Saturday, December 08, 2007

Aku tak matang...


Semakin aku berfikir..semakin aku merasakan aku tidak matang lagi.. kematangan bagi aku bilamana aku boleh meninggalkan segala perkara yang tidak baik pada pandangan syariat dan nilai-nilai baik sejagat khususnya di Malaysia ini.

Kematangan bagi aku ialah bilamana aku mampu mengutamakan kepentingan Ibubapa atau mertua melebihi kepentingan diri aku sendiri.

Kematangan yang kedua ialah bilamana aku boleh bersabar dan berfikir dengan baik walaupun ketika itu aku berada di dalam tekanan yang sangat hebat. Keupayaan aku berfikir dan menganalisis sebab dan punca dengan tepat itulah yang akan menjadikan aku matang..tapi tak cukup lagi..aku mesti meneruskan atau melaksanakan pula dalam bentuk tindakan yang tepat dan berkesan.

Kematangan bagi aku boleh disamakan dengan bersikap profesional. Iaitu bila aku dapat menepati dengan kehendak dua perkara ini:-

1. Mampu mendahulukan kepentingan Pencipta, kepentingan negara, organisasi, masyarakat daripada kepentingan peribadi.
2. Mampu berfikir dan bertindak selaras dengan peraturan syariat atau perundangan negara atau organisasi atau nilai masyarakat yang ada.

Bila aku berfikir lagi tentang antara aku dan makhlukNya dalam kehidupan ini, rupanya masih banyak yang aku belum boleh istilahkan sebagai faham sebenarnya. Aku mungkin tahu sahaja tanpa memahami. Perangai manusia ini terlalu rumit untuk difahami dengan berfikir sahaja. Aku tak mampu mencapai tahap kematangan berfikir tentang semua ini dengan akal yang ada ini. Aku pastinya mesti merujuk kepada apa yang telah ajar oleh Rasul dan Nabi s.a.w .. Ini kemestian.

Namun dalam aku mempunyai kerangka pemikiran yang begitu pun, aku masih tak mampu berfikir dengan matang sebab aku masih mempunyai NAFSU. Sebab itulah aku dipanggil manusia biasa sahaja. Aku tak taulah kalau ada yang belajar sampai peringkat tinggi, yang berjawatan tinggi, yang hebat-hebat yang lain merasakan sudah matang atau sudah hebat. Aku percaya hanya sedikit je kot yang berperasaan begitu. Banyaknya di Malaysia ini orangnya baik-baik dan beriman.

Seringkali aku gagal dalam pertarungan melawan hawa nafsu, kadangkala aku biarkan ianya berlarutan dalam jangkamasa yang lama. Pada kebiasaaanya aku akan kembali sedar dan kembali ke pangkal jalan. Aku tak maksum, aku tak juga jahat sangat sampai tak boleh berubah. Aku masih mencari erti kematangan melalui proses kehidupan ini.

Aku mohon semua mendoakan aku berjaya mencapainya, walau tak sematang mana, boleh lah sikit dikatakan matang. Aku manusia biasa. OK lah..stop.




No comments:

Post a Comment