Friday, June 27, 2008
Syabas Dato Seri Nazeri
Thursday, June 26, 2008
MINDA LUBANG KUNCI
Tafsirannya: pemikiran terbuka atau berkualiti walau pun hakikatnya otak kita tak lah sebesar mana dari segi fizikalnya. Ibarat lubang kunci yang sempit namun setelah dibuka..akan terpampanglah ruang yang lebih besar atau khazanah yang sangat bernilai. Ok ke mutiara kata dan tafsiran ni? ahaksssss
Saturday, June 07, 2008
PILIHAN DI TANGAN KITA
Keputusan yang tidak tepat dan salah ditentukan oleh pemimpin bermula dari atas sampai ke bawah. Kenapa ini berlaku? sebabnya yang juga jelas ialah kerana sistem pemilihan pemimpin kita terlalu jumud dan tidak berlandaskan aspek kualiti. Mereka dipilih atas sebab-sebab yang lain dan tidak atas dasar kualiti. Mereka tidak dinilai dan dipilih berdasarkan kemampuan dan idea serta perancangan mereka.
Isu minyak antara isu terbaru, pelik dan sangat tidak kena dengan kenaikkan dan kaedah yang diperkenalkan. Ramai yang telah mengulas secara detail, pastinya selepas ini kemampuan membeli menurun, inflasi meningkat, jenayah juga meningkat, kadar stress di kalangan rakyat juga berganda, pendapatan perkapita rakyat tidak berubah, rasuah terus meningkat dan tidak mampu diselesaikan, jurang antara yang miskin dan kaya lebih ketara, dan bermacam macam lagi.. kesemua ini menjurus kepada kemusnahan secara langsung atau tidak langsung.
Apa lagi yang kita mahu lihat, pilihan di tangan kita sebenarnya, untuk mati perlahan-lahan dalam kesakitan dan penderitaan atau kembali sedar dengan melakukan perubahan. Pilihlah.....
Saturday, May 31, 2008
2008 - Aku dan Melayu
Selama aku hidup hingga ke saat ini, aku rasa aku baru sedikit memahami penghuni dunia yang bernama manusia. Terlalu rumit untuk difahami baik secara individu maupun masyarakat. Lebih rumit lagi masyarakat yang bernama MELAYU.
Sahabat aku El Hakim dah banyak mengulas tentang MELAYU..tentang orangnya..tentang sikapnya...kalau dinilai kembali, apa yang MELAYU ada sebenarnya yang boleh dikatakan hak milik atau warsisan budaya atau hak intelek yang mereka cipta dan punya secara mutlak? Mungkin jawapannya hampir kepada TIDAK ADA.
Entahlah..cakap banyak nanti...ada yang hunus keris..cium keris lak kan huhhuhuhu. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya ( walaupun aku terheret sama) biarlah..sekurang-kurangnya aku bercakap jugak dari diam kelu dan bisu......
Sunday, April 13, 2008
WANITA DAN PESTA BUKU

Kita akan jadi sepertimana kita fikir, dan apa kita fikir sebahagian besarnya akan dipengaruhi oleh pembacaan selain dari pengalaman dan pengamatan. Budaya membaca di Malaysia ini agak lembab hendak diserap dalam masyarakat kita namun hari ini aku menyatakan sekali lagi rasa bangga aku pada kesedaran masyarakat kita yang aku nampak rata-rata adalah orang melayu.
Namun, dalam bangga aku rasa sebaliknya pula apabila yang hadir banyaknya adalah kaum wanita..mana kaum lelakinya? ada...bukan tidak ada..tapi kalau nisbah boleh dikatakan lelaki 1:50 kot.. satu lelaki 50 wanita. Terfikir pula aku tentang semua ni dan kaitannya dengan kecapaian, kematangan,kecerdikan, kepimpinan serta banyak lagi kalau nak dibandingkan antara lelaki dan wanita. Paling aku nampak lelaki lebih suka berkerumun di tempat-tempat hiburan manakala wanita adalah sebaliknya. Nak salahkan sapa kalau wanita lebih dominan dalam semua perkara?
Kesempatan ini aku ucapkan syabas kepada Puan Ainon yang sempat aku jumpa dan berbicara sebentar, dengan jualan yang melebihi RM 200 ribu lebih. Aku rasa tak hairan sebenarnya kalau rata-rata yang hadir, aku dengar mereka memuji usaha dan kualiti yang ditunjukkan oleh PTS dan Puan Ainon. Wanita lagi hehehe
Monday, February 11, 2008
Keghairahan
Ghairah lebih merujuk kepada nafsu... betullah tu... ghairah lahir dari nafsu..perasaan... tapi yang sinonimnya khusus kepada soal-soal seksual.
Namun..istilah ghairah ini aku nak fokus atau kaitkan dengan pekerjaan atau apa yang kita semua tengah lakukan untuk memperbaiki kualiti hidup. Kalau seorang pekerja, pekerjalah..sama juga kalau student ke, seniman ke, apa ke..tak kisah. Isunya bagaimana ghairah akan membawa kita kepada penemuan kejayaan demi kejayaan.
