Saddam bukan digantung atas keputusan kehakiman sebenarnya, Saddam dibunuh dan kehakiman atau perundangan diperalatkan. Ini situasi sebenar kalau mahu ditafsirkan dengan terkorbannya Saddam di tali gantung.
Mungkin juga perbalahan antara Sunnah dan Syiah tidaklah seteruk mana namun dengan adanya propaganda US dan kuncu-kuncunya itulah yang menyebabkan banyak salah faham yang dilihat agak ketara antara kedua fahaman ini.
Tujuan penghakiman dan penghukuman bukan untuk memalukan sesiapa, tidak ada satu aspek dari perundangan pun yang bertujuan begitu. Perundangan dan kehakiman adalah untuk menegakkan keadilan dan memberi pemulihan kepada pesalah walaupun seseorang itu terpaksa dihukum bunuh.
Kalau dari perspektif Islam ianya adalah lebih jelas, Saddam semestinya diberi ruang dan peluang keadilan yang lebih luas dan secukupnya dan bukan seperti yang telah berlaku. Apapun yang telah berlaku telah berlaku, apa yang mampu kita lakukan ialah memohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Saddam dan mengampunkan juga dosa-dosa kita dan seluruh umat Islam kerana membiarkan ketidakadilan ini berlaku.
Us dan sekutunya akan terus merencana dan melakukan apa juga bagi tujuan menghapuskan Islam dan umatnya dari muka bumi ini. Sama-samalah kita berfikir dan sedar akan hakikat ini. Wallahualam.
al fatihah buat Sadam...aminn
ReplyDeleteal fatihah..ameen
ReplyDeletebila difikir-fikirkan semula apa yg berlaku ke atas Saddam ini tidak lebih sebagai cara AS menggertak umat Islam yg lain supaya jgn sesekali menentang mereka...
ReplyDeleteApa-apapun al-fatihah buat Saddam.
hmm betul tu puteri.. gertakan mereka melibatkan nyawa dan hartabenda.. gertakan yang menuntut umat Islam berfikir dan kembali kepada Islam sepenuhnya secara serius dan bersungguh-sungguh.
ReplyDelete