Saturday, March 31, 2007

Impian Ibu Tua

impian ibu tua
takala melahirkan si anak kecil
menatang penuh kasih
kelak nanti menjadi berguna
kepada anak bangsa dan agamanya

impian ibu tua
takala melihat gagalnya anak
dalam memimpin dunia...tak apa...
sekurangnya menjadi rakyat yang berjasa

impian ibu tua
bila mana si anak bergelumang dosa
kelak nanti bertaubat dan menyesalinya

impian ibu tua hancur berkecai
bertukar menjadi doa yang tak pernah selesai

Usahawan Cilik.....

Aku ke Melaka jumaat baru ni kerana menemani isteriku mengajar sambilan di Kolej Universiti Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka Malaysia. Sementara menunggu aku meronda ke kawasan yang berdekatan..

Puas aku lepak di Taman Tasik Melaka, aku ke Taman Rekreasi pulak..pastu aku ke Zoo Melaka...semasa aku pusing ke kawasan parking bawah tepi dataran tu aku terasa haus..lalu aku singgah di sebuah warung menjual air, buah dan cenderahati di situ...

" Abang nak apa bang? tanya penjual cilik yang aku agak baru sekolah rendah tu..

Aku pandang cermin..ehh muda sangat ke aku ni..wahal dah bleh dipanggil pakcik pun oleh budak tu... heheh aku agak tu panggilan biz.. panggilan memikat pelanggan kot..hahaha saja nak buat aku teruja..ye lah customer orriented kot....

"Adik..bagi air dan buah jambu tu" pintaku pada penjual cilik yang senyum, senyum pada ku


" 3 ringgit bang..." sambil menghulurkan air dan buah jambu tu padaku...

" Terima kasih ye dik... " balasku

"hmm adik tak sekolah ke? tanyaku pada dia, sebab aku agak dia tak bersekolah rasanya..aku agak tak bersekolah sebab giginya tak bersih..( tak gosok gigi ) lagi rasanya...

" tak " jawabnya nampak macam malu-malu....

" kenapa tak sekolah? dia nampak segan dengan pertanyaan aku tu.. " dia malas bang" celah kakak dia yang aku agak 3 atau 4 tahun lebih tua dari dia

" malas? macam mana bleh malas dik..tak bagus tau...sayang pakcik tengok adik ni...patutnya sekolah..belajar rajin2 " aku mulai khutbah free aku

setelah berinteraksi beberapa ketika dia mulai selesa dengan kehadiran dan nasihat yang aku bagi.. aku tak menekankan sangat apa dia dah lalui cuma aku suruh dia belajar berniaga betul2.. Insyaalah dia boleh berjaya..aku nampak adik ni ada ciri-ciri yang betul untuk berjaya dalam perniagaan.

Kami bertiga cepat mesra..dia dan kakaknya nampak terhibur dan selesa dengan pendekatan aku

sebenarnya aku tersentuh dan rasa hiba melihat anak sekecil itu terpaksa menempun pengalaman yang sepatutnya ditempuh oleh orang dewasa namun aku sedar mungkin suasana itu lebih baik baginya..mungkin dia antara yang Allah pilih untuk memasuki kaedah pembelajaran secara semulajadi.

aku terfikir alangkah baiknya kalau sistem pendidikan kita juga menawarkan kaedah semulajadi yang terancang bagi anak anak yang tidak minat untuk ke sekolah...supaya mereka menjadi usahawan yang berjaya... paling tidak ada usaha mana mana pihak untuk mendidik mereka secara tidak formal bagi memahamkan mereka tentang aspek aspek kesihatan, kebersihan dan lain-lain agar mereka boleh berjaya dalam bidang yang mereka sedang lakukan..

aku akan ke Melaka lagi dan aku akan berjumpa lagi dengan usahawan cilik dari perkarangan Zoo Melaka tu minggu depan ni Insyaalah....

HeLiZa








Aku minat budak ni tapi sayang aku rasa Astro macam diskriminasikan dia jek..susah sangat nak tunjuk muka dia dalam AF5 tu..yang gedik gedik tu tunjuk banyak kali plak..huh..tak adil tul.... Aku tak de apa nak komen dah..cuma nak letak wajah2 budak ni dalam blog aku..

