Sunday, February 25, 2007

Masih lenakah kita?

Masih lenakah kita? apakah masih tidak mahu menyuarakan bantahan secara terang-terangan? apakah rakyat di Malaysia yang beragama Islam dan cintakan keamanan ini hanya mengelengkan kepala saja tanpa berbuat apa apa? Kalau inilah sikap kita tak mustahil takdir yang bakal berlaku itu akan sampai ke muka pintu rumah kita dan kita sendiri bakal menyaksikan tubuh-tubuh orang yang kita sayang nanti berkecai di depan mata, fikirkanlah...


Iran akan diserang? -- * AS sedia guna kekerasan * Israel minta ruang udara Iraq

SYDNEY 24 Feb. – Iran akan diserang?

Ini berikutan laporan akhbar yang menyatakan Israel sedang berusaha mendapatkan kebenaran Amerika Syarikat (AS) untuk menerbangkan pesawatnya melalui ruang udara Iraq bagi menyerang tapak nuklear Iran.

Kemungkinan serangan tersebut akan berlaku diperkuatkan lagi dengan kenyataan Naib Presiden AS, Dick Cheney yang negaranya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu.

Melihat kepada senario yang berlaku, adakah AS tidak lagi boleh berkompromi dengan Iran selepas beberapa siri rundingan berlangsung sebelum ini?

Serangan itu memperlihatkan perbalahan AS dengan Iran berhubung isu nuklear semakin memuncak dan ternyata alasan Iran sebelum ini yang menyatakan bahawa program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan menjana tenaga dipandang sepi oleh negara yang menganggap dirinya sebagai ‘polis dunia’ itu.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya kelmarin mengatakan Iran enggan menghentikan program pengayaan uraniumnya seperti yang dituntut oleh Majlis Keselamatan PBB dan sebaliknya bertindak memperkembangkan aktiviti itu.

Akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel melaporkan, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.

‘‘Kami sedang merancang untuk setiap kemungkinan dan perbincangan mengenai isu-isu seumpama itu amat penting.

‘‘Jika kita tidak membincangkan isu-isu ini, kita akan menghadapi satu keadaan di mana pesawat-pesawat perang Amerika dan Israel mula menembak antara satu sama lain,’’ kata pegawai itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Ephraim Sneh bagaimanapun menafikan laporan Daily Telegraph itu dan berkata, ‘‘Israel tidak pernah membuat permintaan seumpama itu.’’

Namun penafian Sneh itu mungkin tidak boleh dipakai berdasarkan tindakan-tindakan drastik negara Yahudi itu selama ini.

Cheney menyatakan adalah menjadi satu kesilapan besar jika negara seperti Iran dibiarkan menjadi kuasa nuklear.

‘‘Adalah satu kesilapan besar jika negara seperti Iran dibiarkan menjadi kuasa nuklear tetapi kesemua masalah masih boleh diselesaikan di meja rundingan,’’ katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Perdana Menteri John Howard di sini hari ini.

Ulasan Cheney itu dibuat pada akhir lawatan seminggu beliau ke Jepun dan Australia.

Apa yang membimbangkan jika Iran diserang, ia akan menjadi satu ‘malapetaka’ di rantau Asia Barat apatah lagi negara republik itu mempunyai keupayaan senjata yang tidak kurang hebatnya.

Adakah kuasa Barat terutama AS dan sekutunya bersedia untuk menghadapi peperangan yang bakal menyaksikan pelbagai senjata canggih digunakan? soal pegawai Israel itu, yang terlibat dalam perancangan ketenteraan ketika memberitahu akhbar Daily Telegraph:

‘‘Satu daripada isu yang perlu dibincangkan ialah bagaimana menyerang sasaran di Iran.

‘‘Satu-satunya cara ialah dengan terbang melalui ruang udara yang dikawal oleh AS di Iraq,’’ tegasnya.

Seorang pegawai kanan keselamatan Israel dalam jawatankuasa strategik yang ditubuhkan untuk menangani ancaman Iran pula berkata: Usaha untuk menangani isu itu adalah yang terbesar pernah ditumpukan dalam sejarah Israel.

Pada tahun 1981, pesawat perang Israel memusnahkan reaktor nuklear Osirak dekat Baghdad selepas mengesyaki Iraq merancang membina senjata nuklear.

– Agensi

No comments:

Post a Comment