Sunday, November 12, 2006

Aku yakin sekali


aku yakin
aku pasti kini
ruang tetap terbuka
menunggu aku mewarnainya sekali lagi


aku pasti
aku genggam dengan erat
suatu harapan berputik
pasti menjadi nanti..


aku cukup pasti
aku mampu

segagah derak kuda belari

bergegar bumi..
bergegar jantung ini
dek hentakan membaji bumi

aku tak mampu berhenti lagi
kerana aku pasti..
cukup pasti


kan aku warnai dengan pelangi
merentasi hati
ku pintal..ku anyam hingga menjadi

nanti..aku akan senyum bangga
kau juga
mereka pastinya
seluruh manusia..
aku yakin sekali


dan aku tak mampu berhenti
aku tak mampu melepaskannya lagi

aku yakin
aku pasti kini
kan ku genggam ngan erat
kepalan yang tak mungkin terungkai lagi

1 comment:

  1. Anonymous7:15 PM

    wah bersemangatnya..bagus bagus

    ReplyDelete