Thursday, October 19, 2006

Menongkah Arus


aku perhatikan ikan-ikan di air terjun ini
mengapa menongkah arus
mengapa mencari susah

aku terfikir...bukankah lebih baik mengikut arus
kan lebih senang macam tu
tenaga pun tak terbuang

aku berfikir lagi...
apakah itu takdirnya
mungkin ketetapan azali
dari Pencipta Yang Maha Esa

memang benar ianya dicipta seperti itu
tapi pasti ada hikmahnya tersendiri
sebab Dia Maha Pencipta
pasti lah tidak sia-sia walau sebesar zarahpun

kalau ikan-ikan itu mengikut arus
pasti hidupnya tak lama
kerana dari tenaga yang dibuang itulah dia boleh hidup
kerana menongkah aruslah dia peroleh makanannya
kerana menongkah aruslah lahir kekuatannya

aku cuba membadingkan dengan manusia
kalau tak menongkah arus mana mungkin ada perubahan
kalau tak menongkah arus mana mungkin ada inovasinya
sebab menongkah aruslah manusia berubah
manusia mencipta tamadun

Monday, October 16, 2006

Keterbukaan


Aku tertarik dengan apa yang berlaku dalam politik semasa kebelakangan ini. Setelah begitu lama berada dalam suasana "terkurung" lalu sekarang keadaannya berubah setelah Pak Lah mengambil alih pemerintahan negara. Aku tidak menyalahkan sesiapa cumanya apa yang aku faham, masing-masing PM ada cara dan kaedah yangberlainan. Aku suka cara Pak lah ini, keterbukaan yang bersifat telus.

Keterbukaan Pak Lah ini disalah ertikan dengan masing-masing menafsirkannya sebagai peluang dan ruang untuk bercakap dan mengkritik secara bebas tanpa had dan sekatan perundangan syariat,perundangan negara dan moral. Ini lah kesilapan yang berlaku baik di kalangan rakyat maupun pemimpin. Pak Lah pada pandangan aku mahu keterbukaan ini dilihat dari aspek tanggungjawab. Masing-masing boleh bercakap tetapi mesti berlandaskan tanggungjawab dan amanah. Kalau rakyat kepada tanggungjawab dan amanah rakyat terhadap negaranya...kalau pemimpin tanggungjawab dan amanah terhadap rakyatnya dan kepimpinannya.

Niat tidak baik, ada kepentingan, melampaui batas agama, perundangan dan moral menjadikan kerterbukaan ini dicemari dan membawa kesan buruk kepada sesiapa saja termasuk negara.
Aku mungkin faham kalau ada rakyat yang tersasar kefahamannya terhadap keterbukaan ini namun aku sungguh tidak faham kalau seorang seperti Presiden Parti Gerakan juga boleh tersasar dari memahami maksud sebenar keterbukaan ini. Sengaja tidak faham atau memang tidak mahu faham... beliau yang pada bila-bila masa boleh berjumpa PM, boleh menemui UPEN atau sesiapa saja yang beliau mahukan penjelasan, kenapa masih mahu menyalahgunakan konsep keterbukaan ini.
Aku rasa kita semua harus dan mesti berfikir tentang apa yang berlaku ini...apa kata ko orang?

Saturday, October 14, 2006

Selamat Hari Raya


Syawal bakal menjelang, Ramdhan bakal ditinggal pergi, kemenangan kita raikan, bulan keampunan di tahun mendatang tetap kita nantikan........
Aku menyusun sepuluh jari bersama sekeping hati memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan aku pada semua
--------------------------------------------------------------
kalau singgah di kampung hamba
sudi bertandang berhari raya
bermaafanlah kita sesama manusia
itulah adat di bumi tercinta

Jiwaku


Jiwaku ada di sini

RIANA

aku kena bagi kredit untuk gadis ni..sebab aku ciplak pic ni dari fotopage dia huhuhu

Tuesday, October 10, 2006

Antara Prinsip dan Teknikal.


Aku ditanya, kenapa aku lari dari perjuangan? kenapa aku tidak mahu memimpin? lalu ada banyak yang memujuk dan tak kurang juga yang mencela kerana aku bertindak begitu. Masing-masing bebas untuk bercakap dan menilai. Memang menjadi hak sesapapun untuk mengemukakan pandangan dan hujah. Aku tidak ada hak untuk menghalang.

Bagi aku yang mencela tu biarlah dia terus mencela sebab memang tidak ada kebaikkan pun dengan cara tu, samaada dia tak der ilmu atau hati dia tu tak putih. Orang macam ni aku tak kisah sangatpun sebenarnya. Aku akan berfikir untuk orang yang ada kejujuran dan keikhlasan, mereka ni kalau puji, puji ikhlas, kalau kritik, kritik ikhlas. Ini jenis manusia yang boleh buat aku berfikir tentang apa dia kata.

Aku cuba jawab sikitlah tentang soalan atas tu, aku faham mereka harapkan aku, aku faham maksud dan hakikat sebenar sebuah perjuangan. Perjuangan memerlukan kekuatan, ketabahan, kebijaksanaan dan sebagainya. Aku faham tu..aku setuju dengan tu. Tak ada salahnya pun dengan kenyataan tu malah pegangan dan keyakinan aku sendiri pun macam tu.

Mereka bertanya dan bercakap dari sudut mereka, yang dipimpin, mereka tak faham bagaimana aku fikir sebagai orang yang berada di barisan paling atas dalam kepimpinan. Sudah tentu berbeza apa aku fikir dengan apa mereka fikir.

