Thursday, January 18, 2007

Jawapan Bodoh Oleh Orang Cerdik

Aku hanya nak lihat keseimbangan berlaku dalam amalan demokrasi di Malaysia ini. Negara yang aku tinggal dan menetap. Aku bukan menyokong mana-mana parti politik, aku hanya berpegang pada prinsip adil dan saksama. Keadilan mesti berlaku dalam setiap perkara di Malaysia ini. Aku yakin kiranya ketidakseimbangan ini dibiarkan, pasti natijahnya akan lebih buruk dan mengerikan.

Apa yang aku maksudkan ialah amalan demokrasi dalam pemilihan pihak yang bakal mentadbir negara ini. Fokusnya ialah pada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang di pengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman. Setiap kata-kata, setiap tindakan yang dilakukan atau bakal dilakukan oleh beliau akan mencerminkan ketelusan dan keadilan dalam sistem pilihanraya atau lebih tepat lagi dalam amalan demokrasi bagi Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang berkonsepkan Sistem Raja Berperlembagaan.

Apabila ada sungutan dan aduan dari mana-mana pihak yang mempertikaikan soal ketelusan dan keadilan, apalagi kalau dinyatakan dengan tindakan dan dokumen aduan, maka Pengerusi SPR mestilah melihat ianya dengan serius dan tidak melakukan apa juga tindakan atau ulasan yang menunjukkan ianya berpihak kepada mana-mana pihak sekalipun. SPR adalah badan bebas dan yang bertanggungjawab mengendalikan piliharaya mengikut amalan demokrasi yang berteraskan ketelusan dan keadilan.

Adalah amat malang kalau beliau sebagai pengerusi SPR memperbodohkan pihak yang mengadu seolah-olah beliau salah seorang dari wakil pihak yang bertanding. Tidak masuk akal apabila beliau berkata bodoh kepada pihak yang tidak mahu bertanding kerana tidak percaya kepada amalan dan pengendalian pilihanraya oleh beliau. Ada asasnya mereka bertindak begitu.

Sebagai rakyat yang bebas dari menyokong mana-mana pihak aku mahu pengerusi SPR jangan lagi bercakap macam orang bodoh dan memperbodohkan orang lain semata-mata kerana hendak mengelakkan dari menjawab secara bijak.

Rakyat mahu jawapan cerdik dari orang cerdik dan bukan jawapan bodoh dari orang cerdik.

11 comments:

  1. he..he.he.
    bila seseorang itu menyatakan bahawa ia tidak menyokong mana-mana parti maka tahulah aku... parti mana yang orang itu sokong di dalam hati...

    he..he.he...

    -sama saja-

    sebenarnya spesies "atas -pagar" ini amat susah untuk di cari sejak akhir-akhir ini.

    nice N3. memang aku sokong.

    ReplyDelete
  2. hahaah ko nyer telahan ko telan sendiri la ek elhakim.. sekali lagi aku malas nak komen..

    kekadang kepala otak ko ni ok gak..kekadang tak leh pakai heheheh

    apa pun aku seronok gak kalau ko mula menulis..banyak benda aku nampak dan banyak benda gak aku kena pk hehee

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:07 AM

    aharks.....
    telinga SPR tentu berdesing klu dengar luahan pena kali ni...klu masih bersikap tenang tentu ada something wrong ngan saraf dier kan...

    hmm...anyway bila membebel kat blog nih terasa puas gak kan. leh buat dewan debat sendiri....
    leh juga meriahkan dunia bloging kat m'sia nih...

    ReplyDelete
  4. mari join NGI. Non govermental individuals. Hati pun adalah negaranya yang sendiri.
    Hullo. btw.

    ReplyDelete
  5. hihi puteri.. biar dia berdesing.. dah buat benda bukan bukan.. ari ni PM kata pembangkang bacul.. ini tak de la nak marah sebab Pak Lah memang orang politik.. dia cakap atas kapasiti BN ...sesuailah :D

    ReplyDelete
  6. haha irondanwine.. ada kelab NGI ke.. kelab GTI ada laa heheheehh

    ReplyDelete
  7. El-aku, a'kum..

    he..he.he..

    sori sbb berikan feedback utk komen kau tentang N3 aku ~paras rupa dan jodoh disini.

    komen kau telah aku hayati dan fahami.

    pada aku soal, pada pandangan mata aku cantik, tapi padangan mata kau tidak, dan begitulah sebaliknya tidak timbul.

    Pokok pangkalnya masih ada perkataan cantik dalam pemilihan wanita utk jodoh.

    Maaf, Tanpa disedari,
    Secara Otomatik, secara indirectly, kau telahpun membenarkan hujah2 aku itu.

    Tidak kisahlah kecantikan itu pada pandangan siapa. (pOKOK PANGKALNYA keyword cantik amat penting di sini)

    Aku nak tanya kau...

    Adakah terdapat lelaki yang mengahwini seseorang perempuan itu semata2 disebabkan wajah wanita itu Buruk???????