Dalam dunia aku sekarang, aku rasa aku ghairah untuk melakukan yang terbaik dalam pekerjaan aku. Aku cerita apa aku alami sendiri, ni kisah benar..tak cedok mana mana pun. Bila aku dapat je kerja baru ni, aku pk tentang beberapa perkara dan antaranya...
Pertamanya aku pk bagaimana nak memahami dunia baru aku ni. Dunia yang di dalamnya ada kumpulan manusia yang bertungkus lumus untuk memajukan syarikat dan mencipta keuntungan. Tentunya keuntungan diri sendiri juga
Keduanya aku pk tentang kedudukan aku..kerja yang akan aku buat.. bagaimana nak selaraskan dengan mereka yang dah lama dan pakar itu. Aku pk sekurang-kurangnya aku mampu untuk menyumbang dengan baik dan berkesan.
Itu apa yang aku pk..yang terjadinya tak sama dengan apa aku pk.. tapi aku tak mau nak perincikan kat sini. Ada masalah yang timbul bilamana apa ku pk dengan apa yang terjadi tak sama. Tekanan hadir dan buat aku makin berfikir.. aku menjadi ghairah berfikir..mencari dan menelusuri segala sudut, menilai dan cuba memahami.. betul..aku semakin ghairah..
di tempat kerja aku berfikir..balik ke rumah aku berfikir..masa tengah tidur..pastu terjaga ..aku berfikir...nak keja balik esoknya tu aku berfikir... jumlah masanya lebih kurang adalah selama 5 bulan... tak lah selalu macam tu..tapi banyak masanya aku memang berfikir..hingga aku ditegur oleh isteri.. sampai satu ketika..dia minta aku stop kejap bercakap dan berfikir soal kerja..dia dah pening sebab dia pun banyak jugak perkara nak kena fikir. Boleh lah berhenti sekejap selama sehari dalam waktu kami keluar bersantai.. tapi tak sempat balik ke rumah..aku mula balik bercakap dan berfikir tentang kerja. Ini keghairahan yang aku maksudkan.
Hasilnya.....
Aku berjaya memahami beberapa perkara:-
1. Berjaya memahami manusia yang aku temui di sana walau tak sepenuhnya pun, sekurangnya aku boleh bertenang kerana aku dah faham lebih dari sedikit.
2. Aku memahami struktur organisasi dan sturktur kerja kat sana.
3. Aku berjaya memberi input-input yang berkaitan dengan kerja yang aku disuruh lakukan dengan baik. (bukan sekadar penialian aku, aku ada menerima email dan kata-kata pujian dari mereke yang bergelar ketua yang aku rasa mereka ikhlas dan jujur)
4. Aku berjaya memberi jalan keluar kepada beberapa masalah. Aku juga berjaya merangka struktur baru yang berkaitan bagi menjelaskan idea untuk penambahbaikkan.
5. Pendek cerita, aku mungkin ditukarkan ke bahagian aku paling suka bekerja kerana bidang tugas baru ini sememangnya yang aku paling minat. Analisis dan bangunkan idea sekaligus membangunkan manusia walau aku sendiri penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
Ini pastinya akan membangkitkan keghairahan aku. Aku yakin keghairahan ini pastinya akan menjadi-jadi dan pastinya juga ianya mampu membantu aku dari berfikir tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Sememangnya ianya suatu cabaran.. cabaran membentuk keyakinan dan usaha yang berlibat ganda. Kesedaran minda tentang kegagalan dan kesusahan atau kesukaran juga sebenarnya membangkitkan keghairahan.
Keghairahan perlu dipupuk. Cara berfikir juga perlu dipupuk... Kalau keghairahan ini boleh disuntik dalam setiap apa juga kita lakukan untuk menempa kejayaan, alangkah baiknya. Keghairahan dalam belajar, keghairahan dalam berkerjaya, keghairahan dalam berfikir dan keghairahan dalam setiap apa pun.. yang baik lah kan .....
Sunday, February 03, 2008
Tersurat dan Tersirat

renungan makrifat
terkandung segala hikmat
tersurat dan tersirat.......
yang tersurat jelas
yang tersirat juga jelas
lalu apa lagi?
sabar...sampai bila?
nak tunggu..sampai bila?
tak luka dah pun luka
tak berdarah dah pun berdarah
dah memang parah
masih nak melihat?
bukan bayangan
jelas kenyataan
bukan gurauan
jelas kebiadapan
nak tunggu hancur?
boleh,tunggulah...tak salah pun
tapi...
siapa yang hancur?
kita....
Wednesday, January 23, 2008
Berfikir Mencapai Kecemerlangan

Berfikir mencapai kecemerlangan tidak mudah dan tidak juga sukar.
1. Ada manusia suka fikir nak jadi cemerlang seorang diri dan hanya melibatkan dia sahaja.
2. Ada pula fikir nak jadi cemerlang dengan berkongsi idea dengan ramai orang tapi masih lagi memberi fokus kepada dirinya sahaja.
