Sunday, February 25, 2007

Masih lenakah kita?

Masih lenakah kita? apakah masih tidak mahu menyuarakan bantahan secara terang-terangan? apakah rakyat di Malaysia yang beragama Islam dan cintakan keamanan ini hanya mengelengkan kepala saja tanpa berbuat apa apa? Kalau inilah sikap kita tak mustahil takdir yang bakal berlaku itu akan sampai ke muka pintu rumah kita dan kita sendiri bakal menyaksikan tubuh-tubuh orang yang kita sayang nanti berkecai di depan mata, fikirkanlah...


Iran akan diserang? -- * AS sedia guna kekerasan * Israel minta ruang udara Iraq

SYDNEY 24 Feb. – Iran akan diserang?

Ini berikutan laporan akhbar yang menyatakan Israel sedang berusaha mendapatkan kebenaran Amerika Syarikat (AS) untuk menerbangkan pesawatnya melalui ruang udara Iraq bagi menyerang tapak nuklear Iran.

Kemungkinan serangan tersebut akan berlaku diperkuatkan lagi dengan kenyataan Naib Presiden AS, Dick Cheney yang negaranya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu.

Melihat kepada senario yang berlaku, adakah AS tidak lagi boleh berkompromi dengan Iran selepas beberapa siri rundingan berlangsung sebelum ini?

Serangan itu memperlihatkan perbalahan AS dengan Iran berhubung isu nuklear semakin memuncak dan ternyata alasan Iran sebelum ini yang menyatakan bahawa program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan menjana tenaga dipandang sepi oleh negara yang menganggap dirinya sebagai ‘polis dunia’ itu.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya kelmarin mengatakan Iran enggan menghentikan program pengayaan uraniumnya seperti yang dituntut oleh Majlis Keselamatan PBB dan sebaliknya bertindak memperkembangkan aktiviti itu.

Akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel melaporkan, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.

‘‘Kami sedang merancang untuk setiap kemungkinan dan perbincangan mengenai isu-isu seumpama itu amat penting.

‘‘Jika kita tidak membincangkan isu-isu ini, kita akan menghadapi satu keadaan di mana pesawat-pesawat perang Amerika dan Israel mula menembak antara satu sama lain,’’ kata pegawai itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Ephraim Sneh bagaimanapun menafikan laporan Daily Telegraph itu dan berkata, ‘‘Israel tidak pernah membuat permintaan seumpama itu.’’

Namun penafian Sneh itu mungkin tidak boleh dipakai berdasarkan tindakan-tindakan drastik negara Yahudi itu selama ini.

Cheney menyatakan adalah menjadi satu kesilapan besar jika negara seperti Iran dibiarkan menjadi kuasa nuklear.

‘‘Adalah satu kesilapan besar jika negara seperti Iran dibiarkan menjadi kuasa nuklear tetapi kesemua masalah masih boleh diselesaikan di meja rundingan,’’ katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Perdana Menteri John Howard di sini hari ini.

Ulasan Cheney itu dibuat pada akhir lawatan seminggu beliau ke Jepun dan Australia.

Apa yang membimbangkan jika Iran diserang, ia akan menjadi satu ‘malapetaka’ di rantau Asia Barat apatah lagi negara republik itu mempunyai keupayaan senjata yang tidak kurang hebatnya.

Adakah kuasa Barat terutama AS dan sekutunya bersedia untuk menghadapi peperangan yang bakal menyaksikan pelbagai senjata canggih digunakan? soal pegawai Israel itu, yang terlibat dalam perancangan ketenteraan ketika memberitahu akhbar Daily Telegraph:

‘‘Satu daripada isu yang perlu dibincangkan ialah bagaimana menyerang sasaran di Iran.

‘‘Satu-satunya cara ialah dengan terbang melalui ruang udara yang dikawal oleh AS di Iraq,’’ tegasnya.

