Sunday, January 21, 2007

3 Jenis Manusia


Bagi aku manusia ni ada 3 jenis:-

Ni jenis yang pertama:-

Banyak masalah dalam kepala otak manusia ni apabila mereka berfikir tentang manusia. Tak kisahlah sapapun dia, kalau dia pk tentang manusia maka berserabutlah kepala otak dia, kalau di pejabat dia pk tentang manusia, dia akan jadi pekerja yang serabut kepala otak dia, kalau dia pelajar, pelajar yang serabut..tak kisahlah siapapun dia...pastinya bila pk pasal manusia maka akan serabutlah kepala otak orang yang berfikir tu. Jenis pk macam ni lah aku selalu nak elak walau kekadang kena pk jugaklah..kalaupun kena pk aku akan had dan arahkan pemikiran aku, aku tak akan terjun jauh ke dalam pemikiran macam tu..tak de faedahnya..

Ni jenis yang kedua:-

Manusia ni kalau dia jenis pk tentang sejarah atau peristiwa yang lepas, dia ok sikit..kalau dia bijak ada gak faedahnya tapi jenis pk macam ni pun tak berkembang sangatlah..asyik pi mai tang tu gak..tak mengubah apa apa tapi tak lah serabut macam manusia jenis pertama tu. Jenis ni banyak ada kat dunia ni...ada yang berjaya dan ada yang statik. Kalau dia keje 20 tahun maka kecapaian dia sama je..tak berubah...

Ni jenis ketiga:-

Jenis manusia macam ni aku salute, jenis ni kalau ada ramai dalam satu-satu tempat atau organisasi, aku yakin organisasi dia akan jadi hebat dan cemerlang. Jenis ni jenis yang mengubah manusia atau apa juga menjadi lebih baik dan lebih baik..singkat citer jenis berinovasi. Manusia jenis ni dia pk tentang IDEA.. kalaupun dia kaitkan manusia atau peristiwa, tu sebagai input untuk dia cetus dan kembangkan idea dia. Kalau jenis pertama tadi dia lebih pk pasal manusia kenapa begitu kenapa begini, tapi jenis ni dia tak pk lagu tu...bagi dia kalau ada kaitan manusia dengan idea dia, baru dia akan pk, kalau dia pk ada kaitan peristiwa ngan idea, baru dia pk..jenis ni jenis yang susah nak carik.

tu je lah aku nak kata.... ahaa aku tambah lagi satu perkara.. ni aku nak ingatkan.. jangan pk tentang Allah melainkan apa yang Dia benarkan je.. sebab manusia bukan serabut lagi dah..bukan tak berkembang lagi dah kalau dia teruskan pk tentang Allah pada benda tak patut dia pk..tapi akan jadi GILA terus ..tak caya cuba pk lebih dari apa Allah benar.. aku bagi masa beberapa saat je ko orang akan rasa teruk dah..kalau sejam je setiap hari selama seminggu ko duk pk maka aku rasa tak payah g hospital aku sendiri bleh sahkan ko orang akan jadi gile hehehehe

oklah selamat jadi manusia jenis ke 3 tu ek.. pk pasal idea..jangan pk pasal manusia atau pasal peristiwa kecuali ada kaitan dengan idea. wassalam.

12 comments:

  1. he..he..
    a'kum...

    betul. memang betul. tulisan kau memang betul. Kalau boleh aku nak jadi kombinasi org jenis 3 dan 2.

    Kerna ia adalah asset sesuatu organisasi.

    aku x menyangkal tulisan kau.

    Tapi yang peliknya kan...

    apa kena-mengena gmbar itu dengan tulisan kau ni?

    atau.. kau masih terkenang2 wanita cantik?

    aku gurau ajer..
    he.he.he.

    ReplyDelete
  2. hahhhhahah aku hanya beri sedikit keseronokkan pada jejaka tampan macam ko kihkihkih :P

    ReplyDelete
  3. aku?

    aku masih teringat seorang arwah wanita yang aku minati menyebut

    aku?????

    (bukan kau. sebab kau lelaki)

    he..he..he.

    mengenai N3yg kau tulis ini, aku dapati bahawa kau telah bengang dengan seseorang. mungkin orang yang sepejabat dengan kau....

    apa-apa pun mungkin.

    ReplyDelete
  4. bengang? emm tak rasanya.. aku dalam ketenangan sekarang ni.. :)

    aku mengatakan apa yang patut aku kata.. antara aku dan makhlukNya... :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:27 AM

    lama tak jenguk blog pena....makin berapi nampaknya cerita 'diantara aku dan makhlukNYA' nih...

    ReplyDelete
  6. hehee puteri ..tak lah.. saja sesekali wat panas .. :)

    ReplyDelete
  7. aku nak jadi yg no 3, boleh?

    :)

    eh, lupa nak bagi salam...

    asalamualaikum.

    ReplyDelete
  8. wasalam... nak jadi no 3? emm jarang ada yang sanggup .. tak gitu elhakim hahaaahah

    ishh untunglah ko elhakim hihihi :P

    (wat wat tak paham apa tu no 3 ) kihkihkih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. thx for visitting.. menarik jugak yah entri awak nieh.. bawak bersabar.. hati manusia ni memang susah nak tawuu wuuu! :D

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:18 PM

    nk jd tiga2..

    ReplyDelete
  11. w'salam ien.. hati sendiri pun kita tak tau..apa lagi hati manusia lain :)

    ReplyDelete
  12. hehe chii..nak jadi tiga2 ek.. emmm tabah ke? :P

    ReplyDelete