Bagi aku, kalau boleh diberi contoh, sebuah kapal yang mahu meredah gelora badai dilautan yang luas dan dalam, kapal yang mahu belayar dalam jangkamasa yang lama memerlukan binaan yang kuat dan teguh. Sebagai nahkoda pastinya soal ketahanan kapal itu yang akan menjadi perkara utama dalam perkiraan dia mahu meneruskan pelayaran atau tidak. Soal kelasinya, mampu ke tidak. Dia ada dua pilihan samada:-

1. Meneruskan pelayaran dengan kapal yang tidak kuat.
2. Membatalkan pelayaran sebab kapal itu tidak kuat.

Kapal yang kuat adalah kombinasi dari pelbagai faktor termasuk senibinanya, orangnya, dan segala-galanya. Nahkoda yang biasa belayar pasti tau menentukan apa yang perlu bagi sebuah pelayaran. Dia tahu apa yang bakal terjadi disepanjang pelayaran tersebut. Mungkin apa yang berlaku tidak sama namun ceritanya tetap sama, susah senangnya tetap sama walaupun pelakonnya adalah lain. Secara konsepnya semua yang bakal ditempui adalah sama. Pengalaman sebagai nahkoda adalah ilmu yang berguna dan semua ini susah untuk difahami oleh orang lain.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada aku, bukan aku angkuh, bukan menidakkan harapan ramai, namun aku berfikir sebagai nahkoda tadi, yang akan tanggung segala perkara adalah aku, sebab aku paling atas dalam kepimpinan, semangat penting, namun untuk memimpin sebuah organisasi memerlukan lebih dari sekadar semangat. Dalam soal kepimpinan aku boleh bertolak ansur dalam soal teknikal namun dalam soal prinsip, aku tak akan bertolak ansur termasuklah soal kepatuhan orang yang aku pimpin, soal menghormati, soal struktur, dalam perkara bersedia untuk dipimpin dan sebagainya. Ini semua soal prinsip, aku tidak boleh bertolak ansur dalam soal ini. Sekiranya aku dapati mereka yang membelakangkan soal prinsip ini adalah merupakan tulang belakang sebuah organisasi, maka aku tiada pilihan lain, antara berundur atau memecat mereka dari berada dalam saf kepimpinan.

Dalam konteks aku, aku sudah cuba memberi gambaran tentang perkara ini secara tidak langsung, namun kerana terlalu dominan dan terlalu bersemangat sangat maka mereka sudah tidak faham dan tidak sedar bahawa banyak perkara berlaku adalah menyalahi prinsip aku sebagai pemimpin. Kalau sekadar memimpin suatu majlis, ini tidak memerlukan sangat aku berpegang pada prinsip, ini memimpin sebuah organisasi yang bakal memperjuangkan isu dan nasib yang terabai begitu lama, berakar umbi, apakah aku boleh bertolak ansur dalam soal ini?

Dalam kepimpinan, keutamaan utama barisan pemimpin adalah kepada ketuanya selagi ketuanya tidak melakukan sesuatu yang akan merosakkan perjuangan. Kalau ada sesuatu yang bercanggah dari segi teknikalnya, maka ianya mesi dirujuk terus kepada ketua dengan menyatakan pendirian masing-masing. Kalau jawapan ketua masih diragui, kalau perlu ada mekanisma lain boleh diambil bagi membetulkan ketu, hatta sampai kepada memecat ketua. Ini boleh dilakukan dengan syarat ianya termaktub dalam perlembagaan yang diterima pakai.
Bukan mudah untuk menjadi seorang ketua dalam sebuah organisasi, kerana selain dari menyusun gerak kerja dan strategi, pastinya akan berhadapan dengan seribu satu halangan dan cabaran dalam mencapai matlamat. Sekiranya matlamat itu besar maka besarlah cabaran dan halangan tersebut.

Sebagai pemimpin, aku melihat kekuatan awal yang ada, kalau aku rasa ianya terlalu rapuh, terlalu lemah, tidak melepasi tahap yang sepatutnya maka aku tidak akan melaksanakannya. Aku tidak akan berlayar dengan kapal itu. Aku faham bahawa akan ada kelemahan diperingka awal tapi bukan dalam soal prinsip. Kalau kelemahan bersifat teknikal aku terima, tapi dalam soal sikap yang berkait dengan prinsip aku tdak boleh terima. Prinsip ni, kalau solat ianya dipanggil rukun, kalau rukun tak betul maka solat tak sah, bukan sekadar batal..TIDAK SAH.
Itu letaknya kepentingan prinsip. Prinsip dalam sebuah perjuangan ialah kepatuhan kepada pemimpin, keikhlasan, kejujuran, dan sebagainya. Sekiranya ada mana mana dalam barisan kepimpinan cuba menggugat keharmonian sesama pemimpin, baik dari segi hak dan sebagainya maka aku tidak boleh terima, apalagi kalau ianya salah dari segi peraturan dan apa lagi kalau aku sebagai pemimpin diperlakukan dengan perlakuan tidak sepatutnya.

Aku tidak meminta banyak sangat, kalau ada sesuatu yang tidak jelas, rujuk dahulu kepada aku, dengar dulu apa aku nak kata, tengok dulu apa aku sedang rancang dan sesuka hati menentang dan serang aku. Ada bezanya antara isu peribadi dengan isu organisasi. Walau pandangan mereka itu kemukakan serangan dan kritikan secara peribadi tapi dalam soal organisasi maka ianya adalah salah..maksud aku dilakukan secara terbuka. Sebagai pemimpin, aku boleh dikritik tapi mestilah dalam mesyuarat atau email , call, sms ke secara peribadi kepada aku.

Kalau dalam soal lain, tak ada kena mengena dengan apa aku buat sebagai pemimpin, itu aku tidak kisah. Bilamana sesuatu perkara masih dalam perancangan dan proses aku membuat keputusan, maka menjadi prinsip aku dan mana mana pemimpin pun untuk ajk. atau barisan kepimpinan dia membantu dan mengemukakan segala kritikan dan pandangan secara baik dan tertutup.

Jangan kata bahawa kritikan itu bersifat peribadi dan boleh dikemukakan secara terbuka, ini salah kerana isu itu berkait dengan kredibiliti aku, berkait dengan apa yang aku akan putuskan, berkait dengan orang yang di bawah kepimpinan aku. Aku tidak boleh terima kritikan terbuka seperti itu. Nak tegur ada caranya , ada kaedahnya. Jangan menyusahkan aku dengan kritikan terbuka yang bakal menyebabkan orang lain yang tidak faham apa apa sama menyalahkan aku wahal sebenarnya aku berusaha untuk menyelesaikannya dan sepatutnya dan semestinya barisan kepimpinan aku menyertai dan bersama-sama aku untuk menyelesaikannya. Dalam perbincangan tertutup boleh nak kritik dan nak bangkang segala apa aku kata..aku benarkan..tak salah pun.

Aku tidak lari dari perjuangan tetapi mestilah difahami prinsip dan pegangan aku, Insyaalah aku akan fikir balik segala keputusan aku. Namun perlu faham untuk meminta aku memikirkan kembali keputusan aku, bukan seperti memujuk kekasih atau suami atau isteri. Meminta pemimpin untuk mengubah keputusan mesti ada kaedahnya dan caranya. Aku terpaksa mengatakan ini kerana begitu ramai yang tidak faham dan asyik memuji dan mengutuk aku. Bukan itu caranya.

