Wednesday, December 17, 2008

Sunday, September 07, 2008

16 September

16 September bukan lagi sekadar satu tarikh biasa, ianya juga sudah menjadi suatu peristiwa, persepsi, penilaian, dan segala macam lagi. 16 September membuat semua menjadi kelam kabut. Kalau dahulunya tarikh ini tidak memberi kesan yang besar namun kini berubah. Kenapa?

Semua tau kenapa, tarikh yang dikatakan akan bertukar kerajaan dan kepimpinan negara. Semua tau siapa yang memainkan sentimen ini, samaada ianya benar atau tidak, sudah menjadi tidak penting, yang penting ialah sentimen ini menjadikan semua orang menjadi aktif. Keaktifan ini meliputi dari aspek kerisauan, kebimbangan, ketakutan atau kegembiraan, perubahan, kepuasan atau apa saja. Segalanya mungkin.

Dari sudut manapun Anwar berjaya memainkan peranan dan sentimen dalam isu ini. Kredibilitinya sebagai pemimpin tidak siapapun dapat meraguinya. Kita melihat sendiri betapa beliau mampu memainkan peranannya untuk menjadikan UMNO kucar kacir dan hampir terbenam. Selama ini baik PAS, DAP atau siapa saja tidak mampu menebusi "kekebalan" UMNO.

Pada peringkat awalnya UMNO mampu mengubah situasi ini, mampu diselamatkan dari terbenam tapi dek kerana kebebalan beberapa pemimpin yang ego dan tidak berkualiti yang sama sekali tidak mahu memberi peluang kepada Anwar untuk kembali ke UMNO maka sekarang UMNO menerima natijahnya.

Kalau UMNO menerima Anwar, hanya sedikit kesan yang akan timbul namun sekarang kesannya sudah menyeluruh. Soal keyakinan rakyat dan ahli sudah terhakis teruk. Peringkat bawahan menerima Anwar dengan baik, ini dibuktikan oleh banyak peristiwa.

16 September walaupun tidak tiba lagi namun Anwar sudah memperolehi kemenangan apabila berhadapan dengan UMNO. Permatang Pauh adalah hadiah awal kepada kemenangan ini. 16 September walah jadi atau tidak seperti yang diramal bakal mengubah langskap politik negara.

Apapun, samaada aku suka atau tidak suka kepada Anwar, aku akui beliau adalah pemimpin yang sukar ditandingi dan berkarisma dan berkualiti.

Wednesday, August 27, 2008

Permulaan yang sedang dan akan berlaku......

Aku ingin rehat kejap dari memikirkan soal politik. Bukan kerana aku penat ke apa tapi aku rasa aku dah boleh menarik nafas lega. Kembali menyiapkan kepala otak aku untuk suatu permulaan yang sedang dan akan berlaku.
Selepas ini senario politik tidak lagi sama seperti dahulu. Pasti akan berlaku perubahan, namun perubahan selalunya menuntut suatu pengorbanan dan nilai yang sangat besar. Bersedialah wahai umat termasuk aku juga sebenarnya.
Mungkin selepas ini sukar mahu mencari wajah-wajah yang ceria dan gembira seperti dahulu. Biarlah...untuk apa wajah yang ceria dan gembira kalau ianya tidak membawa kebaikkan. Biarlah kita bermandikan peluh, berkeringatkan darah..biarlah kalau ianya untuk suatu yang bernilai dan bermaruah.
Apapun, berpegang kepada kebenaran itu sangat penting, sekalipun mereka yang berpegang pada kebenaran dianggap suatu yang pelik dan dipelikkan sebenarnya. Kebenaran yang hakiki ialah kebenaran yang datangnya dari Yang Maha ESa.