Kedua-dua kaedah di atas sama saja sebenarnya, iaitu untuk kepentingan diri dia sahaja. Kaedah ini jelas tidak akan memberi kecemerlangan yang hakiki.
Tak ramai yang mahu berfikir untuk ramai. Berfikir untuk ummah. Ini gaya berfikir yang akan membawa kecemerlangan kepada diri dia dan juga ummah atau kumpulan atau mereka yang dia mewakilinya.
Aku cakap macam ni bukan apa, ramai aku jumpa yang jenis pentingkan diri dia saja, sampai dia berada di luar lingkungan adab sopan pun dia tak sedar dah, berlagak dan penuh dengan rasa bangga pada diri sendiri. Masalahnya orang macam ni senang pulak naik ke jawatan penting.
Lebih teruk, mereka akan benamkan terus kalau ada yang berkualiti semata -mata tidak pandai ampu dan bodek. Macam-macam cara dilakukan termasuk fitnah dan lain lain yang tak mampu kita nak fikir.
Kalau dah ramai jenis macam ni, ianya membentuk suatu senario/situasi dimana kualiti tak akan ada, yang ada hanya kuasa penentu banyak perkaa dan bukannya idea yang berkualiti. Kalau negara, negara akan hancur satu hari nanti, kalau organisasi, organisasi akan hancur, sama lah walau kat mana dan apa pun... kebinasaan pasti akan berlaku. Ada hadis ke apa ..lupa... antara maksudnya " sekiranya sesuatu urusan tidak dipegang oleh mereka yang arif/ahlinya maka tunggulah saat-saat kebinasaanya" ...tak silap hadis sohih...tolong betulkan kalau aku salah.
Itu lah apa aku nak katakan. Moga kita boleh berfikir untuk ummah disamping kepentingan diri sendiri.
Saturday, January 19, 2008
Adakah Kerana Media?
Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Mulltimedia Malaysia (SKMM), berkata tindakan itu diambil berikutan pihaknya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan bagi kelulusan siaran langsung dan tertunda. Petikan Harian Metro
_________________________________
Komen aku...
Aku bukan menyokong apa yang dilakukan oleh Faizal Tahir, tetapi aku juga tidak menyokong dikenakan tindakan macam tu pada TV8. Alasan mudah aku ialah:-
1. Tindakan pertama yang SKMM perlu buat ialah minta surat tunjuk sebab dari TV8/minta penjelasan terperinci dari mereka.
2. TV8 perlu diberi hak untuk membela diri.
3. TV8 dah pun mengenakan tindakan pada Faizal Tahir.
4. TV8 boleh diberi amaran keras dan sebarang tindakan menghentikan hak penyiaran mestilah mengambil kira banyak perkara dan faktor.
5. Bagaimana dengan pakaian yang dipakai oleh artis wanita yang lain yang menjolok mata? Faizal ye lah bukak baju..artis wanita koyakkan kain..singkatkan, dedahkan, macam macam lagi.. so nak stop jugak ke hak penyiaran? Bagaimana dengan drama? apakah kalau drama atau filem boleh?
Aku kata saja lah, sekadar pandangan. Apapun TV8 dan artis perlulah lebih peka dan berhati-hati. Pihak berkuasa pun mestilah menyelaraskan dengan baik segala peraturan dan tindakan. Jangan terpengaruh dengan pendedahan media, bila digambarkan berlebihan maka tindakanpun serta merta dan berlebihan, bila media senyap, maka senyaplah tindakan dan hukuman.
Wednesday, January 16, 2008
Kuasa Rakyat
KESEDARAN
KEGILAANSaturday, January 12, 2008
IDEA
1. Diri aku sendiri
2. Masyarakat melayu dan orang melayu
3. Bangsa lain
Kaitannya:-
1. Kaedah berfikir/Metodologinya
2. Ruang lingkupnya
3. Hasilnya
Itu benda yang aku pk, tapi tak de lah aku nak ulas detail. Cukuplah ianya berkisar dalam pemikiran aku, sebab kalau aku luahkan pun, aku gak penat menaip nanti..dah la skopnya luas..pulak tu banyak benda nak aku kaitkan nanti..malas aku...
Apa aku nak kata, masyarakat melayu mestilah "berani dan ikhlas" apabila melibatkan soal idea ni. Samaada idea tu datang dari kita atau orang lain. Kebanyakkanya tidak bersedia untuk menerima idea orang lain atas sebab-sebab yang susah otak kita nak menerimanya...antaranya :-
1. Dia malas berfikir
2. Takut kalau dia terima idea tu..dia pulak nampak bodoh
3. atau atas sebab lain
Idea adalah sesuatu yang sememangnya tidak boleh dipertahankan dengan kemahuan nafsu semata-mata ( dengan anggapan bahawa idea aku mesti diterima). Ini cara berfikir yang salah. Idea boleh dibentangkan..dan kita kena sedia untuk menerima hujah dan pandangan orang lain. Sesuatu idea biasanya berkait dengan kreativiti dan inovasi( sesuatu yang baru dilahirkan atau dicipta atau difikirkan). Idea seperti ini perlu dibahaskan..kalaus sekiranya idea kita bagus, maka ianya akan diterima dan ditambahbaikkan dengan proses perbahasan atau perbincangan.
