perkara penting yang patut ada tak ada..macam mana nak ada perkara penting yang lain dalam negara ini? kepimpinan melalui teladan? hihihi lawak betul.... ko oran g fikir sendirilah ek....
Kenyataan :-
Lebih 1,000 termasuk menteri terdiri dari Datuk Seri Syed Hamid Albar,Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad,Datuk Bernard Dompok ,sebilangan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara, pimpinan politik,pegawai kerajan dan orang korprat hadir di majlis itu.
Dr Fazley dan Azrene yang telah bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar di Bukit Damansara 7 November lalu kelihatan menitiskan air mata mendengar ucapan itu pada penghujung majlis.
Azrene ialah anak kepada isteri Timbalan Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya.
Yaakob dalam ucapan itu antara lain berkata , “Dan percayalah kata bapa hari ini, Allah maha berkuasa, walaupun kita sebagai manusia hanya kita boleh merancang segala strategi namun Allah juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri untuk menentukan segala
ketentuan.
"Percayalah anakku berdua, biar terpaksa mengharungi rebut, taufan, petir, ombak dan badai, walaupun punyai penuh dengan kemungkaran manusia yang bertuankan iblis dan syaitan.
"Pada puteri Azrene Soraya, bapa, ibu dan seluruh keluarga sungguh-sungguh terharu di atas sifat kemuliaan, sifat keikhlasan, sifat yang mempunyai cirri-ciri seorang puteri yang solehah yang ada pada diri Azrene, Insyaallah, yakinlah, percayalah, kehadirian Azrene
dalam keluarga ibu, bapa sekeluarga akan memberi seribu cahaya dan seribu makna dan yakinlah bahawa Allah yang maha berkuasa yang menentukan seglanya.
"Terima kasih kerana sudi datang dan merestui majlis ini…" kata Yaakob yang juga Setiausaha Kerja Barisan Nasional kepada Agendadaily ketika ditemui di pintu masuk Dewan Merdeka setelah hampir sejam berdiri melayani hadirin yang berangkat pulang selepas selesai majlis persandingan itu .
Ditanya tentang perasaan dan kehadiran di majlis tersebut, beliau berkata,” semuanya selamat, semua OK dan kehadiran ramai".
Dr Fazley,selain seorang artis merupakan seorang Naib Presiden serta Pengarah Eksekutif Putrade Management dan Putraworld Trade Centre Property (PWTC) Kuala Lumpur dan Azrene pula seorang peguam.
Mereka bertemu di London pada 1 April 2005 telah membawa bibit cinta dan hingga melangkah kejinjang pelamin.
Mas kahwin bernilai RM80 manakala hantaran berjumlah RM37,393.13 .
salam,
ReplyDeletebaru semalam puteri tergerak hati nak tanya pena..bila nak buat entri berkenaan perkhawinan Fazley. rupa-rupanya dah buat pun. Tapi entri ni lebih kpd ajakan utk berfikir dan bukan komen dr pena semata. pas ni puteri nak tgu plak entri pena mengenai program realiti MENTOR....tentu ada lbh banyak komen kan? :)
w'salam insyirah
ReplyDeletenak tunggu entry pasal program realiti MENTOR ek.. jawab sini je lah hehe
program realiti ni apapun tajuknya..yang berkonsepkan hiburan yang pastinya datang dari barat..semua ni idea barat..
barat sesuailah sebab inilah ketenangan bagi mereka, mereka dah lalui berbagai cerita kehidupan dan akhirnya mereka rasa perlukan sesuatu untuk tenang.. so inilah juga ruang yang dimanipulasi oleh media elektronik dinegara mereka bagi mencipta keuntungan...
akhirnya apa jadi? sumbangan program2 seperti ini dalam keruntuhan moral sangatlah besar..semua nya menjadi teruja untuk sama sama menikmati dan berada dalam situasi khayal seperti itu..
tak perlu dadah untuk khayal..ni bukan saja remaja malah ibubapa dan semua lapisan masyarakat...
tambahan plak orang melayu biasalah kalau terbawak bawak dan hanyut dalam budaya macam tu..
masalahnya insyirah..kita bukan baik sangat pun..kita sendiri pun sama teruja dan khayal macam yang lain ahakssss heheehee
kalau ini berterusan lama kelamaan akan menjadi budaya dan seterusnya lahirlah begitu banyak masalah hasil dari pegangan budaya macam tu..
iskk tak tau la apa nak jadi...(kata kat diri sendiri ni :p )
chii masih x dpt tangkap apa yg sedang difikirkan..
ReplyDeletetak salah chii kalau tak dapat tangkap sebab tak de clue yang boleh dijadikan landasan ...
ReplyDeleteoklah bagi clue sikit.. kalau sebuah perkahwinan bagi seorang anak..siapakah paling penting yang sangat-sangat diharapkan hadir?
ahakssssssssssssssssss :p
haritu lihat.. terbaca pada iklan TV9..