Aku tidak sensitif, aku boleh melupakan semua kesilapan dan kesalahan, namun aku mesti menyatakan pendirian aku dan adakalanya aku terpaksa bertegas untuk mempertahankan prinsip asas sebagai pemimpin sekalipun aku terkeluar atau tersingkir atau terpaksa meletak jawatan. Bukan soal perasaan di sini tetapi soal prinsip.

Monday, October 09, 2006

Mempertahankan Kebenaran




Dalam kehidupan kita, ada ketikanya kita akan terpaksa memilih antara yang hak dan yang bathil, antara benar dan palsu. Memilih kebenaran itu sebenarnya sukar, kerana bersama kebenaran itu akan ada jalan sukarnya. Memilih yang bathil atau palsu itu mudah kerana bersama kepalsuan itu begitu banyak habuannya.

Namun bagi insan yang ada akalnya, ada imannya, ada prinsip dan pegangannya pasti akan memilih kebenaran walaupun ianya sukar dan pahit. Percayalah kalau memilih kebenaran itu sukar maka untuk mempertahankan kebenaran itu lagi sukar. Dalam proses kita mempertahankan kebenaran, pasti akan ada situasinya kita keliru, kelemahan kita adalah kerana kita manusia, akal dan nafsu seiring namun terhad. Kalau akal sahaja yang diambil maka akan bertambah kelirulah kita dan begitu juga kalau hanya nafsu pun kita akan keliru juga.

Sebab itu dalam memilih kebenaran mesti disertai dengan pendirian dan pegangan. Disertai dengan perundangan dan garis panduan. Kesemua ini menuntut kepada ILMU. Sekiranya kita adalah orang Islam maka ilmu itu mesti disertai dengan iman dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Boleh juga diambil nilai-nilai moral tetapi mesti selari dengan syariat.

Ini kekuatan yang mesti ada sekiranya mahu mempertahankan kebenaran yang kita pilih itu. Kalaupun dimasa kita mempertahankan wujud berbagai perkara yang boleh menggugat kebenaran itu, dengan bekalan dan kekuatan rohani disertai dengan ilmu, iman dan perundangan, maka kebenaran itu boleh dipertahankan. Kebiasaannya kebenaran ini juga boleh ditentukan oleh pengalaman namun pengalaman masih tidak bersifat mutlak, ianya memerlukan kombinasi perkara-perkara yang disebutkan tadi.

Mungkin dalam menilai kebenaran yang bersifat teknikal, kita boleh melihat kepada pengalaman namun mesti juga diambil kaedah perundangan (syariat) dan iman. Kalaulah kesemua perkara ini ada pada sesuatu perkara maka itulah kebenarannya dan pilihlah serta pertahankanlah walau nantinya kita hanya tinggal seorang diri.

Saturday, October 07, 2006

Menuju Puncak



Di sudut ini aku memandang tinggi
Dari aras bawah sekali
Melihat puncak diselaputi awam putih
Indah dan nyaman

Di sudut ini aku memandang tinggi
Betapa puncak itu mampu dicapai
Mengapa tidak kalau ada niat
Mengapa tidak kalau ada hasrat
Mengapa tidak kalau ada kudrat
Mengapa tidak kalau ada gerak

Di sudut ini aku memandang tinggi
Puncak kejayaan yang putih bersih
Bakal menjanjikan seribu satu nikmat
dalam kehidupan yang singkat

Menuju Puncak
Ku kayuh minda ini secepatnya
Ku larikan usaha ini sedapatnya
Ku pintal semangat yang ada
Ku kaitkan hubungan yang mesra
Sesama kita, di kalangan kita

Menuju puncak
Menuntut kesedaran
Mengheret yang lemah
Memapah yang kurang

Menuju puncak
Ku doakan takdir ini agar berubah
Dengan usaha dan ukhwah
Ku ubah kemudi kehidupan
Menjadi haluan kejayaan

Menuju puncak
langkah pertama tidak berjaya
langkah kedua juga gagal
kita rintis langkah ketiga
kalau masih gagal juga
kita bina langkah seterusnya

Menuju puncak
Seorang mengubah ramai
Ramai mengubah kehidupan
Rahmat dari anugerah
Berkat dari kurniaNya
Mengapa tidak kerana jalan telah ada
Mengapa sukar kalau bukan kita yang mencipta
Kita hanya menurut apa yang sedia ada
Melengkap sudut mengukir jaya

Friday, October 06, 2006

Ombak dan Pantai



nyamannya menghadap laut luas terbentang
alunan suara ombaknya sungguh mengasyikkan
bebuih airnya diantara gelombang
camar putih bebas berterbangan
indahnya panorama alam

aku disini....diantara khayalan dan kenyataan
diantara harapan dan kekecewaan
cuma menghubungkan lautan dan daratan
aku banyak melihat kedukaan dari kegembiraan

aku cuba menafsirkan alunan kehidupan ini
cuma mencari jawapan dalam begitu banyak pertanyaan
apakah ombak sebenarnya penyeri alam
atau desiran angin yang membawa pengertian
mungkin juga pepohon nyior membuahkan harapan

ombak dan pantai
manusia dan alam
kasih dan sayang
cinta dan harapan
begitu banyak yang terluka dari gembira

apakah daya ku sebatang kara
aku bukan setia seperti ombak dan pantai
kalau aku sehebat langit di atas sana
mungkin aku akan hamparkan pelindung kedukaan utk semua
tapi tidak mungkin...kerna aku manusia biasa

wahai ombak dan pantai
maafkan aku dengan bicara ini
tapi kau harus mendengarnya juga
kerana aku dan kau adalah sebahagian dari kehidupan ini
mereka terluka kita merasa sama

semalam ombak dan pantai berbisik lagi
jalinan yang saling mengerti dan serasi
tika ombak mengganas..pantai susah dihati

mereka tahu bahawa di daratan manusia semakin berani
semakin berahi dengan kemusnahan duniawi
kedamaian yang semakin sukar dicari
keinsanan yang terlalu jauh untuk difahami

Thursday, October 05, 2006

Tuesday, October 03, 2006

Ku musafir di minda sendiri......