Kalau idea kita tidak bagus, maka ianya sudah pasti akan ditolak, sebab itu dalam membentangkan idea, soal siapa dan tempatnya perlu betul. Idea yang bagus kalau dibentangkan pada orang yang salah dan tempat yang salah maka ianya tidak berguna sama sekali. Seperti melakukan kerja yang sia-sia.
Dalam menentukan soal siapa suatu perkara, kalau dah dapat orangnya maka soal kesesuaian masa dan mood dia juga juga penting. Manusia ni walau sehebat manapun, dia tetap akan dipengaruhi oleh sentimen perasaan dan alam.
emm dah la dulu, isteri aku ni duk membebel dah ajak makan..aku teman dia kat lab sebenarnya.. lain tu pk sendiri lah ye..
Tuesday, January 01, 2008
Azam Tahun Baru
Aku juga beryukur kerana organisasi tempat aku bekerja memberi peluang kepada aku, menghargai peranan aku sebagai pekerja. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada boss unit aku Pn. S, dan dua lagi boss unit lain...Pn. A dan Pn. Ct kerana mengambil aku berkerja. Seterusnya aku panjangkan rasa syukur dan terima kasih kepada organisasi, En. MG, En J, En Z, En. R dan semua yang merupakan rakan kerja di sana.
Azam aku tahun ini ialah untuk kurangkan bercakap tetapi memberi lebih tumpuan kepada kerja dan menaikkan nama syarikat di samping tugas hakiki aku sebagai anak, menantu, suami serta ahli masyarakat yang baik. Inilah azam aku yang terbaik rasanya sepanjang aku hidup. Aku mengambil kesempatan di sini memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku selama ini kepada semua yang mengenali aku.
Sunday, December 16, 2007
Bahasa Melambangkan Bangsa

Aku fikir tentang bahasa yang dikatakan melambangkan bangsa, semakin aku fikir semakin mimik muka aku bertukar kepada senyum, berkerutu, sakit hati dan macam macam rasa lagi. Semua ni boleh "melajukan" lagi usia penuaan aku sebenarnya hihihi.....
Apa tidaknya, aku bagi contoh lah.. kat tempat kerja aku semua cakap owang putih, terkebil kebil aku nak paham, aku jenis tak reti sangat cakap owang putih ni, isteri aku asyik betulkan nahu aku je kalau aku cuba cakap owang putih, adakalanya aku rasa macam malas dah nak cakap owang putih yang aku tau sepatah dua tu..hehehe dia terus bagi semangat..aku cakap gak la walau pelat hahahaha
Kat tempat keje aku kebanyakkanya semua smart dan anggun dan pandai cakap owang putih, ntah napalah aku tak tau..HR memang carik yang bagus penampilannya kot (kecuali aku lah) hehehe sebab aku tak pandai bergaya..kalau aku suka satu jenis baju..sampai lusuh aku pakai baju tu... isteri aku may be lebih memahami tabiat pelik aku ni...ahaaa bukan itu aku nak cakap sebenarnya..
Apa aku heran, bahasa owang putih ni sepatutnya menjadi suatu alat saja bukan suatu perkara yang hendak diangkuhkan..ni tidak ..pandai cakap owang putih dipandang tinggi walau ideanya hampeh..yang tak pandai dipandang rendah walau ideanya melangit tinggi... pelik sungguh manusia di Malaysia ni. Alat ni untuk memudahkan bukan untuk diangkuhkan...bukan untuk kita bersikap sombong dan dungu hehehhe
Bahasa Malaysia..atau bahasa melayu apa kurang hebatnya.. bahasa adalaah suatu alat atau kaedah .. isunya apa pun adalah idea...kalau bijak bercakap..idea hampeh buat apa.. idea ni pulak boleh datang dalam berbagai bentuk dan gaya..may be dia datang dari penulisan, percakapan, pembacaan, alam, akal, nafsu atau apa saja. Bahasa suatu darinya... aku tak kisah dan ok kalau nak cakap owang putih..nak tulis owang putih, nak campur adukkan pun..buat lah..tapi kena paham la...JANGAN ANGKUH...JANGAN SOMBONG.... dan jangan pandang rendah pada owang tak reti cakap owang putih...
Bangsa Melayu dicorakkan oleh penjajah British..ni adalah antara budaya dulu sampai sekarang masih dipegang ... hebatnya kalau kat kampung aku.. banyak cakap owang putih dilenggokkan nadanya dalam bahasa melayu.. di Terengganu lah.. contohnya.. "gostang" (undur ke belakang) "gohed"..(ke depan) dan banyak lagi lah hihihi
Dah cakap pasal ni, aku nak sentuh jugak pasal pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa mat salleh ni... bagi aku buat apa nak susahkan kepala otak budak budak tu..ajarlah idea sains dan math ni dalam bahasa melayu ..apa salahnya...kalau perlu gunakan istilah asing tu..gunalah macam dulu dulu tu....lagi mudah budak tu nak paham...lagi mudah depa nak cambahkan idea tu...
