Wednesday, December 27, 2006

Ombak kedewasaan...............



kita dilamun ombak kedewasaan

yang saban hari disaji dengan pelbagai dugaan

kita keliru dan adakalanya sukar hendak digambarkan

kita sesat dek kedangkalan memahami erti sebenar kehidupan

dulu...
tika dipelukan bonda
kita selesa..tiada kekeliruan yang bisa bertapa
di benak akal kita..
kita bebas dan sejahtera...
kita selamat ..gembira semaunya

dunia dan cerita kehidupan manusia
tidak bezanya dengan haiwan melata
kekeliruan kerap bertandang di benak kita
ada antara kita yang tumpas dan terus derita

ombak kedewasaan ini hadir dengan berbagai rupa
kita lah pelaut di dalamnya
dengan sampan yang kita cipta
dan pecah....kita lemas di dalamnya

ombak kedewasaan ini mengajar tentang segalanya
kekuatan kita adalah Yang Maha Esa
keimanan kita adalah bahtera yang nyata
meredah pelbagai ujian dariNya

dunia terus berputar ibarat roda
dunia juga berubah isi dan pengisiannya
kita manusia berada di dadanya
sama merasai perubahan dalam ketentuan takdirNya

hulurkan tanganmu wahai saudara
kita satukan hati-hati kita
kita anyam menjadi realiti yang nyata
kita tentukan corak kita
bakal menghadapi dugaan yang bakal tiba
yang pastinya lebih mendebarkan sukma

2 comments:

  1. Anonymous2:07 PM

    ya,
    dan sebagaimana ombak...kedewasaan jua ada masa bergelora...ada masa tenangnya. dan itulah rencah yg mendewasakan kedewasaan itu sendiri...

    wah! kali ini tersentuh betul membaca nukilan pena....
    anyway...smga tabah menghadapi ombak kedewasaan

    jangan sedih2 lagi ngan kehilangan teratak k. ni ada forum baru : http://teratakian.clicdev.com

    ReplyDelete
  2. ahaa dah ada teratak baru ye.. terima kasih puteri :)

    ReplyDelete