Wednesday, December 06, 2006

Tiada Pilihkasih Terhadap OKU?




Asalamualaikum wrt dan salam sejahtera


Mari kita sama sama clearkan isu yang ada ni secara logik dan
rasional. Pertamanya isu ini bukan berkait dengan soal diskriminasi
sahaja. Soal diskriminasi adalah isu sampingan. Peruntukan dah ada
yang disediakan oleh UPEN Terengganu, maksudnya kerajaan negeri dah
luluskan peruntukan tersebut melalui mesyuarat EXCOnya.

UPEN serahkan tanggungjawab tu kepada Pegawai Daerah Marang bagi
membentuk mekanisma perlaksanaannya. Maksudnya dari segi syarat,
kelulusan dan pemilihan kontraktor semuanya akan ditentukan oleh
Pejabat Daerah Marang iaitu oleh Pegawai Daerah MArang.

Masalahnya yang dibangkitkan oleh penduduk Taman Rahmat ialah :-

1. Jumlah peruntukan yang tak sama
2. Soal Kualiti kerja KONTRAKTOR

kalau soal jumlah peruntukan, ianya bukan masalah besar. Pegawai
Daerah Marang boleh mengadakan pertemuan dengan penduduk Taman Rahmat
bagi menerangkan kedudukan yang sebenarnya. Bukan ramai sangat
penempatan OKu di sana tu yang kebanyakkannya adalah penempatan OKU
Penglihatan dan Anggota. Mekanisma dan syarat itu harus dijelaskan.
Ini mesti dilakukan walaupun kedudukan pendidikan mereka rendah ke apa
ke. Perlu diingat di sana adalah penempatan keluarga, begitu ramai
anak anak mereka yang bijak dan cerdik. Boleh menilai dan melihat
kebenaran yang disampaikan. Jangan kerana mereka miskin maka sesi
penerangan tidak perlu, mereka mesti patuh dan terima apa saja yang
diberi walaupun begitu banyak persoalan yang timbul.

Perkara kedua tu mesti dipastikan betul-betul oleh Pegawai Daerah
Marang. Soal kualiti kerja, jangan biarkan kontrator itu lakukan kerja
sesuka hati tanpa pengawalan. Walaupun mereka miskin tetapi mereka
adalah anak Terengganu, mereka punya keluarga dan kehidupan, mereka
mesti diberi layanan yang baik. Segala kerja-kerja itu mesti
dilakukan dengan betul. Ini hakikat yang perlu difahami oleh Pegawai
Daerah Marang.

Perlu dipastikan agar tiada sebarang kaitan politik dalam isu ini agar
semuanya dilakukan dengan betul dan atas dasar tanggungjawab KERAJAAN
NEGERI TERENGGANU KEPADA RAKYATNYA.

so kalau nak ulas isu ini mestilah menitikberatkan soal kualiti dan
ketelusan. Mesti ada juga campurtangan EXCO yang berkaita bagi
memastikan semua pihak mematuhi peraturan. Kalau penduduk masih lagi
rasa ada yang tidak kena, mereka boleh membuat aduan rasmi kepada
kerajaan negeri dan BPR.

______________________________________________________________
HARIAN METRO: 06 .12. 2006

Tiada pilih kasih terhadap OKU

Oleh Tuan Maheran Tuan Shaffee



KUALA TERENGGANU: Tiada unsur pilih kasih terhadap 60 keluarga Orang

Kurang Upaya (OKU) di Taman Rahmat, Marang, walaupun terdapat

perbezaan hasil kerja pembaikan kediaman mereka.



Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang, Jaihani Ismail, berkata terdapat

salah faham di kalangan penduduk OKU apabila mereka menganggap setiap

rumah mendapat peruntukan RM5,000 bagi kos pembaikan.



Beliau berkata, pihaknya diarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri

(Upen) membaiki kediaman dengan kos maksimum RM5,190 seunit melalui 20

kontraktor yang dilantik Pejabat Daerah.



"Namun, bukan semua rumah berhak mendapat pebiayaan maksimum kerana

peruntukan diberi bertujuan menggantikan kerosakan sahaja," katanya.



Jaihani berkata, sebelum menjalankan kerja pembaikan pihaknya sudah

menghantar wakil bagi membuat penilaian tahap kerosakkan setiap kediaman.



"Ketika itu, penduduk berpeluang mengadu dan berbincang mengenai

kerosakan dialami sebelum kerja pembaikan dijalankan.



"Oleh itu, kerja pembaikan berdasarkan penilaian wakil kami dan juga

kehendak penduduk.



"Namun, harus difahami bukan semua kehendak penduduk dapat dipenuhi

kerana peruntukan terhad," katanya.



Harian Metro semalam, melaporkan hampir 60 keluarga terdiri daripada

OKU mendakwa berada dalam dilema apabila kerja pembaikan kediaman oleh

kontraktor dilantik seperti melepaskan batuk di tangga.



Penduduk mendakwa kerja pembaikan membabitkan dapur dan tandas tidak

sempurna selain menimbulkan tanda tanya berikutan terdapat perbezaan

terhadap hasil kerja setiap kediaman.



Sementara itu, ketika mengulas kebimbangan penduduk yang terpaksa

menggunakan pendawaian elektrik usang, Jaihani berkata, pihaknya belum

mendapat peruntukan.

No comments:

Post a Comment