Kalau nak baguskan bahasa mat salleh tu di kalangan pelajar.. mata pelajaran bahasa tu sendiri perlu dikaji dan digubal agar ianya mampu memberi impak yang besar kepada semua pelajar..atau kalau nak sangat..ubah semua dalam bahasa mat salleh tu..tak kisah ..jangan bantai main sekerat sekerat... India..kaumnya bangga ngan bangsa dan bahasa mereka..tapi semua nampaknya boleh berbahasa mat salleh tu...gi ke India kaji... g ke Jepun kaji..sebab dua negara ni lain sikit.. India tamaddunnya ..kebudayaannya..bahasanya masih asli India..tak berubah tapi rakyatnya boleh berbahasa mat salleh tu... Jepun hebat..tapi tak pun pentingkan bahasa mat salleh tu... sikit je rakyat jepun boleh berbahasa mat salleh tu... semua teknologi dalam bahasa jepun...sampai semua kena belajar bahasa jepun... ok sebab tu alat.. ahaa g sana buat kajian...
Kerajaan peruntukkan kewangan kepada Universiti...suruh student dan pensyarahnya buat kajian..lihat apa hasilnya.... kan ?
Cammana nak ending ni.. ahakssss aku kalau dah menulis susah nak stop..ahaa stop!.
Saturday, December 08, 2007
Aku tak matang...
Semakin aku berfikir..semakin aku merasakan aku tidak matang lagi.. kematangan bagi aku bilamana aku boleh meninggalkan segala perkara yang tidak baik pada pandangan syariat dan nilai-nilai baik sejagat khususnya di Malaysia ini.
Kematangan bagi aku ialah bilamana aku mampu mengutamakan kepentingan Ibubapa atau mertua melebihi kepentingan diri aku sendiri.
Kematangan yang kedua ialah bilamana aku boleh bersabar dan berfikir dengan baik walaupun ketika itu aku berada di dalam tekanan yang sangat hebat. Keupayaan aku berfikir dan menganalisis sebab dan punca dengan tepat itulah yang akan menjadikan aku matang..tapi tak cukup lagi..aku mesti meneruskan atau melaksanakan pula dalam bentuk tindakan yang tepat dan berkesan.
Kematangan bagi aku boleh disamakan dengan bersikap profesional. Iaitu bila aku dapat menepati dengan kehendak dua perkara ini:-
1. Mampu mendahulukan kepentingan Pencipta, kepentingan negara, organisasi, masyarakat daripada kepentingan peribadi.
2. Mampu berfikir dan bertindak selaras dengan peraturan syariat atau perundangan negara atau organisasi atau nilai masyarakat yang ada.
Bila aku berfikir lagi tentang antara aku dan makhlukNya dalam kehidupan ini, rupanya masih banyak yang aku belum boleh istilahkan sebagai faham sebenarnya. Aku mungkin tahu sahaja tanpa memahami. Perangai manusia ini terlalu rumit untuk difahami dengan berfikir sahaja. Aku tak mampu mencapai tahap kematangan berfikir tentang semua ini dengan akal yang ada ini. Aku pastinya mesti merujuk kepada apa yang telah ajar oleh Rasul dan Nabi s.a.w .. Ini kemestian.
Namun dalam aku mempunyai kerangka pemikiran yang begitu pun, aku masih tak mampu berfikir dengan matang sebab aku masih mempunyai NAFSU. Sebab itulah aku dipanggil manusia biasa sahaja. Aku tak taulah kalau ada yang belajar sampai peringkat tinggi, yang berjawatan tinggi, yang hebat-hebat yang lain merasakan sudah matang atau sudah hebat. Aku percaya hanya sedikit je kot yang berperasaan begitu. Banyaknya di Malaysia ini orangnya baik-baik dan beriman.
Seringkali aku gagal dalam pertarungan melawan hawa nafsu, kadangkala aku biarkan ianya berlarutan dalam jangkamasa yang lama. Pada kebiasaaanya aku akan kembali sedar dan kembali ke pangkal jalan. Aku tak maksum, aku tak juga jahat sangat sampai tak boleh berubah. Aku masih mencari erti kematangan melalui proses kehidupan ini.
Aku mohon semua mendoakan aku berjaya mencapainya, walau tak sematang mana, boleh lah sikit dikatakan matang. Aku manusia biasa. OK lah..stop.
Wednesday, November 14, 2007
Masa
masa itu emas
itu kata orang lama
itu peribahasa melayu kita
masa
lingkaran kehidupan di kawal masa
tiada diluar lingkaran masa
kalau ada itu dusta
masa
dalam banyak perkara
menyelamatkan kita
bukan dengan tenaga
bukan juga dengan idea
tapi dengan masa
masa
menjawab sejuta persoalan manusia
yang tak terjawab dengan kebijaksanaan mereka
kerana sesungguhnya masa
lebih cerdik dari segalanya
masa adalah makhluk ciptaaNya
yang ghaib namun nyata
itu adalah gambaran kecil cuma
dari begitu hebat kekuasaanNya
Saturday, November 10, 2007
PHD - Ehsan dari Berita Harian - 10 NOV 2007
PHD (Doctor of Philosophy) atau Doktor Falsafah? Jika PhD sebagaimana yang dimaksudkan dengan Doktor Falsafah memang sedap betul didengar. Gelaran tertinggi dalam hiraiki tahap pendidikan itu ternyata membawa imej yang cukup gah buat pemiliknya.