adakah riak-riak rasa di hati ini
akan memancarkah seri
takala mendung mewajah diri
tunduk aku merenung diri

gelombang rasa yang tak bertepi
mengolah kasih berbuih putih
menghempas syahdu di hati ini
mengalun rindu di antara sedih

ku musafir di minda sendiri
mencari ertinya teman sendiri
resah bertapak di sudut jiwa
fikir rentak yang ditari

adakalanya kerisuaan menjenguk rasa
dengan lintasan berbalam, mendebar sukma
tabahkan aku dengan sengketa melanda
kuatkah aku dengan ujian menimpa

indahnya rasa berolak jua
kuatnya jiwa bergoyang juga
lintasan apakah namanya
mengugat rasa yang telah dibina

bukan tidak pernah meniti gelora
bukan tidak pernah mengenggam bara
namun sukarnya takala maksud disalah sangka
sukarnya takala medan ilmiah ditera
disambut pula dengan madah berbisa

ku musafir di minda sendiri
mencari realiti antara mimpi
mencari pasti yang serasi
membina harapan di hati ini

di musafirku ini
aku melihat adanya cahaya
walau sengsara yang dulu tibanya
aku yakin esoknya,pasti mentari bersinar ceria
moga aku tabah menghadapinya

Monday, October 02, 2006

Mengimbas kenangan di Pantai Telok



pantai teluk seindah namamu....
aku hadir kembali mengimbas kenangan
masih ku ingat lagi....di kiri kanan menuju ke pantaimu
dipenuhi pondok-pondok berseni
buat penghuni menumpang teduh
pepohon buah meranum hijau dan merah


pasiran putih halus mulus terbentang
seumpama gadis sunti berwajah gemilang
tiupan bayu cina selatan umpama jejaka dari kejauhan
mengurat mesra gadis sunti terbilang


tiada dua...tiada tiganya pantai teluk di dada dunia
airnya jernih berdesir halus ombaknya
berbuih dek hempasan ceria
kelihatan anak-anak ikan berkejaran bergurau senda


disekelilingnya bukit hijau melingkar gagah
pinggirannya menjulur ke pantai terserlah
di situlah berkumpulnya penghuni desa mencari kepah
begitulah kurniaan Allah pada pantai teluk yang melimpah


permandangan indah jelas kelihatan
takala sampan-sampan berlayar putih menuju ke daratan
pahlawan lautan kembali dengan tangkapan
menunggu di pantai peraih mencari keuntungan
anak-anak melambai ayahnya penuh kerinduan


aku bangga dilahirkan di pantai ini
aku bangga menjadi anak watan di pantai ini
aku bangga berpanaskan mentari bermandikan hujan di pantai ini
aku bangga dengan kehidupan di pantai ini


kini.....

semuanya hilang sekelip mata
atas nama pembangunan......yang ada hanyalah pelabuhan
pantai teluk yang indah ini..hanya tinggal kenangan
segalanya telah lenyap dari pandangan


kalau dulu..anak anak mudanya gagah perkasa
kini lemah tak bermaya
semuanya kerana harga yang mesti dibayar
untuk sebuah pembangunan

Thursday, September 28, 2006

Apa yang ko orang pk pasal gambar ni?




nak gak tau apa ko orang terfikir atau nak kata bila tengok pic ni...komenlah ek :)

Tuesday, September 26, 2006

Reflexology


aku tak reti nak ulas..ko orang ulaslah kohkohkoh

Monday, September 25, 2006

Check & Balance




Saja je guna bahasa mat salleh tu dalam topik atas... apa yang aku nak kata kali ni pasal masyarakat kita ni..aku terfikir mengapa begitu cepat merebaknya segala perkara yang tak bagus..segala perkara yang nampak sangat tak balancenya.. semua sektor..semua sudut kehidupan seolah olah macam orang main jongkang jongkit..kalau kita letak sebelah nilai yang baik..sebelah lagi nilai yang tidak baik...pasti sebelah nilai tak baik tu lebih berat.


Cuba tengok..sektor perniagaannya..macam macam perkara berlaku..harga naiklah..gula tak cukuplah..sistem pendidikan huru haralah, parlimen dikuasai debat kelas ketigalah..keputusan kerajaan dipertikaikanlah..jenayah makin menjadi-jadilah..bunuh..rogol..samun..macam macam jenayah berlaku...sampai budak-budak sekolah pun dah jadi gengster..

cuba tengok pulak penguatkuasaan..termasuk polisnya..termasuk penguatkuasa perdagangannya..PBTnya..segala jenis penguatkuasa2 yang ada dalam berbagai jabatan dan agensi juga nampaknya sudah tak balance..yang menang mereka atau pihak yang dipantau..bukan yang memantau... dah tak seimbang lagi dah..wahal sepatutnya bukan seimbang..malah penguatkuasa2 ni lah yang mesti "menang"...

Sudah cakap pasal tu..kaitannya kita tengok pulak agen-agen yang mampu untuk "memulihkan" situasi tak balance ni.. di pihak yang dinamakan "check" pulak...siapa ye?

jawapannya... kita nampak terang sikit peranannya ialah Media..media nampaknya begitu bagus gak peranannya..siasat sana siasat sini, selak sana selak sini..dedah sana..dedah sini..semuanya disiarkan..termasuk segala jenis penyelewengan dan ketidakcekapan. Baguslah sebab ada gak "check and balancenya"...

Namun bagi aku..suatu peranan besar dalam check and balance ni ialah Konsep "Amar Maaruf Nahi Mungkar"..suruh orang buat baik dan cegah kemungkaran.. dalam konteks individu ke masyarakat ke ..negara ke..mesti berlaku konsep ini.. kalau kita tengok kakitangan kerajaan tak buat kerja..kita report..sebab kita pembayar cukai kan.. kalau tengok jenayah kita report..kalau tengok keputusan menteri tak betui..kita errrrrr ..kita .....alaa faham sendiri la nak buat camne..tegurlah cara baik kan.. kalau tengok barang naik..report...kalau tengok budak sekolah ponteng ..kita tangkap..tu individu...