Tuesday, July 29, 2008

KEBENARAN, KEADILAN DAN HUKUMAN

Sebagai orang Islam, tentunya kita gembira sekiranya ada seorang Islam yang dituduh, lalu ada bukti-bukti yang menunjukkan ianya tidak bersalah. Secara dasarnya adalah lebih baik tidak menghukum sekiranya terdapat kekurangan atau bukti yang tidak mencukupi atau terdapat bukti yang dia tidak bersalah.
Kita sepatutnya menerima dengan hati terbuka kalau ada pihak yang boleh memberikan bukti yang sesorang dituduh itu tidak bersalah dan bukannya mengenakan tekanan atau apa saja tindakan yang boleh menyusahkan pihak yang memberi bukti.

Friday, July 18, 2008

صبر ج له داتوء سري انور

ڤركمبڠن ايسو انور متأخير اين سبنرڽ اداله كسينمبوڠن دري يڠ سبلومڽ. اڤ يڠ اكو ڤرچاي سموا اين نمڤق سڤرتي درانچڠ كران ترداڤت بڬيتو باڽق كلمهن دان كسڠسين. تيدق ڤرلو اكو ناماكن مريك يڠ ممبوات ڤرانچڠن اين كران اياڽ هاڽ ڤد ڤنداڠن اكو ساج. اكو يقين اڤ اكو فيكير اين بنر.


يڠ ڤليقڽ ادون ترهادڤ كيس يڠ لبيه بسر تيدق دبسركن، كيس يڠ تيدق اد داداكن دان دبسركن. دنيا اخير زمان.

Sunday, July 13, 2008

Debat Anwar Lawan Sabery

Kebanyakkan dari kita mulai memberi tumpuan kepada debat yang akan berlaku selasa ini antara Anwar dan Sabery. Macam-macam ulasan dan komen mengenainya. Ada yang aku dengar komen tak masuk akal pun ada, dan ada juga komen yang bernas dan membina. Isunya bagaimana nak turunkan harga minyak (aku tak suka tajuk sebenar debat ini yang aku anggap tidak matang).

Bagi aku, adalah lebih baik kalau platform debat ini diganti dengan forum perbincangan secara ilmiah. Ada yang mengatakan debat bukan mencari siapa menang dan siapa salah. Bagi aku apabila debat mestilah akan menentukan menang dan kalah. Kenyataan aku ini disokong oleh kata-kata sabery yang akan mempetaruhkan jawatan menterinya kalau beliau tidak mampu mempertahankan pendirian kerajaan dalam soal minyak ini.

Inilah masalahnya di Malaysia ini, kenapa hendak memilih debat dalam menyelesaikan masalah negara seperti itu? apa kebaikkannya? bagi aku hanya akan menyusahkan kepala otak je..membuat darah naik hingga ke kepala dengan cepat, hanya memenatkan sahaja wahal hasilnya nanti bukan penyelesaian tetapi lebih kepada masalah demi masalah yang timbul.

Pilihlah jalan lain yang lebih ilmiah sedikit. Anwar dan Sabery boleh memilih untuk mengadakan pertemuan dalam forum dan bincangkan isu ini dengan matang, baik dan ilmiah. Ini bukan soal siapa memang atau siapa kalah, ini soal rakyat, soal beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat, ini soal mentaliti melayu, ini soal bagaimana melayu menyelesaikan masalah. Masalah rakyat mestilah melangkui soal parti atau soal menang atau kalah.

Rakyat akan menilai dari program ilmiah seperti itu, jangan risau, siapa yang memang berkualiti tetap menjadi pilihan rakyat. Debat hanya akan mengeruhkan suasana. Kalau nak debat boleh tetapi masa nak pilihanraya. Sesuai dan kenalah pada masanya. Masa pilihanraya buatlah beratus debat pun, rakyat nak melihat bagaimana pemimpin memberi dan mempertahankan idea dan bagaimana pemimpin mematah dan menolak idea.

Debat sekarang ni tak sesuai kerana ianya akan mematikan idea, akan ada seorang kalah dan seorang menang, masing-masing berhujah untuk mematikan idea dan bukannnya mengembangkan idea. Apa yang mesti berlaku adalah sesuatu idea itu harus dikembangkan bukan dimatikan.