Seorang pegawai kanan keselamatan Israel dalam jawatankuasa strategik yang ditubuhkan untuk menangani ancaman Iran pula berkata: Usaha untuk menangani isu itu adalah yang terbesar pernah ditumpukan dalam sejarah Israel.

Pada tahun 1981, pesawat perang Israel memusnahkan reaktor nuklear Osirak dekat Baghdad selepas mengesyaki Iraq merancang membina senjata nuklear.

– Agensi

Bila akhirat dilupakan...........


Inilah wajahnya yang langsung tidak memperlihatkan kekesalan apabila mempersendakan isteri Rasullulah s.aw yang dicintai dan dikasihi oleh Allah s.w.t, para malaikatNya dan seluruh makhluk yang beriman di dunia ini. Wajah yang sudah diambang kubur ini yang langsung tidak kisah soal pembalasan di akhirat nanti.

Wajah yang hanya mementingkan sesuap nasi di dunia ini, wajah yang mementingkan keduniaan semata-mata. Apakah cukup bagi wajah ini dengan hanya memohon maaf secara terbuka? apakah beliau rasa dengan memohon maaf itu Allah akan mengampunkan dosa nya itu? Menghina isteri Rasullulah s.a.w bererti menghina Rasullulah sendiri, menghina Rasullulah bermakna menghina Allah..kalaulah itu niatnya.....

kalau sudah ini situasinya apakah hukum yang wajar diletakkan kepada wajah ini? Kalaulau dia berniat menghina isteri Rasullulah s.a.w dengan kata-katanya itu dan dengan kefahaman ilmu dia maka dia telah melakukan kesilapan yang besar yang memerlukan dia merujuk kepada para ulama bagi membetulkan kesilapannya. Tidak cukup dengan memohon maaf kepada manusia sahaja.

Apakah Jakim hanya mampu menyuruh beliau memohon maaf dan menarik balik kata-katanya begitu sahaja?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Pelakon Rosnah Mat Aris (gambar) hari ini meminta semua pihak tidak menyalahkan beliau berikutan arahan agar program Sensasi TV3 itu dihentikan siarannya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kontroversi yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan kedua-dua belah pihak.

‘‘Kalau tidak ada soalan, tidaklah ada jawapan. Cuma mungkin, baik saya mahupun pihak pengacara telah membuat kenyataan dan mengeluarkan soalan tanpa menyedari sensitiviti.

‘‘Saya berharap janganlah hendaknya kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi adalah lebih baik kita jadikan ia sebagai satu pengajaran,’’ kata Rosnah ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan kerajaan agar siaran Sensasi yang disiarkan secara langsung setiap Selasa pada pukul 11 malam di TV3 dihentikan.

Rancangan Sensasi pada 30 Januari lalu, mencetuskan kontroversi apabila aktres itu mengeluarkan kenyataan yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah apabila diajukan pertanyaan oleh pengacaranya mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan usianya.

Bagaimanapun, Rosnah berharap, rancangan Sensasi yang diterbitkan oleh Jamil Hassan dan diacarakan oleh Awaluddin Shaari dan Intan Suraya itu tidak dihentikan kerana ia mempunyai ramai peminat dan mencatat rating yang tinggi.

Malah, beliau menyambut baik saranan pihak suruhanjaya supaya rancangan itu disiarkan secara rakaman untuk mengelakkan kontroversi dan isu-isu sensitif berbangkit.

‘‘Melalui siaran rakaman, pihak penerbitan boleh membuat suntingan dan artis boleh berfikir untuk memberi jawapannya.

‘‘Dengan cara itu ia tidak akan menjatuhkan maruah mana-mana pihak,’’ jelasnya.

Ditanya kemungkinan jika dirinya digam oleh pihak stesen TV berikutan kontroversi yang ditimbulkan, Rosnah berharap semua pihak memaafkan dia.