Kerajaan pulak..tengok konsert lalut sakan..kawal..tengok realiti tv menjadi jadi..kawal..tengok jenayah..kawal..pantau..tangkap...hukum..tengok itu ini ..bertindak..jangan buat tak tau je..jangan sampai media dedah baru nak buat keje..susahlah kan.. laksanakan konsep yang Allah suruh tu..

aku kata ni bukanlah aku ni baik sangat..tapi kalau dah negara baik..masyarakat baik..aku pun jadi baik gak hehheh ..iman lemah cam aku ni nak baik sendiri susah sikit..godaan banyak hehheh
ok lah tu je lah nak kata..kalau ada check and balance dalam semua perkara barulah jadi bagus..check and balance ni dalam bentuk tindakan..pemikiran..segala-galanya lah.. hargai kebaikkan..suruh orang buat baik..kalau ada kejahatan tegah..tangkap..hukum...kalau boleh laksanakan hukuman bunuh ke ..gantung ke..sebat ke..dikhayalak ramai..tengok kes..kalau kes bunuh dan rogol aku setuju..biar semua bukak mata sikit..jangan main nak bunuh dan rogol sesuka hati jek...huh.... sekian.

Thursday, September 21, 2006

Ramadhan- Ponteng Puasa


Buah Kundang

Ramadhan......


Setiap kali hadirnya Ramadhan..aku pasti teringat kisah aku pertama kali aku ponteng puasa...masa tu aku dalam darjah 6.. aku anak bongsu..orang kata anak bongsu mak sayang..hihi aku tak rasa pun masa tu mak sayang giler kat aku..sebab aku yang asyik kena marah..yang mak tak marah abang aku...dia jenis tak banyak cakap..pendiam..dengan aku sepatah sehari dia susah nak cakap...dialah yang mak aku paling sayang kot..ye lah dia pakaianpun kemas..tak suka buat perkara mak aku tak suka..apa mak kata dia ikut je...aku jenis yang tak sama erti dengan abang aku..kalau nak mudah paham...kalau mak kata jangan..abang aku akan patuh..aku akan buat jugak..huhuhu itulah aku..

Kalau ko orang nak tau lagi..aku citer sikit pasal aku masa ponteng puasa pertama kali dalam hidup aku..pas tu aku tak ponteng lagi dah..walau apapun..aku tetap puasa..alhamdulilah sampai sekarang aku masih kekal berpuasa...kecuali sakit/uzur teruk...

Hari tu puasa ke berapa aku tak ingat lah..aku dengan kawan kawan aku selepas sekolah..pas solat zuhur..aku kena solat gak..sebab balik sekolah mak aku mesti suruh mandi..pastu makan..pastu solat..dia mesti perhatikan aku..sampai dia pasti aku solat...

ko orang nak tau napa mak aku perhati? sebabnya..aku pernah "tertangkap" pastu kena pulas telinge..sebab lepas aku ambik wuduk..aku masuk bilik ..aku tak solat pun...aku pakai seluar...baju..masa aku pakai seluar baju tu aku bacalah surah kuat sikit ..agar mak aku dengar aku solat..aku ingat aku bijak dah..wahal mak aku tau..yang aku tak solat..haahaha apa lagi kena pulas telinge la...huhuhu ... puas aku pk..macam mana mak aku tau..walhal dia kat luar bilik..pintu kunci.. aku ingat aku pandai ..rupanya mak aku lebih pandai hahahha ..dia tau sebab masa aku baca surah tu..aku ke sana sini dalam bilik..bergerak...mana ada orang solat bergerak hahahah tu lah sebab mak aku tau..hehheh

aku pun pas solat keluarlah..pegi carik member/geng-geng aku ..aku suka main kat bendang/sawah yang kering...apa ek orang panggil..kat Terengganu dia panggil "padang" bukan padang bola..padang tu ada sawah..ada bendang...ada pokok..ada hutan kecil...iskkk susah aku nak gambarkan ni..alaa kalau kat sebelah Kedah banyak permandangan macam ni..kalau kat Kelantan dan Terengganu pun banyak.. huh!! ikut suka ko orang la nak paham ke tak..susah aku nak explain/describe camner... kat situ la aku suka main ngan kawan kawan aku ni...bawak lastik..lastik burung.. burung yang terbang tu bleh kami kepung/kejar sampai dapat..

ahaa ingat satu citer lagi..pasal burung ni...ni berlaku bukan bulan puasalah...aku kejar burung "kerak nasik" ..burung warna hitam..besar...aku lastik lah...kawan kawan aku pun lastik gak..kejar punya kejar..dapat..kawan aku lastik yang terakhir tu kena kepala dia..bedebub!! jatuh..langsung tak gerak..kojol kot... kawan aku tanyalah orang makan ke tak burung ni..kawan aku sorang kata tak..sorang kata makan.. aku ambik keputusan makanlah.. tapi kawan aku kata kalau makan pun..ni dah mati..macam mana nak sembelih..aku kata..mehh sini aku tengok...aku ambik pisau..sembelih..ada la darah sikit sebab baru mati kan....

kawan aku kata..mana bleh makan walau sembelih sebab dia dah mati..aku pun kuis dengan kaki aku.. "ahaaa!! gerak tu..tak mati lagi laaa" hahahhahah semua setuju..apa lagi abislah ghaib burung tu pas panggang masuk dalam mulut aku ngan kawan kawan aku hahhahahha nasib laa..umur tak sampai lagi kan..biasalah kekekekee

ok..sampai citer aku ponteng puasa ni.... aku ngan kawan kawan aku ari tu panjat pokok "gemia"..tu orang Terengganu yang sebut..alaa buah yang biji dia ungu tu..ahaa "kundang" ..aku pk aku nak bawak balik..nak makan selepas berbuka..sebab aku suka buah buah asam ni..hantu asam la kiranya... aku pun petikla..panjat...masa tu dah pukul 3 petang rasanya.. sedang aku petik..aku ternampak kawan kawan aku duk makan dengan sedapnya... " oii..ko orang tak puasa ke?" sergah aku.. " ala..makan buah ni je..lain tak makan laaa..kira puasa la jugak" kata kawan-kawan aku tu..