Isu beban yang ditanggung oleh rakyat mesti diselesaikan melalui program perbincangan, jemput panel yang bijak dan dari berbagai golongan samada ahli politik atau ekonomi. Ini hanya orang politik dan pulak tu dalam program debat.

Sekali lagi aku nak nyatakan .. INI ISU RAKYAT YANG TERBEBAN DENGAN MASALAH EKONOMI, SOAL NAK HIDUP DAN ISU INI MESTI DISELESAIKAN MELALUI PROGRAM ILMIAH DAN BUKANNYA DEBAT.

Friday, June 27, 2008

Syabas Dato Seri Nazeri

Aku tertarik nak mengulas isu pertikaian antara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang menegur Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBCC) Datuk Bung Mokthar Raden ( BN-Kinabatangan) ..antara kata-katanya ialah " kebudak-budakan dan dari kelab samseng" apabila para ahli jawatankuasa kelab itu bertindak sendiri membuka halangan yang dipasang untuk menghadkan kawasan liputan media di Parlimen.

Aku rasa apa yang dikatakan oleh YB Dato Seri Nazri itu betul dan tepat, memang tindakan atau arahan untuk menghadkan liputan media di area-area tertentu itu kurang bijak namun itu keputusan pengurusan parlimen yang mana hak itu adalah dalam bidang kuasa mereka.

Apa pun alasannya tidak penting untuk diulas tetapi apabila diingkari malah dibuat tindakan sendiri oleh ajk. kelab penyokong kerajaan, itulah tindakan yang menampakkan sikap tidak matang dan tidak berfikir. Siapapun kita, ada had dan batasnya untuk melakukan tindakan, kalau semua boleh bertindak sendiri tanpa ada batas, risau pula ianya akan menjadi ikutan rakyat dan pihak lain. Ye lah kan..kalau pempimpin kencing berdiri, rakyat akan kencing berlari.

Sepatutnya diserahkan kepada pihak yang membuat peraturan itu untuk mengambil tindakan, dan mereka boleh mendesak untuk diberikan penjelasan namun bukannya bertindak sendiri semata-mata rasa tidak puas hati atau merasakan tindakan kita itu betul. Ada kaedah dan batasnya.
Syabas pada Dato Seri Nazeri atas keberanian menegur ajk. penyokong kerajaan tersebut.

Thursday, June 26, 2008

MINDA LUBANG KUNCI

Aku terbangun pada suatu malam, lalu tetiba otak ku berfikir tentang banyak perkara, ringkas cerita aku terfikir tentang mutiara kata ( kalau boleh disebut mutiara katalah tapi aku rasa lebih pada peribahasa atau bidalan bahasa ..ikut suka la nak namakan apa pun ) iaitu " MINDA LUBANG KUNCI".

Tafsirannya: pemikiran terbuka atau berkualiti walau pun hakikatnya otak kita tak lah sebesar mana dari segi fizikalnya. Ibarat lubang kunci yang sempit namun setelah dibuka..akan terpampanglah ruang yang lebih besar atau khazanah yang sangat bernilai. Ok ke mutiara kata dan tafsiran ni? ahaksssss

Saturday, June 07, 2008

PILIHAN DI TANGAN KITA

Kalau dulu aku masih menaruh harapan bahawa kerajaan sedang melakukan perubahan, namun apa yang aku dapati sekarang semakin jelas bahawa mereka bukan melakukan perubahan tetapi terawang-awang dengan seribu satu masalah yang timbul akibat dari keputusan yang tidak tepat dan salah.

Keputusan yang tidak tepat dan salah ditentukan oleh pemimpin bermula dari atas sampai ke bawah. Kenapa ini berlaku? sebabnya yang juga jelas ialah kerana sistem pemilihan pemimpin kita terlalu jumud dan tidak berlandaskan aspek kualiti. Mereka dipilih atas sebab-sebab yang lain dan tidak atas dasar kualiti. Mereka tidak dinilai dan dipilih berdasarkan kemampuan dan idea serta perancangan mereka.