‘‘Berlakon adalah punca rezeki saya dan saya pula adalah ibu tunggal yang masih mempunyai tanggungan.

‘‘Saya minta janganlah hendaknya cepat menghukum. Saya akui kesilapan saya dan insaf, malah terus membuat kenyataan meminta maaf secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, TV3 dijangka mengeluarkan kenyataan esok.

Saturday, February 24, 2007

Bahagia mekar di kelopak rindu.....



kalaulah qalbu itu mampu menyuarakannya

pasti teriakkannya menggugurkan segala kelopak bahagia di dunia
tiada lagi yang akan mekar di jambangan cinta


siapalah mampu memahaminya
takala cinta dipersenda
terasa diri tidak bermaya
pedihnya terasa..


dari belahan luka cinta tertera
yang masih merkah dan merah warnanya
menghiris dan menitis darah kesakitannya


namun teman....

sekalipun kita terluka atas harapan dibina
pasti kan ada bahagia mekar di kelopak duka


jangan calarkan hati mu
jangan buahkan dendam di putik sendu
siramilah rindu itu


luka itu menyedarkan kita
betapa cinta itu ada pengorbanannya


tabahkan hatimu teman
dia tidak ditakdirkan untukmu
dan dikau tidak pula berdosa.....
tidak juga tercela dengan takdir itu.


pasti suatu waktu..cinta itu akan hadir jua
dengan kuntuman bahagia di penghujung rindu

Sudikah dikau wahai alam.....



ingin aku bersatu dengan alam ni

dalam satu irama yang syahdu
peluklah daku wahai alam
agar aku terlena di pangkuanmu


terimalah qalbuku ini
dendangkan padaku tentang isimu
terlalu berliku pintu rahsia itu
yang tak mampu aku mengenali dirimu


terimalah daku wahai alam
biarkan sinar mentari tu melimpahi hidupku
terimalah daku wahai alam
biarkan malam itu menyelimutiku


aku ingin bersatu denganmu wahai alam
menyelami dasarNya
menikmati anugerahNya
memahami akan ZatNya
sekalipun ruang masa itu tidak cukup bagiku


sudikah dikau wahai alam?

Wednesday, February 14, 2007

Hitam putih kehidupan................



Hitam dan putih
tidaklah putih lebih baik dari hitam
mungkin lebih menarik
itu suatu kemungkinan..ye hanya satu kemungkinan
mungkin juga hitam yang lebih menarik
itu satu kemungkinan juga bukan?


namun aku bukan membela hitam
mungkin putih lebih baik
ye satu kemungkinan..
dan hitam itu mungkin juga kejahatan
tapi bukankah putih itu boleh juga menjadi jahat?
semuanya adalah suatu kemungkinan bukan?


hitam dan putih
keduanya akan menjadi fitrah yang azali
putih dengan putihnya
dan hitam dengan hitamnya
hanya akur pada ketentuan Ilahi


tidak akan ada kemungkinan apa apa pada putih dan hitam
kalau tidak ada ceritanya
kalau tidak ada manusianya
kalau tidak ada alamnya
kalau tidak ada kebijaksanaanya
kalau tidak ada nafsunya


hitam putih kehidupan
suatu warna yang dicampak kepada manusia
buat kita berfikir dan menghargainya
kitalah yang menentukan cerita
pada warna hitam dan putih


hitam tidak semestinya lebih menarik dari putih
dan putih tidak semestinya lebih baik dari hitam
inilah kehidupan.......