hmm aku tau la tu salah..ajaran sesat tu...tapi dalam pada aku cuba bertahan..tak sedar air liur aku melilih terliur...banyak lak tu keluar dari tepi bibir aku ni..iskk mana nak tahan ...aku memang hantu asam...mula la aku ambik sebiji..hijau tu..letak dalam mulut..tak kunyah..main main je..masalahnya memula ingat nak main main je..tapi jadi betul..sebab aku nak keluarkan buah tu tak dapat dah..tetiba je gigi-gigi aku memamahnya..hmmmmm bestnyerrrrr kekekkke

aku makan sebiji tu je lah...pakai ajaran sesat kawan kawan aku tu..kira puasalah jugak kan hahahaha ..tu lah pertama kali aku tak puasa...pastu aku balik..tak makan apa pun..masa nak berbuka dah..mak aku siapkan makanan...aku duk hadap dah nak berbuka..tetiba abang aku sergah aku... " ko tak puasa ke? errrrrrrrrr terkejut giler aku...mana dia tau ni...alahaiiiiiiii ... aku kata tak lah..beria aku nafikan... pastu dia suruh mak aku tengok ada cebisan buah tu terlekat kat gigi aku..mak aku tengok...apa lagi kena balun la aku..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

oleh kerana aku tak puasa...aku dapat makan selepas orang berbuka..punya la lapar...bukan aku makan pun ....aku makan sebiji je buah tu..kena balun lagi..pastu makan plak selepas semua berbuka...nangis la aku...uwaaaaa

pas kejadian tu lah..tobat aku tak ponteng puasa dah... heheh tu la kisah aku...ko orang jangan jadi macam aku la ek..puasalah selagi mampu.....alhamdulilah sampai sekarang aku berpuasa..tak tinggal walau apa pun kecuali uzur atau sakit teruk.... sekian :P

Tuesday, September 19, 2006

Kepakaran aku dalam memasak




Hari tu..aku tetiba datang idea nak memasak..lalu aku masak nasik...pastu aku pegi tengok apa yang ada dalam peti sejuk.. lalu aku duk termenung jap sambil memerhati segala bahan yang ada dalam peti sejuk kat rumah aku ni...
pk punya pk..aku pun ambik keputusan untuk buat sesuatu dari bahan-bahan di bawah ini:-
1. Peria

2. Bawang Besar
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Halia
6. Lada kisar
7. Udang
8. Sotong
9. Cendawan
10. Kobis


aku pun pk lah pasal resepinya..pk punya pk..aku tambah sikit lagi bahan-bahan ni :-

1. Santan kelapa

2. Minyak masak


Lalu dengan penuh semangatnya aku pun mulalah membuat apa yang patut.. bawang besar, merah, putih, halia, kobis, aku hiris halus-halus. Aku potong peria dengan segala seni yang aku pandai..ok lah..tak lah teruk sangat..cantik jugaklah...


aku basuh udang..cendawan...sotong...so aku sediakan peria, sotong dan udang dalam satu bekas...
aku pun panaskan kuali...letak minyak masak..mendidih dah..aku pun tumislah ...letak lada kisar, bahan-bahan untuk tumis tu..berasap...baunya perghhhhh menusuk qalbu... aku pun masukkan santan..pastu aku kacau pelan pelan....aku rasa..hmmm tak cukup masin..aku tambah garam...tak cukup manis aku tambah gula...aku capai lak sos tiram..aku letak ikut suka aku lah kan... perghhhhh baunya....


aku dah tak sabar sebenarnya...lalu bila mendidih aku masukkan sotong, cendawan, udang tadi....
kira-kira setengah jam...aku pun rasa lagi sekali..besttt....aku tutup api dapur aku tu...perghhh berjaya gak aku masak kali ni....bangga lah gak seposen..hehehehh aku pun ceduk lah apa aku masak tadi..masukkan dalam pinggan...aku perhati balik..hmmm best ni...


aku perhati lagi...hmmmm....lagi sekali aku perhati....iskkkkk
batinku separuh berteriak separuh lagi berbisik.. " LALU KE KAU NAK MAKAN NI" uwaaaaaaaaaaa


ringkas cerita..aku ambik semua apa aku masak tadi..g kat sinki...aku tuang semua....bukak paip air..basuh ....terkebil kebil aku tengok .... dalam hati aku kata..pakarnya aku memasak hingga aku sendiri tak lalu makan kihkihkihkih cedihnya aku....uarghhhhhhhhh :P


akhirnya aku ambik sardin..masak..ahaa masak sardin memang aku pakar kekkekekeke satu lagi masak maggie.... tobat aku tak masak dah pas ni hahahahhahahahahahahaha ampunnnnnnnnnnn !!!!

Yang CERDIK larikan diri Yang BODOH lak kemari...

Aku nak cakap sikit pasal kepimpinan MELAYU ni..ko orang nak marah ..marahlah...aku tak kisah..ni apa aku pk...

aku tengok banyak masalah sekarang ni sebab sikap melayu yang cerdik..melayu yang boleh berfikir..melayu yang berada di gedung2 ilmu ..yang boleh memimpin ni mengambil sikap "menyepi" dari berada dalam saff kepimpinan. Tak kisahlah kepimpinan mana sekalipun..politik ke..kepimpinan di U ke..kepimpinan dalam Ngo's ke..kepimpinan dalam masyarakat ke..kepimpinan dalam pertubuhan belia ke...tak kisahlah.. yang pasti ..MANA MANA YANG CERDIK LARI..DAN BANYAKNYA (BUKAN SEMUA) YANG BODOH MEMIMPIN...AMBIK TANGGUNGJAWAB NI......

yang cerdik ni dalam masyarakat melayu ada dua.. satu jenis yang pk pasal diri dia je..orang lain...kaum sendiri malas nak pk..peduli apa aku...manusia macam ni ramai..dan yang jenis ni la yang lari dari memimpin. Jenis ni kalau dipimpin pun dia tak nak..dia rasa dia lebih bijak dari orang yang memimpin... last last dia jadi bodoh tak bleh ditegur..cerdik tak boleh diikut. Jenis ni menyusahkan kaum dan bangsa....berkawan ngan lembu kambing lagi bagus..kot lah dia pk macam tu..sebab dia bleh untung asal jangan kambing dan lembu tu untung...kalau kawan ngan manusia..sama sama untung..dia nak dia je ....penting diri sendiri..huhuhu ganas sikit ayat aku kali ni..tapi sesuaila ngan jenis macam ni.