Isu minyak antara isu terbaru, pelik dan sangat tidak kena dengan kenaikkan dan kaedah yang diperkenalkan. Ramai yang telah mengulas secara detail, pastinya selepas ini kemampuan membeli menurun, inflasi meningkat, jenayah juga meningkat, kadar stress di kalangan rakyat juga berganda, pendapatan perkapita rakyat tidak berubah, rasuah terus meningkat dan tidak mampu diselesaikan, jurang antara yang miskin dan kaya lebih ketara, dan bermacam macam lagi.. kesemua ini menjurus kepada kemusnahan secara langsung atau tidak langsung.

Apa lagi yang kita mahu lihat, pilihan di tangan kita sebenarnya, untuk mati perlahan-lahan dalam kesakitan dan penderitaan atau kembali sedar dengan melakukan perubahan. Pilihlah.....


Saturday, May 31, 2008

2008 - Aku dan Melayu

Tahun 2008 ni membuatkan aku terlalu sibuk dengan perkara-perkara baru dalam hidupku. Namun aku bersyukur kerana kebanyakkan perkara-perkara baru itu menjadikan aku dan keluarga bertambah baik dari sebelumnya.

Selama aku hidup hingga ke saat ini, aku rasa aku baru sedikit memahami penghuni dunia yang bernama manusia. Terlalu rumit untuk difahami baik secara individu maupun masyarakat. Lebih rumit lagi masyarakat yang bernama MELAYU.

Sahabat aku El Hakim dah banyak mengulas tentang MELAYU..tentang orangnya..tentang sikapnya...kalau dinilai kembali, apa yang MELAYU ada sebenarnya yang boleh dikatakan hak milik atau warsisan budaya atau hak intelek yang mereka cipta dan punya secara mutlak? Mungkin jawapannya hampir kepada TIDAK ADA.

Entahlah..cakap banyak nanti...ada yang hunus keris..cium keris lak kan huhhuhuhu. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya ( walaupun aku terheret sama) biarlah..sekurang-kurangnya aku bercakap jugak dari diam kelu dan bisu......

Sunday, April 13, 2008

WANITA DAN PESTA BUKU



13 April 2008 sekitar pukul 10.30am - 2.3opm aku bersama isteri dan dua orang anak sepupu ke PWTC sempena pesta buku di sana. Sesampai di sana, aku bangga dengan kehadiran begitu ramai manusia yang mencintai ilmu...ye lah kan, kalau tak mencintai ilmu masakan hendak ke sana. Mungkin juga atas tuntutan kehendak anak-anak, namun apapun ianya merupakan suatu kesedaran yang tinggi nilainya. Membaca mengubah pemikiran dan tamadun manusia.

Kita akan jadi sepertimana kita fikir, dan apa kita fikir sebahagian besarnya akan dipengaruhi oleh pembacaan selain dari pengalaman dan pengamatan. Budaya membaca di Malaysia ini agak lembab hendak diserap dalam masyarakat kita namun hari ini aku menyatakan sekali lagi rasa bangga aku pada kesedaran masyarakat kita yang aku nampak rata-rata adalah orang melayu.

Namun, dalam bangga aku rasa sebaliknya pula apabila yang hadir banyaknya adalah kaum wanita..mana kaum lelakinya? ada...bukan tidak ada..tapi kalau nisbah boleh dikatakan lelaki 1:50 kot.. satu lelaki 50 wanita. Terfikir pula aku tentang semua ni dan kaitannya dengan kecapaian, kematangan,kecerdikan, kepimpinan serta banyak lagi kalau nak dibandingkan antara lelaki dan wanita. Paling aku nampak lelaki lebih suka berkerumun di tempat-tempat hiburan manakala wanita adalah sebaliknya. Nak salahkan sapa kalau wanita lebih dominan dalam semua perkara?

