Saturday, November 18, 2006

Hati dan perasaan........



Aku terfikir tentang seorang kawan aku, luahan perasaan setiap insan yang bercinta, bertemu dan mesra namun akhirnya berpisah juga. Kebanyakkan insan bercinta mengalami perkara ini walau sekali dalam hidup mereka. siapa yang alami tentu akan faham.... Namun kefahaman ini sebenarnya bersifat subjektif..relatif, tak sama antara seorang insan dengan insan yang lain.

Perbezaan perasaan itu suatu perkara namun cara dan kaedah yang diambil juga adalah menarik untuk dilihat dan difikir. Insan bercinta, berpisah dan terluka...secara umumnya lelaki dan wanita sama saja kalau nak dilihat dari sudut kesannya. Kalau dilihat ada beberapa faktor yang membezakan cara dan kaedah bagi seseorang ambil dalam mereda atau menyelesaikan soal perasaan dan hati ini.antaranya:-

1. Faktor ILMU - keilmuan yang ada pada seseorang itu merupakan suatu aset besar. Insan yang berilmu berbeza sekali tindakannya dengan seorang yang tidak berilmu. Jenis ilmu juga memberi kesan kepada tindakan dan kaedah yang bakal diambil. Namun begitu sekalipun ilmu memainkan peranan penting dalam menentukan cara dan tindakan, setiap orang akan ada tahap "kekebalan" masing-masing. Kalaulah situasi itu menembusi tahap kekebalan itu maka seseorang yang berilmu juga boleh menjadi tidak terkawal. Kekebalan ini biasanya ditentukan oleh faktor tertentu seperti nilai dan pegangan yang dianuti dan diamalkan dalam kehidupan mereka seharian. contohnya:- setengah orang tidak kisah kalau pasangannya mengkritik cara dia berpakaian namun ada antara kita tidak dapat menerima langsung malah menjadi isu besar yang boleh membawa kepada pertengkaran dan masalah lebih besar. Ini soal nilai yang ada pada setiap insan.

2. Faktor kedua ialah soal latarbelakang - pembentukan sikap dan nilai manusia biasanya dicorak oleh proses pembesaran yang berlaku ketika zaman bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Siapa yang membentuknya dan biasanya nilai orang yang mendidiknya itu akan menjadi nilai yang akan kekal dalam dirinya sehingga dewasa. Ini juga akan membentuk kaedah dan tindakan insan itu dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

3. Faktor keturunan - biasanya faktor genetik ini adalah dari kedua ibubapa mereka sendiri. Faktor keturunan ini suatu yang sukar untuk dihakis dan biasanya akan terserlah tanpa disedari. Ini sebenarnya boleh dikawal dengan mengenalpasti ciri-ciri atau perlakuan yang diistilahkan sebagai faktor keturunan. pengawalan boleh dilakukan setelah insan itu mengenal pasti secara jujur dan ikhlas. Yang banyak menjadi masalah ialah sesorang itu tidak berusaha mengenal pasti dan mengawal tetapi tidak mengendahkan dan tidak pula berusaha untuk mengawal atau berubah.

4. Faktor persekitaran - manusia juga biasanya dibentuk oleh persekitaran yang mereka ada di dalamnya. Faktor geografi banyak memainkan peranan dalam pembentukan diri manusia. Aku perhatikan kalau manusia berada di kawasan pantai, sikap dan tingkah lakunya lain, manusia yang berada di pendalaman, sikap dan tingkah lakunya lain, manusia berada dalam persekitaran kota juga lain, di gunung juga lain. Persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan sikap dan seterusnya kepada kaedah manusia menyelesaikan masaalah. Sebab itu adalah penting untuk membina rumah yang persekitaranya baik dan selesa, penting untuk berada dalam persekitaran yang nyaman dan selesa ketika kita sedang stress, keluar dari persekitaran yang mana kita sedang mengalami tekanan kepada suasana yang lain yang mampu menenangkan hati kita. Kalau kita kekal sama persekitaranya ketika stress, kita pasti tidak akan mampu mengawal sikap dan perasaan kita.

5. Faktor yang membezakan tindakan penyelesaian manusia ketika menghadapi masalah, terutamanya masalah cinta adalah faktor dalaman insan itu sendiri. Setiap insan akan menghadapi masalah merasakan dirinya tidak sempurna. Ketidaksempurnaan inilah akhirnya akan memerangkap seorang insan. Tidak ramai yang dapat mengenalpasti kelebihan diri sendiri dan kekurangan diri juga. Banyaknya hanya dapat mengenal pasti satu atau dua saja dari kelebihan atau kekurangan dalam diri mereka. Yang banyak terjadi, manusia ini dia hanya dapat mengenal pasti yang jelas sahaja. Itupun dari pandangan orang lain atau dari reaksi orang lain terhadapnya dan bukannya mengenal pasti dari kekuatan fikiran dan ilmu insan itu sendiri. Lebih teruk kalau dia hanya berpandukan kepada penilaian orang lain, kalau orang lain kata dia cantik, maka cantiklah dia rasa dan kalau orang lain memperkatakan kekurangan secara khusus, maka itulah yang dia akan pegang dan fikirkan. Akibat dari ketidakmampuan untuk melihat diri sendiri inilah yang menjadikan seseorang insan itu tidak ada kekuatan dalaman. Kekadang, hanya kerana dia berkulit putih dia sudah menjadi ego, atau kerana dia berkulit gelap maka dia sudah merasakan rendah diri. kekuatan dalaman manusia ini banyak dan pelbagai sudut. Kesemua ini harus dan mesti dikenal pasti melalui kekuatan fikiran dan ilmu.

