Dulu...ketika rombakan kabinet yang pertama Pak Lah lakukan, aku tertanya-tanya kenapa Tan Sri Muhyidin Yassin (TSMY) ditugaskan memegang Kementerian Asas Tani dan bukannya ditugaskan mengendalikan Kementerian yang agak penting..itu yang aku pk dahulu....sampai aku rasa TSMY ini bukan orang Pak Lah dah..dan tunggu masa je nak diketepikan..
Itu yang biasa berlaku dahulu, sesiapa yang memegang kementerian pertanian ke atau kementerian yang tak ternama maksudnya nilai menteri tu tak lah setinggi mana dan kedudukannya juga tak lama.... tetapi selepas beberapa ketika aku mula memahami kenapa Pak Lah meletakkan menteri yang berwibawa itu (TSMY) memegang kementrian asas tani itu. Agenda Pak Lah jelas dalam bidang pertanian ini, Pak Lah mahu melakukan perubahan besar-besaran dalam bidang ini, kalau Tun dulu memusatkan segalanya kepada Dasar MSC Negara, Pak Lah melihat adalah sangat penting juga memberikan penumpuan kepada bidang pertanian.
Pak Lah melihat jauh kehadapan..Pak Lah belajar dari sejarah ketamadunan manusia itu sendiri...syabas Pak Lah.
Aku terbayang beberapa muka menteri yang akan keluar nanti..tak payahlah aku nak bagitau satu satu..ko orang pk sendirilah. Namun aku pasti Tan Sri Muhyidin Yasin pasti akan lebih berkuasa dan beliau layak berkuasa dan diberi kuasa yang lebih berbanding menteri-menteri lain. Aku suka Tan Sri Muhyidin ini..beliau memang boleh buat kerja..cemerlang dan gemilang..dan aku pasti akan terbilang suatu hari nanti.
Sama-sama lah kita tunggu dan lihat....
No comments:
Post a Comment