Friday, June 27, 2008

Syabas Dato Seri Nazeri

Aku tertarik nak mengulas isu pertikaian antara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang menegur Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBCC) Datuk Bung Mokthar Raden ( BN-Kinabatangan) ..antara kata-katanya ialah " kebudak-budakan dan dari kelab samseng" apabila para ahli jawatankuasa kelab itu bertindak sendiri membuka halangan yang dipasang untuk menghadkan kawasan liputan media di Parlimen.

Aku rasa apa yang dikatakan oleh YB Dato Seri Nazri itu betul dan tepat, memang tindakan atau arahan untuk menghadkan liputan media di area-area tertentu itu kurang bijak namun itu keputusan pengurusan parlimen yang mana hak itu adalah dalam bidang kuasa mereka.

Apa pun alasannya tidak penting untuk diulas tetapi apabila diingkari malah dibuat tindakan sendiri oleh ajk. kelab penyokong kerajaan, itulah tindakan yang menampakkan sikap tidak matang dan tidak berfikir. Siapapun kita, ada had dan batasnya untuk melakukan tindakan, kalau semua boleh bertindak sendiri tanpa ada batas, risau pula ianya akan menjadi ikutan rakyat dan pihak lain. Ye lah kan..kalau pempimpin kencing berdiri, rakyat akan kencing berlari.

Sepatutnya diserahkan kepada pihak yang membuat peraturan itu untuk mengambil tindakan, dan mereka boleh mendesak untuk diberikan penjelasan namun bukannya bertindak sendiri semata-mata rasa tidak puas hati atau merasakan tindakan kita itu betul. Ada kaedah dan batasnya.
Syabas pada Dato Seri Nazeri atas keberanian menegur ajk. penyokong kerajaan tersebut.

Thursday, June 26, 2008

MINDA LUBANG KUNCI

Aku terbangun pada suatu malam, lalu tetiba otak ku berfikir tentang banyak perkara, ringkas cerita aku terfikir tentang mutiara kata ( kalau boleh disebut mutiara katalah tapi aku rasa lebih pada peribahasa atau bidalan bahasa ..ikut suka la nak namakan apa pun ) iaitu " MINDA LUBANG KUNCI".

Tafsirannya: pemikiran terbuka atau berkualiti walau pun hakikatnya otak kita tak lah sebesar mana dari segi fizikalnya. Ibarat lubang kunci yang sempit namun setelah dibuka..akan terpampanglah ruang yang lebih besar atau khazanah yang sangat bernilai. Ok ke mutiara kata dan tafsiran ni? ahaksssss

Saturday, June 07, 2008

PILIHAN DI TANGAN KITA

Kalau dulu aku masih menaruh harapan bahawa kerajaan sedang melakukan perubahan, namun apa yang aku dapati sekarang semakin jelas bahawa mereka bukan melakukan perubahan tetapi terawang-awang dengan seribu satu masalah yang timbul akibat dari keputusan yang tidak tepat dan salah.

Keputusan yang tidak tepat dan salah ditentukan oleh pemimpin bermula dari atas sampai ke bawah. Kenapa ini berlaku? sebabnya yang juga jelas ialah kerana sistem pemilihan pemimpin kita terlalu jumud dan tidak berlandaskan aspek kualiti. Mereka dipilih atas sebab-sebab yang lain dan tidak atas dasar kualiti. Mereka tidak dinilai dan dipilih berdasarkan kemampuan dan idea serta perancangan mereka.

Isu minyak antara isu terbaru, pelik dan sangat tidak kena dengan kenaikkan dan kaedah yang diperkenalkan. Ramai yang telah mengulas secara detail, pastinya selepas ini kemampuan membeli menurun, inflasi meningkat, jenayah juga meningkat, kadar stress di kalangan rakyat juga berganda, pendapatan perkapita rakyat tidak berubah, rasuah terus meningkat dan tidak mampu diselesaikan, jurang antara yang miskin dan kaya lebih ketara, dan bermacam macam lagi.. kesemua ini menjurus kepada kemusnahan secara langsung atau tidak langsung.

Apa lagi yang kita mahu lihat, pilihan di tangan kita sebenarnya, untuk mati perlahan-lahan dalam kesakitan dan penderitaan atau kembali sedar dengan melakukan perubahan. Pilihlah.....