Namun, bukan itu yang menjadi kebanggaan sesetengah pihak, sebaliknya mereka lebih berbangga kerana memiliki sifat PHD - Perasaan Hasad Dengki! Pantang sekali melihat insan sekelilingnya maju ke depan, mulalah ada saja yang tidak kena di matanya.
Bila sudah ada sifat PHD terbenam dalam perasaan, pelbagai strategi digunakan bagi memastikan 'pesaing' yang dirasakan memberikan ancaman itu akan segera mengangkat bendera putih, tidak pun mengalah dan akhirnya tewas dengan 'permainan' yang dicetuskan pembawa PHD.
Tidak cukup dengan hasutan, tohmahan, fitnah hinggalah kepada unsur lebih ekstrim sanggup dilakukan mereka yang memiliki ciri sedemikian semata-mata kerana ingin memuaskan hati sendiri, sedangkan insan yang menjadi mangsa PHD itu sendiri merana.
Sudahlah menjadi mangsa tohmahan dan fitnah, tidak mustahil mangsa PHD kehilangan teman sekeliling, selain disisihkan pihak pengurusan yang mungkin percaya dengan bahana si pembawa mulut itu.
Lebih parah lagi jika senario PHD itu melanda persekitaran seperti di tempat anda bekerja. Bayangkan, betapa hebatnya anasir dan gosip yang tersebar luas sedangkan belum tentu apa yang dikatakan oleh `pemangsa� itu benar-benar dilakukan 'si mangsa'.
Tidak mustahil juga mangsa ini cenderung memilih jalan keluar dengan meletakkan jawatan sebagai penyelesaian terbaik untuk mengakhiri segala kekusutan walaupun tindakan itu sebenarnya memberi 'kemenangan' percuma kepada si PHD.
Inilah yang dilalui Imran Abdullah, 27, (bukan nama sebenar). Dia tiada pilihan selain mengambil keputusan berhenti kerja gara-gara tindakan tidak wajar rakan sekerja yang lain.
Dia difitnah, dipersalahkan atas kesalahan orang lain. Lebih mendukacitakan apabila majikan juga tidak membuat siasatan rapi dengan insiden yang berlaku sebaliknya mempercayai sepenuhnya tohmahan orang terhadapnya dan berpegang pada prinsip pelanggan sentiasa benar.
Bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di syarikat penghantaran terkemuka, peristiwa malang itu bermula apabila Imran menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran barangan syarikatnya.
"Kerja saya hanya mengambil segala maklumat mengenai aduan pelanggan dan menjuruskan masalah itu kepada jabatan yang berkaitan. Itulah yang saya lakukan apabila menerima panggilan pelanggan ini. Dia berang kerana barangan yang sepatutnya diterima tidak sampai. Saya panjangkan aduannya kepada jabatan yang menguruskan proses penghantaran tetapi mereka tidak memberi kerjasama.
"Pelanggan itu menyalahkan saya kerana kononnya tidak membantu menyelesaikan masalah. Perkara ini sampai ke pengetahuan pengurusan. Malang buat saya, pengurusan juga menyalahkan saya walaupun bukti menunjukkan saya di pihak yang benar hanya kerana ego berpegang kepada prinsip pelanggan sentiasa benar," katanya.
Keadaan itu membuatkan Imran tawar hati untuk terus bekerja di syarikat berkenaan. Kecewa kesungguhan dan pengorbanannya tidak dihargai. Puas berfikir panjang, Imran akhirnya nekad meletakkan jawatan selepas hampir setahun berkhidmat di syarikat itu. Kini, di tempat baru di sebuah syarikat permotoran terkemuka, Imran bahagia tanpa perasaan iri hati teman sepejabat, apatah lagi sikap ego pihak pengurusan.
Bagi Shamsul Azhar Ali, 37, seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta, hasad dengki, tohmahan dan fitnah rakan sekerja berlaku di mana-mana organisasi. Itu lumrah manusia, katanya.
Seperti Imran, Shamsul Azhar juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa golongan PHD ini. Namun, tidak seperti Imran yang mengambil keputusan meletakkan jawatan, Shamsul Azhar meneruskan kerjanya seperti biasa kerana percaya kebenaran pasti akan terserlah juga akhirnya.
"Memang sakit hati apabila ada rakan yang tidak habis-habis berdengki. Tetapi, saya tidak membiarkan perkara ini menjejaskan saya. Kita tahu kita di pihak yang benar dan terpulanglah pada orang lain untuk menyatakan yang sebaliknya. Everybody is master of their opinion and judgement. Setiap orang mempunyai pandangan mereka tersendiri dan sukar untuk kita menghalang apa juga anggapan mereka.