Jenis satu lagi tak ramai..melayu macam ni tak ramai.. Jenis yang cerdik dan bersedia memimpin dan berfikir untuk orang lain. Jenis macam ni biasanya ada pegangan agama dan moral yang bagus..biasanya orang susah atau orang kaya yang sentiasa bersama orang susah..kelahiran yang dari jenis macam ni lah yang mengubah manusia..mengubah bangsa..mengubah tamaddun..jenis ni lah yang akan menjadikan negara maju...jenis ni lah kalau dia dipimpin ..dia akur dan redha..dia jenis tak tunjuk pandai...bila diberi tugas dia buat dengan amanah..dia buat dengan sungguh sungguh..jenis macam ni jenis yang rela berkorban..jenis yang pk akhirat..jenis yang pk MATI....

di Malaysia ari ni..jenis yang pertama tu ramai..kalau alim pun alim sorang sorang..atau alim bersama puak puak dia je..tak de nak ajak semua jadi alim..kalau kaya pun kaya sorang sorang je atau kaya kroni dia je..di Malaysia ni banyak jenis ni..yang pegang jawatan2 bagus dan tinggi pun banyak jenis ni..sebab tu bila dia bercakap..bila dia bertindak..dia pandai gunakan alasan untuk kepentingan umum katanya..wahal dia sebenarnya pentingkan perut dan periuk nasik dia je..huh manusia manusia...

ko orang pk lah..masing masing pk lah..yang cerdik2 tu pk lah..hari ini kalau remaja..nak cakap bab politik tak mau dah..malas ..bencila..kotor laa...menyusahkan kepala otak laa...wahal ini lah sebenarnya yang nak ditanamkan oleh penjajah dahulu..supaya yang cerdik ni jangan ambik tau pasal politik...supaya mereka ni boleh jadi budak suruhan je walau cerdik..

kalau cerdik pastu terlibat dlaam politik...risau pulak kalau nanti mereka yang naik..risau kalau mereka sedar "kebodohan" mereka mereka yang berkuasa dalam membuat keputusan-keputusan. Kalau yang cerdik ni reti berfikir untuk semua...suka pada politik..suka pada kepimpinan..akhirnya yang bodoh2 duk pegang jawatan tu akan rasa terancam..bukan semua yang atas atas tu bodoh...ada yang cerdik..tapi tak ramai..

ramainya yang cerdik melayu di Malaysia ni tak mo cakap dan terlibat dalam kepimpinan dan politik...masing masing asyik dengan sikap keakuan je..so sampai bila?? Bangsa lain tak der lak cam ni...mereka punya pemimpin yang bagus dan berkualiti.....

Yang cerdik larikan diri yang bodoh lak kemari (pegang jawatan itu dan ini)..huhuhuhu
pk sendiri jawab sendirilah....

Wednesday, September 13, 2006

Disiplin ke tambah PENING?

Nantilah aku komen..tak de mood nak komen..kalau dah sudah terang lagi bersuluh..may be esok ke lusa ke aku komen lah..ko orang komen la dulu..cuma aku nak kata kalau buat apa pun tujuannya sebab politik je..tak kemana..makin rosak adalah.. dunia dunia kohkohkoh
-----------------------------------------------------------------------------
Ini komen aku..aku hairan apa rasionalnya membawa tanggungjawab seramai 8 ribu orang yang tentunya akan menimbulkan berbagai masalah. Memang tujuan untuk memberi kesedaran dan pemulihan bersesuaian dengan cara dan pendekatan bagi golongan muda tapi.....

tidakkan masalah mat rempit ini adalah masalah yang sudah berakar umbi? bukankah perlu dan mesti mempunyai pendekatan yang bersifat "sabar" dan tidak seperti yang ditunjukkan itu. Pendekatan sabar ialah dengan mengambil suatu jumlah tertentu pada satu masa untuk diberi "pemulihan dan kesedaran" agar ianya boleh dikawal dan lebih memberi manfaat.

Mengambil begitu ramai untuk menyertai apa yang dipanggil program pendekatan kesedaran adalah suatu tindakan yang boleh dijustifikasikan sebagai mempunyai motif yang bersifat politik kerana badan yang melaksanakan program ini adalah dari badan politik iaitu PUTERA UMNO. Masyarakat dan sesiapapun juga akan mempertikaikannya..mengapa tidak dibuat dalam kadar kuantiti yang lebih kecil dan bukannya seolah-olah untuk menunjuk dan mencari publisiti.

Mengenai kenyataan yang disiarkan oleh Harian Metro, sepatutnya badan penganjur harus melihat ianya secara positif dan tidak menafikannya serta merta. Badan penganjur harus berusaha untuk menyiasat dan membetulkannya. Masyarakat mungkin memaafkan apa yang berlaku kerana keadaan dan situasinya dalam membentuk mat rempit ni agar sukar tetapi apa yang perlu dilihat ialah inilah fenomenanya..inilah sikapnya..inilah keadaannya dimana remaja di Malaysia sudah hanyut dan teruk. Bukankah lebih rasional kalau PUTERA UMNO menganjurkan program ilmiah terlebih dahulu. Perlu ada suatu perbincangan terbuka dan disertai oleh berbagai NGO's bagi melihat masalah dan jalan penyelesaiannya. Selepas suatu perancangan dapat dicapai dengan bantuan NGO's dan pihak-pihak tertentu lain barulah program seumpama ini boleh dilakukan.

Aku rasa badan yang menganjurkan ekspidisi ini mesti menilai kembali niat dan cara mereka. Mereka juga mesti jangan mudah melatah dengan menafikan serta merta malah harus mengambil segala kritikan dan tuduhan sebagai suatu jalan dan cara menilai kejayaan apa yang dibuat. Bersikap ikhlas dan jujur serta terbuka penting untuk mendidik anak remaja ini...tu je lah aku nak kata
-----------------------------------------------------------------------------------
HARIAN METRO 13 SEPTEMBER 2006
Edisi KL : Usaha murni tercemar

Oleh Mazlan Hasan

LUMUT: Usaha murni Putera Umno mendisiplinkan kira-kira 8,000 Mat dan Minah Rempit di Teluk Batik di sini, Sabtu dan Ahad lalu tercemar dengan beberapa insiden memalukan termasuk dakwaan kegiatan maksiat, minum arak, gaduh serta mencemarkan masjid.

Antara insiden memalukan didakwa membabitkan segelintir peserta Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006 anjuran Putera Umno itu ialah kejadian mereka mandi serta berendam dalam kolah mengambil wuduk di Masjid Teluk Muroh, dekat sini, ketika program membersihkan masjid dilaksanakan.

Beberapa penduduk setempat dikatakan menegur perbuatan tidak senonoh itu tetapi tidak diendahkan sehingga mereka terpaksa membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Manjung (PAIDM) di sini.

Pegawai Bahagian Penguat kuasa PAIDM, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, mengesahkan menerima laporan jawatankuasa pengurusan masjid berkenaan.

Selain aduan itu, pihaknya menerima banyak aduan mengenai perbuatan sebahagian daripada 8,000 Mat dan Minah Rempit terbabit yang berkumpul selama dua hari di Teluk Batik pada 9 dan 10 September lalu.