Sunday, March 18, 2007

Pencarian Hakiki




aku cuba melihat diri sendiri

jauh ke dalam dan cuba memahami
apa yang aku cari dalam hidup ini
banyak perkara aku temui
masih banyak lagi yang aku belum capainya lagi


puaskah aku dengan semua yang aku telah lalui
kepuasan?
gembirakah aku dengan semua yang aku lalui
kegembiraan?


itukah yang aku cari?
rasanya tidak..kerana semakin aku puas
semakin aku mencari
takala aku gembira..aku akan terus mencari juga


kehidupan ini tak pernah berhenti
tak pernah kedekut untuk memberikan aku kepuasan dan kegembiaraan
namun hari ke hari aku masih tetap sama
masih serupa..mencari dan terus mencari...


sampai bila?
kehidupan akan terus ada..selagi dikehendakiNya
manusia akan terus silih berganti menjadi penghuninya
aku?
aku tak akan lama..sampai masa pasti akan pergi jua


lalu ke mana?
sejak azalinya telah dinyatakan
kerana aku percayakan Tuhan
kerana aku percayakan Islam
ye..aku beriman..itu kepastian


dan..
apakah yang aku cari dalam kehidupan ini
kepuasan dan kegembiraan ?
yang tak pernah memberikan aku kesudahan


aku mencari dalam diri
tak aku temui..kerana terlalu tebal keduniaannya
aku mencari di sekeliling kehidupan ini


rupanya..takala aku sedih, gembira, benci, senggsara, bahagia
itu semua adalah panduannya
dalam pencarian hakiki
untuk menjadi hamba yang mampu mengabdikan diri
kepada Pencipa kehidupan ini.

Thursday, March 15, 2007

Tiga Peratus sahaja???



Terbaru satu lagi penafian dilakukan dan selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM), disusuli oleh Menteri Besar Selangor, dan kini oleh Institut Perkembangan Minda (INMIND) suatu badan yang membiayai kajian tersebut. Terlalu banyak persoalan yang berada dalam kepala aku ini, makin difikir makin pelik pulak aku rasa... aku malas nak komen panjang berkaitan isu ini tapi aku ingin memaparkan persoalan tersebut di sini:-

1. Kenapa sebelum apa apa Menteri KPWKM menafikannya? Dan Kenapa MB Selangor mengambil sikap yang sama? Kedua duanya adalah orang politik, apakah tujuan penafiannya sama? Sebab perkara ini di bawah tanggungjawab kedua-duanya? sebab nanti kalau benar akan memperlihatkan kelemahan yang ketara?

2. Aku tak faham penafian orang politik ini, seolah olah memperlihatkan apa yang dilakukan oleh pihak Universiti (profesional) itu seperti budak-budak sekolah yang membuat kajian. Ini soal integriti, soal profesionalisma universiti yang terdiri dari pakar-pakar akademik, begitu bodohkah mereka ini? kalau mereka bodoh mengapa boleh melahirkan ramai pelajar yang cerdik dan cemerlang? apakah mekanisma kajian di universiti lapuk? apakah mereka yang melakukan kajian di Universiti ini main-main? susah aku nak fikir perkara ini.

3. Pihak UKM sendiri mempertahankan hasil kajian pensyarah/pakar mereka, lalu apakah rasionalnya untuk orang politik menafikannya?

4. Terbaru penafian yang dilakukan oleh Intitut Perkembangan Minda ni yang mengatakan ada kesilapan dalam memasukkan data, kalau kesilapan memasukkan data, kenapa tidak pihak yang melakukan kajian membuat kenyataan kepada umum? Peliklah kalau pihak yang membiayai mengatakan ada kesilapan wahal pihak yang melakukan kajian senyap dan berdiam diri...

5. Kalau benar silap sepatutnya UKM kena membuat kenyataan rasmi kerana ini bukan isu kecil, kesilapan ini akan mencalarkan integriti dan profesionalisma UKM, kalau silap maka kajian ini tidak boleh diterima pakai dan sebarang pembetulan hanya akan mengundang seribu satu persoalan.

6. Pada pandangan aku seolah-olah (hanya persepsi) ada tekanan yang sengaja dilakukan untuk membenarkan pandangan tertentu sebelum ini sehingga suatu kelemahan dalam kajian itu perlu diwar-warkan dan semua ini memperlihatkan betapa bodohnya dan rendahnya tahap profesionalisma UKM dalam soal ini.

7. Kesilapan memasukkan data? kalau kesilapan ini berlaku dalam isu ini maka akan ada keraguan melambak lagi dalam isu lain pula. Siapa nak yakin dengan UKM? Siapa nak yakin dengan daya intelek orang melayu? Keintelektualan melayu yang boleh diperkotak katikan oleh pihak pihak yang berkepentingan.

8. Kalau benar UKM silap dalam perkara ini maka perlu diambil tindakan tegas ke atas pakar yang melakukan kajian tersebut tetapi benarkah beliau silap dalam soal ini? Benarkan beliau tidak faham akan definisi seks?

9. Banyak lagi persoalan yang bermain dalam kepala aku ni tapi kalau aku keluarkan kat sini yang susahnya nanti adalah aku jugak. so cukuplah..kalau ko orang ada persoalan..respondlah ...