6. Faktor Falsafah kehidupan- faktor falsafah kehidupan ini juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam sesorang insan menentukan cara bertindak apalagi dalam soal hati dan perasaan. Ada manusia tidak dapat memberi tafsiran tepat kepada perlakuan manusia lain atau perlakuan diri sendiri. Ini berlaku kerana mereka agak lemah dalam memahami ilmu falsafah kemanusiaan dan alam itu sendiri, apa lagi kalau berkait dengan hati dan perasaan. Kita kekadang salah tafsir perlakuan pasangan kita, contohnya kita sering kali menyalahkan diri sendiri sekiranya pasangan kita mempamirkan tingkahlaku tertentu...contohnya " hmm apa salah aku sampai dia nampak diam je..tak seperti hari-hari lain?" atau " tak menarikkah aku ni? " .. wahal sebenarnya pasangan kita tu ada masalah dia sendiri yang dia tidak dapat selesaikan dan tidak kene mengena pun dengan kita. Ini biasa berlaku.. kalaulah kita memahami falsafah kemanusiaan itu dengan baik, maka kita pasti tidak tersasar jauh dalam menilai tingkah laku manusia atau pasangan kita. Ketepatan menilai perlakuan manusia bergantung sejauh mana kita memahami konsep falsafah dalam tingkah laku manusia ini. Ketidaktepatan dalam menilai inilah biasanya menyebabkan masalah terkumpul hari demi hari dan sampai ketikanya sudah tidak nampak jalan penyelesaian..wahal sebenarnya kesalahan itu bukan sebab kita atau pasangan kita tapi adalah salah kerana ketidaktepatan kita dalam menilai gerak perlakuan pasangan kita.

7. Faktor besar ialah faktor Agama, ini paling penting kerana sejauh mana kita memahami pengertian agama atau lebih tepatnya Islam..sejauh itu jugalah kita dapat menentukan tindak tanduk dan kaedah kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun perlu diingat, seseorang yang hanya "tahu" Islam tidak sama dengan seseorang yang mengamalkan Islam. Tahu ini boleh saja kalau dia belajar hatta sampai ke mesir atau al azhar atau mana saja tentang Islam ini... namun tahun bukan boleh dijadikan ukuran untuk dia memahami Islam dengan baik. Sebab itu kita tengok ustaz pun ada yang jenis ego dan sombong, kasar dan sebagainya kerana dia hanya tahu dan bukannya memahami dengan amal yang berpanjangan(iltizam). Perlu difahami prinsip ilmu dalam mengukur kefahaman seseorang insan dalam agama.

sebenarnya kalau nak huraikan perkara sikap dan tingkah laku manusia ini dalam mengenal pasti sebab perbezaan cara dan kaedah insan itu ambil apabila berhadapan dengan soal hati dan perasaan ini tidak hanya dengan sebab-sebab di atas...masih banyak yang boleh dihuraikan. Mungkin dengan sedikit yang diberi itu sama-samalah kita berfikir dan mencari lebih banyak lagi kepastian kepada sebab itu dan akhirnya jadikan ianya sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah kecewa, sedih, derita dan sebagainya apabila terjadinya sesuatu perpisahan atau takdir kepada kita.

kalau nak respon atau ulas atau kritik apa yang aku tulis ni..ok jugak..boleh aku jadikan panduan nanti..sila lah ye :)


2 comments:

  1. Anonymous6:42 PM

    bila berbicara ttg hati dan perasaan..mmg sgt susah dan complicated..
    kadang2 ada juga insan yg x mengerti ttg hati dan perasaan yg dialaminya..
    masih tercari2 apa yg diinginkan

    ReplyDelete
  2. memang betul chii.. hati dan perasaan adalah keinginan yang tak pernah mampu hendak dipenuhi..kerana ia tak statik..sentiasa berkembang dan berbagai....

    yang mampu mengawalnya adalah fikiran yang baik dan iman yang teguh...namun tak semudah yang kita cakap..hati sentiasa berbolak balik..kejap macam tu kejap macam ni :)

    cumanya kalau dah jumpa apa yang hati dan perasaan hendak atau mahu..nilaikan ngan akal dan iman..kalau dah ok..jangan tunggu lama lama..hehhe

    ReplyDelete