“Antara aduan diterima daripada orang ramai ialah ada antara mereka bebas minum arak, berkhalwat dan menyalahgunakan kemudahan masjid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zainuddin berkata, penduduk juga mengadu mengenai pakaian menjolok mata beberapa peserta perempuan yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai terutama ketika menjalankan aktiviti membersihkan kawasan masjid atau kubur.



Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya menjalankan operasi bersepadu dengan Pejabat Agama Daerah Seri Iskandar dan Kampung Gajah termasuk memantau hotel di sekitar bandar Lumut.

Katanya, hasil pemantauan itu, lapan remaja lelaki dan perempuan berusia 15 hingga 19 tahun yang menyertai ekspedisi berkenaan ditahan di sebuah hotel.

Menurutnya, kumpulan remaja terbabit memilih untuk menyewa bilik hotel dengan alasan kurang selesa berkhemah di pesisiran pantai bersama peserta lain.

“Dalam serbuan jam 4 pagi itu, semua lapan remaja berkenaan sedang tidur dalam keadaan mabuk dalam dua bilik hotel di Lumut.

“Kami dapati sebuah bilik dikongsi tiga lelaki bersama seorang remaja perempuan.

“Bilik kedua pula dikongsi dua remaja lelaki berusia 18 tahun dan dua remaja perempuan masing-masing 18 dan 15 tahun yang ditemui dalam keadaan mabuk.

“Turut ditemui ialah botol arak. Remaja dari Kuala Lumpur, Selangor serta Kedah dan mereka menunjukkan surat penyertaan ekspedisi,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja terbabit akan didakwa di Mahkamah Syariah Manjung atas kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 54(1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 pada 7 November depan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Penganjur ekspedisi berkenaan ketika diminta mengulas kejadian itu, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai salah laku itu.

Katanya, peserta terbabit dijaga secara ketat dengan bantuan lebih 100 anggota Rela dan polis yang bertugas secara bergilir-gilir.

“Malah, untuk keluar masuk dari kawasan perkhemahan di Teluk Batik juga diberi kawalan ketat apabila kita mengadakan tiga sekatan jalan atau pusat pemeriksaan keselamatan oleh anggota polis trafik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Azeez berkata, daripada sejumlah 8,000 peserta, seramai 7,700 peserta lelaki diletakkan di kawasan perkhemahan di kawasan pantai, manakala 300 peserta wanita pula diletakkan di motel di situ.

Katanya, langkah mengasingkan peserta lelaki dan perempuan terbabit perlu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya menafikan sebarang kemungkinan ada peserta ekspedisi berkenaan terlepas sehingga ditangkap atas kesalahan melakukan khalwat di sebuah hotel di Lumut sepanjang tempoh program berkenaan.

“Malah, saya juga tidak tahu mengenai dakwaan pengurusan Masjid Teluk Muroh bahawa segelintir peserta berendam di dalam kolah wuduk masjid.

“Kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana ada lebih 100 orang di masjid berkenaan ketika program dijalankan,” katanya.

Abdul Azeez bagaimanapun berkata, walaupun ada pergaduhan antara Mat Rempit tempatan dengan peserta ekspedisi, ia dapat diselesaikan secara baik.

Tuesday, September 12, 2006

Aku semakin memahaminya...........



kedinginan malam ini begitu terasa

dielus lembut bayu yang menyapa
membuai rasa.. menguis kembali kenangan lama
mengingati kembali nostalgia tika bersamanya

kenangan yang begitu lama tersimpan
kisah cinta yang tiada kesudahan
kisah yang ada bersamanya segala kepahitan
merobek hati dan perasaan

kedinginan malam ini sungguh memilukan
takala kenangan itu menjalar perlahan
meresapi kesegenap urat nadi
menjalar ke fikiran..memuntahkan segala ingatan

aku lebih memahami erti sebuah cinta kini
aku semakin memahami
antara cinta yang singgah sementara cuma
dengan cinta hakiki ..cinta yang sejati

bukan kerana paras rupa menjadi penentu
antara keinginan dan kemahuan nafsu
berlandaskan fikiran dan ilmu
aku semakin mengenali cinta miliku
dengan cinta yang hanya sekadar bertamu

kedinginan malam ini begitu bermakna
bersulamkan cahaya bintang dan bulan purnama
berupaya menelaah ruang qalbuku
memaksa aku mengimbau kembali kenangan lalu

Sunday, September 10, 2006

Risaunya aku

Risaunya aku bila setiap hari aku melihat berbagai perkara pelik berlaku. Jenayah meningkat, manusia saling bunuh membunuh, kejahatan bermaharajalela, kita sudah tidak selamat lagi walaupun di rumah sendiri.

cara manusia berfikir sudah tidak tau hujung pangkalnya, mana benar mana salahnya. Hiburan dijunjung di atas kepala, mendewakan manusia yang bergelar penghibur sudah tidak dapat dibendung lagi. Manusia lebih gemar memperkatakan kematian disengat pari dari syahid ditembusi peluru kerana Islamnya. Kononnya manusia disengat pari itu pejuang sejati..sampai di Malaysia pun masing-masing memberi liputan yang meluas..memang tak salah tapi gaya perkara ini diperkatakan membuat aku risau.

Aku semakin risau, terbaru bayi dibuang lagi..mati...ntah apa nak jadi dengan kita hari ini, kata ulamak kita tolak tepi..kononnya tak berfakta..murtad dimana mana..semakin hari semakin menjadi-jadi. Kekalutan politik juga semakin memperlihatkan melayu semakin "melayu" ..aku dah kata dulu..kita terima semua ini kerana salah kita gak..kita yang meletakkan mereka yang bernama pemimpin ini di jawatan tinggi, kita silap dalam memilih manusia bernama pemimpin ini. Kita dah terlalu lama membuat kesilapan..kita tak pilih yang berkualiti..sebab tu hari ini kita sendiri menyaksikan begitu banyak keputusan yang kucar kacir..ditertawakan oleh budak kecil..nampak sangat kejahilan..nampak sangat tidak berkualitinya.

Bangsa lain nak pilih pemimpin bukan main susah..itu ini dinilai..berhujah dan membuktikan diri..kalau bagus baru dipilih..kita bangsa melayu tidak macam tu..tak taulah apa nak kata..risaunya aku.

hmmm banyak lagi aku nak kata..tapi biarlah..cukuplah kat sini je..akhirnya aku nak bagitau..hmm risaunya aku..................