    Kalau ada sila beritahu pada aku siapa lelaki itu.

    Wajah buruk di sini bermakna:
    Wajah hodoh. Bukan wajah Sederhana dan bukan juga cantik.

    Permasalahan pokoknya, rata-rata lelaki berpandangan bahawa majoriti wanita andartu 50 tahun keatas tidak dapat jodoh adalah kerana rupa. (pandangan umum. Bukan pandangan aku sahaja)

    keyword: Mjoriti (bukan semua)

    Wanita buruk yang telah berkahwin tidak menjadi persoalan lagi. Kerana mereka bukan ANDARTU Lagi.

    Lagi satu, Dlm entri tersebut, tidak pernah aku menggariskan standard bagi menobatkan wanita cantik mahupun buruk.

    he..he. (pandai2 kau buat cerita) he..he.

    Di sini aku adalah penulis yang neutral.

    Cuma highlightkan perkara yang telahpun diketahui umum.

    sama juga analogi spt berikut:
    1. Majoriti wanita ditolak, mungkin kerana rupa-paras. (kalau dah lelaki tu, lelaki juga laa.. AKU FAHAM.)

    2. Majoriti lelaki ditolak, mungkin kerana tiada keupayaan materialistik mahupun faktor-faktor kebatinan.

    HE..HE..HE..

    sekian terima kasih.

    wasalam.

    ReplyDelete
  8. hehe alhakim..

    kau selalu je bermain ngan istilah kan.. tak pe lah..teruskan kalau kau suka macam tu..

    bagi aku lah.. bila cakap soal jodoh ni..tu sebenarnya tak bergantung pada sebab dan musabab sepenuhnya...malah lebih penting dari itu ialah.. jodoh adalah hak Allah..sama seperti mati

    aku rasa kau terlalu sangat mengggunakan akal kau untuk mencari hujah atau sebab..

    aku tak nafikan apa yang kau sebut soal cantik tu merupakan ukuran atau indicatornya takala lelaki memilih jodoh cumanya itu hanya sebab yang Allah berikan pada manusia takala Allah dah memberikan jodoh pada hambaNya

    aku juga rasa kau perlu faham elhakim yang sebab cantik itu hanya peratus kecil saja dari berjuta sebab lagi bila lelaki memilih wanita sebagai pasangan, mungkin sebab kasihan, mungkin sebab kagum dan sebagainya yang kadangkala tiada kaitan dengan soal cantik atau hodoh

    aku harap ko lebih "bertimbangrasa" apabila berhujah apalagi kalau ko mengaitkannya dengan lelaki hehehe

    ko lelaki aku lelaki kihkihkihkih

    ReplyDelete
  9. he..he..
    el-aku,

    komen kau kali ini juga telah membenarkan apa yang aku katakan selama ini (trimakasih)

    kerna...

    TAKDIR MENGATASI SEGALA-GALANYA. termasuk jodoh. (he..he.he...)
    Betul la apa yang aku fikirkan dan ia termaktub dalam prinsip aku.

    Takdir telahpun memainkan peranannya utk manusia menyukai perkara2 yang cantik-cantik.

    cuma aku merasa terkilan bahawa kau menidakkan kecantikan adalah faktor utama dalam pemilihan jodoh.

    Pada aku sebaliknya. Dewasa ini, Majoriti telah menobatkan kecantikan di mata sendiri adalah menjadi faktor utama. Yang lain-lainnya adalah faktor ke-2, ke-3 dan seterusnya.

    disebabkan manusia tiada pilihan, maka faktor 2 dan faktor ke-3 akan menjadi faktor utama utk mereka berkahwin.

    ==================================

    Sebenarnya, Faktor yang paling utamanya adalah gabungan kecantikan diikuti dengan keserasian atau chemistry.

    he..he..he..
    wasalam.

    ReplyDelete
  10. hehe elhakim...

    aku setuju ngan kesimpulan ko ni.. "Sebenarnya, Faktor yang paling utamanya adalah gabungan kecantikan diikuti dengan keserasian atau chemistry."...

    kalau itu maksud ko tentang kecantikan..aku terima dan kita tak de perselisihan dalam soal ni..

    cumanya aku nak ingatkan ko skit pasal menafsirkan ada perempuan atau wanita yang hodoh..bagi aku semua ciptaan Allah pada wanita atau pada setiap wanita adalah suatu ciptaan yang sempurna dan indah serta cantik..tidak ada yang hodoh..

    masalahnya manusia yang mengambil hanya semata mata nafsu dalam mengukur atau menilainya..ni kesalahan manusialah.. so bagi aku semua wanita tu cantik :)

    hehe so rasanya kita sama pandangan akhirnya kan elhakim..tak taulah kalau ko ada lagi yang tak setuju ngan aku dalam bab ni..

    bantai je lah kalau tak setuju heheh

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:53 PM

    heheh saja nak nyampuk ..:P

    beauty lies in eye of beholder

    ReplyDelete