Kesempatan ini aku ucapkan syabas kepada Puan Ainon yang sempat aku jumpa dan berbicara sebentar, dengan jualan yang melebihi RM 200 ribu lebih. Aku rasa tak hairan sebenarnya kalau rata-rata yang hadir, aku dengar mereka memuji usaha dan kualiti yang ditunjukkan oleh PTS dan Puan Ainon. Wanita lagi hehehe

Monday, February 11, 2008

Keghairahan

Ghairah... apa ko orang pk kalau sebut perkataan ni? mesti ko orang pk lain kan... perkataan yang kalau di baca dan didengar akan buat otak ko orang secara automatik memberi tafsiran yang agak sama.. ada macam macam tanggapan..akhirnya akan klasifikasikannya sebagai negatif..mungkin....

Ghairah lebih merujuk kepada nafsu... betullah tu... ghairah lahir dari nafsu..perasaan... tapi yang sinonimnya khusus kepada soal-soal seksual.

Namun..istilah ghairah ini aku nak fokus atau kaitkan dengan pekerjaan atau apa yang kita semua tengah lakukan untuk memperbaiki kualiti hidup. Kalau seorang pekerja, pekerjalah..sama juga kalau student ke, seniman ke, apa ke..tak kisah. Isunya bagaimana ghairah akan membawa kita kepada penemuan kejayaan demi kejayaan.

Dalam dunia aku sekarang, aku rasa aku ghairah untuk melakukan yang terbaik dalam pekerjaan aku. Aku cerita apa aku alami sendiri, ni kisah benar..tak cedok mana mana pun. Bila aku dapat je kerja baru ni, aku pk tentang beberapa perkara dan antaranya...

Pertamanya aku pk bagaimana nak memahami dunia baru aku ni. Dunia yang di dalamnya ada kumpulan manusia yang bertungkus lumus untuk memajukan syarikat dan mencipta keuntungan. Tentunya keuntungan diri sendiri juga

Keduanya aku pk tentang kedudukan aku..kerja yang akan aku buat.. bagaimana nak selaraskan dengan mereka yang dah lama dan pakar itu. Aku pk sekurang-kurangnya aku mampu untuk menyumbang dengan baik dan berkesan.

Itu apa yang aku pk..yang terjadinya tak sama dengan apa aku pk.. tapi aku tak mau nak perincikan kat sini. Ada masalah yang timbul bilamana apa ku pk dengan apa yang terjadi tak sama. Tekanan hadir dan buat aku makin berfikir.. aku menjadi ghairah berfikir..mencari dan menelusuri segala sudut, menilai dan cuba memahami.. betul..aku semakin ghairah..

di tempat kerja aku berfikir..balik ke rumah aku berfikir..masa tengah tidur..pastu terjaga ..aku berfikir...nak keja balik esoknya tu aku berfikir... jumlah masanya lebih kurang adalah selama 5 bulan... tak lah selalu macam tu..tapi banyak masanya aku memang berfikir..hingga aku ditegur oleh isteri.. sampai satu ketika..dia minta aku stop kejap bercakap dan berfikir soal kerja..dia dah pening sebab dia pun banyak jugak perkara nak kena fikir. Boleh lah berhenti sekejap selama sehari dalam waktu kami keluar bersantai.. tapi tak sempat balik ke rumah..aku mula balik bercakap dan berfikir tentang kerja. Ini keghairahan yang aku maksudkan.

Hasilnya.....