Saturday, March 10, 2007

Gerakan Mahasiswa Mahasiswi

Pertahan Al-Aqsa
Oleh Hadzlihady Hassan

KUALA LUMPUR: Dua pelajar wanita institusi pengajian tinggi (IPT) pengsan selepas bersesak dan berdiri di bawah terik matahari ketika menyertai demonstrasi membantah pencerobohan rejim Zionis, Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, di sini, semalam.


Perhimpunan secara aman yang dianjurkan Gabungan Mahasiswa dan Mahasiswi Islam Malaysia (Gamis) itu disertai kira-kira 1,000 mahasiswa mewakili semua IPT di depan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, di sini.

Mereka mengadakan bantahan selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang dengan berarak sambil membawa sepanduk bermula dari hadapan bangunan Tabung Haji hingga Kedutaan Amerika Syarikat dan berakhir kira-kira satu jam.

Wakil Gamis yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka mengadakan bantahan itu kerana tidak puas hati dengan pencerobohan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa.

“Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan pihak Israel yang jelas mencabuli hak rakyat Palestin.

“Demonstrasi ini dilakukan bagi menentang pencerobohan rejim Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan tindakan kejam tentera Zionis ke atas umat Islam di sana.

“Selain itu, Gamis ingin mengajak orang ramai memboikot barangan Amerika Syarikat yang jelas bersekongkol dengan Israel,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan itu.

Kira-kira 40 anggota dan pegawai Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta polis ditempatkan di kawasan berkenaan untuk mengawal keadaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, demonstrasi itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang kekacauan dan kekecohan.

Satu memorandum turut diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa.

Monday, March 05, 2007

6 kepelikkan aku....

Keshi ni memang menyusahkan otak aku nak pk..memang susah tul aku nak tune otak aku ni nak pk benda benda pelik dalam hidup aku. Macam manapun sebab kawan baik aku jawab gak lah..kalau tak pelik sangat tu maaflah ek... heheheh

Perkara pertama yang bleh aku pk pasal pelik atas diri aku ni ialah....

1. Bukit Bukau
Pasal bukit bukau ni aku sensitif sikit, apalagi kalau nampak permandangan yang berhutan tebal, ada bukit tinggi, pokok yang besar-besar macam tengah hutan, semua ni boleh buat aku sedih, aku akan rasa sayu tiba-tiba, hati dan qalbu ku tersentuh giler..tak tau napa, dari dulu sampai sekarang. Dulu masa aku naik bas express, aku nampak sepanjang perjalanan dari Terengganu ke KL dipenuhi hutan belantara. Mulalah aku rasa sedih...huk huk ..sekarang ni dah naik kete sama jugak lah, dalam sedih aku seronok, rasa tenang je ..emm anugerah Ilahi kan.. :)

Perkara kedua pasal kepelikkan aku.....
2. Aku suka tengok kapalterbang, masa dia nak naik dan masa dia nak turun, aku bleh je macam budak-budak terpegun dan teruja ngan suasana tu tapi AKU TAK SUKA NAIK KAPALTERBANG...sebab aku tak percaya langsung ngan kapalterbang ni, aku pk jatuh jek..aku pk terhempas jek..aku pk kalau berlaku apa apa langsung tak de harapan, kalau di lautan masih ada harapan gak, kalau di daratan masih ada harapan, bawah laut pun ada harapan..ni di awangan..huhuhu langsung tak de harapan ..aku banyak kali naik tapi tak penah suka ..kalau diberi pilihan antara kereta dan kapalterbang...tak yah pk aku pilih kereta walau jauh..walau lama.. hahaaha.. katalah nak kata penakut ke apa..memang aku tak suka!!!

Ketiga lak....
3. Aku mesti nak call mak aku..ni selepas kawin ni, bleh dikatakan tiap-tiap hari selama beberapa tahun ni aku call mak aku..hahahahah anak manja kot hihihi .. buat malu kat isteri aku jek bagitau semua ni..biarlah..dah aku macam tu ..apa nak buat hehhehe mungkin sebab aku rapat ngan mak kot..... aku sayang mak :P aku sayang isteri aku gak hehheeheheh

keempat....
4. Benda pelik pada aku ni aku tak suka ketinggian..aku gayat..penah aku cuba panjant pokok dulu, masa remaja gak..terketar ketar kepala lutut aku..sempat suku je pokok kelapa tu aku panjat aku turun...tak sanggup nak teruskan..kalaupun bleh naik nanti masa turun aku mungkin terbang macam superman...hahaahah tak bleh..memang aku tak boleh..aku gayat giler...hehhhe

kelima tentang benda pelik aku ialah.....
5. Aku teruja ngan MAWI dan CT Nurhaliza hhahahhahahahhahaha.. ko orang nak kata apa ..katalah..aku teruja ngan MAWI dan CT Nurhaliza...dua penyanyi ni bleh buat aku tutup mulut dari komen apa apa yang buruk tentang mereka...lain tu walau aku suka gak aku tak teruja macam dua orang ni... ntah aku tak tau kenapa.. kalau dua ni nyanyi aku bleh henti buat keje..mesti lepak tengok hehheh

