Tuesday, January 30, 2007

Kesunyian ini



kesunyian sendiri
tidak siapa yang mampu mengerti
terbenam di dasar hati
terselit antara rasa..sanubari

bila panas beransur petang
malam menutup pandangan
bila bayu menghembus tenang
cengkerik pula berdendang sayang

semua itu memberi erti
kesunyian ini.....
seolah ditarikan
mengikut irama kehidupan
masing-masing dengan haluan sendiri
bermain di fikiran....

ada yang qalbunya bergoncang
cinta menjadi mainan
diri menjadi taruhan
impian dan harapan hancur di jalanan

mahu disuarakan tapi pada siapa
adakah yang mahu mengerti
disaat diri ingin dimanjai
tiada siapa peduli
disaat ingin berada di dalam pelukan
diri ini terus disisihkan

apa lagi yang ada
air mata menemani derita
kesakitan yang terlalu dalam
duka merahim kehidupan
kandungan bahagia berkubur sebelum dilahirkan

masih sempatkah aku......
mengutip sisa sisa bahagia yang ada
dengan genggaman tangan semakin terukai

6 comments:

  1. Anonymous11:15 PM

    mula mula sepi..pasti sunyi lak kui kui kui tgh jiwang mengarat ni :P

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:20 AM

    salam... :)

    nape tetiba bicara ttg sunyi dan sepi...?

    erks...

    ReplyDelete
  3. salam.. ehhehehe keshi dan puteri.. bukan jiwang mengarat laa... ni sajak sajak lama ..tahun 2005 dulu..paparkan balik.. takut ilang lak nanti heheh

    sajak sepi dan sunyi ni sebab terlalu banyak melihat dan mendengar berbagai cerita manusia yang berkait ngan sunyi dan sepi..sebab tu create sajak macam ni..bukan cerita sendiri.. hehheh

    ReplyDelete
  4. ko dah kawin kan. x kan jiwang lagik.

    tp kalau nak jiwang, jiwang ler..

    he..he..he..

    aku kasik ko leeds. amacam?

    ReplyDelete
  5. hahahaah ko ni elhakim.. nak kasi aku leeds? elok elok makan minum dijaga..kan aku kena makan kat kedai, tido kat hotel, sakit hospital kan kekekkek

    ReplyDelete
  6. amboi amboi elhakim...sedap2 je nak bagi aku ek?

    grrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

    ReplyDelete