Saturday, November 04, 2006

Kalau Ibu Jari Ke Atas











sebenarnya......

takala kita genggam lima jari sendiri
lalu kita tujukan kepada insan lain
dan jika diamati dan dihalusi
ada kalanya tiga jari

ada kalanya empat jari menuju pantas ke diri sendiri

dan...
jangan dilupa masih ada satu jari yang perlu di sedar kewujudannya
ibu jari..
dimana kita mahu arahkannya?
di hadapan kah?
di bawah kah?
di kiri kanan kah?
dimana sebenarnya wajar dihalakan?

wahai insan...
halakan ibu jari itu ke atas (Allah dan peraturanNya dan peraturan manusia)
maka kalau kita menghalakan telunjuk ianya lebih kemas lebih hebat
itulah tembakan yang tepat

kalau ibu jari itu ke atas
maka pasti tiadalah hinaan dan kejian melata

kalau ibu jari itu ke atas
maka tiadalah kita merah mukanya

kalau ibu jari itu ke atas
maka tiadalah kita nampak kuman di seberang sana

kalau ibu jari itu ke atas
pasti gajah di depan mata kita sedar bahayanya

kalau ibu jari itu ke atas
tiadalah kita seperti Amerika dan sekutunya

kalau ibu jari itu ke atas
tiadalah syaitan dan iblis di sisi kita

kalau ibu jari itu ke atas
tiadalah kita kurang ajar adabnya

kalau ibu jari itu ke atas
pasti kita sayang sesama kita

kalau ibu jari itu ke atas
maka tiadalah kita kehilangan punca

kalau ibu jari itu ke atas
maka bahagialah hidup kita

kalau ibu jari itu ke atas
maka senyuman terukir di bibir kita

kalau ibu jari itu ke atas
pasti keikhlasan terpancar sama

kalau ibu jari itu ke atas
pasti perpaduan kekal sesama kita

2 comments:

  1. mmmmfffh...
    masih bermain-main dengan jari rupanya...
    he...heh..heh..

    -salam

    ReplyDelete
  2. heheh tanpa ibu jari..apa pun tak jadi ..ada kala bermain ngan jari boleh mengubah hidup manusia :)

    terima kasih kerana berkunjung :)

    ReplyDelete