dan akhirnya..
6. Aku suka makan nasi lemak lauk bilis ngan air nescaffe susu..yang berkuah tu aku makan dahulu dan mana-mana nasik yang tak kena kuah tu aku masukkan dalam air nescaffe ..rendam..bila abis je makan nasik berkuah aku akan makan nasik dalam air nescaffe aku tu.. dulu aku biasa buat kat kedai tapi sekarang tak lah..kadang kadang je aku buat kat umah..kena marah hehehehhee .. ko orang tak tau kesedapan nasik lemak dalam air nescaffe tu..best woiiii hahahahhahahhaha :p

k lah tu je 6 perkara ..aku harap ko puas hati ek keshi hehehehe .. betullah menyusahkan kepala otak aku ehhehhe tapi tak pe..untuk kawan baik aku sanggup perah dan tune otak aku ni.. hehe

ahaaa aku lak nak tag 6 orang ni..aku nak tau 6 perkara yang boleh buat ko orang tenang kalau ada masalah.. bleh? hehhe bleh gak lah ekk.. aku dah susah dan ni aku nak menyusahkan ko orang lak.. :p

Ni orang yang aku tag....aku langgar peraturan sikit.. aku nak tag 7 orang hihihi...

1. Kassim Selamat (KS)
2. Chii
3. Azuna
4. Elhakim
5. Akirasuri
6. Bro Rickywan
7. Puteri Al Insyirah


Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


Thursday, March 01, 2007

Rasuah? Skandal Seks?


Kes Zulkipli disemak -- Peguam Negara teliti semula kertas siasatan Ketua Pengarah BPR

Oleh Ruhaidini Abd. Kadir dan Norhana Salashar Basharuddin




KUALA LUMPUR 28 Feb. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara hari ini.

Musa memberitahu Utusan Malaysia, kertas siasatan itu berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras, di sini.

“Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.

“Polis telah menyoal siasat semua pihak pada waktu itu termasuk pengadu yang mendakwa teman wanita Zulkipli dan beberapa saksi. Kes itu kemudian dianggap telah selesai,” katanya di sini.

Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ‘selesai’, Musa berkata: “Itu kena tanya Peguam Negara.

“Disebabkan kes itu ditimbulkan semula maka kita telah mengambil dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara untuk diteliti.

“Saya telah berjumpa dengan Peguam Negara pagi ini di pejabatnya bagi menyerahkan semula kertas siasatan itu untuk kegunaan beliau,” jelas beliau.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksinya.

Isu mengenai dakwaan itu ditimbulkan oleh sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) melalui satu laman blog tempatan semalam. Dakwaan itu kemudian dipetik sebuah akhbar tempatan hari ini.

Semasa laporan itu dibuat Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan, ialah pada akhir Mac ini.

Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu beliau adalah Ketua Polis Sarawak.

Menurut ketua polis negara itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung kes itu.

“Terpulanglah kepada Peguam Negara (untuk tindakan seterusnya),” katanya.

Mengulas lanjut, Musa memberitahu, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kegiatan rasuah dan jenayah seksual yang dilakukan oleh Zulkipli.

Ditanya mengenai dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan bahawa Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah, Musa berkata, itu merupakan satu tuduhan baru.

“Jika ada laporan polis, kita akan siasat. Dalam kes ini, polis perlu meneliti sama ada perlu siasatan baru atau tidak,” jelasnya.

-----------------------------------------------------------

komen aku:-

Apabila ada kes seperti ini yang dilakukan oleh seorang yang merupakan Ketua Pengarah, apalagi ianya Ketua Pengarah BPR yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, maka suatu kenyataan dari PM amat diperlukan bagi rakyat agar tidak dikelirukan oleh sesiapapun atau untuk rakyat memahami apa yang berlaku kerana ianya melibatkan soal keyakinan rakyat kepada sistem keadilan di negara ini.

Kes seperti ini menuntut yang dituduh digantung jawatan dan kuasanya sepertimana yang terkandung dalam undang-undang yang diterima pakai dalam pentadbiran awam Malaysia. Secara moralnya juga kalau sudah ada kes seperti ini, maka kerajaan mesti mengeluarkan kenyataan secara rasmi. Harapnya selepas ini perlulah dikaji dengan mendalam tentang kaedah perlantikan seseorang untuk ke jawatan tinggi dan penting seperti itu. Setahu akulah jawatan biasa sebagai pegawai BPR pun akan diselidiki hingga ke zaman sekolah. Apa yang berlaku ini mesti ada penjelasan dari pihak yang berkenaan.