Satu daripada lima rakyat Malaysia percaya bahawa hidup mereka kini sangat tertekan, dan kesukaran untuk mengimbangkan kehidupan dengan kerja menambah tekanan kepada mereka, demikian menurut syarikat risikan pasaran global, Synovate. ___________________________________________________________________ Aku bukan nak pertikaikan kajian ni, namun bagi aku agak longgar kaedah atau cara kajian dibuat. Walaupun kaedah aku pertikaikan, hasil kajian tu boleh dipakai jugaklah, bukan apa ..bagus untuk pihak-pihak tertentu mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan ini. Tekanan bleh buat sakit jiwa, bukan saja masalah besar malah masalah kecil pun, bila dah berlarutan, berpanjangan akan jadi masalah besar gak. Kita mungkin sakit jiwa kalau:- 1. Kita jumpa orang yang salah pada waktu yang salah dan dia bercakap perkara yang salah. 2. Orang yang betul bercakap perkara yang betul pada masa yang salah. 3. Orang yang salah bercakap benda betul pada masa yang salah. 4. Orang yang salah bercakap perkara yang betul pada masa yang betul. tapi..kita tak akan sakit jiwa kalau jumpa:- # Orang yang betul, bercakap perkara yang betul pada masa yang betul.
Pengarah Urusannya (Malaysia) Steve Murphy berkata berdasarkan kajian syarikat itu terhadap 10,000 penduduk di Semenanjung Malaysia, 28 peratus orang Cina mendakwa mereka merasakan tekanan berbanding 22 peratus India dan 18 peratus Melayu.
"Di sebalik peningkatan tekanan perasaan dalam kalangan rakyat Malaysia ini, institusi perkahwinan masih tetap kukuh," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur Selasa.
Beliau berkata hasil kajian mendapati dua pertiga daripada rakyat Malaysia bersetuju bahawa kehidupan berkeluarga adalah lebih baik daripada hidup bersendirian dan kajian itu juga menunjukkan rakyat Malaysia menghargai institusi perkahwinan.
Bernama melaporkan Murphy berkata walaupun kebanyakan rakyat Malaysia percaya kehidupan berkahwin lebih baik daripada hidup bujang, lebih satu pertiga daripada mereka mahukan kejayaan dalam kerjaya.
Walaupun rakyat Malaysia mempunyai hubungan keluarga yang kuat dan percaya dengan perkahwinan, ramai yang cuba mencari keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan berkeluarga.
"Rakyat Malaysia sependapat dalam pandangan mereka mengenai nilai kekeluargaan tetapi mendapati ia bertambah sukar untuk menggabungkan nilai itu dalam kehidupan mereka yang sibuk dan moden," katanya.
Beliau berkata hampir 72 peratus daripada rakyat Malaysia mengakui bahawa mereka masih suka mendapatkan pandangan ibu bapa mereka dan kebanyakan mereka percaya akan peranan keluarga serta berharap untuk membina keluarga sendiri.
"Bagaimanapun, dengan hanya kurang satu pertiga (31 peratus) daripada rakyat Malaysia yang dibanci percaya bahawa seseorang itu tidak boleh mempunyai kerjaya dan keluarga yang bahagia dalam satu masa, adalah jelas bahawa ramai mendapati sukar untuk menyeimbangkan antara mengekalkan komitmen keluarga dan tanggungjawab terhadap tugas mereka," katanya.
Murphy berkata masyarakat Cina adalah kumpulan yang paling berdikari dengan 56 peratus bersedia mendengar pendapat ibu bapa mereka berbanding 79 peratus Melayu dan 77 peratus India.
"Sebanyak 72 peratus orang Melayu dan India (62 peratus) percaya dengan perkahwinan yang bahagia, manakala responden yang berumur lebih 30 tahun (72 peratus) percaya perkahwinan adalah lebih baik daripada tidak berkahwin berbanding dengan golongan muda yang berusia 15 hingga 19 tahun (48 peratus) dan 20 hingga 24 tahun (57 peratus)," katanya.
Beliau berkata kajian itu dibuat di Malaysia, Hong Kong, Filipina dan Thailand, dan dilakukan secara temubual serta melalui telefon.- 30/1/2007
mungkin disebabkan tekanan idup utk bersaing ngn pnduduk bumiputera menyebabkan org cina ramai yg tertekan..
ReplyDeletedisampin tiada pegangan agama spt agama islam yg mempunyai cara2 utk release dgn mendekatkan diri pd pencipta-Nya
alhamdulillah
betul tu chii.. peranan agama sangat penting dalam menghadapi apa saja ujian dan perkara.
ReplyDeleteSenjata utama dalam menghadapi apa saja apalagi arus globalisasi sekarang ini yang memuntahkan segala macam isi perutnya adalah AQIDAH.
hanya dengan aqidah yang teguh saja kita mampu menghadapi segala ujian dan tekanan.
ya. aku memang penderita sakit jiwa.
ReplyDeletesakit jiwa dengan fenomena perangai pembesar-pembesar negara sekarang ini.
he...he...he..
hahahahahhaah sakit jiwa ko susah nak diubat..pembesar negara tu melayu..melayu tu apa? ko lebih arif kan elhakim hihi
ReplyDeleteelhakim penderita sakit jiwa??
ReplyDeletekesian......kesian BIG TIME...
semua benda nak pikir teruk2, tu yang sakit jiwa tuu..
cuba cool skit, bagi tenang jiwa tu...
kihkihkih :)
setelah dibaca info nya sangat bagus
ReplyDeleteterimakasih gan