Wednesday, November 22, 2006

Kerisauan Wanita......



Aku terfikir lagi tentang satu perkara, bila aku sembang ngan seorang kawan petang tadi, tentang kerisauan seorang wanita terhadap seorang lelaki yang bakal dipanggil suami atau kekasih. maksud aku kerisauan yang bersarang dalam hati seorang wanita, yang sudah bertapak sekian lama dalam hati setiap wanita..boleh dikatakan semua wanita mempunyai perasaan yang sama...

Kerisauan yang aku maksudkan ialah bilamana seorang wanita mahu mencari pasangan sehidup semati hatinya akan tertanya-tanya.. "selamatkah aku dengan lelaki ini".. "setiakah dia?" "bolehkah dia sayang kat aku dan keluarga aku" " sanggupkah dia mengambil berat tentang diri aku" dan banyak lagi kerisauan yang timbul... adakalanya kerisauan ini akan "mematikan" hati sehingga wanita itu tak mampu membuka hatinya kepada sesiapapun. Begitu banyak kerisauan yang timbul sehingga kebanyakkan wanita memberi tanggapan salah kepada kaum adam(lelaki) ..ada yang berkata " ahh...lelaki semuanya sama"...

Dari kacamata aku sebagai lelaki, aku rasa kerisauan itu ada betulnya dan ada salahnya. Bukan semua lelaki macam tu..atau lebih tepat lagi wujudnya begitu banyak persoalan dan kerisauan adalah atas sebab dan musabab. Ada yang memang salah lelaki dan ada yang salah wanita..mungkin tingkahlaku wanita juga mendorong lelaki bersikap macam tu..

Mungkin juga soal kematangan, lelaki lambat matang berbanding wanita, lelaki tidak memberi fokus sepertimana wanita, mungkin juga fokus lelaki berbeza dengan wanita. Walauapa pun soal keserasian, soal sikap lelaki adalah bergantung juga kepada tindakbalas wanita. Konsep lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik ini boleh dipakai juga..kalau dilihat secara teliti ianya memberi maksud seorang wanita yang mahukan lelaki seperti yan diidamkan mestilah bersikap dan berperangai yang sama..dan penting untuk wanita itu berada dalam kelompok dan persekitaran yang sesuai dengan sikap dan perangainya. Kalau hendakan suami macam Saidina Ali mestilah menjadi sepertimana Fatimah...

Lelaki tak dinafikan ego..dan ada yang boleh mengawal egonya..ini lelaki matang..semua lelaki boleh dikatakan ego..cuma lelaki yang matang dan bijak .... pandai mengarah dan mengawal egonya untuk kebaikkan..
Ada lelaki yang ego dan tidak matang..tambah lebih teruk lagi kalau "bodoh" ..inilah lelaki yang ditakuti oleh wanita.. namun wanita kena faham gak..ego lelaki boleh dikawal oleh wanita dengan kelembutan dan kesabaran. Jangan kasar tapi tegas, jangan bertengkar tapi berbincang, jangan marah tapi pujuklah....gunakan segala kelebihan yang ada pada seorang wanita, termasuk percakapan dan sebagainya.

Untuk wanita, janganlah susah hati, apa yang perlu dilakukan ialah cubalah create ruang sosial yang lebih banyak namun mesti sesuai dan terkawal. Walaupun jodoh tu hak Allah namun doa mampu mengubahnya..Insyaalah Allah pasti mendengar doa insan yang ikhlas dan jujur serta penuh pengharapan yang dimohon kepadaNya. Apa yang ada pada manusia adalah ikhtiar dan doa.... setiap yang Allah dah tetapkan pasti ada hikmahnya..so jangan susah hati..masih begitu ramai lelaki yang baik ada di muka bumi ini.

4 comments:

  1. Anonymous7:40 AM

    slalunya kalo kite dok memikirkan menda x baik...mmg akan x baik la sesuatu perkara tu akan berlaku..

    apa yg penting skrg ni..sekiranya seorg wanita itu dah yakin ngan lelaki yg menjadi pilihannya..buatla solat istikharah..dan doakan yg terbaik utk masa dpn..bkn dgn memikirkan..adakah lelaki itu akan menjadi apa yg kita impikan dan sebagainya...

    ReplyDelete
  2. ye betul tu chii .. manusia tak mampu nak tentukan apa yang bakal terjadi kan....

    tapi kena fikir gak lah..ye betul bukan dengan memikirkan lelaki tu akan jadi seperti apa yang kita inginkan ke tak...salah fikir macam tu..

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:27 AM

    kalo nk pk kan sgt..krg takut dikatakan terlalu choosy sgt..
    takut nnt akan nampak byk plak kelemahan..
    patutnye kena saling menerima seadanya sekiranya mmg betul hati udah berkenan

    ReplyDelete
  4. ehheh betul gak kan chii..tapi tu lah..betulah apa kata agama.. pilihlah pasangan kerana agamanya disamping faktor lain harta, keturunan dan sebagainya...

    moga moga banyak lelaki jadi berkualiti agar tak lah susah kaum hawa nak pilih pasangan :)

    ReplyDelete