Friday, February 09, 2007

Takdir yang menanti..........



dulu..bumi Iraq...bumi Plastein..bumi Afghanistan.. dipenuhi kemeriahan
di sana sini penuh dengan gelak ketawa
anak anak kecil di kejar si ibu ..penuh keceriaan
anak muda remaja yang aktif dalam pelbagai lapangan
yang tuanya tekun berusaha untuk menikmati kemewahan


bumi yang ditadbir dengan aman damai
walau ada sengketanya..walau ada silapnya...masih utuh ..rakyat masih gembira
Agama masih diamalkan..tanpa ada sekatan dan halangan
makmur dengan kurniaan dari Tuhan


semua itu hanya tinggal kenangan
bertukar menjadi mimpi ngeri penuh ketakutan
tubuh badan si ayah disiat di hadapan anak sendiri
tubuh anak diratah dinodai ..tubuh ibunya juga..disiksa dan dibunuh ngeri
yang ada kini hanya kemusnahan..penghapusan satu demi satu anakperibuminya


kota di bom setiap hari
tembakan di sana sini
teriakan silih berganti
rintihan sudah tidak memberi erti
tiada bezanya kini..
manusia dan haiwan bergelimpangan di sana sini


mengapa semua ini terjadi
apa bezanya mereka berbanding kita
tidak bijakkah mereka mentadbir negeri sendiri
hanya mereka kah yang ditakdir menerima nasib Ilahi?


siapa kita yang megah dengan semua kekayaan sendiri
tidak singgahkah takdir itu nanti
di bumi yang kita cintai ini.....


apakah takdir itu akan bertandang ke juga ke sini suatu hari nanti?
itukah takdirnya yang menanti?

Wednesday, February 07, 2007

Antara soalan lelaki dengan jawapan wanita....



Aku tertarik ngan satu soalan yang datangnya dari seorang suami yang tentunya lelaki..dan aku juga tertarik dengan begitu banyak jawapan yang datang dari kaum hawa (wanita)..aku hanya ingin memaparkannya di blog aku.. kalau rasa nak bagi pandangan pada apa yang berlaku..silakanlah..kalau nak menjawab soalan lelaki ini pun silakanlah.. ini soalan asalnya:-

___________________________________________________

assalamualaikum,
saya ada satu kemusykilan terhadap sikap kaum wanita, mungkin
dapat sedikit penjelasan dari semua kaum wanita.

soalan saya,
kenapa wanita cinta pada suami.
setiap wanita yang bersuami akan sentiasa mengasihi suami mereka,
tak kira buruk macam mana perangai mereka atau rupa mereka, isteri
tetap sayang.
apa yang isteri nampak pada suami mereka tu?
saya pernah melihat seorang isteri yang cantik dan sopistikated tetapi
mempunyai suami yang sederhana dan tak moden, tapi namak mereka very loving.
apa yang isteri melihat pada tiap-tiap suami mereka.

tak ada ke satu masa isteri ni berhalusinasi untuk memiliki, suami yang perfect.
saya tak faham.

terima kasih.
suami yg tak faham
________________________________________________
jawapan di bawah ini semuanya dari wanita...ini aku cedok dari mailinglist yang aku jadi ahlinya :-

jawapan:-

Wanita dikurniakan naluri yg begitu - setia pd yg satu. Klu bercinta, mrk
akan sentia walau apa terjadi. Klu dah bergelar isteri, mrk tetap akan setia
walau mcm mana keadaan suaminya - tak kiralah miskin ke, buruk ke,
perangai agak kurang elok ke (tp bab perangai ni, selagi tak menyeksakan,
selagi tu la rk akan setia. Hingga tiba ke satu peringkat di mana isteri dah
tak thn, mrk HARUS tidak taat lagi kpd suami - alah, common sense la.. sesapapun
akan menjauhkan diri klu pasanganny baran, malas kerja, etc..etc..)
ZU IM
-------------------------------------------------------
salam,
pada saya tak ada yang musykil..jodoh ditentukan oleh ALLAH s.w.t, kena terima seadanya...
setiap org x perfect....kalu kiter tengok ramai di luar sana yang tak macm pinang di belah dua...
yang itu x kisah...janji hidup bahagia...kekal ke akhir hayat...kalu isteri keje bagus dr suami..isteri kena respect suami....kena tolak ansur dlm rumahtangga nih... ------------------------------------------------

waalaikumsalam.