Aku berjaya memahami beberapa perkara:-

1. Berjaya memahami manusia yang aku temui di sana walau tak sepenuhnya pun, sekurangnya aku boleh bertenang kerana aku dah faham lebih dari sedikit.
2. Aku memahami struktur organisasi dan sturktur kerja kat sana.
3. Aku berjaya memberi input-input yang berkaitan dengan kerja yang aku disuruh lakukan dengan baik. (bukan sekadar penialian aku, aku ada menerima email dan kata-kata pujian dari mereke yang bergelar ketua yang aku rasa mereka ikhlas dan jujur)
4. Aku berjaya memberi jalan keluar kepada beberapa masalah. Aku juga berjaya merangka struktur baru yang berkaitan bagi menjelaskan idea untuk penambahbaikkan.
5. Pendek cerita, aku mungkin ditukarkan ke bahagian aku paling suka bekerja kerana bidang tugas baru ini sememangnya yang aku paling minat. Analisis dan bangunkan idea sekaligus membangunkan manusia walau aku sendiri penuh dengan kelemahan dan kekurangan.

Ini pastinya akan membangkitkan keghairahan aku. Aku yakin keghairahan ini pastinya akan menjadi-jadi dan pastinya juga ianya mampu membantu aku dari berfikir tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Sememangnya ianya suatu cabaran.. cabaran membentuk keyakinan dan usaha yang berlibat ganda. Kesedaran minda tentang kegagalan dan kesusahan atau kesukaran juga sebenarnya membangkitkan keghairahan.

Keghairahan perlu dipupuk. Cara berfikir juga perlu dipupuk... Kalau keghairahan ini boleh disuntik dalam setiap apa juga kita lakukan untuk menempa kejayaan, alangkah baiknya. Keghairahan dalam belajar, keghairahan dalam berkerjaya, keghairahan dalam berfikir dan keghairahan dalam setiap apa pun.. yang baik lah kan .....



Sunday, February 03, 2008

Tersurat dan Tersirat



renungan makrifat
terkandung segala hikmat
tersurat dan tersirat.......

yang tersurat jelas
yang tersirat juga jelas
lalu apa lagi?

sabar...sampai bila?
nak tunggu..sampai bila?

tak luka dah pun luka
tak berdarah dah pun berdarah
dah memang parah
masih nak melihat?

bukan bayangan
jelas kenyataan
bukan gurauan
jelas kebiadapan

nak tunggu hancur?
boleh,tunggulah...tak salah pun
tapi...
siapa yang hancur?
kita....

Wednesday, January 23, 2008

Berfikir Mencapai Kecemerlangan



Berfikir mencapai kecemerlangan tidak mudah dan tidak juga sukar.

1. Ada manusia suka fikir nak jadi cemerlang seorang diri dan hanya melibatkan dia sahaja.
2. Ada pula fikir nak jadi cemerlang dengan berkongsi idea dengan ramai orang tapi masih lagi memberi fokus kepada dirinya sahaja.

Kedua-dua kaedah di atas sama saja sebenarnya, iaitu untuk kepentingan diri dia sahaja. Kaedah ini jelas tidak akan memberi kecemerlangan yang hakiki.

Tak ramai yang mahu berfikir untuk ramai. Berfikir untuk ummah. Ini gaya berfikir yang akan membawa kecemerlangan kepada diri dia dan juga ummah atau kumpulan atau mereka yang dia mewakilinya.

Aku cakap macam ni bukan apa, ramai aku jumpa yang jenis pentingkan diri dia saja, sampai dia berada di luar lingkungan adab sopan pun dia tak sedar dah, berlagak dan penuh dengan rasa bangga pada diri sendiri. Masalahnya orang macam ni senang pulak naik ke jawatan penting.

Lebih teruk, mereka akan benamkan terus kalau ada yang berkualiti semata -mata tidak pandai ampu dan bodek. Macam-macam cara dilakukan termasuk fitnah dan lain lain yang tak mampu kita nak fikir.