"Apabila berhadapan situasi begini, jalan terbaik bagi saya ialah berdiam diri, tidak ambil peduli. Saya percaya kerja begini tidak ke mana dan majikan sebagai orang yang matang pasti akan menjalankan siasatan terperinci serta adil. Mereka akan tahu siapa yang betul dan siapa tidak," katanya.
>>Negara boleh runtuh akibat fitnah
AL-QURAN ada menyebut, angkara fitnah adalah lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. Hadis pula ada menyatakan, fitnah itu 40 kali lebih buruk daripada berzina.
Amalan memfitnah adalah amalan keji dan berdosa besar. Malah, dengan fitnah juga boleh mengakibatkan sesuatu masyarakat itu rosak, sementelah jika amalan fitnah itu berleluasa di sesebuah organisasi lambat laun boleh menghancurkan suasana bekerja itu sendiri.
Fitnah adalah satu amalan negatif. Ia sangat mudah untuk disalahgunakan dan ia tidak memilih mangsa. Tidak peduli orang besar. Tidak peduli orang kecil. Lazimnya, seseorang individu yang lurus, ikhlas dan jujur jadi mangsa fitnah kerana kebenaran yang dijunjung dan ditegakkan olehnya boleh menjejaskan kelompok yang mungkar, tamak dan haloba. Seseorang individu yang lurus, ikhlas dan jujur juga jadi mangsa fitnah akibat hasad dengki, dendam, cemburu, iri hati juga khianat.
Inilah bahana fitnah. Akibat fitnah, seseorang individu yang tulus, ikhlas, dan jujur boleh ditukarkan menjadi seorang manusia yang berimej kotor, buruk dan tercemar. Seseorang yang sangat berjasa dan masih terus berjuang untuk menjunjung dan menegakkan kebenaran boleh dituduh dengan pelbagai celaan, hinaan dan kata nista yang panjang berjela.
Fitnah wujud di mana-mana, tidak kira bangsa juga agama. Bagi bangsa Melayu/Islam banyak kisah menceritakan keruntuhan individu, kepemimpinan juga negara kerana fitnah. Dalam Hikayat Hang Tuah ada kisah fitnah. Dalam Tuhfat Al-Nafis karya Raja Ali Haji juga ada kisah fitnah. Ketika era kegemilangan empayar Melayu Melaka, Laksamana Hang Tuah pernah difitnah. Hang Jebat mengamuk dan bertindak derhaka pun kerana hendak membela Hang Tuah yang disingkirkan oleh Sultan akibat fitnah.
Akibat fitnah ke atas Hang Tuah buat kali kedua, bumi Melaka bermandi darah. Dua sahabat yang rapat ibarat adik-beradik seibu sebapa terpaksa berbunuhan.
Begitulah hakikatnya fitnah. Fitnah adalah senjata tajam yang boleh menghakis maruah, merendahkan martabat dan membinasakan kehidupan sejagat.
Ciri Mangsa Fitnah
- Dikurniakan bakat yang lebih menonjol
- Personaliti menarik
- Produktif dalam kerjayanya
- Menjalinkan hubungan baik dengan semua orang termasuk pihak pengurusan atasan
- Popular di kalangan kakitangan
- Mempunyai paras rupa yang kacak/jelita
- Gaya yang memikat dan tersendiri
- Personaliti serba-boleh
- Berfikiran positif. Jangan mengalah dan pencilkan diri tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian
- Tidak ambil peduli tohmahan orang jika ia tidak mengaibkan mahupun menjejaskan maruah
- Kuatkan semangat
- Utamakan kerjaya tanpa memikirkan hal remeh
- Kukuhkan hubungan dengan semua orang
- Cuba bersikap biasa dan melayan baik pembawa fitnah
- Luahkan perasaan jika berasa tertekan bagi menghindari fitnah berlarutan
- Berhenti kerja. Cari tempat kerja yang baru. Mengalah bukan bererti kalah kerana dengan berhenti kerja, hubungan baik dengan majikan dan rakan lain akan terus berjalan dengan baik.
Saturday, November 03, 2007
Dunia baruku........
Biarlah kan..apapun aku bleh gak luahkan apa aku pk kat sini..sekurangnya bila aku jenguk balik blog ni ianya cam dairi bagi aku.
Dah 4 bulan aku keje dalam opis ni, aku belajar tentang banyak perkara... bawah ni aku senaraikan antaranya..malas aku nak ulas panjang...kan ada lak yang tengok blog aku terasa kan ..hehehe
Antaranya:-
Kena banya SABAR... memang aku maksudkannya..sabar banyak jenis..semua jenis kena amal..apapun sabar.
Aku perhati berjaya atau tak sesuatu pentadbiran tu bergantung kepada :-
1. Ketua yang adil..sebab dia ada kuasa..so dia kena adil..baru berjaya..orang bawah hepi..senang hati..keja bagus..efisen..Allah suka ..masuk syurga.
2. Ketua ada kuasa tak adil = dia zalim..hancur pentadbiran sampai orang bawahnya pun hancur dan menyusahkan syarikat dan pasti masuk neraka.