en suami yang tak faham..

ni soalan ape ni?..la..anda sbg suami..tidakkah isteri anda mengasihi
anda..pastinya anda mengharapkan isteri anda sentiasa mengasihi
anda..begitu juga dgn isteri-isteri yang lain..salah satu tujuan
perkahwinan untuk berkasih sayang..apabila seorang wanita telah
menerima lamaran lelaki..kasih sayangnya dicurahkan sepenuhnya pada
suaminya dan seterusnya pada zuriat-zuriatnya. .itu pada pendapat saya
la...kecuali yang kena kawin paksa ke...ape ke...ni kes lain
plk...syurga isteri di bawah suami...ajaran agama,isteri wajib setia
dan kasih pada suaminya dan menurut perintahnya selagi tidak
melanggar hukum syarak. sayangilah isteri anda juga,,,..

-isteri yang sayang sangat pada suaminya--
-------------------------------------------------

Assalammualaikum wbt,

betul2.. sayepun sayang sangat2 kat suami sy.. :) rasernyer sebab kebanyakkan wanita apabila da decide utk mengahwini seorang lelaki, die mmg da prepare utk mengabdikan dirinyer pada lelaki bergelar suami itu utk seumur hidup.. tuh yg sanggup berkorban apa sahaja.. kalau sebelum nih belanja utk diri sendiri, bile da kawin tau budget2.. tau kasihan suami carik duit..tolong suami sama-sama settlekan belanja hidup.. walaupun berkerja, tp balik umah sama penat sanggup ke dapur berperang ngn kuali pulak.. kemas umah. ..semuanyer demi kasih sayang.. sampai penat tuh takteraser dahh..

as long as the husband did not betray her trust, sy rase mmg ramai isteri akan terus setia dan menyayangi suami nye seadanya.. :) regardless physical apprearance suami die berubah/x selepas berkahwin, sbb perempuan biasernyer lebey memandang kepada kebaikan layanan&kasih sayang suami berbanding paras rupa&physical.. so even lepas mengandung.. bersalin .. berpantang.. sanggup pulak bersusah payah diet utk mengembalikan kecantikan asal utk siapa?? utk suami die jugakk.. :)

apepun, sy doakan suami tak faham nih, semoga turut berbahagia mendapat isteri yg menyayangi anda seadannya dan if that's the case hargaila isteri anda the way she deserves it..

----------------------------------------------

ntahla nak ulas mende ni...kuasa tuhan..tapi mmg bile seorg perempuan dh bergelar isteri die akan terus jadi taat dan sentiasa sygkan suaminya...insticnt ...perasaan syg yg mendalam ditambah plak bila dh ada cahaya mata bersama lagila perasaan tu erat....hingga terpaksa terima semua keburukan suami...isteri mmg senang memaafkan demi sebuah rumahtangga. ..harapkan rumahtangga kekal bahagia bersama...fikirkan anak yg penting...nak die membesar ngan ibu & ayahnya...
bab nk menghalusi memilih suami ni susah nak ckpla sebab JODOH tu...kdg2 yg ade degree kawin ngan laki yg xde kelulusan apa2 bahagia jugak dan ada gak yg x bahagia...so pasrah dan tawakkal ja la...setiap ketentuan Tuhan tu ade hikmahnya...

-----------------------------------------------

INI TAMBAHAN DARI LELAKI/SUAMI TERSEBUT:-

terima kasih pada yang membantu memberi pendapat,
kenapa saya tanya soalan ini?

sebenarnya sebagai seorang suami, saya rasa cukup rendah diri dengan isteri
saya, walaupun saya lebih tinggi dari dia.
compare gaji, saya kurang rm3,000 dari isteri. (gaji dia RM6,000/mth)
compare educated, saya kurang 3 sijil dari dia (dia grad USA)
compare mesra alam, saya sangat pendiam (dia, letak mana pun boleh cari kawan)
saya cuma setakat boleh ajar dia sembahyang je. kalau pergi makan kat
restoran mat salleh, dia le yang order.

bagaimana kami berkahwin... ...JODOH kut.
kami dah berkahwin 3 tahun, anak sorang, so far tak ada masalah, layanan sebagai
isteri tetap maintain.
tapi.......ini yang nak tahu..adakah cinta seorang isteri boleh berubah....

salam,
suami yang dah mula mengerti.