Kalau dah ramai jenis macam ni, ianya membentuk suatu senario/situasi dimana kualiti tak akan ada, yang ada hanya kuasa penentu banyak perkaa dan bukannya idea yang berkualiti. Kalau negara, negara akan hancur satu hari nanti, kalau organisasi, organisasi akan hancur, sama lah walau kat mana dan apa pun... kebinasaan pasti akan berlaku. Ada hadis ke apa ..lupa... antara maksudnya " sekiranya sesuatu urusan tidak dipegang oleh mereka yang arif/ahlinya maka tunggulah saat-saat kebinasaanya" ...tak silap hadis sohih...tolong betulkan kalau aku salah.

Itu lah apa aku nak katakan. Moga kita boleh berfikir untuk ummah disamping kepentingan diri sendiri.

Saturday, January 19, 2008

Adakah Kerana Media?

KUALA LUMPUR: Ketelanjuran Faizal Tahir yang menanggalkan pakaian ketika membuat persembahan sempena ulang tahun keempat saluran 8TV, Ahad lalu turut memberi kesan kepada stesen televisyen itu apabila kelulusan siaran langsung dan tertunda bagi rancangan konsert dan program berbentuk hiburan ditarik serta-merta.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Mulltimedia Malaysia (SKMM), berkata tindakan itu diambil berikutan pihaknya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan bagi kelulusan siaran langsung dan tertunda. Petikan Harian Metro
_________________________________

Komen aku...

Aku bukan menyokong apa yang dilakukan oleh Faizal Tahir, tetapi aku juga tidak menyokong dikenakan tindakan macam tu pada TV8. Alasan mudah aku ialah:-

1. Tindakan pertama yang SKMM perlu buat ialah minta surat tunjuk sebab dari TV8/minta penjelasan terperinci dari mereka.

2. TV8 perlu diberi hak untuk membela diri.

3. TV8 dah pun mengenakan tindakan pada Faizal Tahir.

4. TV8 boleh diberi amaran keras dan sebarang tindakan menghentikan hak penyiaran mestilah mengambil kira banyak perkara dan faktor.

5. Bagaimana dengan pakaian yang dipakai oleh artis wanita yang lain yang menjolok mata? Faizal ye lah bukak baju..artis wanita koyakkan kain..singkatkan, dedahkan, macam macam lagi.. so nak stop jugak ke hak penyiaran? Bagaimana dengan drama? apakah kalau drama atau filem boleh?

Aku kata saja lah, sekadar pandangan. Apapun TV8 dan artis perlulah lebih peka dan berhati-hati. Pihak berkuasa pun mestilah menyelaraskan dengan baik segala peraturan dan tindakan. Jangan terpengaruh dengan pendedahan media, bila digambarkan berlebihan maka tindakanpun serta merta dan berlebihan, bila media senyap, maka senyaplah tindakan dan hukuman.

Wednesday, January 16, 2008

Kuasa Rakyat

KESEDARAN
KEGILAAN

Kes Faizal Tahir. Terpampang di dada akhbar hari ini dan diperkatakan dengan meluas, dikritik, diulas dan sebagainya, termasuk radio Era dan oleh banyak pihak lagi. Sah perlakuan tersebut di luar nilai dan budaya setempat dan masyarakat Malaysia.




Faizal Tahir juga tiada alasan yang kukuh untuk mempertahankan perbuatannya dan akhirnya mengakui bahawa itu adalah kesilapan yang dilakukan semata-mata untuk berseronok. TV8 pun sudah menyatakan bentuk hukuman dalam penyataan media hari ini.




Ini kuasa masyarakat, ini kuasa rakyat namun seringkali hanya digunakan pada individu tertentu dan situasi tertentu saja. Alangkah bagusnya kalau rakyat sedar betapa kuasa rakyat boleh menentukan bentuk situasi banyak perkara. Ini kuasa rakyat... kalaulah digunakan untuk kesejahteraan hidup manusia dan dunia ini..alangkah bagusnya kan.... sama sama lah kita fikirkan.




Apapun semua orang berhak mendapat peluang kedua, ketiga dan seterusnya.. Allah Maha Pegampun.



