Friday, November 24, 2006

Kearah negara maju..................



Aku terfikir tentang apa yang berlaku di Malaysia ini, berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan atau isu-isu yang mendapat perhatian dan menjadi percakapan ramai lebih-lebih lagi pihak media termasuk media cetak atau media elektroniknya.

Apa yang aku nampak sekiranya ada 'sentuhan" serius dari PM maka pasti isu itu akan menjadi perhatian dan percakapan semua pihak. Kalau isu-isu panas tanpa sentuhan PM pun ianya akan menjadi bualan jugak seperti isu jenayah pihak VIP ke, isu politik ke dan sebagainya.

Bagi aku kalau ini berterusan, agak malanglah nasib kita nanti, kerana sebenarnya media berperanan menjadi check and balance agar sesuatu perkara itu menjadi lebih baik dan terkawal. Media seharusnya tidak terpengaruh dengan sentimen tertentu atau maksud tertentu yang sempit dan bersifat keuntungan semasa. Media mesti menjalankan peranan ini bagi memastikan semua pihak akan "panas pungggung" kiranya mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka secara bersungguh-sunguh dan betul. Media harus lebih bijak dalam menilai peranan dan tindakan mereka.

Landasan sepatutnya ialah semua pihak bermula dari sektor awam (kerajaan) melalui kementerian dan jabatan2 mestilah bertanggungjawab, mempunyai semangat, keikhlasan, kesunguhan untuk menjayakan dasar kerajaan.
Begitu juga dengan sektor swasta, NGO's, parti-parti politik dan sebagainya. Mereka boleh berperanan untuk menentukan bahawa kehadiran mereka dalam apa juga perkara akhirnya mestilah ke arah menjadikan negara ini lebih maju dan lebih baik dari sebelumnya.

Tidak perlu malu bagi mana-mana pihak kiranya mereka dikritik, kalaulah kritikan itu bersifat membina. Memang banyak perlu diubah sekarang ini, termasuk perbahasan di Parlimen, ucapan dan perbahasan di Mesyuarat Agong UMNO, peranan pembangkang, peranan media, peranan rakyat, peranan Universiti, peranan tokoh2 akademik, peranan ibubapa, peranan belia, peranan pihak berkuasa seperti Polis,Tentera,Kastam dan sebagainya. Semuanya kena berubah dan lebih berkualiti.

Berubahlah dari sekarang dan paling penting adalah kualiti mesti ditingkatkan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan telus.

No comments:

Post a Comment