Sunday, April 13, 2008

WANITA DAN PESTA BUKU



13 April 2008 sekitar pukul 10.30am - 2.3opm aku bersama isteri dan dua orang anak sepupu ke PWTC sempena pesta buku di sana. Sesampai di sana, aku bangga dengan kehadiran begitu ramai manusia yang mencintai ilmu...ye lah kan, kalau tak mencintai ilmu masakan hendak ke sana. Mungkin juga atas tuntutan kehendak anak-anak, namun apapun ianya merupakan suatu kesedaran yang tinggi nilainya. Membaca mengubah pemikiran dan tamadun manusia.

Kita akan jadi sepertimana kita fikir, dan apa kita fikir sebahagian besarnya akan dipengaruhi oleh pembacaan selain dari pengalaman dan pengamatan. Budaya membaca di Malaysia ini agak lembab hendak diserap dalam masyarakat kita namun hari ini aku menyatakan sekali lagi rasa bangga aku pada kesedaran masyarakat kita yang aku nampak rata-rata adalah orang melayu.

Namun, dalam bangga aku rasa sebaliknya pula apabila yang hadir banyaknya adalah kaum wanita..mana kaum lelakinya? ada...bukan tidak ada..tapi kalau nisbah boleh dikatakan lelaki 1:50 kot.. satu lelaki 50 wanita. Terfikir pula aku tentang semua ni dan kaitannya dengan kecapaian, kematangan,kecerdikan, kepimpinan serta banyak lagi kalau nak dibandingkan antara lelaki dan wanita. Paling aku nampak lelaki lebih suka berkerumun di tempat-tempat hiburan manakala wanita adalah sebaliknya. Nak salahkan sapa kalau wanita lebih dominan dalam semua perkara?

Kesempatan ini aku ucapkan syabas kepada Puan Ainon yang sempat aku jumpa dan berbicara sebentar, dengan jualan yang melebihi RM 200 ribu lebih. Aku rasa tak hairan sebenarnya kalau rata-rata yang hadir, aku dengar mereka memuji usaha dan kualiti yang ditunjukkan oleh PTS dan Puan Ainon. Wanita lagi hehehe

No comments:

Post a Comment