----------------------------------------------------------------------------------------------

SAMBUNG BALIK JAWAPAN DARI KAUM WANITA:-

salam en.suami...
seorang isteri yang taat takkan menilai suami dr segi kemampuannya berbelanja atau apa.Once bila dia dah menerima anda dalam hidupnya, Insya Allah hatinya akan tetap setia dan patuh..tp setakat gaduh sikit2 tu biasalah kan..adat berumah tangga..so takyah la nak sensitif atau ada prasangka buruk pd isteri...

------------------------------------------------

alam...

jawapannya senang jer...
Jika hati dah terpaut.. kekurangan tak menjadi halangan...
Jika hati dah terpaut - tu jawapannya.. . kekadang tak perlu punya alasan.
Saudara bertuah dianugerahkan isteri yang memahami tanggungjawab dan menghargai anugerah Allah kepadanya...
Jangan dipertikaikan lagi.. Tapi .. mampukah saudara menghargai anugerah yang dikurniakaNYA ini kepada saudara?

------------------------------------------------

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, tiada ilmu yang lebih bermakna daripada ilmu solat yang diajarkan kepada isteri. Itulah tiang segala²nya. Anda amat bertuah. Pohonlah kepadaNya dilindungi rumahtangga. Cubaan pasti akan mendatang, namun kesabaran adalah bentengnya.

-----------------------------------------------

Salam,

buat sang suami yang tak faham,

jay dgn suami mcm langit dgn bumi.

jay lulusan uitm, dia kolej islam

jay amik cos tourism, dia ussuluddin

jay kerja gomen, dia kerja sendiri (ala2 kerja kampung)

jay org pahang, dia orang thailand

jay guna kalendar barat, dia guna kalendar islam

klu nak senarai mmg byk yg berbeza,

tapi rasa cinta, kasih dan hormat kami sama

mungkin itu jawapan yang dicari kot...

-----------------------------------------------------

ye la awak...nape awak berperasaan risau mcm tu...ade ke tindak tanduk nyer yg membuat awak rasa x dihargai...kalau seperti yg awak explain tu saya tgk Alhamdulillah. ..awak patut bersyukur... .Insyaallah die tak berubah hati...
Actually saya salah seorg isteri yg lebih gak dr suami...education & income & suami saya lebih muda 2 thn dr saya, sebab tu pada saya xde masalah asalkan suami menjaga tanggungjawabnya dan rumahtangga sebaik suami....tp kalau die wat salah saya tegur...saya hormat dia sebagai suami....
jgn risaula erk....awak dh jalankan tanggungjwb paling besar pun dgn bimbing dia kearah agama.

------------------------------------------------------

assalamualaikumm. .
manusia diciptakan berpasangan. .
bukan nak burukkan ayah sdri..tp itulah kenyataan nye..
he drug addict!!!dah bertahun..smp la sy aiza dah bersuami & dah punya anak sdri!!!
tp tak pnah skali pon aiza dgr ibu aiza merungut..apatah lgi nak mohon CERAI!!!
mcm aiza sdri tak lah pandai..mcm jay gakk..aiza ni beser jer..hubby aiza amik agama gak ms sek dlu..itu jer yg lebih nyer..yg lain tak tahu lah nak ckp cam ner..tp hati dah terpaut..
mcm mana buruk or tak berpelajran skali pon..im very² proud coz dikurniakan hubby mcm dia..
------------------------------------------------------

bagi saya asalkan awak berperanan sebagai pemimpin dalam keluarga, bersifat pelindung, awak akan dihormati oleh isteri, tak kira betapa tinggi pangkat isteri dalam bidang tugasnya.

