Thursday, April 26, 2007

MAS terpinggir?



Aku sedikit rasa hairan dengan apa yang dipaparkan di dada media sehari dua ni. Isu berkaitan dengan penyerahan semula laluan domestik (pendalaman) ke Sabah dan Serawak oleh FAX kepada MAS. Antara faktanya ialah:-

1. Penyerahan semula laluan domestik ke pendalaman oleh syarikat tambah murah FAX kepada MAS.
2. Kementerian Pengangkutan terlibat secara lansung dalam soal ini dan Menterinya sendiri sudah menyatakan persetujuan kepada penyerahan semula ini.
3. Kerajaan akan memberi subsidi kepada MAS antara RM 50 juta sehingga RM60 juta setahun.
4. Cadangan dikemukakan oleh FAX pada 17 April lalu kepada Menteri Pengangkutan.
5. 26 April Menteri sudah membuat Kenyataan.
5. Menteri mengatakan bahawa sudah menemui pengurusan MAS dan MAS hanya akan mendpaatkan persetujuan pemegang saham.

Itu antara faktanya...

Namun aku mempunyai berbagai persoalan yang aku fikir buat masa ini, antaranya ialah:-

1. Kenapa terlalu singkat perkara ini di bincangkan ..cadangan 6 April dan 26 April seolah olah sudah dipersetujui oleh Menteri.
2. Kenapa dalam berita yang disiarkan oleh TV3, MAS mengatakan BELUM mendapat kertas cadangan tersebut untuk diteliti?
3. Subsidi RM 50 atau RM 60 juta adalah jumlah yang besar, ini duit rakyat, kenapa ianya digunakan semata-mata untuk memenuhi cadangan atau permintaan FAX?
4. Tidak adakah perjanjian sebelum ini dengan FAX sekiranya mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab maka mereka dikehendaki membayar atau apa sahaja kerana mereka sudah diberi kepercayaan untuk menjalankan perniagaan oleh kerajaan atas kepentingan rakyat, aku percaya sebelum mereka mendapat laluan tersebut mereka sudah mengemukakan kertas cadangan yang membuktikan mereka mampu melaksanakannya.
5. Aku risau sekiranya MAS dibebankan dengan laluan yang merugikan ini, syarikat penerbangan negara ini akan kembali menjadi teruk dan sukar dipulihkan.
6. Aku rasa bagilah Idris Jala melaksanakan apa dia rancang dalam usaha memulihkan MAS tanpa ada campurtangan pihak Menteri kecuali kalau ianya dilihat betul-betul akan merugikan MAS. Kalaupun Menteri ada cadangan ianya hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada MAS dan akhirnya biarlah kabinet yang memberi kelulusan terakhir dan bukannya seorang Menteri sahaja.
7. Aku nampak ada beberapa perkara lagi yang tidak kena dalam penyerahan semula ini dan aku mintak Menteri memberikan masa,ruang dan sedikit kuasa pemutus untuk MAS menilai dan membincangkan soal ini. Bukan kuasa pemutus yang mutlak kerana akhirnya kabinet yang akan menentukan setelah meneliti apa kata MAS nanti.

Aku mungkin tak kisah kalau ianya tak berkait dengan duit pembayar cukai seperti aku, kalau ianya tak berkait dengan kepentingan rakyat dan negara yang aku cintai ini. Bagi aku apa berlaku pada duit negara adalah duit rakyat apa berlaku kepada kepentingan negara adalah kepentingan rakyat..so sama sama lah kita fikirkan..jangan lepas pandang dalam soal ini.

No comments:

Post a Comment