Saturday, January 12, 2008

IDEA

Bila bercakap soal IDEA.. aku pk tentang banyak perkara, antaranya :-

1. Diri aku sendiri
2. Masyarakat melayu dan orang melayu
3. Bangsa lain

Kaitannya:-

1. Kaedah berfikir
/Metodologinya
2. Ruang lingkupnya
3. Hasilnya

Itu benda yang aku pk, tapi tak de lah aku nak ulas detail. Cukuplah ianya berkisar dalam pemikiran aku, sebab kalau aku luahkan pun, aku gak penat menaip nanti..dah la skopnya luas..pulak tu banyak benda nak aku kaitkan nanti..malas aku...

Apa aku nak kata, masyarakat melayu mestilah "berani dan ikhlas" apabila melibatkan soal idea ni. Samaada idea tu datang dari kita atau orang lain. Kebanyakkanya tidak bersedia untuk menerima idea orang lain atas sebab-sebab yang susah otak kita nak menerimanya...antaranya :-

1. Dia malas berfikir
2. Takut kalau dia terima idea tu..dia pulak nampak bodoh
3. atau atas sebab lain

Idea adalah sesuatu yang sememangnya tidak boleh dipertahankan dengan kemahuan nafsu semata-mata ( dengan anggapan bahawa idea aku mesti diterima). Ini cara berfikir yang salah. Idea boleh dibentangkan..dan kita kena sedia untuk menerima hujah dan pandangan orang lain. Sesuatu idea biasanya berkait dengan kreativiti dan inovasi( sesuatu yang baru dilahirkan atau dicipta atau difikirkan). Idea seperti ini perlu dibahaskan..kalaus sekiranya idea kita bagus, maka ianya akan diterima dan ditambahbaikkan dengan proses perbahasan atau perbincangan.

Kalau idea kita tidak bagus, maka ianya sudah pasti akan ditolak, sebab itu dalam membentangkan idea, soal siapa dan tempatnya perlu betul. Idea yang bagus kalau dibentangkan pada orang yang salah dan tempat yang salah maka ianya tidak berguna sama sekali. Seperti melakukan kerja yang sia-sia.

Dalam menentukan soal siapa suatu perkara, kalau dah dapat orangnya maka soal kesesuaian masa dan mood dia juga juga penting. Manusia ni walau sehebat manapun, dia tetap akan dipengaruhi oleh sentimen perasaan dan alam.

emm dah la dulu, isteri aku ni duk membebel dah ajak makan..aku teman dia kat lab sebenarnya.. lain tu pk sendiri lah ye..

Tuesday, January 01, 2008

Azam Tahun Baru

Hari ini, 01 Jan 2008, semasa di meja makan, aku dan isteri membincangkan tentang banyak perkara mengenai kehidupan kami. Aku lebih banyak memberi fokus kepada perbincangan mengenai bagaimana mahu mematangkan diri. Aku kena akui bahawa cara berfikir isteri aku banyak membantu aku untuk melihat jauh ke dalam diri sendiri. Menyelongkar ruang dan sudut kelemahan dan membina kekuatan dan keyakinan serta kematangan. Aku bersyukur.....

Aku juga beryukur kerana organisasi tempat aku bekerja memberi peluang kepada aku, menghargai peranan aku sebagai pekerja. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada boss unit aku Pn. S, dan dua lagi boss unit lain...Pn. A dan Pn. Ct kerana mengambil aku berkerja. Seterusnya aku panjangkan rasa syukur dan terima kasih kepada organisasi, En. MG, En J, En Z, En. R dan semua yang merupakan rakan kerja di sana.

Azam aku tahun ini ialah untuk kurangkan bercakap tetapi memberi lebih tumpuan kepada kerja dan menaikkan nama syarikat di samping tugas hakiki aku sebagai anak, menantu, suami serta ahli masyarakat yang baik. Inilah azam aku yang terbaik rasanya sepanjang aku hidup. Aku mengambil kesempatan di sini memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku selama ini kepada semua yang mengenali aku.