rasanya perbezaan bukan jadi penghalang, yang jadi penghalang mungkin adalah suami+isteri yang tidak memahami peranan/batas masing2 dalam rumahtanga.

banyak2 baca ayat pengasih ini, "Qul in kuntum tuhibbuunallaha fat tabi'unii... ..., sebut namanya sebelum menyebut kalimah- yuhbib kumullah..." pas tu hembuskan pada umbunnya.... masa isteri tidur.

semoga kebahagian berkekalan.

------------------------------------------------------

apa kata, utk mengurangkan rasa rendah diri, u cuba utk upgrade diri u. like carik keje lain yg lagi masyuukk ke..or ade side business ke. or u melabur main saham ke. tapi i yakin that your wife loves you very much. kalau dia org yg pandang material je.. for sure awal2 lagi dia dah reject u kan??!! still u're her husband, imam dlm solat dia. setakat order mknn kat restoren omputih tu i pun mmg kena buat everytime. bila nak kena speaking sket mmg hubby i tolak i kedepan punye.. tu mende kecik la...jgn le pikir sgt. kalau u pikir sgt kesian kat dia tau... mana la tau dia nak shopping sakan ke...tapi dia kesian kat u nanti rasa rendah diri...so..dia pun tak beli brg2 dia yg dia mampu & deserve to buy... pls put yourself in her shoes jugak.

anyway... my situation quite similar dgn u. tapi no doubt i love & respect my husband very much. pilihan hati sendiri kan..takde sapa paksa pun. but my hubby works hard to improve his income and tak lupa kasik i sikit bila dia ade lebih and tak pernah miss kasik nafkah bulan2 walaupun i tau dia slalu tak cukup duit. pikir2 la....

--------------------------------------------------

senang je... fikirkan kebaikan2 yg isteri dah lakukan utk kebahagiaan r/tangga... mcm tu jugak sebaliknya.. . kalau kita asyik memikirkan yg -ve sbb tu ada pelbagai perasaan yg timbul antaranya spt soalan yg en suami yang tak faham...
tak pyhlh terlalu detail nak fikirkan kenapa si isteri memilih lelaki yg sederhana malah x moden... itulah kuasa Allah sebenarnya.. . Dia menciptakan yg terbaik utk yg terbaik...
tak kisahlah yg itu cantik yg ini pulak tak handsome... kalau dah suratan dan jodoh mereka macam tu kenapa nak menolak takdir... lagipun tentu ada hikmah kenapa Allah jadikan begitu...
kita hanya merancang yg tentukan dah tentu Yang Maha Esa... kan senang jawapannya wahai en suami yang tak faham...
-----------------------------------------------------------------

Salam,

Wanita diciptakan Allah penuh dengan emosi atau perasaan. Sukar untuk difahami oleh lelaki akan kepelbagaian perasaan yang ada pada wanita. Selalunya, wanita akan tertarik kepada lelaki yang memenuhi kehendak emosi mereka. Betul tak ibu-ibu? Walau sekaya mana atau sekacak mana pun seorang lelaki, jika dia tidak boleh memahami perasaan wanita, ianya tak akan berjaya. Cuba buat survey – mesti ramai wanita akan meletakkan “Understanding” as one of their top requirement compared to “Looks”.

Ini adalah anugerah Allah kepada makhluknya. Berlainan dengan lelaki yang lebih kepada “akal”/logik drp perasaan. Itu yang buat En “suami” bertanya sebab baginya ianya tidak “logik” tetapi bagi si isteri, ianya semua soal hati :-).

Sebab emosi ini jugalah para ibu sanggup melalui keperitan melahirkan anak mereka kerana perasaan tatkala menatap wajah bayi buat pertama kali menjadi penawar bagi segala kesakitan yang dilalui. Cuba tanya lelaki, mesti serik :-).