3. Kalau ketua nak hukum pekerja dia mesti ada tuduhan rasmi..beri pekerja peluang bela diri..jangan main dengar khabar angin je..pastu "beku ais" kan pekerja tu..kesian dia..syarikat tak untung..syaitan gembira.
4. Nak syarikat berjaya jangan la orang lama buat perangai..yang peringkat bawah macam boss..sampai yang jawatan tinggi pun akur ngan dia...sebab dia orang lama atau alasan meraka sebab tak mau keruh suasana... atau dia baik ngan boss paling besar.
Ini lah "kerenah birokrasi" yang ntah apa apa..menyusahkan pekerja lain nak buat kerja..syarikat gak yang hancur.
pasal nak agihkan kerja pun suatu hal jugak..kena la agihkan kerja..jangan la nampak kita sibuk sangat wahal ada yang tak de keje pun nak dibuat.... pepatahnya.. " lebih baik agihkan keje yang melambak kat kita pada orang tak de keje dari kita buat semua nya dan nampak sibuk wahal pada masa yang sama kawan sekerja kita tak de keje nak dibuat" ... kalau belajar tiori produktiviti may be lebih mudah faham.
Penyakit ni berlaku banyak sebabnya:-
a. kita nak dilihat penting.
b. kita rasa terancam kalau orang lain bantu kita takut boss suka kat dia
c. kita jenis yang memang tak reti nak berorganisasi/berkerjasama
d. kita mungkin pandang rendah pada dia wahal mungkin dia lebih bagus dari kita kalau buat keje.
e. kita tak penah peduli soal visi dan misi syarikat
f. kita jenis pegi kursus bukan sebab nak cari ilmu tapi saja nak enjoy...sebab bleh duk hotel makan sedap
g. ATAU... ornag yang tak de keje tu memang tak pandai buat keje haahahaa so dari menyusahkan baik tak yah bagi terus :P
errrr dah la tu..saja update..dari blog ni penuh ngan sarang laba-laba..sesekali kena bersihkan gak lah kan hihihi
p/s aku tak maksudkan pada sesiapa..hanya bercakap secara falsafahnya..jangan lak nanti bila baca duk kaitkan ngan diri sendiri..jangan la terasa sebelum aku betul betul kata secara spesifik.. aku nampak cool tapi pada suatu tahap aku boleh je tuding jari kat dahi dan kata secara terus terang...ni tak la lagi..sebab tak de apa aku pk setakat ni yang boleh buat sampai aku bertindak macam tu..so ambik sebagai motivasi ek..jangan ambik letak dalam hati huhuhuhuhu
Saturday, September 15, 2007
Dunia baru aku......
Sebelum ini aku dalam bidang bisnes, ianya menuntut aku bersikap baik sebaik baiknya untuk mendapatkan pelanggan...masa aku dalam organisasi bukan kerajaan pun sama..menuntut aku berlemah lembut dan membantu manusia dengan sedaya upaya aku...
Kini bila aku dah masuk satu bidang lagi..keje dalam opis..aku.. nak tak nak kena fikir tentang manusia yang aku temui ini. Susah aku nak tune kepala otak aku ni..aku banyak berfikir macam mana nak memahami "budaya kerja dalam opis" yang berbeza sangat dengan dunia aku sebelum ni. Banyak aku temui dan aku alami..menuntut aku membina kembali sikap dan kaedah berinteraksi dengan mereka.
Apapun aku masih dalam proses perhati dan belajar sebelum aku membina sikap yang sesuai dengan budaya kerja aku yang baru ini. Banyak yang aku belajar dan banyak yang aku tak tau dan tak faham lagi setakat ini. Dunia opis ini suatu dunia yang menuntut aku memahami manusia secara falsafahnya..sebab bila aku faham mengapa dan kenapa ..aku akan lebih tenang untuk menghadapinya..walaupun ada setengah perkara benar bernar menguji kesabaran aku..aku akan terus tabah dalam dunia baru ini.
Isteri aku pun menghadapi dunia yang sama walaupun dia bukan dari kalangan mereka..so banyak perkara yang kami sering bincangkan..dan setakat ini kami berjaya menghadapinya.
ye lah kan..kalau dah biasa bersampan di lautan, kini bersampan pula di sungai...dua dunia yang berbeza..dan ikan dalamnya pun berbeza ... masalah akunya..aku sampai kini tak makan ikan sungai hahahahahhaahahahah
ok lah....jumpa lagi lain entry.... wasalam.
Sunday, August 19, 2007
Malas
Rasanya dah lama aku tak update blog ni, nak kata tak de masa, ada lah jugak.. pastinya aku malas, malas dan malas. Idea ada tapi malas. Nantilah bila dah aku rajin sikit..aku updatelah ..
Banyak nak aku kata, sebab banyak yang aku dah lihat, pk dan alami. Masanya belum sesuai untuk aku muntahkan segala yang ada dalam kepala aku ni. Nantilah.......
Namun aku baca blog kalian( kawan-kawan aku).....
Selamat menyambut MERDEKA buat semua.. MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!
Friday, June 15, 2007
Kawin akhirnya Pak Lah...............
