Tuesday, November 07, 2006

Selamatkah Kita? POLIS Terlibat??

Bunuh, letup wanita Mongolia


KUALA LUMPUR: Dua pegawai dan seorang anggota polis termasuk seorang wanita, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan lelaki tempatan.

Wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Anna ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan menggunakan bom tangan.Menurut sumber, beberapa cebisan mayat mangsa ditemui di kawasan Empangan Subang berhampiran Puncak Alam dekat sini, petang semalam.Anna, berusia 30-an, menjalin hubungan cinta sebelum mengadakan hubungan seks dengan lelaki Malaysia terbabit ketika dia melawat Mongolia, tahun lalu.Hubungan itu menyebabkan Anna melahirkan seorang bayi di negara asalnya, tahun ini.

Difahamkan, Anna dan dua rakan wanitanya mengambil keputusan datang ke negara ini awal bulan lalu untuk berjumpa lelaki berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.“Wanita itu yang mengandung hasil hubungan sulit mereka mengugut mangsa mengahwininya atau membayar sejumlah wang mencecah jutaan ringgit bagi menutup perbuatan lelaki itu“Bagaimanapun, lelaki itu enggan bertanggungjawab sebelum mengupah beberapa lelaki membunuh wanita itu,” katanya. Sumber itu berkata, mangsa ditembak dan mayatnya dibuang ke dalam kawasan hutan berhampiran Puncak Alam sebelum diletupkan dengan bom tangan.
Menurutnya, sepasukan unit polis forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kedudukan mayat berikutan penahanan suspek beberapa hari lalu.“Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan mengumpulkan bukti di kawasan itu,” katanya.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sulaiman Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan operasi mencari mayat mangsa dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut. Sementara itu, Bernama melaporkan, sejurus tiba di negara ini, mangsa bersama dua rakannya mengunjungi rumah lelaki terbabit di Damansara Heights pada 9 Oktober lalu untuk membincangkan perkara itu.Bagaimanapun, rancangannya tidak berjalan lancar, sebaliknya lelaki itu menghubungi tiga polis ‘mengiringi’ Anna pergi dari situ.Rakan Anna kemudian diminta beredar sementara perkara itu ‘diselesaikan’.

Bagaimanapun, apabila Anna tidak kembali ke hotel selepas beberapa hari, rakan-rakannya menjadi bimbang dan melaporkan perkara itu kepada Konsulat Mongolia di Thailand. Mereka turut membuat laporan di Balai Polis Brickfields. Berikutan laporan itu, Konsulat Mongolia di Thailand menghubungi polis Malaysia bagi mendapatkan bantuan mencari rakyatnya yang hilang.

Berpandukan maklumat diberikan rakan Anna, polis menahan seorang cif inspektor dan seorang lans koperal bagi membantu siasatan. Mereka ditahan reman seminggu pada minggu lalu.Hasil soal siasat membawa kepada penahanan anggota polis ketiga, juga berpangkat cif inspektor yang ditahan semalam. Polis tidak dapat menahannya sebelum ini kerana dia sedang bertugas di luar negara.Operasi mencari mayat Anna kini dijalankan di Empangan Subang dekat Puncak Alam.

2 comments:

  1. Anonymous11:01 PM

    Sila lihat gambar-gambar dari:
    http://powerpresent.blogspot.com/2006/11/more-pics-mongolian-30s-anna-ana-ang.html

    ReplyDelete
  2. Saudara saya kira sangat suka Berbicara mengenai Kepolisan.
    part-time job?

    ReplyDelete