ReplyDeletelihat pada agamanya..
tapi mungkin mereka ada duit lebih, jadi tak salah mungkin untuk mereka buat begitu.. untuk jemput siapa yang hadir.. beri keistimewaan.. mungkin yang datang, memang ramai saudara mara dan sahabat handai sewaktu belajar.. siapa tahu.. sebab saya sendiri pun tak ada waktu Dr. Fazley buat walimah..
incik.. boleh incik jelaskan, sebenarnya.. apa yang berkat dalam satu-satu walimah...
kalau tengokkan.. pada press.. Dr.Fazley hanya mengikut cakap ibunya.. syurga di bawah tapak kaki ibu..
apa pun.. alhamdulillah.. mereka sudah bernikah.. dah tertulis di loh mahfuz jodoh mereka. :) alhamdulillah..
ahaa ikoko.. apa yang berkat ek..tak tau la dari sudut agama secara tepatnya..bukan ustaz :)
ReplyDeletetapi walimah ni adalah majlis kita bersyukur..nak bagitau orang perkara yang sangat baik..perkara baik macam perkahwinan digalakkan untuk disebarkan...
masalahnya sekarang ..orang buat majlis sebab nak carik keuntungan.. ada lah jenis macam ni.. macam perniagaan pulak.. jemut dato' tan sri orang orang berada..
wahal sebenarnya lebih afdhal kita jemput anak anak yatim, orang miskin ke, pelajar-pelajar ke etc...
sebenarnya bukan entry tu bukan atas sebab tu...tapi ada suatu perkara yang sangat penting bagi musafir lah kan..perkara penting ni besar kesannya pada negara kita :)
apa ek? ahaa nanti nak tambah kenyataan pada entry tu sikit lagi..
mestilah ibu bapa...
ReplyDeleterestu mrk sgt2 diharapkan..
disamping ahli keluarga yg lain..
dan juga saudara mara....br la meriah..
kalo setakat org kenamaan ...erm..no komen
hahahhha chii u got the point!! bagusnya kalau boleh elaborate lagi skit chii .. sila sila heheheh
ReplyDeletekalau beranilah hhhehehehh :P
salam pena,
ReplyDeletehmm....puteri pun tak leh nak komen apa-apa berdasarkan gambar Azrene menangis tuh...tapi jika nak kaitkan ia dengan soal restu boleh jadi juga..sebab menurut sumber yg boleh dipercayai (seseorang yang telah menghadiri majlis perkahwinan tersebut di Seremban & PWTC)mengatakan bahawa ibu kepada Azrene iaitu Datin Rosmah tak merestui perkahwinan ini. That's why tak nampak langsung kelibat dia dlm gambar2 perkhawinan tersebut. Apa-apapun...wallahu'ahlam.
ahaa puteri.. apa apa pun walahualam kan...cumanya kita ni mampu melihat yang kasar ..yang zahir je..
ReplyDeletetu lah kelibat tak kelihatan langsung... andainya.. ni seandainya ketidakhadiran tu sebab marah ke apa ke yang melibatkan perasaan maka ianya tidak rasional lah kan..
kalau soal perasaan kita tak bleh nak kawal..macam mana nak pimpin masyarakat kan.. sebab perasaan individu dalam masyarakat lagi ramai ..lagi berbagai kan :))
susah nak pk ni.. err susah ke..sebenarnya nak type tu yang susah...bila bleh pk tak bleh nak type hehehhe biasalah kan.. timun ngan durian :P
durian pun..adakalanya ulat gak yang untung ..nampak je berduri tapi ulat mudah je meyusup masuk hihihi
aiyakkk...tak baik la....berburuk sangka...kita tak boleh nilai semua tu..issshhh....mmg la sy pn tau kisah anak beranak rosmah ni..tp restu ke tak restu...tu hal family dia org la, kita tk pernah tau lebih dr tu..so kita x boleh la bincang yg melebihi kemampuan dan kedudukan kita sebagai orang luar yg tak tau kisah sebenar.
ReplyDeletebuat majlis kawen biasanya jemput saudara mara, kawan²..so kawan² dia mmg dari golongan org berada, kita nk wat mcm mana..kalau kawan² kita layaknya dok umah low cost, yg dtg tu la kawan² kita....kalau kawan² dia org² berpengaruh...dok kawasan elit, yg kita nmpk itu la....rasanya tak der la cacat cela..normal la...kawan² dan saudara mara dia org kaya².
berry
bukan buruk sangka berry..kita rakyat dia pemimpin..jadi hak kita nak ambik tau apa dia buat..sebab semua tu beri kesan pada kita jugak..
ReplyDeleteyang jadi persoalan ialah ketidakhadiran dia..tak kan tak bleh nak persoalkan pasal tu kan ..dah nampak tak de..memanglah timbul bersoalan..
pasal dia buat majlis besar cam tu ..tak kisahpun..tu hak dia..
kita tak bincang melebihi hak kita sebagai orang luar tapi kita bincang dalam hak kita antara pemimpin dengan rakyat ..tu je..
paham kan berry? :P hehhe
a,ah. salah satu golongan yg harus diumpat adalah pmimpin yg zalim. camaner nk jd teladan kawin anak pun xdtg, nmpak sgt x ambk pduli dgn ank sndiri
ReplyDeleterosmah tak restu that wedding ke?oo ingat kan dia mmg buang anak dia dr awl lagi..tatau psl ni..tp kenapa sbnarnya
ReplyDeleteRosmah tu mnusia btopengkan syaitan..bomoh dia tu tuhan dia..kita jgn jd bodoh la sokong org mcm tu..celik la mata tu...
ReplyDelete