apabila ini berlaku.. semua bersalah! Kerajaan Malaysia bersalah, MUFTI bersalah, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam bersalah..termasuk aku bersalah..cumanya masing masing bersalah atas kapasiti masing masing... mana mana ada kuasa siasat dan bertindaklah...
kalau dah Al Quran kitab suci kita sudah berada di longkang-longkang siapa lagi yang boleh berkata ianya bukan salah kita? aku tak tau apa lagi selepas ini.. mudah-mudahan Allah tidak menurunkan balanya kepada kita semua.. sama samalah bertindak walau dengan membenci dalam hati sekalipun kepada perbuatan jahat dan hina ini.
sama-samalah kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menyelamatkan kita dari kehancuran...dan kebinasaan... ameen
______________________________________________________
Al-Quran dalam longkang
“Setiap hujung minggu, saya bekerja sambilan membaiki paip rosak atau membersihkan kawasan bangunan dan tergerak hati membersihkan longkang. “Saya mulanya menyangka ada buku tebal terendam dalam longkang, tapi sebaik mengangkatnya saya dapati ia al-Quran. Selepas itu, saya menemui senaskah demi senaskah kitab suci itu dalam keadaan menyedihkan,” katanya yang bekerja sambilan membersih longkang.
Mohd Anuar berkata, dia melaporkan penemuan itu kepada Pejabat Mufti tengah hari semalam untuk tindakan lanjut. “Saya tidak salahkan syarikat itu kerana mereka hanya membeli kertas dan buku lama tapi saya kesal dengan sikap pihak yang tidak menghormati al-Quran dengan menjualnya umpama buku buruk,” katanya yang ditemui di Masjid Sikamat di sini, semalam. Sementara itu, tinjauan pihak berkuasa agama juga menemui puluhan al-Quran dalam keadaan hancur akibat terendam lama di dalam longkang, terkena najis anjing, ditindih kertas serta papan buruk, terkoyak dan disaluti lumpur.
Berdasarkan cop di buku teks itu mendapati ia dihantar dari sebuah sekolah di Jasin, Melaka. Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti negeri, Mohd Khir Johari Abas, berkata selepas menimbang al-Quran itu, pihaknya mendapati keseluruhannya seberat kira-kira 220 kilogram. “Kita tidak pasti bilangan naskhahnya kerana ada antaranya sudah rosak teruk dan hancur,” katanya.
Beliau yang terkilan dengan perkara itu berkata, sepatutnya pihak yang mahu melupuskan kitab suci merujuk kepada jabatan agama di tempat masing-masing. “Tindakan ini dilihat seperti tidak menghormati al-Quran sebagai kitab suci,” katanya.
good day!
ReplyDeleteKeep up this great resource.
We enjoyed visiting your website very much. You have to look at this too.
Check this:
http://lexapro.butkel1.org/ lexapro
Thank's!
salam :)
ReplyDeletemalangnya apabila umat islam sendiri sudah tdk ada rasa utk mengagungkan kalam Allah.... sedangkan jasad quran itu sendiri di letakkan sama taraf dgn sampah.. bagaimana pula utk menjiwai firman Allah yg termaktub di dalamnya.
apabila tiada lagi rasa memartabatkan akidah islam sendiri, maka bersedialah utk menerima bala yg terus mendatang...
bukankah segala petanda sudah jelas di depan mata kini....
benar puteri...
ReplyDeleteKitab suci diperlakukan sedemikian rupa, namun tiada suara jelas dari mana mana pihak yang marah dan mengambil tindakan tegas...kalau sikap ini berterusan..apakah akan terjadi selepas ini..apakah yang lebih teruk dari Kitab Suci Al Quran diperlakukan sedemikian ..dihina??
takala segala kemungkaran sudah dianggap biasa..hatta sampai Al Quran dicampak ke longkang pun masih sabar..masih tidak mahu menunjukkan kemarahan .. rasanya sudah sampai masa bala Allah pasti akan datang.. dalam bentuk dan rupa yang mungkin tidak terfikir oleh kita....
kalau tsunami kita terkejut bukan kepalang.. tak taulah apa akan jadi selepas ini.. wallahualam