Sebab itu juga wanita lebih gemar buku-buku atau movie yang menyentuh perasaan – kisah kekeluargaan, romance, dan seumpamanya tetapi lelaki lebih gemar kisah misteri, suspense, sports dan lain-lain sebab ianya mempunyai unsur “logik”.

Semua ini adalah anugerah Allah. Wanita & lelaki berbeza tetapi melengkapi satu antara lain. Keharmonian boleh dicapai jika masing-masing faham akan perbezaan ini, insya Allah.

Wassalam,
Lily

--------------------------------------------------------

bagi saya buat apa nak difikirkan sangat soal tu. Allah pun dah berfirman kalau nak jadi sesuatu tu, maka jadilah ia. kalau jodoh awak berpanjangan, alhamdulillah. kalau takde pun, alhamdullillah juga. mungkin ada hikmah diatas sesuatu kejadian tu. buat apa nak fikirkan perkara negatif. jika sentiasa diulang-ulang, difikir-fikir umpama kita mendoakan perkara yang tak baik terjadi. kita jadi kurang keyakinan diri yang akhirnya boleh menimbulkan syak wasangka, curiga, cemburu pada pasangan. syaitan pun mainkanlah peranan menghasut. perkara yang sepatutnya boleh dielakkan pun boleh terjadi.

apa-apa pun yang paling penting persefahaman dan tolak ansur. yang pasti material bukan tempat teratas di dalam sesuatu hubungan suami isteri. mungkin tempat ke2,10,1500. terpulang kepada individu. kalau tak takkan awak berkahwin dengan isteri awakkan.


Norafiza Binti Md. Yusoff
Logistic Department

-----------------------------------------------------------------

Allhamdullilah. ...syukur pada Allah....
Awak seorang suami yang sangat bertuah dan beruntung sbb walaupun ada 'bende' isteri awak lebih, tapi dia amat baik dan setia pada suami dia.Banyak pekara lain yang boleh awak kongsi dan ajar dia.Jangan terlalu merendahkan diri....berbangga pada diri sendiri
Tahniah semuga perkahwinan kalian akan bahagia sehingga akhir hayat...amin

--------------------------------------------------------------------




Tuesday, February 06, 2007

Resah



resah umpama ombak di lautan sana
bergelombang menerjah ke segenap ruang
menakutkan pada siapa yang memandang
dengan hempasan yang mengerikan


itulah lautan dan itulah kehidupan
resah adalah fitrah
resah menjadi lumrah


pujuklah resah itu
menjadi alunan merdu
damaikan resah itu dengan rindu
fahamilah resah itu..
kerana resah adalah ketukan di pintu qalbu
bakal bertamu cinta yang ditunggu

Saturday, February 03, 2007

ku pandu kereta kehidupan ini......

aku terus memandu
terus memandu dalam kehidupan ini
walau terlalu banyak simpang siurnya
aku teruskan hidup ini dengan nyata

kekadang kehidupan ini terlalu banyak rintangannya
lalu aku perlahankan kelajuan angan dan impian

dari cermin belakang ku perhatikan
begitu masa aku terbuang dan terabai
cermin sisi yang memaparkan mata mata sayu memandang
mata mata pilu dengan air mata berlinang
dengan berbagai cerita dan ragam

kehidupan aku dan mereka tiada banyak bezanya
dunia yang sudah terlalu tua
tak mampu lagi menanggung angkara manusia
satu persatu kemusnahan dipulangkan kepada penghuninya

aku terus memandu kehidupan ini
melewati batas masa dan benua

aku tau, sampai masa pemanduan ini akan terhenti jua
takala jasad sudah tidak bernyawa
takala ruh pergi menemuiNya
mohonku pada mu Ya Illahi
moga pemanduanku di dunia ini engkau redhai